Anda di halaman 1dari 14

Mencari arah Kejayaan

Mencari arah Kejayaan DISCLAIMER AND TERMS OF USE AGREEMENT


Penulis dan penerbit telah berusaha sebaik mungkin dalam mempersiapkan maklumat dan informasi dalam ebook ini. Namun begitu penulis dan penerbit tidak memberikan jaminan mengenai ketepatan , kerelevanan, atau kesempurnaan isi dari ebook ini. Informasi yang disampaikan dalam tulisan ini adalah semata-mata bersifat mendidik . Oleh itu jika anda hendak mengaplikasikan informasi yang terdapat dalam ebook ini, anda yang perlu bertanggung jawab atas tindakan anda.

Penulis dan penerbit telah berusaha sebaik mungkin untuk mempresentasikan informasi dan isi yang bermanfaat ini. Tetapi kami tidak memberi jaminan mengenai peningkatan kualiti atau kejayaan hasil dari menggunakan materi, teknik, dan kaedah yang dipaparkan dalam ebook ini. Contoh-contoh yang diberikan tidak dapat ditafsirkan sebagai suatu janji atau jaminan. Keberhasilan adalah tanggung jawab penuh dari pengguna produk kami. Keberhasilan pengguna tergantung pada kerja keras, tahap serius dan komitmen dalam mempraktiskan semua idea dan informasi dalam produk kami. Dan tingkat keberhasilan pengguna ditentukan banyak faktor yang diketahui oleh pengguna sendiri. Penulis dan penerbit dalam bentuk apapun tidak bertanggung jawab kepada siapapun juga atas kerosakan atau kerugian yang diakibatkan dari penggunaan idea-idea dan informasi dari produk kami. Dan kami tidak memberikan jaminan apapun untuk hal ini.

Mencari arah Kejayaan

Apa yang saya ingin kongsikan melalui laporan ini adalah salah satu cabang kecil dari ilmu metafizik. Ilmu ini adalah kajian pola tentang pengaruh getaran sesuatu nombor seperti mana yang kita ketahui setiap objek yang ada di bumi ini mempunyai frekuensi getaran energi yang tersendiri. Begitu juga dengan nombor.

Berbeza dengan kaedah metafizik yang lain, kaedah arah mata angin menggunakan energi nombor bagi mencari arah yang sesuai untuk: 1. Membina kejayaan 2. Mengkaji status personaliti 3. Memeriksa status atau keadaan disekeliling rumah.

Namun begitu, melalui laporan ini saya hanya memfokuskan kepada bagaimana untuk mencari arah yang sesuai untuk membina kejayaan.

Arah kejayaan yang dimaksudkan ialah arah haluan anda daripada kediaman anda. Ianya mengikut kemana jua anda tinggal atau berpindah. Apa yang perlu anda lakukan berdiri ditengah tempat tinggal anda dan pastikan arah yang betul dengan menggunakan kompas atau peta.

Kaedah ini menggunakan tarikh kelahiran anda bagaimana untuk mengira seterusnya mencari arah kejayaan anda

Mencari arah Kejayaan

PETUNJUK TENTANG NOMBOR DAN SIMBOL


NOMBOR SIMBOL KETERANGAN
Di arah dan sepanjang arah itu ada wang:sesuai untuk bekerja atau buka kedai di arah itu.Jika ada 6 di petak

Duit

tengah,bermaksud di sekeliling anda (sekitar 1 km)ataupun di rumah anda ada rezeki.(home business) Di arah dan di sepanjang arah itu ada

7 Penyokong

networking:sesuaiuntuk buka kedai atau buat marketing atau cari penyokong,pengundi atau jodoh.Jika ad 7 di petak tengah,bermaksud di sekeliling anda (sekitar 1 km) ada ramai penyokong anda.Juga mudah kumpulkan orang dalam rumah atau pejabat. Sesuai untuk mencari peluang atau kejayaan atau buka

Peluang kejayaan, aset

perniagaan atau jua aktiviti-aktiviti yang baik.Jika ada 9 Di tengah,mudah dapat peluang dan kejayaan di manamana jua serta dalam dan sekitar kawasan rumah atau pejabat

3 5 8

Persaingan Cuba elak atau tabah hadapinya jika mahu juga pergi Sengit kearah itu.
Cuba elak atau tabah hadapinya jika mahu juga pergi

Halangan Tertekan

kearah itu. Cuba elak atau tabah hadapinya jika mahu juga pergi kearah itu.

Mencari arah Kejayaan

UTARA

1 B.LAUT 3 T LAUT 6

BARAT 5

RUMAH 7

TIMUR 4

B.DAYA 6

SELATAN 7

TENGGARA 8

Mencari arah Kejayaan

Ringkasan (Sila rujuk rajah mata angin di atas)


Petak tengah arah mata angin adalah mewakili rumah yang diami., Manakala arah-arah mata angin yang disediakan adalah arah mata angin dari rumah anda. Sekarang saya berkongsi bagaimana untuk menggunakan arah mata angina bagi mencari arah terbaik dari rumah atau pejabat untuk mendapatkan peluang kejayaan atau rezeki yang lebih besar

ARAH TENGAH MATA ANGIN- Jika anda lihat kawasan tengah mata angin a(rumah) diwakili oleh nombor 7- Ini bermaksud disekitar kawasan rumah dan dalam lingkungan satu kilometer ada networking atau peluang untuk anda mencari penyokong dan amat sesuai untuk melakukan networking. Jadi amat sesuai jika anda ingin mengumpulkan orang bagi mempromosikan produk jualan anda atau mengadakan seminar-seminar perniagaan. Bagi yang menjalankan perniagaan MLM atau perniagaan yang memerlukan anda mencari ramai ahli, anda boleh menggunakan pejabat atau rumah anda sebagai tempat berkumpul.

TIMUR LAUT & BARAT DAYA- Diwakili oleh oleh nombor 6. ini bermaksud disepanjang arah timur laut dan barat daya terdapat peluang untuk anda menghasilkan keuntungan atau wang. Jadi amat sesuai untuk anda bekerja atau membuka premis perniagaan atau kedai di arah tersebut.

TENGGARA- Diwakili oleh nombor 8, ini bermaksud arah tenggara dari rumah mudah memberikan tekanan kepada diri anda. Sekiranya anda adalah seorang yang kuat untuk menghadapi tekanan, arah ini adalah terbaik untuk anda, kerana jika anda dapat menguasai dan mengawal tekanan dengan baik ianya akan memberikan keuntungan yang baik, asalkan anda tahu bagaimana untuk menghadapinya. Tetapi jika anda adalah seorang yang lemah dan tidak tahan menghadapi tekanan anda boleh mengelak daripada menjalankan perniagaan pada arah ini.

Mencari arah Kejayaan

BARAT-Diwakili oleh nombor 5, ini bermaksud di arah barat dari rumah anda adalah arah yang memberikan banyak halangan kepada anda. Namun sekiranya anda adalah seorang yang kuat dari segi mental , emosi dan spiritual ianya tidak memberikan banyak masalah kepada anda, namun jika anda adalah seorang yang lemah , sukar mengawal emosi anda boleh mengelak dari melakukan sebarang urusan atau perniagaan pada arah ini.

BARAT LAUT- Diwakili oleh nombor 3, ini bermaksud di arah barat laut dari rumah anda memberikan banyak persaingan sengit kepada anda. Namun sekiranya anda adalah seorang yang positif terhadap persaingan ianya tidak memberikan masalah kepada anda, malah jika anda berjaya dalam persaingan tersebut, ianya banyak memberikan keuntungan kepada anda. Tetapi jika anda adalah seorang yang lemah dan tidak tahan menghadapi saingan anda boleh mengelak daripada menjalankan perniagaan pada arah ini.

UTARA &TIMUR-Diwakili oleh nombor satu 1 dan 4. arah ini tidak memberikan tekanan,halangan dan persaingan kepada anda, tetapi ianya juga kurang memberikan kejayaan kepada anda.

** Jika nombor tengah anda adalah 3, 5 dan 8 . Anda mungkin sentiasa mengalami tekanan atau halangan dimana jua anda berada. Apa pun ianya adalah anugerah kepada anda kerana kebiasaan individu yang mempunyai nombor 3, 5 dan 8 kekuatan dan tenaga yang lebih, sangat peka dan memimpin. mempunyai

Mencari arah Kejayaan

Bagaimana mengira arah yang baik untuk kejayaan

B E G

C F

UTARA

B.LAUT

T LAUT

BARAT

RUMAH

TIMUR

B.DAYA

SELATAN

TENGGARA

Mencari arah Kejayaan

Formula Pengiraan

Arah Tengah (Petak tengah) Utara Timur laut Timur Tenggara Selatan Barat Laut Barat Barat Daya

Formula kaedah Pengiraan B+C+E+F B+C C+D+F C+D+F+D+F+G D+F+G E+F+G A+B+E A+B+E+A+E+G A+E+G

Contoh pengiraan menggunakan tarikh lahir

Katakan anda dilahirkan pada 12 /10/1976

12
A

10
B E

19 76
C F G D

Mencari arah Kejayaan

Untuk mendapatkan nilai pada petak:

A: 1 + 2=3 B: 1+0=1 C:1+9=1 D: 7+6=4 E: Nilai A +Nilai B ( 3+1=4) F: Nilai C+Nilai D (1 +4=5) G:Nilai E + Nilai F (4+5=9)

3 4

1 5 9

Mencari arah Kejayaan

Arah Tengah (Petak tengah) Utara Timur laut Timur Tenggara Selatan Barat Laut Barat Barat Daya

Formula kaedah Pengiraan 1+1+4+5=2 1+1=2 1+4+5=1 1+4+5+4+5+9=1 4+5+9=9 4+5+9=9 3+1+4=8 3+1+4+3+4+9=6 3+4+9=7

Masukkan hasil nilai yang diperolehi melalui pengiraan di dalam kotak di atas ke dalam petak arah mata angin di bawah:

UTARA 2

B.LAUT 8

T LAUT 1

BARAT 6

RUMAH 2

TIMUR 1

B.DAYA 7

SELATAN 9

TENGGARA 9

Mencari arah Kejayaan

Semoga anda dapat mengira arah mata angin anda melalui panduan yang saya berikan di atas. Apa yang anda perlu lakukan ialah menukarkan tarikh kelahiran yang saya berikan kepada tarikh kelahiran anda dan melakukan pengiraan seperti panduan pengiraan yang diberikan.

Tips untuk individu yang mempunyai nombor tengah mata angin 3,5 dan 8
Kebiasaan individu yang mempunyai arah mata angin 3 dan 8 sentiasa merasa resah dan tertekan, mudah marah dan merasa amat sukar untuk berjaya. Apa yang boleh anda lakukan ialah meningkatkan ilmu yang berkaitan pengurusan emosi , spiritual, pembangunan diri dan kejayaan.

Alternatif lain banyakkan penggunaan warna biru dan elakkan penggunaan warna kuning, merah,ungu , merah jambu serta hijau. Selain itu anda boleh menggunakan haruman yang berunsur air atau aqua.

Manakala individu yang mempunyai arah tengah mata angin 5 pula , anda sentiasa merasa terhalang , rendah diri, kurang keyakinan diri dan sentiasa terhalang untuk berjaya. Anda disarankan meningkatkan ilmu berkaitan pembangunan diri terutama ilmu ilmu kejayaan,

pengurusan emosi dan meningkatkan kekuatan spiritual dan kejayaan. Belajar bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri dan sentiasa yakin di atas setiap keputusan dan tindakan yang anda lakukan atau bakal lakukan. Alternatif lain, banyakkan penggunaan warna hijau dan elakkan penggunaan warna coklat.

Mencari arah Kejayaan

Penutup:
Saya telah pun berkongsi sedikit asas panduan bagaimana mencari arah kejayaan, keuntungan dan penyokong melalui kaedah metafizik. Namun ianya hanyalah asas yang perlu anda ketahui. Untuk mengetahui ilmu-ilmu metafizik dengan lebih mendalam,

anda perlu mencari guru atau mentor yang terbaik untuk terus mambantu anda untuk mendalami ilmu ini.

Sebenarnya terdapat beberapa kaedah yang perlu anda pelajari seperti kaedah kitaran arah tahunan , bulanan , mingguan, harian dan jam, untuk memudahkan anda mencapai impian anda . Jika anda ingin mendalami ilmu ini, tugas anda adalah mencari ilmu ini melalui guru-guru metafizik yang terbaik. Saya hanya pencetus semangat anda untuk mempelajari ilmu ini, yang lain anda perlu mencarinya sendiri.

Dalam apa juga

cara untuk mencapai ilmu atau perubahan yang

diinginkan.

TINDAKAN adalah satu perkara yang amat penting, kerana hanya dengan bertindak ia akan dapat mengubah atau melakukan perubahan untuk sesuatu perkara.

Saya sudah berkongsi panduan, segalanya terpulang kepada anda sendiri samada hanya ingin menyimpan sebagai rujukan ilmu atau bertindak untuk mencipta kejayaan dalam perubahan.

Salam hormat dari saya Linn http;//www.linncomel.com

Mencari arah Kejayaan