Anda di halaman 1dari 6

SINOPSIS BAHAN BACAAN/RUJUKAN TERPILIH PERPUSTAKAAN JABATAN PERDANA MENTERI BIL.

18/2010

1.

Tajuk Penerbit Sinopsis

: Amalan Persekitaran Berkualiti : Buku Panduan 5S : Pelaksanaan Langkah Demi Langkah : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), 2010 :

Buku Panduan Pelaksanaan Langkah Demi Langkah ini bertujuan untuk menerangkan konsep 5S dalam format yang mudah supaya boleh menjadi rujukan kepada semua. Ia adalah mengenai pemindahan pengetahuan untuk memudahkan proses pembelajaran berterusan dengan memberikan anda garis panduan yang praktikal dan contoh contoh sebenar daripadaorganisasi yang telah mendahului, tentang bagaiamana Teknik Pengurusan 5S berfungsi. Buku panduan ini dapat memberikan maklumat yang mencukupi tentang bagaimana sesebuah organisasi perlu menggabungkan setiap S ke dalam fungsi perniagaan mereka sebagai budaya kerja organisasi untuk mendapatkan penambahbaikan yang berterusan. Akhirnya, cara yang paling berkesan untuk menggunakan buku panduan ini adalah dengan membaca dan mengadakan sesi perbincangan kumpulan dengan bimbingan fasilitator 5S.

2.

Pengarang : Ismail Zain Tajuk Penerbit Sinopsis : Bongkar Rahsia Kejayaan : Utusan Publications & Distributors , 2009 :

Buku ini cuba memaparkan langkah langkah yang perlu diambil oleh pelajar untuk mencakupi faktor dalaman dan luaran. Pada pandangan pengarang, kejayaan bermula dengan tanggapan seseorang individu terhadap dirinya sendiri yang terkandung dalam fikiran. Keyakianan diri dalam menghadapi cabaran serta tindak balas yang harus dilaksanakan adalah antara rahsia ke arah kejayaan. Pembinaan imej diri mampu membentuk keperibadian yang mulia serta mampu menonjol potensi diri. Interaksi antara rakan serta penyesuaian diri untuk mengukuhkan persahabatan merupakan aspek kemahiran insaniah yang juga merupakan rahsia kejayaan.

SINOPSIS BAHAN BACAAN/RUJUKAN TERPILIH PERPUSTAKAAN JABATAN PERDANA MENTERI BIL. 18/2010

3.

Pengarang : John Adair Tajuk Penerbit Sinopsis : Membuat Keputusan dan Strategi Menyelesaikan Masalah : Institut Terjemahan Negara, 2009 :

Buku ini akan membantu anda menguasai proses pemikiran praktikal yang mendasari tindakan membuat keputusan yang berkesan, menyelesaikan masalah dan berfikir secara kreatif. Latihan, senarai semak dan kajian kes turut disediakan untuk membantu anda dalam memahami cara minda anda berfungsi, membentuk rangka untuk membuat keputusan, berkongsi keputusan bersama orang lain, mempelajari strategi menyelesaikan masalah, menjana idea melalui sumbang saran, menjadi lebih kreatif dan berfikir di luar kotak dan menjadi pemikir praktikal yang berkesan. Jika anda mancapai jalan buntu, Membuat Keputusan dan Strategi Menyelesaikan Masalah akan membantu anda untuk bangkit dan menyahut cabaran bagi mencari idea baharu dan menentukan bentuk tindakan yang perlu diambil. Pengarang : John Adair Tajuk Penerbit Sinopsis : Membina Kemahiran Kepimpinan : Institut Terjemahan Negara, 2009 :

4.

Kemahiran kepimpinan ialah kunci pengurusan. Pengurus yang cekap juga merupakan seorang pemimpin yang cekap. Membina Kemahiran Kepimpinan dapat memberikan jawapannya. Buku yang lengkap dengan panduan mudah dan praktikal ini amat sesuai untuk mereka yang bakal menjadi pemimpin, malah merupakan pilihan yang tepat bagi meningkatkan kemahiran asas dalam kepimpinan. Antara yang difokuskan dalam buku ini adalah asas untuk menjadi pemimpin yang berkesan seperti sifat pentingkan kepimpinan; cara mendapatkan kuasa peribadi; peranan anda sebagai pemimpin; kemahiran penting seperti merancang; memberi taklimat, mengawal, menilai, memotivasi dan mengelola ; cara membentuk diri sebagai pemimpin dan cara menjadi pemimpin yang strategik.

SINOPSIS BAHAN BACAAN/RUJUKAN TERPILIH PERPUSTAKAAN JABATAN PERDANA MENTERI BIL. 18/2010

5.

Pengarang : Zaid Ibrahim Tajuk Penerbit Sinopsis : Saya pun Melayu : ZI Publications, 2009 :

Melalui buku ini, pembaca berpeluang untuk memahami dengan lebih jelas siapa Zaid Ibrahim. Kenapa beliau meletak jawatan sebagai Menteri dan seterusnya dipecat daripada UMNO yang disertainya sejak 23 tahun, dan juga mengapa sesetengah pemimpin UMNO begitu membencinya sehingga ada yang mendesaknya keluar daripada rumpun Melayu. Anda akan mengetahui rahsia di sebalik kritikan beliau terhadap konsep Ketuanan Melayu serta pandangan berhubung kedudukan Raja-Raja Melayu dari segi undang-undang dan politik. Beliau juga berkongsi pengalaman sebgaai anggota kabinet Abdullah Ahmad Badawi serta mengupas sejauh mana kemampuan Mohd Najib Tun Razak untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada pemimpin.

6.

Pengarang : Karim Raslan Tajuk Penerbit Sinopsis : Impian Malaysia Yang Tertunda : Marshall Cavendish, 2010 :

Buku ini menceritakan rentetan peristiwa pelepasan jawatan oleh Dr. Mahathir Mohamad dan kelok graf yang menaik dalam kerjaya Abdullah Ahmad Badawi dan seterusnya kejayaan menakjubkan yang beliau capai dalam Pilihan Raya Umum tahun 2004. Namun, menyusul kejayaan gilang-gemilang itu, nasib pentadbiran beliau mengalami kemerosotan secara berperingkat. Naskhah ini berakhir dengan keputusan Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008 yang membawa pelbagai implikasi besar terhadap zaman yang mendatang.

SINOPSIS BAHAN BACAAN/RUJUKAN TERPILIH PERPUSTAKAAN JABATAN PERDANA MENTERI BIL. 18/2010

7.

Pengarang Tajuk Penerbit Sinopsis

: Peter F. Drucker : Eksekutif Smart : Bekerja Dengan Lebih Efektif : PTS Professional, 2009 :

Tiada siapa yang dilahirkan efektif secara semula jadi, namun sebenarnya efektif dapat dipelajari. Ia wajib dipelajari oleh mereka yang serius dan mahu dipandang serius dalam kerjayanya. Eksekutif yang efektif berbeza daripada segi personaliti, kekuatan, kelemahan, nilai dan pegangan masing-masing. Persamaan mereka adalah mereka sentiasa melakukan apa yang sepatutnya dilakukan. Keberkesanan adalah kemahiran. Pengarang mengenal pasti lima prinsip yang perlu diikuti oleh eksekutif yang efektif seperti pengurusan masa, mengetahui apa yang hendak disumbangkan kepada organisasi, bijak memaksimumkan kekuatan bagi mewujudkan kesan terbaik, mengetahui mana yang perlu diutamakan dan membuat keputusan yang smart.

8.

Pengarang Tajuk Penerbit Sinopsis

: Taufik Rahman : Obama : Antara Islam, Israel & Amerika : PTS Millenia, 2009 :

Kehadiran buku ini diharap dapat membantu dalam memberi perspektif lebih jelas mengenai individu bernama Barack Obama ini. Melalui penelitian pada maklumat yang di sampaikan oleh media serta pemikiran beliau pada ucapan dan penulisannya, mungkin kita dapat membuat satu penilaian dan seterusya kesimpulan, siapakah sebenarnya beliau. Kemenangan Obama dalam pilihan raya presiden tahun ini amat menggemparkan. Kita menantikan sesuatu daripada presiden Amerika berkulit hitam pertama ini. Mungkin kita dapat belajar sesuatu. Mungkin juga kita dapat meletakkan harapan yang sederhana kepadanya. Harapan bagi sebuah dunia yang lebih harmoni. Kita tunggu dan lihat.

SINOPSIS BAHAN BACAAN/RUJUKAN TERPILIH PERPUSTAKAAN JABATAN PERDANA MENTERI BIL. 18/2010

9.

Pengarang Tajuk Penerbit Sinopsis

: Dato Seri Mohd Najib Tun Haji Abd. Razak : Menakhoda Zaman : Institut Terjemahan Negara, 2009 :

Buku ini diterbitkan berdasarkan ucapan yang disampaikan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abd. Razak, selaku Timbalan Presiden UMNO semasa Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada tahun 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2009. Tema pokok ucapannya dikekalkan, tetapi bentuk teks penerbitan disesuaikan untuk kepentingan pelbagai kelompok khalayak ramai. Ini adalah ucapan penting yang luar biasa kerana mengandungi pandangan yang merupakan muhasabah diri yang jujur, mengakui secara terus terang kelemahan-kelemahan UMNO, lantas mengemukakan pendekatan bagaimana menghadapi cabaran untuk mengekalkan tradisi besar UMNO sebagai pemimpin negara bagi pelbagai keturunan penduduknya.

10. Pengarang : Boon Siong Neo & Geraldine Chen


Tajuk Penerbit Sinopsis : Dynamic Governance : World Scientific, 2007 :

In a world of uncertainty and change, current achievements are no guarantee for future survival. Even if the initial chosen set of principles, policies and practices are good, static efficiency and governance would eventually lead to stagnation and decay. No amount of careful planning can assure a government of continual relevance and effectiveness if there is no capacity for learning, innovation and change in the face of ever new challenges in a volatile and unpredictable global environment. This book provides an in-depth look at dynamic governance, the key to success in a world of rapid, increasing globalization and unrelenting technological advancements. If bureaucratic public institutions can evolve and embed the culture and capabilities that enable continuous learning and change, their contributions to a country s socio-economic progress and prosperity would be enormous. The lessons from their efforts in institutionalizing culture, capabilities and change could provide meaningful and valuable insights for transforming organizations in other contexts.

SINOPSIS BAHAN BACAAN/RUJUKAN TERPILIH PERPUSTAKAAN JABATAN PERDANA MENTERI BIL. 18/2010

To read is to empower, To empower is to write, To write is to influence, To Influence is to change, To change is to live ~ Jane Evershed ~
Nota Penting: Untuk pertanyaan dan urusan pinjaman, sila hubungi Puan Naziah bt Ali, Pustakawan di talian 03-88723672 dan Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan JPM di talian 03-88723683.

Anda mungkin juga menyukai