Anda di halaman 1dari 94

PSIKOLOGI KANAK-KANAK, REMAJA DAN DEWASA MIKI 5233

AHMAD SHAMIL BIN OTHMAN M1111223M05 JUNID BIN MAHAMOOD M1111207M05


SARJANA KAUNSELING KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH SEMESTER 2/ 2011

Bab 1

Pengenalan Kepada Perkembangan Jangka Hayat

Orientasi Kepada Perkembangan Jangka Hayat 1) Definisi: Perkembangan jangka hayat ialah satu bidang kajian yang mengkaji pola-pola pertumbuhan, perubahan, dan kestabilan dalam tingkah laku yang terjadi sepanjang masa dalam satu jangka hayat yang lengkap. 2) Kajian tentang pertumbuhan, perubahan dan kestabilan dalam perkembangan jangka hayat adalah melalui pendekatan saintifik.

3) Perkembangan jangka hayat memberi fokus tentang perkembangan manusia. 4) Pakar-pakar perkembangan memberi fokus tentang cara-cara perubahan, pertumbuhan dan kestabilan dalam hidup. 5) Ahli-ahli perkembangan membuat andaian bahawa proses perkembangan adalah berterusan dalam setiap bahagian kehidupan manusia.

6) Pakar-pakar perkembangan membuat andaian bahawa dalam sesetengah cara manusia membesar dan berubah hingga ke akhir hayat, namun tingkahlaku manusia tidak berubah atau kekal stabil.

7) Ahli-ahli perkembangan juga percaya bahawa tiada jangkamasa tertentu dalam hidup mengawal semua perkembangan.

8) Sebagai contoh, mereka percaya bahawa setiap jangka masa dalam hidup mengandungi potensi bagi pertumbuhan dan penurunan tentang kebolehan dan individu mengekalkan kapasiti untuk pertumbuhan dan perubahan penting sepanjang masa dalam kehidupan.

Pendekatan-pendekatan dalam Perkembangan Jangka Hayat


a) Orientasi 1: Perkembangan Fizikal Perkembangan yang melibatkan fizikal badan, termasuk otak, sistem saraf, otot, deria dan keperluan untuk makan, minum tidur.
Contoh:Pakar dalam perkembangan fizikal mengkaji kesan mal-nutrition ( kekurangan zat makanan ) ke atas perkembangan dalam pertumbuhan kanak-kanak ( Fell & William, 2008)

b) Orientasi 2: Perkembangan Kognitif Perkembangan yang melibatkan cara-cara pertumbuhan dan perubahan dalam kebolehan intelek mempengaruhi tingkahlaku seseorang.
Contoh: Pakar dalam bidang ini mengkaji bagaimana kemahiran penyelesaian masalah menukar kehidupan seseorang. Mereka juga berminat tentang bagaimana seseorang yang pernah mengalami trauma dapat mengingati semula peristiwa tersebut. ( Alibali, Phillips & Fischers, 2009; Dumka et al., 2009)

c) Orientasi 3: Perkembangan Personaliti Kajian yang melibatkan perubahan dan kestabilan dalam induring characteristics. yang membezakan seorang individu dengan individu yang lain dalam suatu jangka hayat.
Contoh: Ahli-ahli perkembangan berminat dalam perkembangan personaliti dan menumpukan kepada persoalan kestabilan, trait personaliti yang mampu kekal lama sepanjang jangka hayat.

d) Orientasi 4: Perkembangan Sosial Cara mengenai interaksi antara individu dan pertumbuhan hubungan sosial, perubahan dan mengekalkan kestabilan dalam suatu jangka hayat.
Contoh: Pakar dalam perkembangan sosial menyelidik tentang kesan penceraian/kemiskinan/rasisme terhadap perkembangan manusia.

Perbezaan Individu dan Julat Umur 1) Jangka hayat dibahagikan kepada beberapa jangka masa hidup:
a) Pra lahir ( mengandung hingga lahir) b) Bayi- toddlerhood ( Lahir-3 tahun ) c) Pra sekolah ( 3-6 tahun) d) Kanak-kanak pertengahan ( 6-12 tahun) e) Remaja ( 12-20 tahun) f) Dewasa awal (20-40 tahun) g) Dewasa pertengahan ( 40-65) h) Dewasa akhir ( 65-mati)

2) Terdapat perbezaan individu dalam hidup manusia. 3) Sebahagiannya merupakan faktor biologi dimana kematangan manusia adalah berbeza. 4) Faktor persekitaran juga mempengaruhi kematangan individu.

Perspektif Teori-teori Terhadap Perkembangan Jangka Hayat

1) 2) 3) 4) 5) 6)

Perspektif Psikodinamik Perspektif Tingkahlaku Perspektif Kognitif Perspektif Humanistik Perspektif Kontekstual Perspektif Evolusi

Perspektif Psikodinamik 1) Peringkat Perkembangan psikoseksual menurut Teori Psikoanalitik Freud. a) Mula lahir hingga 12-18 bulan * Peringkat Oral * Tindakan didorong oleh id. * Menyusu-Kepuasan seks * Suapan mulut-hisap, makan, kunyah gigit

b) 12-18 bulan hingga 3 tahun *Peringkat anal *Latihan cara buang air besar *Desakan-desakan ibua bapa dan persekitaran. * Personaliti anal aggresif * Personaliti anal retentif

c) 3 tahun hingga 5-6 tahun * Peringkat Faliks ( Zakar & Faraj ) * Ingin tahu tentang kemaluan * Konflik Oedipus ( Kanak-kanak lelaki ) * Electra complex ( Kanak-kanak perempuan)

c) 5-6 tahun hingga remaja


* Peringkat Latensi * Cenderung bergaul * Gelora yang dialami sebelum ini-tenang. * Terdedah kepada pengalaman baru

e) Remaja hingga dewasa * Peringkat Genital ( Syahwat ) * Tahap pemikiran meningkat + kompleks. * Peningkatan dorongan seks * Fantasi kompleks oedipus tidak ketara. * Kesedaran tentang realiti kehidupan. * Matang.

2) Peringkat Perkembangan psikososial menurut Teori Psikososial Erikson a) Mula lahir hingga 12-18 bulan ( 0-1 Tahun) * Peringkat Percaya vs Tidak percaya * +ve: Memperkembang sifat rasa percaya
* - ve: Syak wasangka, tidak percaya, bimbang. *Jas Laile Suzana Jaafar
Remaja) ( Psikologi Perkembangan Kanak-kanak dan

b) 12-18 bulan ( 1-2 tahun ) *Peringkat Autonomi vs Ragu-ragu *+ve: Berdikari dan meneroka *-ve : Ragu-ragu, tidak yakin

c) 3 hingga 5-6 tahun ( 3-5 tahun )


* Peringkat Inisiatif vs Rasa Bersalah * +ve: Dapat mencari jalan sendiri untuk bertindak * -ve: Rasa bersalah daripada tindakan dan pemikiran

d) 5-6 tahun hingga remaja ( 6-11 tahun ) *Peringkat Industri vs Rasa Rendah Diri *+ve: Perkembangan dalam pencapaian * -ve: Memperkembang sifat rendah diri

e) Remaja ( 12 hingga 19 tahun ) *Identiti vs Keliru-peranan

*+ve: Kesedaran tentang keunikan diri


*-ve : Tiada kebolehan mengenal pasti peranan yang sesuai dalam hidup. Maka, rasa tersisih, tiada matlamat.

f) Dewasa Awal ( 20-30-an )


*Intimasi vs Isolasi *+ve: Memperkembangkan kasih sayang, hubungan seksual dan persahabatan yang akrab. *-ve: Bimbang perhubungan dengan orang lain.

g) Dewasa Pertengahan ( 40-an 50-an ) * Generativiti vs Penyerapan-Kendiri * +ve: Perkembangan generasi; prihatin terhadap orang lain dan alam sekitar * -ve: Cenderung dengan perolehan diri, materialistik.

h) Dewasa Akhir ( 60 tahun ke atas )


* Ego-Integriti ( keutuhan ) vs Putus Asa * +ve: Memperoleh keutuhan ( berjaya dalam hidup ) * -ve: Menyesal dan putus asa

Perspektif Tingkahlaku

a)Idea Utama Pekembangan boleh difahami melalui mengkaji tingkah laku yang diperhatikan dan rangsangan persekitaran.
b)Pelopor Utama John B. watson, B.F. Skinner, Albert Bandura

Perspektif Kognitif a)Idea utama Menekankan bagaimana perubahan atau pertumbuhan terhadap cara manusia mengetahui,memahami dan berfikir tentang dunia memberi kesan terhadap tingkah laku. b) Pelopor Utama: Jean Piaget

Perspektif Humanistik a) Idea Utama Individu merupakan satu agen bebas, mempunyai keupayaan menggunakan simbol & berfikir secara abstrak. Manusia dlihat sebagai aktif, bebas, kreatif dan berkebolehan untuk pertumbuhan kesempurnaan kendiri. b) Pelopor Utama: Carl Rogers, Abraham Maslow

Perspektif Kontekstual a) Idea Utama Perkembangan patut dilihat sebagai sesuatu yang saling berhubungkait dalam kalangan fizikal individu, kognitif, personaliti dan dunia sosial.
b) Pelopor utama: Urie, Bronfenbrenner dan Lev Vygotsky

Perspektif Evolusi
a) Idea Utama Tingkah laku adalah warisan genetik hasil daripada nenek moyang. b) Pelopor Utama: Charles Darwin dan Konrad Lorenz

ISU-ISU PENTING DAN PERSOALAN:


MENENTUKAN SIFAT-SIFAT DAN MEMUPUK PERKEMBANGAN JANGA HAYAT

Perkembangan jangka hayat mengambil masa yang panjang. Walaupun terdapat peringkat asas dalam kehidupan seperti belajar bercakap, bersekolah dan mencari kerja namun seseorang itu akan berhadapan dengan putaran kitaran hidup seseorang.
Salah satu daripada isu-isu utama yang mencabar developmentalist ialah samada perkembangan adalah secara berterusan atu tidak.

*Perubahan berterusan adalah bersifat kuantitatif secara semulajadi. *Sesetengah pakar teori mencadangkan bahawa perubahan dalam keupayaan berfikir juga adalah berterusan dan menunjukkan peningkatan kuantitatif secara beransur ansur dan bukannya mengembangkan keupayaan pemprosesan kognitif baru secara sepenuhnya. *

TEMPOH KRITIKAL DAN SENSITIF MENGUKUR KESAN PERISTIWA PERSEKITARAN


Sekiranya wanita mengandung dijangkit rubella pada usia kandungan 11 minggu, akan memberi kesan kepada kandungan seperti buta, pekak, sakit jantung. Namun demikian jika pada masa 30 minggu dijangkit rubella kesan kepada kandungan akan berbeza. Perbezaan yang ditunjukkan inilah dikatakan konsep tempoh kritikal. Tempoh kritikal ialah masa tertentu semasa perkembangan terdapat kesan besar terhadap sesuatu peristiwa tertentu.

Tempoh kritikal berlaku apabila kehadiran rangsangan persekitaran diperlukan supaya perkembangan dapat diteruskan secara normal. Tempoh sensitif ialah manusia mudah terpengaruh kepada rangsangan tertentu dalam persekitaran.

PENDEKATAN JANGKAHAYAT BERBANDING TUMPUAN KE ATAS TEMPOH TEMPOH TERTENTU


Pakar-pakar perkembangan jangkahayat terdahulu lebih menekan tempoh masa bayi dan dewasa. Pakar-pakar kini merasakan bahawa perkembangan keseluruhan jangka hayat adalah sangat penting. Perkara penting dalam persekitaran setiap orang ialah kehadiran orang lain disekeliling mereka. Sebagai contohnya perkembangan bayi yang dilahirkan oleh ibu bapa yang berumur 15 thn sudah tentu berbeza dengan perkembangan bayi yang dilahirkan oleh ibu bapa yang berumur 37 thn. Perkembangan bayi bergantung kepada perkembangan minda dan sosial ibubapa mereka.

Menurut Paul Baltes, perkembangan jangkahayat melibatkan keuntungan dan kerugian. Setara dng. Umur sesetengah kebolehan menjadi berkembang dan mantap manakala yang lain kehilangan kemahiran. Sifat individu merujuk kepada sifat-sifat,kebolehan dan kapisiti yang warisi dari ibu bapa. Sifat memberi kesan kepada kehidupan kita. Pengaruh alam sekitar mempengaruhi tingkah laku begitu juga dengan biologi. Ibu bapadan tahap sosial ekonomi juga berperanan dalam hal ini.

Perkembangan jangkahayat, pendekatan saintifik untuk memahami perkembangan manusia dan perubahan sepanjang hayat merangkumi fizikal, kognitif, perkembangan sosial dan personaliti. Aspek budaya dan etnik juga memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan manusia.

KAEDAH PENYELIDIKAN
PENDAHULUAN Bangsa Mesir amat percaya bahawa bangsa mereka adalah paling bertamadun dalam semua bidang. Jueteru itu Psamtik( Raja Mesir Purba) telah membuat kajian bagi membuktikannya. Dalam kajiannya itu dia telah mengasingkan 2 orang kanak-kanak daripada masyarakat. Dia meyakini bahawa kanak-kanak tersebut akan bertutur dalam bahasa Mesir. Namun demikian setelah 2 thn, perkataan pertama yang terkeluar daripada kanak-kanak tersebut ialah becos yang bermakna roti daripada bahasa Phrygian. Daripada maklumat tersebut dapatlah Psamtik membuat hepotisis bahawa bangsa Phrygian adlah bangsan terawal wujud.

TEORI DAN ANDAIAN: MENGEMUKAN SOALAN BERKAITAN PERKEMBANGAN


Psamtik telah berjaya mencetuskan kajian perkembangan berkaitan bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa. Adaian-andainya yang digunakan ialah: Adakah kekurangan makanan mempengaruhi kebijaksanaan? Bagaimanakah bayi menjalinkan hubungan dengan ibu bapa? Dapatkah aktiviti mental mencabar mengurangkan risiko penurunan kemampuan minda berfikir pada usia tua?

Para pengkaji seperti ahli psikologi dan saintis bergantung kepada kaedah sainstifik untuk mencari jawapan. Kaedah sainstifik digunakan dengan mengutarakan soalan yang dibina dengan teliti, terkawal serta bersistematik melalui permerhatian. Data-data dikumpulkan untuk mendapatkan jawapan.

Kaedah sainstifik mengunakan 3 langkah: 1) mengenalpasti soalan-soalan berkaitan 2) membuat rumusan penjelasan 3) Menjalankan kajian Kaedah sainstifik melibatkan formulasi teori yang memberi penjelasan dengan teliti serta andaian yang bakal berlaku. Seperti contoh ikatan antara anak dengan ibu bapa yang terjadi sebaik sahaja anak dilahirkan.

Pengkaji2 perkembangan menggunakan teori untuk membuat hipotesis di dalam ujian2 mereka. Contohnya dibuat andaian bahawa anak angkat mempunyai hubungan kurang baik dengan ibu bapa angkat mereka berbanding anak yang mempunyai ibu bapa yang sebenar.

PEMILIHAN STRATEGI KAJIAN: MENCARI JAWAPAN


Selepas membuat andaian, pengkaji perlu membuat strategi kajian untuk mendapatkan kesahihan jawapan. 2 kategori kajian digunakan iaitu kajian perkaitan dan eksperimen Tujuannya untuk menentukan kewujudan perhubungan/perkaitan antara 2 faktor. Bagaimanapun kajian ini tidak dapat menentukan sama ada 1 faktor mempengaruhi faktor yang lalu walaupun ada hubung kait. Sbg contohnya untuk menentukan adakah hubungan yang terjalin antara anak dengan ibu sebaik sahaja lahir dengan faktor keibuan akan mempengaruhi anak di bawah usia 2 tahun.

Sebaliknya, kaedah eksperimen digunakan untuk mencari adakah wujud perhubungan yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Dalam kaedah ini pengkaji akan menggunakan 1 situasi yang terkawal untuk melihat sesuatu akibat yang disebabkan oleh perubahan sesuatu faktor. Contohnya pengkaji membuat eksperimen menggunakan tempoh masa yang variasi untuk melihat sama ada tempoh masa akan memberi kesan mempengaruhi hubungan ibu dan anak. Kaedah eksperimen dapat menjawab sebab akibat dan kesanya.

KAJIAN PERKAITAN/PERHUBUNGAN
Pengkaji perhubungan menyelidik perhubungan perkaitan di antara 2 pembolehubah bagi menentukan hubungan atau perkaitan.Cthnya kajian dijalankan mendapati kanak-kanak yang sering menonton aksi ganas di Tv akan bersikap ganas berbanding kanak-kanak yang tidak terdedah kepada aksi tersebut. Namun ia tidak semestinya benar kerana ada kemungkinan kanak-kanak bersikap agresif itu sendiri yang tercendorong menonton aksi ganas.

Kemungkinan lain kanak-kanak yang dibesarkan dalam taraf sosioekonomi yang rendah mempengaruhi sikap agresif berbanding dengan kanak-kanak yang dibesarkan dalam suasana yang taraf sosioekonomi yang tinggi. Ini menunjukkan adanya pembolehubah yang ketiga iaitu sosioekonomi. Bagaimanapun kajian perkaitan/perhubungan ini penting kerana kita akan dapati perhubungan sentiasa rapat di antara 2 insan ada hubungan dengan tahap kebijaksanaan. Cthnya jika ibu bapa sering berinteraksi akan membuatkan kosakata seseorang anak akan bertambah. Begitulah sebaliknya. Aspek pemakanan juga mempengaruhi seseorang.

KEBARANGKALIAN PERKAITAN
Dalam kajian perkaitan/perhubungan, aras kekuatan sesuatu perhubungan di antara 2 faktor diwakili oleh julat kebarangkalian persekitaran yang bermula dengan dengan t1.0 atau -1.0. Kebarangkalian negatif menunjukkan jika nilai berlaku peningkatan pada sesuatu faktor, faktor lain juga akan meningkat. Cthnya pekerja bergaji tinggi akan lebih berpuas hati dengan kerjaya mereka . Kebarangkalian julat t1.0 pada tahap ini begitu juga sebaliknya.

JENIS-JENIS KAJIAN SALING KAITAN/PERHUBUNGAN


Pemerhatian Naturalistik Ialah memerhati sesuatu situasi tanpa campurtangan. Contohnya pemerhatian ke atas sekumpulan kanak-kanak tadika untuk melihat sejauh mana mereka sanggup berkongsi mainan dalam sesuatu tempoh masa. Namun para pengkaji tidak dapat membuat kesimpulan kerana kanak-kanak tersebut mengubah sikap mereka apabila tahu mereka sedang diperhati.

KAJIAN KUALITATIF DAN ETNOGRAFI


Kajian etnografi ialah menyelidik sesuatu budaya subjek dengan memerhati dan menjalankan kehidupan budaya subjek untuk tempoh masa tertentu. Dari situ dapat memahami dengan mendalam bagaimana budaya saling berkaitan antara satu budaya dan kehidupan secara alamiah.

Kajian Kualitatif pula akan memilih 1 bidang yang ingin dikaji dan memperincikan dapatan apa dan mengapa sesuatu itu terjadi. Kemudianya dapatan ini akan dibuat andaian dan diuji dengan mengunakan kaedah kualitatif. Terdapat kekarangan dalam kedua-dua kajian iaitu: 1, Kehadiran pemerhati akan mempengaruhi tingkahlaku subjek dan dpatan tidak tepat kerana hanya mewakili sebahagian kecil individu .

Ahli entografi mungkin tersalah tafsir dan salah tanggapan semasa pemerhatian disebabkan perbezaan budaya.

Kajian Kes. Kajian kes melibatkan temubual dengan subjek yang berkemungkinan hasil andaian tersebut boleh digunapakai terhadap subjek lain. Cthnya kaedah catatan dairi diguna pakai merekod kelakuan sosial

Kaedah Tinjauan Dalam kaedah ini sekumpulan individu yang mewakili masyarakat akan disoalselidik berdasarkan topik yang dipilih. Sebagai contohnya tinjauan akan dibuat dikalangan peserta berapa ramai yang menghukum anak mereka apabila membuat sesuatu kesalahan. Hasil`daripada dapatan tersebut dikira sbg kesimpulan.

Kaedah Psikologi Berfokus kepada perhubungan antara proses psikologi dan tingkahlaku. Cthnya kajian di antara hubungan peredaran darah dalam otak dengan masalah keupayaan menyelesaikan masalah. Antara kaedah psikologi yang digunakan ialah: 1)EEG : Untuk melihat gelombang otak 2)CAT SCAN-:guna komputer untuk mencari struktur otak 3. MRI SCAN : menunjukksn aktiviti otak secara 3 demensi.

EKSPERIMEN PENENTU SEBAB DN AKIBAT


Pengkaji mencipta 2 keadaan yang berbeza dan akan mengkaji perbezaan yang wujud akibat pengaruh2 tertentu. Contohnya eksperimen perubatan yang menggunakan dadah terbaru untuk mengubati sesuatu penyakit. 2 kumpulan digunakan. 1 kumpulan diberi dadah dan 1 kumpulan lagi tidak diberi rawatan dadah. Hasil rawatan ke atas ke2 kumpulan tersebut akan dikenalpasti.

PEMBOLEHUBAH PAUTAN/SANDARAN DAN PEMBOLEHUBAH BEBAS


Pembolehubah bebas membolehkan penyelidik memanipulasi eksperimen. Pembolehubah pautan pula penyelidik menggunakan sebagai ukuran dan mengharap perubahan selepas eksperimen sebagai hasil eksperimen. Andaian perubahan bebas bergantung kepada manipulasi perubahan pautan. Setiap eksperimen mempunyai pembolehubah bebas dan pautan.

Penyelidik tidak akan mendedahkan eksperimen kerana tidak mahu mempengaruhi tingkahlaku subjek. Subjek dipilih secara rawak bagi tujuan memastikan hasil dapatan tidak dipengaruhi oleh apa2 saja keadaan.

BAB 2 Permulaan Kehidupan: Perkembangan semasa Pra Lahir

Perkembangan Paling Awal


1)Gamet jantan (Sperma) + Gamet betina (Ovum ) = Zigot 2) Sel tunggal zigot berkembang kepada satu organisasi kompleks dengan jutaan sel. 3) Pembentukan organisma berlaku melalui proses mitosis. 4) Dalam pembentukan sel jantina, proses meosis berlaku dengan jumlah kromosom dalam sel terbahagi dua dan setiap sel baru akan menerima satu daripada pasangan kromosom iaitu hanya 23 kromosom.

5) Kelahiran yang pelbagai wujud sama ada dua atau lebih. 6) Berlaku kerana sekelompok sel dalam ovum berpecah antara 2 minggu selepas persenyawaan. Ini dinamakan monozigotik. ( Datang daripada zigot asal yang sama ) 7) Manakala kembar dizigotik pula adalah kembar yang dihasilkan bila dua ovum yang terpisah disenyawakan oleh dua sperma kira-kira pada masa yang sama.

Kaunseling Genetik 1) Kaunseling Genetik memberi fokus menolong klien yang berhadapan dengan isu-isu berhubung gangguan yang diwarisi. 2) Antara teknik-teknik pemantauan perkembangan fetal ialah Amniocentesis, Chorionic villus sampling ( CVS), embryoscopy, Fetal blood sampling (FBS), Sonoembryology, Sonogram dan Ultrasound sonography. Feldman ( 2003: 53 )

Perubahan dan Pertumbuhan Pralahir


1) Menurut Jas Laile Suzana Jaafar ( 2000: 57), selepas persenyawaan, lazimnya ibu akan hamil selama 266 hari 2) Terdapat beberapa fasa perkembangan semasa pralahir. 3)Fasa-fasa tersebut adalah seperti berikut:

a) Fasa germinal ( Mula persenyawaan- 2 minggu) Pada fasa ini zigot membahagi berulang-ulang kali sewaktu dalam perjalanan (tiga hingga empat hari) ke uterus. Zigot berlegar-legar di sekitar uterus selama lebih kurang tiga hingga empat hari selepas blastosis melekat (implanted) dengan kuatnya di dinding rahim. Selama beberapa hari di fasa ini sel-sel dibahagikan mengikut fungsi masingmasing.

b) Fasa Embrio ( 2 minggu hingga 8 minggu ) Zigot bertukar menjadi embrio. Embrio : 3 lapisan. Ektoderm- Kulit, rambut, gigi, organ deria, otak dan saraf tunjang. Endoderm-Sistem penghadaman, hati, pankreas, sistem respirasi Mesoderm:Otot, tulang, darah, sistem peredaran darah

c) Fasa Fetal ( Janin ) ( 8 minggu hingga lahir ) Fasa fetal bermula bila terjadi pembezaan terhadap organ-organ utama. Fetus membesar dengan cepat dan panjangnya meningkat 20 kali. Organ utama seperti jejari tangan serta kaki telah terbentuk pada peringkat ini.

Pada akhir bulan keenam janin yang normal akan bergerak dengan aktif. Janin pada ketika ini menghisap jari, berpusing, sensitif terhadap cahaya dan juga boleh menggerak-gerakkan kelopak matanya. Pada ketika ini, sekiranya janin tersebut telah melalui perkembangan organ-organ dalaman yang matang maka ia mampu meneruskan kehidupan dan bersedia untuk dilahirkan. Fetus mengubah arah kedudukan sebelum lahir dengan kepalanya pada dasar rahim.

Masalah-masalah Mengandung

1) Infertility ( Kemandulan ) 2) Keguguran dan pengguguran

Persekitaran Pra Lahir : Ancaman kepada Perkembangan 1)Teratogenic agents 2)Pemakanan ibu 3)Umur ibu 4)Penggunaan dadah /ubat-ubatan

Adakah Bapa Memberi Kesan Kepada Persekitaran Pra Lahir?

Ya

Merokok- Kesan ke atas perokok pasif

Alkohol/dadah-Kesan ke atas sperma

Persekitaran kerja-mercury/toksik- kesan keatas bayi Tekanan ke atas ibu mempengaruhi fizikal dan emosi bayi

BAB 3

KELAHIRAN DAN BAYI YANG DILAHIRKAN

KELAHIRAN DAN KELAHIRAN BAYI BARU


Dalam bab ini kita akan melihat komplikasi yang berlaku ketika bayi dilahirkan dan masalah yang berkaitan dengan bayi pramatang dan kadar kematian bayi serta kebolehan setiap bayi dilahirkan. Proses Kelahiran Selepas 266 hari dalam kandungan protein yang dikenali sebagai (CRH) membebaskan pelbagai hormon dan akan menghasilkan kelahiran bayi.

Hormon utama oxytocin yang dibebaskan oleh kelenjar pituitary.Bila kepekatan hormon ini tinggi maka kontraksi pada uterus bermula. Semasa proses mengandung,uterus akan mengembang bagi fetus membesar. Ibu akan merasakan kotraksi seawal 4 bulan yang dikenali sebagai braxton-hicks contraction.Semasa kelahiran tekanan bagi kontraksi tersebut adalah kuat supaya bayi dapat dilahirkan.

Proses kelahiran ada 3 peringkat. Dalam setiap kontraksi uterus berlaku 8-10 minit dan mengambil masa selama 30 saat. Semasa proses kelahiran berlaku makin hampir, kontraksi akan semakin kerap berlaku iaitu dalam setiap 2 minit dengan masa yang diambil selama 2 minit. Servik ibu akan terbuka hingga 10cm untuk membolehkan kepala bagi keluar. Masa yang diambil oleh ibu yang pertama kali melahirkan boleh mencecah sehingga 16-24jam berbanding dengan ibu yang kerap melahirkan anak.

KELAHIRAN: FETUS KEPADA BAYI


Jururawat terlatih akan menggunakan kaedah Apgar pada bayi yang baru lahir. Skala yang digunakan ialah: A)Keadaan semasa bayi B)Denyutan nadi C)Tindakbalas D) aktiviti E) Pernafasan

Jika bayi berada di skala 4, maka rawatan susulan akan dilakukan.

PROSEDUR ALTERNATIF DALAM KELAHIRAN


Teknik Lamaze sangat popular di U.S iaitu melalui teknik pernafasan dan teknik bertenang.Teknik ini memerlukan bapa sebagai pembantu kepada bakal ibu untuk menenangkan ibu semasa proses kontraksi berlaku. Latihan ini dibuat sebelum proses kelahiran . Teknik Bradley Bapa sebagai penyambut kelahiran dimana kelahiran bayi dipercayai adalah satu proses semulajadi dan tidak memerlukan sebarang bantuan perubatan.

Hypnobirthing Kaedah baru tetapi semakin berkembang kerana kaedah ini memerlukan ibu menghipnosiskan diri mereka dalam keadaan yang tenang dan aman. Dapat mengurangkan kesakitan. KELAHIRAN BAYI:SIAPA YANG AKAN SAMBUT

Pada dekad yang lalu bidan memainkan peranan menyambut bayi biasanya dirumah.

Kaedah yang terbaru guna perkhidmatan doula iaitu orang yang memberi semangat kepada ibu untuk menghadapi sebarang kemungkinan semasa kelahiran.

KESAKITAN DAN KELAHIRAN Kesakitan yang dihadapi tidak boleh diukur kerana dipengaruhi oleh faktor psikologi.Ia juga bergantung kepada faktor persediaan sebelum, sokongan semasa kelahiran, pandangan ibu tersebut kelahiran dan sifat semulajadi ibu.

PENGGUNAAN ANESTATIK DAN UBAT TAHAN SAKIT


Sekurang2nya 1/3 ibu meneriam anestatik seperti epidural iaitu akan merasa kebas dari pinggang ke bawah. Epidural pada masa lalu menyebabkan ibu tidak boleh berjalan dan tidak boleh menolak bayi keluar semasa proses kelahiran. Namun begitu epidural terkini yang digunakan mampu membolehkan ibu bergerak selepas kelahiran dan kurang kesan samping. Penggunaan ubat tahan sakit akan menyebabkan kesan negatif kepada bayi dan ibu dan tumbesaran bayi.

SELEPAS KELAHIRAN: BERSALIN DAN PULANG Pada tahun 1970an purata ibu perlu berada dihospital selama 3.9 hari. Tetapi pada tahun 1990-an purata 2 hari seperti ditetapkan oleh american Academy of pediatrics di US.

PEMERIKSAAN RAPI BAYI SELEPAS KELAHIRAN Selepas kelahiran bayi selalunya diberi pemeriksaan rapi bagi mengenalpasti samada dia mempunyai penyakit atau genetik. Bayi diperiksa sekurangkurangnya 29 masalah iaitu pendengaran hinggalah masalah metobolisma badan dengan mengambil sampel darah bayi. Suntikan imunisasi akan diberikan untuk mengurangkan penyakit yang selalu menimpa bayi.

STRATEGI UNTUK MENJADIKAN PROSES KELAHIRAN MENJADI POSITIF


1. Komunikasi yang baik dengan pegawai perubatan 2. Anggap bersalin itu sebagai satu pekerjaan 3. Menerima sokongan daripada pasangan anda 4. Realistik dan jujur dalam kesakitan yang dihadapi. 5. Fokus pada perkara yang utama(Tujuan) bersalin adalah perkara yang menyeronokkan.

KOMPLIKASI SEMASA KELAHIRAN


Di U.S kadar kematian bayi pada skala 13:7 Kadar tinggi berbanding dengan negara membangun. Ada beberapa masalah sering berlaku semasa melahirkan anak. A) Bayi pramatang (lahir awal dan saiz terlalu kecil). 11% daripada bayi dilahirkan lebih awal iaitu kurang 38 minggu kerana fetusnya tidak

Berkembang dengan cukup. Bayi normal biasanya 3.4kg. Bayi kurang berat badan tetapi normal kerana mendapat zat2 tubuh badan daripada ibunya sendiri. Bayi pramatang ditempatkan di dalam incubator

Bayi pra matang bawah 32minggu(5bulan) Berat kurang 1.5kg. Kulit sangat merah(tidak kira keturunan),mata tertutup dan telinga leper. Organ dalaman semuanya tidak matang Sebelum tahu 1980an bayi seperti ini mati tetapi sekarang dengan teknologi perubatan dapat memberi harapan

Semakin cepat bayi itu dilahirkan sebelum tempoh matang risiko kematian tinggi Bayi 25 minggu peluang hidup 25% sahaja Keadaaan fizikal dan keupayaan minda mungkin terjejas bila lahir pramatang.

FAKTOR BAYI LAHIR AWAL


-Bayi kembar lahir awal -Ibu muda iaitu umur 15thn ke bawah juga berisiko lahir bayi pramatang *Ibu mengandung kurang 6 bulan dari kelahiran pertama berisiko lahir bayi pramatang

BAYI POST MATANG(2 MINGGU LEPAS JANGKA LAHIR)


Menghadapi beberapa risiko: 1. Pengaliran darah daripada placenta mungkin kurang untuk menyuburkan fetus yang sedang membesar. 2. Pengaliran darah ke otak kurang mengakibatkan kerosakan otak risiko kepada ibu dan bayi Kesukaran dialami bayi post matang adalah lebih senang untuk dicegah dibandingkan dengan bayi pra matang.

Pengamal perubatan boleh induce kandungan secara paksa sekiranya kandungan terlalu lama. Bantuan ubat dan teknik cesarean boleh digunakan untuk mempecepatkan kelahiran. Kelahiran Cesarean -dikenali juga c-section. -bayi dikeluarkan terus daripada uterus dan tidak melalui saluran biasa.

Berlaku apabila fetus menunjukkanlemas. Fetus dalam bahaya apabila denyutan jantung laju secara tiba-tiba. -Digunakan juga dalam kes breech position(songsang) Biasanya 1 dalam 25 kelahiran. Bahaya sebab tali pusat lilit/tertekan-tiada oksigen.

Fetal Monitor digunakan untuk ukur kadar denyutan jantung bayi semasa lahir.

TEKANAN PERASAAN/EMOSI SELEPAS BERSALIN


10% ibu yang melahirkan dapat tekanan simtom utama-perasaan sedih berpanjang, tidak seronok berlaku sehingga beberapa tahun selepas kelahiran. 1 dalam 500 kes dilaporkan. Kes yang kritikal- kematian ibu yang melahirkan terjadi sebab tidak bersedia untuk lahirkan anak.

PEMBENTANGAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai