Anda di halaman 1dari 22

SISTEM SALURAN DAN PEREDARAN DARAH

KUMPULAN 3: AJEERAH YAHYA FATEHAH ZULKIFLI NUR FADHILAH ABDULLAH

ALIRAN DARAH DALAM JANTUNG


Venakava membawa darah yang mengandungi

karbon dioksida ke atrium kanan. Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikal kanan melalui injap trikuspid. Penguncupan ventrikal menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru.

Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di

paru-paru. Seterusnya darah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral (bikuspid) masuk ke ventrikal kiri. Dari ventrikal kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh tubuh.

SALURAN DARAH
Terdapat 3 jenis salur darah utama:
Arteri Vena Kapilari

Dinding salur darah arteri dan vena terbentuk

oleh tiga lapisan


Tunica extema(lapisan luar) Tunica media (lapisan tengah) Tunica intima (lapisan dalam)

ARTERI
Salur darah yang membawa darah keluar dari

jantung ke bahagian-bahagian lain badan. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung. Arteri bercabang dan membentuk arteriol. Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.

ARTERI UTAMA

VENA
Salur darah yang membawa darah ke jantung

dan bahagian-bahagian lain badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri. Darah yang berada dalam vena berada dalam tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan.

Vena dilengkapi dengan injap-injap yang

menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya. Vena yang terkecil dinamakan venul. Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.

VENA UTAMA

KAPILARI DARAH
Merupakan saluran darah yang terkecil sekali.

Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada

venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel. Dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

PEREDARAN DARAH
satu sistem yang penting dalam tunuh badan.

Sistem ini mengedarkan darah bermula daripada jantung ke seluruh tubuh badan dan masuk ke jantung semula. Sistem peredaran darah juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup.

Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan

zat-zat makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel. Sistem darah manusia terdiri daripada dua jenis iaitu peredaran pulmonari dan sistemik.

PEREDARAN SISTEMIK
Atrium kiri menerima darah

beroksigen daripada paru-paru. Ventrikel kiri mengepam darah tersebut ke seluruh tubuh melalui aorta Oksigen dibekalkan kepada tisutisu tubuh dan karbon dioksida diangkut keluar.

PEREDARAN PULMONARI
Atrium kanan menerima darah daripada tisu-tisu

badan. Ventrikel kanan mengepam darah tersebut ke paru-paru melalui batang pulmonari Di paru-paru, darah mengambil oksigen dan melepaskan karbon dioksida.

KITARAN SISTEMIK DAN PULMONARI

TEKANAN DARAH SISTOLIK DAN HISTOLIK


Salah satu komponen kecergasan fizikal

berlandaskan kesihatan ialah daya tahan kardiovaskular. daya tahan kardiovaskular sangat berkait rapat dengan jantung, paru-paru dan salur darah. Selepas menjalani program latihan kardiovaskular selama 8 hingga 12 minggu secara berterusan, bacaan kadar nadi rehat akan turun. ini berkaitan dengan tekanan darah di jantung.

TEKANAN DARAH SISTOLIK


Terhasil apabila berlaku penguncupan ventrikel

kiri jantung. Semasa rehat, purata tekanan ialah 120/70 mmHg. Kedaaan ini menggambarkan keadaan jantung yang berkerja atau tekanan darah pada dinding arteri.

TEKANAN DARAH DIASTOLIK


Merupakan tekanan darah semasa jantung rehat

antara dua degupan. Purata bacaannya ialah 70/80 mmHg. Keadaan ini menggambarkan keefisienan darah mengalir dari arteriol ke kapilari darah.

Kitaran Kardiak
Kitaran kardiak merujuk kepada satu degupan

jantung yang lengkap


Darah mengalir masuk ke dalam jantung dan

dipam keluar dengan satu turutan koordinasi pengecutan otot-otot jantung.

Kitaran Kardiak
.

Distolik Atria dan Ventrikular Atrium dan ventrikel rehat (distol) Darah mengalir daripada atrium ka dalam ventrikal Injap AV terbuka Injap semilunar tertutup

Kitaran Kardiak
Sistolik Artrial
Kedua-dua atrium

menguncup (sistol) secara serentak memaksa darah masuk ke dalam ventrikel. Injap AV terbuka Injap semilunar tertutup

Kitaran Kardiak

Sistolik Ventrikular Kedua-dua ventrikel menguncup (sistol) secara serentak memaksa darah mengalir ke dalam batang pulmonari dan aorta. Injap AV tertutup Injap semilunar terbuka