Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN Program j-QAF berasaskan idea mantan YAB Dato Abdullah Bin Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri

Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kememterian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004. Program j-QAF relah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri pada ketika itu telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun 2005. KONSEP PROGRAM j-QAF Program j-QAf adalah satu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus di gunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu yang sedia ada. OBJEKTIF PROGRAM j-QAF Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat : 1. 2. 3. 4. menguasai bacaan dan tulisan jawi; khatam Al-Quran; menguasai asas Bahasa Arab Komunokasi; dan memantapkan dan menghayati malan fardhu ain.

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan Pendidikan Islam yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah Al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan. MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF 1. 2. 3. 4. 5. model model model model model Kelas Pemulihan Jawi; Tasmik; 6 bulan Khatam Al-Quran; Pelaksanaan Perluasan Bahasa Arab Komunikasi, Bestari Solat (kokurikulum)

Pengukuhan Program j-QAF hendaklah dilaksanakan melalui kelab, persatuan dan aktiviti seperti berikut : 1. 2. 3. 4. 5. Kelab Seni Tulisan Jawi; Kem Bina Juara; Ihtifal Khatam Al-Quran; Kem literasi Al-Quran; dan Persatuan Bahasa Arab.

Anda mungkin juga menyukai