Anda di halaman 1dari 9

RASIONAL

Persekitaran Bersih Hidup Sihat adalah tema yang penting kerana persekitaran yang bersih, sihat dan selamat merupakan keperluan asas manusia. Persekitaran perlu dilindungi dengan baik supaya kita dapat menikmati kehidupan yang sihat pada masa kini dan masa hadapan. Interaksi di antara manusia dan persekitaran perlu seimbang. Ini adalah kerana manusia dan persekitaran saling berhubungkait di antara satu sama lain. Sekiranya keseimbangan ini diancam, kemungkinan besar manusia akan menghadapi pelbagai masalah khususnya masalah kesihatan seperti penyakit bawaan makanan dan air, penyakit-penyakit bawaan vektor, pencemaran udara dan lain-lain keadaan yang membahayakan Aktiviti-aktiviti dan cara hidup seharian kita sama ada di rumah, sekolah, tempat kerja dan taman rekreasi boleh mempengaruhi kualiti persekitaran. Oleh sebab itu, program ini diadakan untuk memberikan kesedaran kepada murid-murid terhadap kepentingan menjaga kebersihan supaya dapat mengelakkan penyakit dan dapat hidup dalam keadaan sihat sejahtera.

OBJEKTIF PROGRAM
1.

Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid-murid terhadap menggalakkan amalan cara hidup sihat dan mesra alam di kalangan murid-murid.

2. Murid-murid akan mendapat pengetahuan yang mendalam tentang kepentingan dan kaedah menjaga kebersihan dan kesihatan. 3. Menerapkan kepentingan persekitaran yang bersih dan sihat.
4.

Amalan kesihatan dan kebersihan dalam kehidupan murid-murid.

5. Mendedahkan penjagaan kesihatan dan kebersihan secara menyeluruh dan mengikut prosedur yang betul terhadap murid-murid. 6. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan harian. 7. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan. 8. Memupuk semangat kepunyaan serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah. 9. Mewujudkan iklim serta identity sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria.

ORGANISASI
AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari

: : : :

AHLI JAWATANKUASA KERJA Buku Program Juruacara Siaraya Huruf Latar Jurugambar Hadiah dan Cenderahati Persiapan Tempat : : : : : : :

Penyelaras Aktiviti

Kuiz Gotong-royong Poster

ATURCARA TENTATIF

Isnin 25 Februari 2008 Majlis Perasmian Majlis akan dirasmikan oleh Guru Besar

Selasa 26 Februari 2008 Ceramah Kesihatan Ceramah tentang penjagaan kesihatan di kalangan murid-murid oleh Jabatan Kesihatan Pemeriksaan Kesihatan Pemeriksaan kesihatan yang merangkumi kuku, rambut dan gigi oleh Jabatan Kesihatan. Demonstrasi Penjagaan Gigi Demonstrasi membersihkan gigi untuk murid-murid oleh kakitangan Jabatan Kesihatan. Rabu 27 Februari 2008 Pertandingan Melukis Poster Dikhaskan untuk murid-murid tahap 2

Pertandingan Mewarna Poster Dikhaskan untuk murid-murid tahap 1

Khamis 28 Februari 2008 Kuiz Kesihatan

Setiap kelas tahap 2 akan menghantar 5 orang wakil untuk mewakili kelas masing-masing.

Jumaat 29 Februari 2008 Gotong-royong Aktiviti gotong-royong akan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu: Bilik-bilik khas Tandas Kawasan sekolah Bilik darjah Aktiviti ini melibatkan ibu bapa yang akan dijemput untuk sama-sama menjalankan aktiviti gotong-royong ini.

PERALATAN

Perasmian 1. Mikrofon 2. Pemain CD 3. Skrin 4. Laptop 5. LCD Ceramah 1. Mikrofon tanpa wayar 2. Skrin 3. LCD 4. Laptop 5. Meja penceramah 6. Kerusi penceramah Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster 1. Kertas Lukisan 2. Kertas bercetak (poster) Kuiz Kesihatan 1. Mikrofon 2. Meja 3. Kerusi 4. Papan Markah Gotong-royong

1. Penyapu 2. Mop 3. Pembersih Habuk 4. Cangkul 5. Penyodok 6. Gunting Pokok 7. Plastik Sampah 8. Tong Sampah 9. Tuala Pengelap

BELANJAWAN
Bil. Perkara Harga Kuantiti Jumlah

1.

Kertas warna

RM 0.10

20 keping

RM

2.00

2.

Kad Manila

RM 0.50

6 keping

RM

3.00

3.

Kertas Lukisan

RM 5.00

5 set

RM 25.00

4.

Cangkul

RM 15.00

5 batang

RM 75.00

5.

Gunting Pokok

RM 14.00

4 bilah

RM 56.00

6. 7. 8. 9. 10.

Tuala Pengelap Hadiah Air Minuman Cenderahati Bayaran Penceramah

RM 0.50

50 helai

RM 25.00 RM 60.00

RM 12.00 RM 15.00 RM100.00

4 kotak 4 set Seorang

RM 48.00 RM 60.00 RM100.00

JUMLAH Sumber Kewangan

RM454.00

Oleh kerana ini adalah program yang penting dan melibatkan murid-murid, maka adalah dicadangkan sumber kewangan dipohon daripada : 1. Persatuan Ibu Bapa dan Guru

2. Mendapatkan tajaan daripada syarikat yang selalu berurusan dengan pihak sekolah. 3. Sumbangan ikhlas daripada warga sekolah