Anda di halaman 1dari 44

Mempersembahkan

KERUSI
Satu Komedi Tragis

Di Terjemah Dari THE CHAIRS Karya Eugene Ionesco

Oleh AHMAD YATIM

Watak-Watak:

LELAKI TUA, berumur sembilan puluh lima tahun WANITA TUA, berumur sembilan puluh empat tahun PEMIDATO, berumur empat puluh lima ke lima puluh tahun.

Dinding bulat/melengkung dengan satu ruang tersuruk di bahagian tengah upstage. Sebuah bilik luas dengan sangat sedikit perabot. Ke kanan, meghala ke upstage dari prosenium, ada tiga buah pintu, diikutidengan sebuah tingkap dengan sebuah bangku kayu mengadapnya. Kemudian sebuah pintu lagi. Di tengah-tengah dindingruang tersuruk di upstage itu ada sebuah pintu besar(berdaun pintu berkembar), dan dua buah lagi pintu,di kedua-dua belah pintu besardan mengadap satu sama lain.Kedua-dua pintu ini, setidak-tidaknya satu daripadanya, terselindung dari pandangan penonton. Ke kiri, menghala upstage dari prosenium, juga ada tiga buah pintu dan sebuah tingkap dengan sebuah bangku kayu mengadapnya. Sama seperti yang terdapat disebelah kanan pentas, bertentangan serta mengadap satu sama lain. Ditengah-tengah pentas ada pentas kehormat dan sebuah papan hitam. Di bahagian downstage, ada dua buah kerusi, sebelah menyebelah. Sebuah lampu gas tergantung disiling.

(Tirai dinaikkan. Cahaya samar. LELAKI TUA berdiri di atas bangku kayu, disebelah kiri, sambil menjenguk keluar tingkap. WANITA TUA menyalakan lampu gas.Cahaya hijau.Dia kemudian berjalan ke LELAKI TUA dan memegang lengan baju LELAKI TUA.)

WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA:

Mari sayangku, tutup tingkap itu. Ada bau busuk daripada air yang bertakung,dan lagipun nyamuk sedang masuk. Biarkan saya sendirian! Mari, mari, sayangku, mari duduk. Awak tidak patut menjenguk keluar, awak mungkin akan terjatuh ke dalam air.Awak tahu apa yang terjadi kepada Parameswara. Awak mesti berhati-hati. Masih lagi contoh dari sejarah! Sayang, saya sudah bosan dengan sejarah melayu.Saya nak tengok - bot-bot dalam air itu membuat tompok-tompok dalam sinaran matahari.

LELAKI TUA:

WANITA TUA:Awak tidak boleh nampak mereka, tidak ada sinaran matahari, sekarang waktu malam, sayangku. LELAKI TUA: WANITA TUA: Masih ada lagi bayang-bayang. (Dia menjenguk lebih jauh keluar tingkap.) (Menariknya masuk dengan segala tenaga). Oh!... awak menakutkan saya, sayangku mari duduk, lagi pun, awak tidak akan nampak mereka datang. Tidak ada gunanya mencuba. Sekarang gelap
3

(LELAKI TUA terpaksa membiarkan dirinya ditarik masuk.) LELAKI TUA: WANITA TUA: Saya hendak tengokawak tahu betapa seronoknya saya melihat air. : Macam awak boleh lakukannya, sayangku?... Ia membuatkan saya pening. Ah! rumah ini, pulau ini, saya tidak dapat menyesuaikan diri. Air di sekeliling kita air di bawah tingkap, melempah sejauh mata memandang.

(WANITA TUA menarik LELAKI TUAkearah dua buah kerusi ; LELAKI TUA duduk selesa di atas pangkuan WANITA TUA.) LELAKI TUA: : Sekarang pukul enam petang sudah pun gelap. Sebelum ini tidakbegitu. Tentuawak ingat, masih lagi ada matahari pada pukul sembilan malam, pukul 10 , ditengah malam. : Bila di fikirkan balik, memang betullah itu. Ingatan awak sangat kuat! : Keadaan memang sudah berubah. : Kenapa begitu, awak fikir? : Saya tidak tahu, Semiramis, sayang Mungkin kerana lagi jauh kita pergi, lagi dalam kita terbenam. Ia disebabkan bumi ini sentiasa berpusing, pusing, pusing, pusing : Pusing, pusing, sayangku. (Senyap.) Ah! Ya, awak sememang seorang intelek yang baik.Awak memang telah diberi kelebihan, sayangku.Awak boleh saja jadi ketua presiden, ketua raja, atau malah ketua doktor, atau ketua general,sekiranya awak mahu, sekiranya awak punya sedikit citacita dalam hidup : Apa kebaikannya yang kita boleh dapat? Kita tidak mungkin akan dapat hidup lebih sempurna lagi pun, kita ada tugas di sini. Saya seorang jeneral, setidak-tidaknya dalam rumah ini, saya jeneral serba serbi. : (MembelaiLELAKI TUA seperti membelai seorang anak). Sayangku, kekasihku. : Saya sangat bosan. : Awak lebih gembira bila awak memandang air Mari kita senangkan hati kita dengan berpura-pura percaya, seperti yang awakbuat petang semalam. : Berpura-puralah sendiri, kini giliran awak. : Kini giliran awak. : Giliran awak.
4

WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA:

WANITA TUA:

LELAKI TUA:

WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA:

LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA:

WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA

: Giliran awak. : Giliran awak. : Giliran awak. : Minum teh awak, Semiramis. (Sudah sememangnya tiada teh.)

WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA:

: Ayuhlah, mari tiru bulan Februari. :Saya tidak suka bulan-bulan dalam kalendar. : Itulah sahaja yang kita ada, setakat sekarang. Ayuhlah, hanya untuk memuaskan hati saya :Baik, inilah dia bulan Februari. (Dia menggaruk kepalanya seperti Pak Pandir.) : (tertawa, bertepuk). Tepat sekali.Terima kasih, terima kasih, awak sangat comel, sayangku. (Dia memeluk LELAKI TUA.) Oh, awak sememang berbakat, paling tidak awak sudah pun jadi ketua jeneral, sekiranya awak mahu : Saya sememangnya jeneral, jeneral serba serbi.

LELAKI TUA: (Senyap.) WANITA TUA: LELAKI TUA:

:Ceritakan pada saya kisah itu, awak tahukan kisah itu: Kemudian, akhirnya kami tiba. :Sekali lagi ?... Saya dah muak Kemudian, akhirnya kita tiba? Itu lagi awak selalu minta benda yang sama!... Kemudian, akhirnya kita telah tiba Ia menjemukan Sepanjang tujuh puluh lima tahun kita berkahwin, setiap lewat petang, tidak dapat tiada setiap petang , awak paksa saya menceritakan cerita yang sama, paksa saya meniru orang yang sama, bulan bulan yang sama sentiasa yang sama saja mari kita bercakap tentang perkara lain pula : Sayangku, saya tidak jemu dengannya itu adalah kehidupan awak, ia buat aku seronok. : Kau sudah hafal pun. : Ia seolah-olah tetiba saja sayatelah terlupa segalanya seolah-olah minda saya dibersih setiap petang Ya, sayangku, saya lakukannya dengan sengaja, saya sedut sedikit garam saya jadi segar semula, untuk awak, sayangku, setiap petang Marilah, mulakan semula, sila . : Baiklah, jika awak mahu saya lakukan.
5

WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA:

LELAKI TUA:

WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA:

: Mari, jika begitu, ceritakan kisah awak Ia juga ceritasaya, yang awak punya milik saya juga ! Akhirya, kita tiba :Lalu, akhirnya kitatiba kekasihku :Lalu, akhirnya kitatiba sayangku :Lalu, akhirnya, kita tiba di pagar besar. Kita basah kuyup, kejang hingga ke tulang, berjam-jam, behari-hari, bermalam-malam, bermingguminggu : Berbulan-bulan :Dalam hujan Telinga kita, kaki kita, lutut , hidung , gigi kita berlagaan itu lapan puluh tahun dahulu Mereka tidak membenarkan kita masuk setidak-tidaknya pun mereka patut buka pintu pagar ke taman (Senyap.) : Di taman itu, rumputnya basah. :Ada laluan kecil yang menuju ke dataran kecil, dan di tengah-tengahnya, sebuah perkampungan kecil Di mana kampung itu?Awak ingat tak? : Tidak, sayangku, saya sudah lupa. : Bagaimana kita sampai kesitu ? Dimana jalannya ? Tempat itu dipanggil Nusantara, saya fikir : Nusantara tidak pernah wujud, comelku. :Ia pernah wujud sebab ia kemudian telah runtuh Ia sebuah tempat yang cantik tetapi akibat kerana terlalu ramai kaum, ia telah roboh,selama empat ratus ribu tahun Tidak ada apa pun yang tinggal dihari ini, kecuali sebuah lagu. : Lagu sebenar ? Itu pelik. Lagu apa? :Satu dodoain, alegori, satu sindiran: Nusantara Tetap milik melayu. : Dan cara untuk ke situ adalah melalui taman itu ? Jauh ke? : (berkhayal, lupa diri). Lagu itu?... Hujan itu?... : Awaksememang dikurnai bakat. Jikalah awak punya sedikit cita-cita dalam hidup, awak sudah jadi ketua raja, ketua journalis, ketua lawak, ketua jeneral semuanya telah dilempar kedalam longkang, sayangdilempar ke dalam longkang buruk hitam ke dalam longkang buruk, saya kata.(Senyap.) :Lalu, akhirnya kita tiba.

WANITA TUA: LELAKI TUA:

WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA:

WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA:

LELAKI TUA:

WANITA TUA: LELAKI TUA:

: Ah! ya, teruskan ceritakan pada saya : (SementaraWANITA TUA mula tertawa nyanyok lembut, kemudian bertukar kepada mengilai, LELAKI TUA juga turut tertawa, sambil menyambung cerita) Lalu, akhirnya kita tiba, kita ketawa sehingga menangis, cerita yang sangat bodoh si badut tiba dengan pantas, tidak berbaju, si badutyang gendut dia tiba dengan sebuah peti penuh dengan nasi, nasi tertumpah ke tanah si badut juga tertiarap di tanah, perut ke tanah lalu, akhirnya kita tertawa, kita tertawa, tertawa, perut si badut,terdedah penuh nasi di atas tanah, dengan peti, cerita tentang sakit akibat perut penuh nasi ke tanah, tidak berbaju, kena nasi, akhirnya kita ketawa, akhirnya si badut tiba telanjang bogel, kita tertawa

WANITA TUA: (ketawa). Akhirnya kita ketawa macam badut, akhirnya tiba berbogel , kita gelak ketawa, peti itu, peti penuh dengan nasi, nasi di atas perut, di atas tanah KEDUA-DUA MEREKA:(Sama-sama ketawa). Akhirnya kita ketawa. Ah!...ketawa tibatibaAh!...Ah!...batibatiba perut tak berbaju si badut tiba dengan nasi tiba dengan nasi (Ini sahajalah yang kitadengar.) Akhirnya kita perut tak berbaju tiba peti(KemudianLELAKI TUA dan WANITA TUA bertenang sedikit demi sedikit.)Kita keta Ah!... wa Ah!... tiba Ah!... tibawawa. WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: :Jadi, begitulah keadaannya, Paris awak yang indah itu. :Siapa yang boleh menceritakannya lebih baik dari itu? : Oh! sayangku, awak tersangat bijak. Oh! tersangat, awak tahu, tersangat-tersangat, awak boleh saja jadi apa pun dalam hidup, lebih daripada jeneral serba serbi. : Mari kita merendah diri Kita patut berpuas hati dengan yang sedikit : Mungkin awak telah rosakkan kerjaya awak ? : (Menangistiba-tiba). Aku telah rosakkannya ?Aku telah hancurkannya? Ah! dimana kau, Mamma, Mamma, dimana kau, Mamma?... hi, hi, hi, Aku seorang anak yatim. (dia mengerang) seorang anak yatim, yatim piatu. : Saya disini, apa yang awak takutkan? :Tidak, Semiramis, jantung hatiku, awak bukan mamma saya anak yatim, yatim piatu, siapa akan melindungi aku? :Tetapi saya ada disini, kekasihku!

LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA

WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA:

LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA:

:Itu tidak samasaya nak mamma saya,awak bukan mamma saya, awak :(Membelainya). Awak patahkan hati saya, jangan nangis, sayangku. : Hi, hi, biarkan saya pergi, hi, hi,saya sudah rosak semuanya, saya basah kuyup, kerjaya saya sudah punah, sudah rosak. : Bertenang. :(Tersedu, mulut terbuka luas macam bayi). Saya seorang anak yatimyatim piatu. :(Cuba memujuknya dengan mendesaknya). Anak yatimku, sayangku, awak telah patahkan hati saya, anak yatimku. (Dia membelaiLELAKI TUAyang kini duduk semula di atas pangkuannya.) : (Mengguggu). Hi, hi, hi! Mamma aku! Di mana mamma aku?Aku sudah tiada mamma lagi. : Sayaini isteri awak, Sayalah mamma awak sekarang. : (Mengalah sedikit). Itu tidak benar, saya seorang anak yatim, hi, hi. : (Masih membelainya). Anak yatimku, anak yatim piatu, yatim. : (Masih muram, tetapi mengalah sedikit demi sedikit). Tidak Saya tidak perlukannya; saya tidak mahu. : (Menyanyi). Alahai si yatim, aduhai si yatim wahai si yatim.. : T-i-d-a-kt-i-d-a-k mahu : (Meneruskan berlagu). Wahai, aduhai, alahai si yatim piatu, alahai tuan : Hi, hi, hi, hi. (Dia berdengus, bertenang sedikit demi sedikit.) Dimana dia ?Mamma aku. : Di syurga dia dengar awak, dia nampak awak, dicelah-celah bunga; jangan nangis lagi, awak akan buat saya menangis pula ! : Tidak betul pun cakap awakdia tidak boleh nampak sayadia tidak boleh dengar saya. Saya anak yatim, di bumi, awak bukan mamma saya : (Dia sudah semakin tenang.) Mari, bawa bertenang, jangan bersedih sangat awak ada kualiti yang bagus, jeneralku keringkan air mata awak; para tetamu pasti akan datang petang ini dan mereka tidak boleh tengok awak begini semuanya belum berakhir, semuanya belum rosak, awak akan beritahu mereka segalanya, awak akan terangkan, awak ada
8

LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA:

WANITA TUA:

sesuatu yang ingin disampaikanawak selalu kata yang awak akan sampaikan awak mesti terus hidup, awak mesti bertekad demi mesej awak itu LELAKI TUA: : Saya ada mesej, demi Tuhan, saya bersusah-payah, satu misi, saya ada perkara yang nak dikatakan, satu mesej kemanusiaan, untuk seluruh manusia : Kepada seluruh manusia, sayangku, mesej awak !... : Itu benar, ya, itu benar : (Dia menyapu hidungLELAKI TUA, mengeringkan air matanya.) Ya awak seorang lelaki, seorang wira, berkemampuan serba serbi : (Bangun daripada pangkuan WANITA TUA dan berjalan dengan langkah goyah.) Aku bukan seperti orang lain, aku ada pendirian dalam hidup. Aku memang istimewa seperti awak kata, aku ada sedikit bakat, tetapi segalanya tidak mudah bagi aku.Aku telah berkhidmat dengan baik sebagai yang mampu serba serbi, sentiasa dapat mengawal situasi, jujur, itu sudah memadai :Bukan untuk awak, awak bukan seperti orang lain, awak lebih hebat, dan lagi pulaawak mampu menjadi lebih baik sekiranya awak dapat menyesuaikan diri dengan orang lain, macam orang lain buat.Awak bertengkar dengan kesemua teman awak, dengan semua pengarah, dengan semua jeneral, dengan abang awak sendiri. : Bukan salah saya, Semiramis.

WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA:

WANITA TUA:

LELAKI TUA:

(Senyap yang panjang. Mereka terus kaku seketika, tanpa bergerak diatas kerusi mereka) LELAKI TUA: (Seperti dalam mimpi) Di penghujung taman ada.disitu adadisitu ada.ada apa,sayang?

WANITA TUA:

Nusantara!

LELAKI TUA:

Dipenghujung, dipenghujung ada.ada apa ?

berakhirnya

Nusantara

ada.disitu

WANITA TUA:

Sayang, ada apa, sayangku,ada siapa ?

LELAKI TUA:

Tempat itu dan cuacanya sangat indah.


9

WANITA TUA: Cuacanya sangat indah, awak pasti ?

LELAKI TUA:

Saya tidak ingat tempatnya

WANITA TUA:

Jadi jangan beratkan minda awak.

LELAKI TUA:

Ianya terlalu jauhsaya tidak mampu lagi..mengingatinyadimana tempatnya ?

WANITA TUA:

Tetapi apalah ?

LELAKI TUA:

Apa yang saya.yang saya.dimana ini ?Dan siapa?

WANITA TUA:

Tidak kisahlahia dimana - saya akan ikut awak kemana saja, saya tetap akan mengikuti awak, sayang.

LELAKI TUA:

Ah! susah sangat untuk mencurahkan perasaantetapi saya perlu menceritakan segalanya.

WANITA TUA:

Ia satu tugas murni. Awak tiada hak menyorokkan mesej awak daripada dunia .Awak perlu mendedahkannya kepada dunia , mereka menantikannya..seluruh alam semesta hanya menunggu awak. Ya, ya, saya akan mendedahkannya.

LELAKI TUA:

WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA:

Sudahkah awak membuat keputusan ?Awak mesti. Minum teh awak. Awak sepatutnya sudah menjadi ketua pemidato,jika awak punya keazaman yang lebih dalam hidup.saya bangga, saya gembira yang
10

awak akhirnya memutuskan akan bercakap pada setiap negara, pada Asia, pada setiap benua!

LELAKI TUA:

Malangnya terlalu susah untuk saya menyatakan apa yang saya rasa, bukan perkara mudah untuk saya.

WANITA TUA:

Ia akan menjadi mudah sebaik sahaja awak bermula,seperti hidup dan matisudah memadai pun bila awak telah membuat keputusan.Melalui percakapan, idea-idea terlintas dalam kepala kita, kata-kata, dan kemudian kita, dengan kata-kata sendiri, kita menemui mungkin segalanya, termasuk bandaraya juga, taman, lalu kita tidak lagi yatim piatu.

LELAKI TUA:

Bukanya saya yang akan berucap, saya telah mengupah seorang pemidato professional, dia akan bercakap atas nama saya, awak akan tengok nanti. Jadi, benar-benarlahia untuk petang ini? Dan awak sudah jemput setiap orang, semua watak, semua hartawan, dan semua golongan intelektual?

WANITA TUA:

LELAKI TUA:

Benar, semua hartawan dan semua golongan intelektual. (Jeda)

WANITA TUA:

Para pencuci tandas ? para ahli Agama ? Ahli-ahli kimia ? Pemainpemain biola ?para perwakilan? Para presiden?Pihak polis? saudagarsaudagar? pereka bangunan? Para pentadbir? Tabib-tabib? Ya, ya, dan juga pekerja pejabat pos, tuan-tuan punya rumah tumpangan,dan para artis, semua yang sedikit intektual dan tauke-tauke.

LELAKI TUA:

WANITA TUA:

Dan ahli-ahli bank?

LELAKI TUA:

Ya, telah dijemput.

WANITA TUA:

Rakyat marhain?Para pegawai? Ahli-ahli tentera ?ahli-ahli revolusi?Puakpelampau ?puak pemisah dan yang terpisah?
11

LELAKI TUA:

Semestinya kesemua mereka ,kesemua mereka, kesemua mereka, sebab sebenarnya setiap mereka itu adalah samada intelek atau tauke.

WANITA TUA:

Jangan bersedih,sayang, saya tidak berniat untuk menjengkelkan awak, awak sangat pelupa, seperti semua si bijak pandai. Perjumpaan ini penting, semua mereka perlu kemari petang ini .Bolehkah awak harapkan mereka? Sudahkah mereka bersetuju ?

LELAKI TUA:

Minum teh awak, Semiramis. (Sepi)

WANITA TUA:

Penglipur lara agung? ,papaya ?,dan para pemberita?

LELAKI TUA:

Saya sudah jemput.(senyap) saya akan sampaikan mesej itu pada merekaSeumur hidup saya, saya terasa lemas; dan sekarang, mereka akan tahu segalanya, terima kasih kepada awak dan pada Pemidato, awak berdua sahaja yang memahami saya. Saya sangat berbangga dengan awak Perhimpunan akan bermula beberapa minit lagi Jadi benarlah yang mereka akan datang petang ini? Awak tidak akan terasa hendak menangis lagi? Para intelektual dan para hartawan akan mengambil tempat papa-papa dan mama-mama? (Senyap)Tidak bolekah awak batalkan mesyuarat ini? Ia tidak akan terlalu memenatkan kita ? (Rasaketar yang semakin kuat .Untuk beberapa ketika LELAKI TUAtelah berjalan mengelilingiWANITA TUAdengan langkahlangkah pendek seorang tua atau kanak-kanak. Dia melangkah setapak dua menuju ke arah salah satu pintu, kemudian berpatah danberjalan mengelilingi semula WANITA TUA.) Awak benar-benar fikir ini akan memenatkan kita? Badan awak sedikit panas. Bagaimana saya hendak membatalkanya ? Jemput mereka pada petang lain.Awak boleh telefon.

WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA:

LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA:

12

LELAKI TUA: WANITA TUA:

Tidak, demi Tuhan, ,aku tidak boleh buat begitu, sudah terlambat. Mereka mungkin sudah bergerak ! Awak sepatutnya lebih berhati-hati.

(Kita mendengar sebuah bot meluncur diatas air) LELAKI TUA: Aku rasa sudah ada orang datang..(Bunyi bot semakin jelas).Ya, mereka sudah datang !...... (WANITA TUA juga berdiri dan melangkah goyah.) Mungkin Pemidato yang sampai! Dia tidak akan datang awal sangatIni mesti orang lain(Kita dengar bunyi loceng pintu)Ah! Ah! (Dengan gementar, kedua-dua pasangan itu berjalan menuju ke pintu yang tersembunyi di bucu kanan. Sambil berjalan mereka berkata) LELAKI TUA: WANITA TUA: Marilah Rambut saya mesti nampak teruk .tunggu sebentar(Dia membetulkan rambut dan pakaianya sambil berjalan terincut-incut, menarik setokintebal merahnya keatas.) Awak sepatutnya sudah bersiap sejak tadi..awak punya banyak masa. Saya berpakaian sangat tidak senonoh..saya pakai baju kurung lama dan ianya sudah sangat berkedut Apa yang perlu awak buat tadi ialah setereka.lekaslah !Awak buat tetamu kita menunggu.

WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA:

LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA:

(LELAKI TUA, diikuti oleh WANITA TUA yang masih merungut, tiba ke pintu yang tersorok, kita tidak melihat mereka seketika, kita mendengar mereka membuka pintu dan menutupnya semula selepas mempelawaseseorang masuk.)

SUARA LELAKI TUA:Selamat petang, puan, jemput masuk. Kami berbesar hati bertemu puan. Ini isteri saya. SUARA WANITA TUA:Selamat petang, puan.Saya sungguh gembira berkenalan dengan puan.Berhati-hati, jangan rosakkan topi puan.Puan boleh cabut pin di topi puan, itu akan lebih selesa. Oh !tidak, tiada siapa yang akan duduk diatasnya.

13

SUARA LELAKI TUA:Letakan selendang puan di bawah sana.Mari saya tolong puan.Tidak ! Tiada apapun yang akan berlaku padanya. SUARA WANITA TUA: Oh! Cantiknya baju puan.dan manisnya warna kebaya puan.sudikan sedikit biskutOh, puan tidak kelihatan gemuk puntidakmonteltinggalkan payung puan di situ. SUARA LELAKI TUA:Silakanikut saya. LELAKI TUA: (Kelihatan belakangnya) Saya cuma berkedudukan sederhana. (LELAKI TUA dan WANITA TUA masuk semula ke pentas bersama, merenggangkan ruang untuk tetamu mereka .Dia tidak kelihatan. LELAKI TUA dan WANITA TUA berjalan kearah penonton, mengadap mereka dan bercakap kepada wanitayang sedang berjalan di tengah mereka.) LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA: (Kepada wanita)Adakah cuaca baik? (Kepada wanita)Puan tidak terlalu penat? Ya,sedikit. Di gigi air Puan terlalu baik hati kerana berkata begitu. Biar saya ambilkan puan kerusi (LELAKI TUA pergi kearah kiri dan keluar ke pintu nombor 6). WANITA TUA: (Kepada wanita). Ambil yang ini, untuk sementara, silakan.(Dia menunjuk kearah salah sebuah kerusi dan kemudian duduk disebelah kanan tetamu.)Terasa agak panas dalam sini, bukan begitu ?(Dia tersenyum kearah tetamu.)Sungguh menawan kipas puan. Suami saya(LELAKI TUA masuk semula dari pintu No. 7 sambil membawa sebuah kerusi).beri satu kipas sama sangat seperti itu, tujuh puluh tiga tahun dahulu.dan saya masih menyimpannya...(LELAKI TUA meletakan kerusi di sebelah kiri wanita)..ia untuk hari jadi saya!... (LELAKI TUA duduk dikerusi yang baru saja dibawanya, jadi tetamu mereka berada diantara mereka. LELAKI TUA pusing muka kearah tetamu, tersenyum, mengangguk kepala, menyapu lembut kedua-dua tangannya, bersikap seperti sedang mendengar tetamu bercakap.WANITA TUA juga turut lakukan gerak yang serupa.) LELAKI TUA: WANITA TUA: Tidak, puan, hidup ini tidak pernah murah. (Kepada tetamu) Puan sangat betul(Tetamu bercakap) Seperti puan kata, sudah tiba masanya segalanya itu berubah. (Menukar nada suaranya) Mungkin suami saya boleh melakukan sesuatu tentangnya dia akan memberi tahu puan tentangya.

14

LELAKI TUA:

(Kepada WANITA TUA) Hush!hush!...Semiramis, masanya belum tiba untuk bercakap tentang itu.(Kepada tetamu.)Maafkan saya puan, kerana menimbulkan rasa ingin tahu puan.(tetamu member reaksi)Puanjangan memaksa. (LELAKI TUA dan WANITA TUA tersenyum.Malah mereka ketawa.Mereka nampak amat terhibur dengan cerita tetamu.Jeda .Sunyi seketika di dalam perbualan mereka.Muka mereka kehilangan segala ekspresi.)

LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA:

( Kepada tetamu.) Ya.puan betul.. Ya, ya yaOh! Tentu sekali tidak Ya, ya, ya. Sama-sama Ya? Tidak!?.. Ia pastinya benar. (Ketawa) Itu tidak mungkin (Ketawa) Oh! Baiklah(kepada LELAKI TUA) Puan menawan. (Kepada WANITA TUA)Puan sudah mencapai kemenangan.(Kepada wanita tetamu)Tahniah dari saya !. (Kepada tetamu.) Puan tidak seperti orang muda zaman sekarang. (Membongkok dalam kesakitan untuk mengutipobjek yang terjatuh dari tetamu)Biarlah saya.Jangan susahkan diri PuanSaya akan mendapatkanyaOh! Puan lebih pantas dari saya(Meluruskan badan semula). (Kepada LELAKI TUA) Puan lebih muda dari awak! (Kepada tetamu) usia tua adalah satu beban berat. Saya hanya mampu mengharap bahawa Puan akan kekal muda selamanya. (Kepada tetamu) Dia jujur, dia bercakap dari hati.(Kepada LELAKI TUA) Oh Sayangku! ( Sunyi beberapa ketika.LELAKI TUA dan WANITA TUA, kepala dalam profil , melihat kearah tetamu, tersenyum sopan,mereka kemudian memalingkan muka ke arah penonton,kemudian menoleh semula kearah tetamu,membalas senyuman nya dengan senyuman mereka dan pertanyaan nya dengan jawapan mereka.) satu

WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA:

WANITA TUA:

:Puan sangat baik hati kerana mengambil berat tentang kami.


15

LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA:

:Kami hidup dalam persaraan. :Suami saya bukan tidak suka bergaul, dia sukakanbersendirian. :Kami ada radio, kadang-kadang saya memancing, dan perkhidmatan bot yang baik. ada pula

:Pada setiap pagi Ahad ada dua buahbot , sebuah pada waktu petang, tidak termasuk perkhidmatan catar. :(Kepada tetamu) Bila cuaca elok,bulan akan kelihatan. (Kepada tetamu) Dia terlalu mengambil berat terhadap tugasnya sebagai jeneral serba serbi.mereka membuatkan dia sibuk.sebaliknya, diperingkat umurnya ini,dia boleh sahaja bersenang-senang.

LELAKI TUA:(Kepada tetamu) Saya akan punya banyak masa untuk bersenang di dalam kubur saya. WANITA TUA: (Kepada LELAKI TUA) Jangan kata begitu, sayangku.(kepadatetamu) Keluarga kami, apa yang tinggal,kawankawan suami saya, masih datang mengunjungi kami,dari masa ke semasa, sepuluh tahun lepas.

LELAKI TUA: (Kepadatetamu ):Dimusim sejuk,bersama sebuah buku yang baik, disebelah alat pendiang , dan kenangan sepanjang hayat. WANITA TUA: (Kepada tetamu) Kehidupan yang serdahana tetapi cukup sempurna....dia memperuntukkan dua jam setiap hari menyiapkan mesejnya. (Loceng pintu berbunyi, Sebentar kemudian ,kita terdengar bunyi bot pergi) WANITA TUA: (KepadaLELAKI TUA): Ada orang datang. Pergi lekas.

LELAKI TUA:(Kepada tetamu)) Maafkan saya, puan.. Sebentar sahaja! .(kepada WANITA TUA)Lekas, bawakan kerusi! (Bunyi kuat loceng pintu) LELAKI TUA: :(Bergegas, badan bongkok, kearah pintu No 2 di kanan sementara WANITA TUA pergi kearah pintu terlindung di sebelah kiri, terincutincut.) Ini mesti orang penting .(Dia bersegera, membuka pintu No.2,dankolonel masuk. Mungkin amat berguna kepada kita jikaterdengar, secara rendah, beberapa nota nada trumpet,beberapa frasa seperti, Hail the chief. Apabila dia membuka pintu dan nampak kolonel, LELAKI TUA berdiri tegak lurus dalam posisi hormat.)Ah!...Kolonel! (Dia mengangkat tangan lemah ke kening,
16

menyerupai satu tabik hormat.) Selamat petang, KolonelIni hari penuh penghormatan bagi saya.Saya.SayaSaya tidak menjangkakannya.walaupun.memangsecara ringkas, saya rasa amat bangga mengalu-alukan tuan, seorang wira sehebat tuan, kedalam teratak kecil saya.(Dia bersalam dengan tanganKolonel, sambil membongkok hormat, kemudian tegak semula.) Tanpa menyuruknyuruk, namun, saya membenarkan diri membuat pengakuan pada tuan yang saya tidak merasa tidak layak untuk penghormatan kedatangan tuan! Bangga, ya.rasa tidak layak, tidak!... (WANITA TUA masuk pentas kanan, membawa kerusi.) WANITA TUA: LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA: :Oh! Uniform yang sangat segak ! Medal-medal cantik! Siapakah ini sayangku? :Tidakkah awak nampak yang dia adalah kolonel.! (Kepada LELAKI TUA)Ah!. :Kira jalurnya!(Kepada Kolonel.) Ini isteri saya, Semiramis.(Kepada WANITA TUA)Mari kemari supaya saya dapat kenalkan awak kepada kolonel. (WANITA TUA datang dekat, sebelah tangan menarik kerusi,dan tunduk hormat, tanpa melepaskan kerusi, pada kolonel.)Isteri saya.(Kepada WANITA TUA)Kolonel. :Apa khabar, kolonel? Selamat datang.Tuan adalah kawan lama suami saya, dia seorang jeneral .... (Jengkel): Pekerja am!..Pekerja am!...

WANITA TUA: LELAKI TUA:

(Kolonel mencuim tangan WANITA TUA . Ini jelas dari gesture WANITATUAmengangkat tangannya ke bibir kolonel. Tidak dapat menahan emosi, WANITA TUA melepaskan kerusi.) WANITA TUA: :Oh! Dia teramat sopankita boleh nampak dia melebihi orang lain! Keperibadian yang sunguh mulia! .(Dia megambil kerusi semula. Kepadakolonel)..Kerusi ini untuk tuan.. :(Kepada kolonel) Ikut sini, silakan (Mereka bergerak,WANITA TUA menarik kerusi. Kepada kolonel)Kami menjangka jumlah tetamu yang amat ramai!...

LELAKI TUA:

(WANITA TUA meletak kerusi ke kanan.) WANITA TUA: (Kepada kolonel) Silakan duduk disini .. (LELAKI TUA memperkenalkan kolonel kepada tetamu wanita.) LELAKI TUA: WANITA TUA: :Wanita muda yang kami kenal ;Seorang sahabat karib.
17

LELAKI TUA: WANITA TUA: LELAKI TUA:

:(Perlakuan yang sama).. Kolonel..seorang askar terkenal. :(Menunjukan kerusi yang baru di bawa kepada kolonel) Sila duduk di kerusi ini.. (Kepada WANITA TUA) TIdak, tidak, tidakkah awak nampak yang kolonel ingin duduk disebelah puan!.... (Kolonel duduk di kerusi ketiga dari kiri, wanita duduk dikerusi kedua; duduk sebelah menyebelah, mereka berbual senyap; WANITA TUA dan LELAKI TUA terus berdiri di belakang kerusi mereka, LELAKI TUA di sebelah kiri wanita, WANITA TUA di sebelah kanan kolonel.)

WANITA TUA:( Mendengar perbualan kedua-dua tetamu): Oh! Oh! itu sudah keterlaluan.

LELAKI TUA:

:(Bisnes yang sama)Mungkin.(LELAKI TUA dan WANITA TUAmembuat gerakan isyarat kepada sesama sendiri di atas kepala kedua tetamu,sambil mengikuti perbualan senyap tetamu yang semakin tidak merekagemari. Dengan mendadak.)Ya, Kolonel, mereka belum tiba lagi tetapi mereka akan tiba.Dan Pemidato akan bercakap bagi pihak saya, dia akan menjelaskan maksud mesej sayaBerhati-hati, Kolonel, suami puan ini mungkin tiba bila-bila masa sahaja.

WANITA TUA:(KepadaLELAKI TUA)Siapakah lelaki budiman ini.. LELAKI TUA:(KepadaWANITA TUA): Saya sudah beritahu awak. Dia kolonel.( Satusituasi silu berlaku, tiada kelihatan) WANITA TUA:( KepadaLELAKI TUA) Saya sudah agak. Saya sudah agak. LELAKI TUA:Jadi kenapa awak masih bertanya?. WANITA TUA: Untuk pengetahuan saya. Kolonel, jangan buang puntung rokok di lantai!

LELAKI TUA:(Kepada kolonel) Kolonel, Kolonel, saya terlupa - dalam perang lalu, tuan menang atau kalah? WANITA TUA:(Kepada puan): Tetapi, puan, jangan biarkan ianya berlaku! LELAKI TUA: WANITA TUA: Pandang saya, pandang saya,adakah saya nampak macam askar dungu? Pernah satu masa, kolonel, dalam hujan peluru Dia sudah melampau.!Memalukan!(Dia menarik lengan bajukolonel) Dengar katanya! Sayang, kenapaawak tidak berhentikan dia!

LELAKI TUA:(Pantas meneruskan): Semuanya diatas hasil usaha saya sendiri,saya telah membunuh 209 dari mereka; kami sebut mereka begitu kerana mereka melompat tersangat tinggi untuk melepaskan diri; namun mereka tidaklah
18

sebegitu banyak seperti banyaknya lalat; sudah tentulahianya kurang lucu, Kolonel, tetapi syukur kerana atas kekuatan pendirian saya,saya telah .Oh!tidak, saya mesti,minta tolonglah. WANITA TUA: (Kepada kolonel): suami saya tidak pernah berbohong; kami mungkin sudah tua, namun kami terhormat.

LELAKI TUA:(Ganas, kepada kolonel):Seorang wira harus seorangyang budiman juga..jika ia mengharap untuk menjadi seorang wira sejati! WANITA TUA:(Kepada colonel): Saya sudah kenal tuan banyak tahun,tetapi saya tidak pernah percaya yang tuan mampu melakukan ini.(Kepada wanita, sambilkita mendengar bunyi boat) Saya tidak percaya yang dia mampu melakukan ini. Kita ada maruah, harga diri kita. LELAKI TUA:(Dengan suara terketar-ketar):Saya masih mampu memegang senjata.(Loceng pintu berbunyi) Maafkan saya,saya perlu pergi ke pintu.(dia tersadungdan tertendang kerusi wanita) Oh! Minta maaf.. WANITA TUA: (Meluruke hadapan) Puan tidak cedera? (LELAKI TUA dan WANITA TUAmembantu mengangkat wanita bangun) Puan sudah kotor,terkena sedikit habuk.(Dia membantu wanita membersihkan diri. Loceng pintuberbunyi lagi)

LELAKI TUA::Maafkan saya..maafkan saya. ( Kepada WANITA TUA) pergi ambilkan kerusi.. WANITA TUA: (Kepada kedua tetamu):Maafkan saya sebentar.(Sementara LELAKI TUAmenuju untuk membuka pintu No. 3, WANITA TUA keluar mengikut pintu No. 5 untuk mencari kerusi dan, dia masuk semula melalui pintu No. 8.) LELAKI TUA: (Melangkah kearah pintu) Dia cuba mencuri kambing saya.Saya hampir marah. (Dia membuka pintu)Oh!puan, sudah tiba ! Saya nyaris tidak percaya pada mata saya, namun ..Saya tidak berani mengharap.sebenarnyaOh!puan,puan.saya terfikirkan tentang puan, sepanjang hidup saya, sepanjang hidup saya, puan....mereka sentiasa memanggil puan La Belle..suami puanlahada orang memberitahu saya, sudah tentupuan sedikit pun tidak berubahOh! Ya, ya, hidung puan sudahlebih panjang, mungkin sedikit bengkak.Saya tidak perasan pada mula saya lihat puan tadi, tetapi saya nampak sekarang.bertambah panjangah!sungguh malang! Puan pasti tidak sengaja melakukanyabagaimana ia terjadi ?...sedikit demi sedikitmaafkan saya..tuan dan sahabat, tuan benarkan saya memanggil tuan sahabat, saya mengenali isteri tuan lama sebelum tuan kenali dia.dia orang yang sama, tetapi punya hidung yang jauh berbeza.. Saya ucapakan tahniah, tuan, anda berdua nampaknya saling cinta mencintai.(WANITA TUA masuk semula melalui pintu No. 8 dengan sebuah kerusi). Semiramis, dua orang tetamu sudah tiba, kita perlukan sebuah lagi kerusi.(WANITA TUAmeletakan kerusi di belakang 4 buah kerusi yang sudah ada, kemudian keluar melaluii pintu No. 8 dan masuk semula menerusi pintu No. 5, selepas beberapa ketika, dengan sebuah kerusi, meletakannya disebelah kerusi yang dibawa masuk baru sebentar tadi. Dikala ini,LELAKI TUA dan dua tetamubaru sudah bergerak dekat dengan WANITA TUA). Silakanikut sini, semakin ramai tetamu sudah tiba, saya akan
19

mempekenalkan anda.Baiklah, puanOh! Belle, Belle, Cik Belle , itulah gelaran mereka telah beri pada anda.kini anda sudah bongkok.oh!..tuan, ..dia masih Belle pada saya, masih lagi, di sebalik kacamatanya, dia masih punya mata yang cantik; rambutnya putih , tetapi dibawah putih itu kita masih boleh lihat coklat,dan biru, itu saya pasti mari dekat, lagi dekatapakah ini,tuan,hadiah,buat isteri saya? (Kepada WANITA TUA yang baru tiba membawa kerusi)Semiramis, itu Belle,awak kenal , Belle.(Kepada kolonel dan wanita) Ini Cik,maafkan saya, Puan Belle, jangan senyumdan suaminya(Kepada WANITA TUA Kawan masa kanak-kanak dulu, saya kerap bercakap tentangnya kepada awak.dan suaminya.(Sekali lagi kepada kolonel danwanita) Dan suaminya WANITA TUA: (Membongkok hormat): Dia pandai membuat pengenalan.Dia seorang yang bersopan santun.Selamat petang, puan,selamat petang, tuan.(Dia menunjukkan keduatetamuawal kepada pasangan tetamu yang baru tiba) Kawan kami, sungguh.

LELAKI TUA: (Kepada WANITA TUA): Dia bawakan awak hadiah.(WANITA TUAmengambil hadiah. ) WANITA TUA: Bungakah, tuan?atau buaian?atau pokok pear?atau seekor gagak? LELAKI TUA: (Kepada WANITA TUA):Tidak..tidak..tidakah awak nampak, ianya sebuah lukisan? WANITA TUA:Oh!..sungguh cantik! Terima kasih, tuan(Kepada wanita) Adakah anda ingat melihatnya, sahabatku ? LELAKI TUA: (Kepada kolonel): Adakah tuan ingin melihatnya? WANITA TUA: (Kepada suami Belle): Doktor,Doktor,saya rasa geli, saya ada radang badan,saya tidak sihat,saya rasa lenguh dan sakit-sakit, saya tidak ada rasa apa-apa di kaki , mata saya berair, jari-jari saya sengal, saya ada masalah hati, Doktor, Doktor!... LELAKI TUA: (Kepada WANITA TUA): Tuan ini bukan doktor,dia seorang pengukir gambar. WANITA TUA: (Kepada wanita): Jika anda sudah puas melihatnya, anda boleh gantungkannya .(KepadaLELAKI TUA) Itu tidak menjadi masalah,dia sememang menawan pun, dia mempesonakan!(Kepadapengukir gambar) Tanpa maksud untuk memuji anda.(LELAKI TUAdan WANITA TUA kini bergerak ke belakang kerusi, berdiri rapat antara satu sama lain,hampir bersentuhan, tetapi belakang membelakangi; mereka bersembang:LELAKI TUA bercakap dengan Puan,WANITA TUAbercakap dengan pengukir gambar; dari masa ke semasa jawapan mereka, seperti ditunjuk oleh gaya mereka memusingkan kepala, adalah ditujukan kepada seorang atau pada yang seorang lagi tetamu awal mereka.) LELAKI TUA:(Kepada Belle): Saya sungguh tersentuhAnda masih seperti dulu, walau macam-macam telah berlaku.saya pernah menyayangi anda,seratus tahun dahulu.Tetapi satu perubahan telah berlaku..Tidakanda sedikit pun tidak berubahsaya pernah sayangkan anda, saya sayang anda.
20

WANITA TUA: (Kepada pengukir gambar.) Oh! Tuan, tuan, tuan LELAKI TUA: (Kepada kolonel). Saya sangat bersetuju dengan tuan tentang itu. WANITA TUA: (Kepada pengukir gambar.):Oh! Sudah pasti, tuan, sudah pasti,tuan, sudah pasti.. (Kepada wanita) Terima kasih kerana menggantungnyaMaafkan saya jika telah menyusahkan anda. (Lampu semakin terang.Ia sepatutnya semakin terang bila tetamu terus tiba.) LELAKI TUA: (Nada hampir merintih kepada Puan)): Kemana perginya salji tahun-tahun lalu? WANITA TUA: ( Kepadapengukir gambar): Oh! Tuan,tuan, tuan..Oh! tuan.. LELAKI TUA:(Menunjukanwanita pada Belle)Dia seorang kawan muda.dia tersangatmanis.. WANITA TUA: (Menunjukan kolonel pada pengukir gambar): Ya, dia seorang kolonel pasukan berkuda.seorang kawan suami sayaseorang pegawai bawahan,suami saya seorang jeneral. LELAKI TUA: (Kepada Belle): Telinga anda tidak selalu setajam itu!...Belleku, masih ingatkah? WANITA TUA: (Kepada pengukir gambar,tersenyum simpul buruk; yangsemakin menjadi teruk didalam babak ini ; dia menunjukkan stoking merah tebalnya, mengangkat baju dalamnya yang berlapis-lapis,menujukan skirt dalam yang berlubang-lubang,menampakkan buah dadanya yang layut, kemudian, sambil tangan di pinggul, membuang kepala ke belakang, mengeluh-ngeluh kecil erotik, menggoyang-goyangkan pinggul,kaki dikangkang luas; ketawa seperti pelacur tua, perlakuannya ini jauh berbeza dari yang sebelum ini tetapi akhirnya berhenti dari kelakuan ini. Ini mendedahkan personalitinya yangterselindung.)Jadi tuan fikir saya terlalu tua untuk ini, begitukah? LELAKI TUA: (Kepada Belle, penuh romantik): Ketika kita muda dahulu,bulan adalah kemilau yang anggun. Ah!Ya, ya, jikalah kita berani tika itu, tetapi kita cuma kanakkanak.Tidakkah puan ingin mengecapisemula zaman silam dahulu itu?....masih mungkinkah? Adakah masih mungkin? Ah! Tidak,tidak, ianya tidak lagi mungkin. Zaman itu sudahderas berlalu sederas sebuahderuan kereta api. Masa telah meninggalkan kesan luncurnya dikulit kita. Adakah puan percaya yang pakar bedah boleh melakukan keajaiban?(Kepada kolonel). Saya seorang askar,dan tuan juga, kita askar sentiasa muda, para jeneral bagaikan dewadewa.(Kepada Belle). Ia seharusnya begitu..Sayang! Sayang! Kita telah kehilangan segalaanya.Kita mampu menjadi sangat gembira, saya pasti tentang itu, kita mampu , kita mampu begitu; mungkin bunga-bunga akan bertunas semula dibawah salji!........ WANITA TUA: (Kepada pengukir gambar) Kaki puji! Nakal!..Ah! Ah! Saya kelihatan lebih muda dari usia saya.? Tuan budak nakal! Tuan menyeronokkan. LELAKI TUA: (Kepada Belle): Sudikah puan menjadi Isolde saya dan saya menjadi Tristan puan?Kecantikan bukan setakat dipermukaan kulit, kecantikkan tersemat didalam hati.
21

Adakah puan faham? Kita boleh sahaja menikmati berkongsi, bergembira,,keindahan, selamalamanya.tanpa kesudahanKenapa kita tidak berani? Kita tidak cukup berani ..Segalanya sudah hilang, hilang, hilang. WANITA TUA:(Kepada pengukir gambar) Oh tidak. Oh! tidak. Oh! la la, tuan membuatkan bulu roma saya tegak. Tuan pun, tuanpenggelikah? Menggeli atau tergeli ? Saya rasa sedikit malu(Dia ketawa)adakah awak suka baju dalam saya?..Atau adakah tuan lebih sukakan skirt ini ? LELAKI TUA: (Kepada Belle): Seorang pekerja am punya hidup yang daif! WANITA TUA:(Memalingkan kepala kearah wanita ) Cara membuat kuih lipat Cina ?Sedikit daging nipis, sedikit tepung, sedikit gula merah? (Kepada pengukir gambar) Tuan mempunyai jari yang pintar.kesemuanya sama..!..Oh-oh-oh-oh. LELAKI TUA: (Kepada Belle): Pembantu saya yang tidak ternilai, Semiramis, telah mengambil tempat ibu saya..(Dia berpaling kearah kolonel) Kolonel,seperti yang saya kerap cakapkan, kita perlu menerima kebenaran seperti yang kita temui. ( Dia berpaling semula kearah Belle.) WANITA TUA: (Kepada pengukir gambar): Adakah tuan benar-benar percaya yang kita mampu dapat anak tanpa kira usia ? Anak tanpa kira usia ? LELAKI TUA: (Kepada Belle): Cuma ini sahaja yang telah menyelamatkan saya: hatisanubari saya ,ketenangan fikiran,berhemah,siasatan saintifik saya,falsafah, mesej saya.. WANITA TUA: (Kepada pengukir gambar) Saya belum pernah curang terhadap suami saya, seroang jeneral.jangan terlalu kuat, tuan akan buatkan saya jatuh.saya hanyalah mamanya yang malang! (Dia menangis) Seorang .mama yang, yang (dia menolak pengukirgambarke belakang) yang hebat. Rasa hati kecil saya penyebab air mata ini mengalir. Bagi saya ranting pokok epal telah patah.Cuba cari orang lain. Saya tidak lagi mahu lagi mengumpul kuntuman bunga. LELAKI TUA: (Kepada Belle):.Semuanya peri laku yang bertaraf ulung (LELAKI TUA dan WANITA TUA membawa Belle dan pengukir gambar ke sebelah duatetamu dan mempersilakan kedua mereka duduk.) KEDUA-DUA MEREKA: (Kepada pengukir gambar dan Belle) Duduklah, silakan duduk. (LELAKI TUA dan WANITA TUA duduk juga, LELAKI TUA di sebelah kiri,WANITA TUA di sebelah kanan, keempat-empat kerusi kosong ditengah-tengah.Satu suasana senyap yang panjang, dipecahkan dari masa kesemasa dengan tidak, benar, benar. Kedua-dua mereka mendengar perbualan para tetamu.) WANITA TUA:(Kepada pengukir gambar.): Kami ada seorang anak lelakisudah semestinyadia masih hidupdia sudah pergisatu cerita biasaatau, lebih tepat,luarbiasa.dia meninggalkan ibu-bapanya.dia berhati emas.itu sudah lama dahulukami sangat menyayanginya.dia menghempas pintusaya dan suami saya cuba
22

menahannya dengan segala kudrat kamidia berumur 7 tahunumur yang matang, saya panggil dia:.Anakku, sayangku, anakku,sayangku. Dia tidak menoleh pun LELAKI TUA: Malang, tidak.tidak, kami tidak pernah mempunyai anaksaya mengharapkan seorang anak lelaki.Semiramis juga.kami telah lakukan segalanyadan Semiramis saya pun sangat penyayang. Mungkin lebih baik begituSaya sendiri pula sememang seorang anak yang tidak bersyukurahh!...sedih, sesal, kecewaitu sahaja yang kami alami..itu sahaja yang tinggal pada kami WANITA TUA: Dia kata pada saya..Ibu bunuh burung! Kenapa ibu bunuh burung?.Tetapi kami tidak bunuh burung.Seekor lalat pun kami tidak pernah bunuh.. Matanya penuh berlenang air mata.Dia tidak membenarkan kami mengesatnya. Dia tidak beri saya datang dekat padanya. Dia kata Betul, ibu bunuh burung-burung semua, semua burung. Dia tunjuk pada kami penumbuknya.Ibu tipu, ibu telah mengkhianati saya! Di atas jalan penuh dengan burung yang sudah mati, anak-anak burung yang hampir mati.. Itu adalah lagu burung!...Tidak, itu bunyi mereka menggelepar akan mati. Langit merah oleh darahTidak,anaku,ia berwarna biru. Dia menjerit lagi: Ibu mengkhianati saya, saya kagumi ibu, saya percaya ibu seorang yang baikatas jalanpenuh dengan bangkai burung....ibu telah cungkil mata merekaPapa, Mamma, kalian zalim!..Saya enggan tinggal bersama kalian.Saya sembah kakinyaAyahnya menangis. Kami tidak dapat menahanya. Sambil dia pergi,kami masih mendengar dia menjerit: Papa dan Mamalah yang bertanggung jawab Apakah maknanya, bertanggung jawab?.. LELAKI TUA:Saya biarkan ibu saya mati sendirian di dalam parit.dia memanggil saya, merintih lemah: Anakku, anak mak sayang, jangan biarkan mak mati keseorangantemankan mak. Mak tidak punya banyak masa lagi Jangan risau, Mamma, saya beritahu emak, sayaakan kembali sebentar lagi saya nak cepat.saya nak pergi ke majlis tari menari, untuk menari. Saya akan kembali sekejap lagi. Tetapi bila saya kembali, emak sudah pun meninggal ,dan mereka mengebumikannya dalam-dalam.Saya gali kubursaya cari ..saya gagal menemui emakSaya tahu, saya tahu, anak lelaki, sentiasa tinggalkan ibu mereka, dan mereka sedikit sebanyak membunuh ayah merekaHidup sememang begitutetapi saya, saya menderita kerana itu.dan yang lain,mereka tidak WANITA TUA: Dia menjerit : Papa, Mammasaya tidak akan tengok kalian lagi. LELAKI TUA:Saya menderita kerana itu, ya, mereka yang lain tidak WANITA TUA: Jangan bercakap tentang dia pada suami saya.Dia sangat menyayangi ibu bapanya.Dia tidak pernah tinggalkan mereka walaupun sekejap. Dia jaga mereka, manjakan merekaDan mereka mati di dalam dakapannya, sambil berkata padanya : Kau seorang anak yang sempurna.Tuhan akan mengasihi kamu. LELAKI TUA: Saya masih boleh nampak dia terbentang kujur di dalam parit, dia masih memegang bunga lily di dalam tangannya, dia menjerit : Jangan abaikan mak, jangan lupakan mak.matanya penuh berlinangan air mata,dan dia memanggil saya dengan panggillan manja saya Burung kecil, dia kata,Burung kecil, jangan tinggalkan mak disini keseorangan.

23

WANITA TUA: (Kepada pengukir gambar): Dia tidak pernah menulis kepada kami. Dari masa ke semasa, ada orang akanmemberi tahu kami yang dia pernah kelihatan di sini atau disana, bahawa dia sihat waafiat, bahawa dia adalah seorang suami yang baik. LELAKI TUA: (Kepada Belle): Bila saya pulang, dia sudah lama dikebumikan(Kepada wanita) Oh!benar. Oh!benar, puan, kami punya bilik tayangan di dalam rumah ini,sebuah restoran, beberapa bilik mandi WANITA TUA: (Kepada kolonel): Benar kolonel, sebabnya kerana dia.. LELAKI TUA: secara asasnya, itulah sahaja. (Perbualan kecil, semakin menjadi kekok) WANITA TUA: Kalaulah! LELAKI TUA: Kerana itu..saya, ianya.sudah tentu. WANITA TUA: (Dialog sumbang, meletihkan) Setelah ditimbang. LELAKI TUA: Pada kami dan pada mereka. WANITA TUA: Supaya. LELAKI TUA:Dari saya kepada dia.. WANITA TUA: Dia yang lelaki atau yang perempuan? LELAKI TUA:Mereka. WANITA TUA: Kerinting kertas..Rupanya. LELAKI TUA:Bukan sebab itu. WANITA TUA: Kenapa? LELAKI TUA:Benar. WANITA TUA:Saya. LELAKI TUA: Secara keseluruhannya.. WANITA TUA: Secara keseluruhannya. LELAKI TUA: (Kepada wanita): Apa tadi itu, puan?. (Senyap yang lama,LELAKI TUA dan WANITA TUAduduk kaku di kerusi mereka. Loceng kemudian kedengaran.) LELAKI TUA: (Gementar yang bertambah): Seseorang sudah tiba. Tetamu. Masih ramai tetamu tiba.. WANITA TUA:Saya rasa saya terdengar bunyi boat.
24

LELAKI TUA: saya akan pergikepintu.Pergi ambil kerusi lagi.Maafkan saya tuan-tuan, puanpuan.(Dia pergi kearah pintu No. 7) WANITA TUA: (Kepada tetamu-tetamu yang sedia ada) Minta tolong berdiri sekejap. Pemidatoakan tiba tak lama lagi. Kita mesti siapkan bilik untuk mesyuarat.(WANITA TUAmenyusun kerusi-kerusi, memalingkan belakang kerusi ke penonton.)Tolong bantu saya. Terima kasih.. LELAKI TUA:(Membuka pintu No. 7):Selamat petang,puan-puan, selamat petang, tuantuan.Dipersilakan masuk. (Tigaatau empatorang tetamu yang baru tiba itu sangat tinggi orangnya,dan LELAKI TUAterpaksa berdiri di atas tumit untuk bersalam dengan mereka.WANITA TUA selepas menyusun kerusi seperti tadi, pergi kearah LELAKI TUA.) LELAKI TUA: (Membuat saya..encikpuan..isteri saya perkenalan): Isteri saya.encikpuanisteri

WANITA TUA:Siapakah mereka ini, sayangku? LELAKI TUA: (Kepada WANITA TUA.) Pergi ambil kerusi, sayang. WANITA TUA: Saya tidak mampu melakukan semuanya!... (Dia keluar,merungutl, melalui pintu No. 6 dan masuk semula dari pintu No. 7, sementara LELAKI TUA, dengan tetamu-tetamu yang baru tiba,berjalan downstage.) LELAKI TUA: Jangan jatuhkan kamera rakam tuan. (Masih terus membuat perkenalan). Tuan Kolonel..Cik Puan..Puan BelleTuan Pengukir Gabmar..Mereka ini orang surat khabar, mereka juga datang untuk mendengar Pemidato, yang sepatutnya tiba bila-bila masa sahaja sekarangJangan hilang sabarAnda tidak akan bosansekarang, mari samasama.. (WANITA TUA masuk semula melalui pintu No. 7 dengan dua buah kerusi.) Mari kita sama-sama, bawa kerusi itu cepat sedikit..kita masih kekurangan sebuah. (WANITA TUA pergi mencari sebuah kerusi lagi, masih merungut, keluar ikut pintu No. 3, dan masuk semula ikut pintu No 8.) WANITA TUA: Baiklah, jadisaya cuba sebaik mungkinsaya bukan mesin, awak tahu..Siapa mereka semua ini? (WANITA TUA keluar.) LELAKI TUA: Duduk, duduklah, wanita bersama wanita, dan lelaki bersama lelaki, atau sebaliknya, jika anda memilih begitu..Kami tidak ada lagi kerusi yang lebih baik..kita teepaksa cukup dengan apa yang kita adaSaya minta maafambil yang ditengah ituada sesiapa yang memerlukan pen? Talipun Mailot, dapatkan juga Monique..Claude seorang yang baik. Saya tidak ada radio..Saya akan ambil semua surat khabar..itu terpulang kepada beberapa perkara; saya yang menguruskan bangunan bangunan ini, tetapi saya tiada
25

pembantu.kami perlu berjimattidak ada interview, tolong, diketika ini..kemudian nanti, kita akan tengok..anda akan dapat duduk sekejap lagiapalah yang sedang dibuatnya itu? (WANITA TUA masuk semula melalui pintu No 8 dengan sebuah kerusi.) Cepat sedikit, Semiramis.. WANITA TUA: Saya sedang buat yang termampu..Siapa orang-orang ini? LELAKI TUA: Saya akan jelaskan pada awak nanti. WANITA TUA: Dan perempuan itu? Perempuan itu, sayangku? LELAKI TUA: Jangan berkecil hati..(Kepada kolonel) Kolonel, journalism satu kerjaya juga, seperti orang yang berperang..(Kepada WANITA TUA) Jaga para wanita ini, sayang..(Loceng pintu berbunyi. LELAKI TUA bergegas ke pintu No 8.) Sebentar.(Kepada WANITA TUA.) Bawa kerusi! WANITA TUA : Tuan-tuan, puan-puan, maafkan saya. (Dia keluar ikut pintu No 3; LELAKI TUA pergi buka pintu No 9 yang terselindung dan hilang dari pandangan ketika WANITA TUA masuk semula ikut pintu No 2.) LELAKI TUA: (Yang tidak kelihatan). Masuklah.masukmasuklahmasuk (Dia kembali memimpin beberapa orang tetamu, termasuk seorang kanak-kank yang dipimpinnya dengan tangan.) Kita tidak mebawak anak-anak ke syarahan saintifikanak yang malang ini akan bosanjika dia mula menangis atau kencingkan baju puan-puan, itu ribut yang paling besar! (Dia membawa mereka ke tengah pentas; WANITA TUA masuk membawa dua buah kerusi.)Saya ingin memperkenalkan pada anda isteri saya, Semiramis; dan ini adalah anak-anak mereka. WANITA TUA: Puan-puan, tuan-tuan..Oh! Cantiknya mereka! LELAKI TUA: Yang itu paling kecil. WANITA TUA: Oh, sungguh comel.sungguh comel..sungguh comel! LELAKI TUA: Tidak cukup kerusi. WANITA TUA: Oh! alamak, oh alamak, oh alamak. (Dia keluar, mencari kerusi, ikut pintu NO 2.) OLD MAN: Letak budak itu diatas peha anda..Yang kembar itu boleh duduk bersama atas satu kerusi. Berhati-hati, kerusi-kerusi itu tidak berapa teguh..samalah macam rumah ini, kepunyaan tuan rumah. Ya, anak-anakku, dia akan menyusahkan kita, dia lelaki tidak baik.dia mahu kami membeli kerusi-kerusi ini, yang sudah tidak berguna. (WANITA TUA masuk semula secepat mungkin dengan sebuah kerusi ikut pintu No 3.) Anda semua tidak kenal masing-masing..anda bertemu masing-masing buat pertama kali..anda kenal masingmasing melalui nama..(Kepada WANITA TUA) Semiramis, bantu saya membuat pengenalan..

26

WANITA TUA: Siapa mereka semua ini?.....Boleh saya kenalkan anda, maafkan saya..Boleh saya kenalkan andatapi siapa mereka? LELAKI TUA: Boleh saya kenalkan anda..Benarkan saya memperkenalkan andaBiarkan saya kenalkan andaTuan, Puan, Cik..Tuan..Puan..Puan..Tuan. WANITA TUA: (Kepada LELAKI TUA). Awak pakai baju panas tidak?(Kepada para tetamu.) Tuan, Puan, Tuan.. (Loceng pintu berbunyi lagi.) LELAKI TUA: Lagi tetamu! (Sekali lagi loceng pintu dibunyikan.) WANITA TUA: Lagi tetamu! (Loceng pintu berbunyi lagi, kemudian beberapa kali lagi, dan bertambah banyak kali lagi; LELAKI TUA hilang sabar; kerusi-kerusi, menghadap pentas kehormat, dan membelakangi penonton, tersusun rapi, semakin panjang seperti di dalam sebuah teater; LELAKI TUA sesak nafas, menyapu kening, berjalan dari satu pintu ke satu pintu, mempersilakan duduk tetamu yang tidak kelihatan, sambil WANITA TUA, berjalan tersenggut-senggut, tidak mampu bergerak lebih cepat, pergi secepat yang termampu, dari satu pintu ke pintu, mencari kerusi dan membawa masuk ke pentas. Kini ramai tetamu di atas pentas; kedua-dua orang tua berhati-hati untuk tidak berlanggar dengan tetamu dan bercermat berjalan diantara barisan-barisan kerusi yang banyak itu. Pergerakan mereka mungkin seperti berikut: LELAKITUA pergi ke pintu No 4, WANITA TUA keluar melalui pintu No 3 dan kembali ikut pintu No 2; LELAKI TUA pergi membuka pintu No 4, WANITA TUA keluar ikut dipintu No 8 dan masuk semula ikut pintu No 6 dengan membawa kerusi, dll, dengan cara ini mereka bergerak deserata pentas, menggunakan semua pintu.) WANITA TUA: Minta maafmaafkan saya apa.oh, ya..minta maaf.maafkan saya. LELAKI TUA: Tuan-tuan..masuklah..puan-puan..masuk.ini Puan..benarkan saya..ya WANITA TUA: (Membawa lagi kerusi). AlahaiAlahai.terlalu ramai..sudah terlalu, terlalu ..terlalu ramai, alahai, alahai, alahai. (Kita mendengar dari luar, semakin kuat dan semakin menghampiri, bunyi banyak bot meluncur diatas air, semua bunyi itu datang dari wings/tepi pentas.WANITA TUA dan LELAKI TUA teruskan dengan kerja seperti di atas; mereka buka pintu-pintu, mereka membawa kerusi-kerusi.Loceng pintu terus berbunyi.) LELAKI TUA: Meja ini menyemak saja. (Dia ketepikan sebuah meja, atau membuat gerakan mengenepikan meja, tanpa melambatkan gerak/rhytm aktivitinya, dibantu oleh WANITATUA.) Sudah tidak ada ruang lagi disini, maafkan saya.. WANITA TUA : (Membuat gesture mengenepikan meja, kepada LELAKI TUA.) Awak pakai atau tidak baju panas?
27

(Loceng pintu berbunyi.) LELAKI TUA: Orang lagi! Kerusi lagi! Orang lagi! Kerusi lagi! Masuklah, masuklah, puanpuan dan tuan-tuan..Semiramis, cepat lagi..Kami akan tolong awak sekejap lagi.. WANITA TUA: Minta maaf..minta Puan..PuanTuan..Tuan.ya, ya, kerusi.. maaf.selamat petang,

(Pintu loceng bertambah kuat dan kita mendengar bot-bot terhantuk ketempat berlabuh berhampiran, dan bertambah kerap.LELAKI TUA terhantuk pada kerusi-kerusi; dia tidak sempat untuk pergi dari pintu ke pintu, bunyi loceng pintu-pintu itu pantas, tindih bertindih.) LELAKI TUA: Baiklah, dengan segera.awak memakai baju panas? Ya, ya..dengan segera, bersabar, ya, ya.bersabar.. WANITA TUA: Baju panas awak? Baju panas saya?....Minta maaf, pinta maaf. LELAKI TUA: Ikut sini, puan-puan dan tuan-tuan, saya minta pada anda saya min anda.maaftamasuk, masuk.akan tunjukkan.disana,tempat duduk.sahabat..bukan disitu.awas.anda, kawan? (Kemudian masa yang lama tanpa suara.Kita dengar ombak, bot-bot, bunyi loceng pintu berterusan.Situasi mencapai kemuncak disaat ini. Pintu-pintu kini terbuka dan tertutup serentak tanpa henti.Cuma pintu besar ditengah ruang terus tertutup.LELAKI TUA dan WANITA TUA kesana kemari, tanpa sepatah kata, dari pintu ke pintu; mereka kelihatan seolah meluncur diatas papan luncur.LELAKI TUA menyambut tetamu, iring mereka, tetapi tidak membawa mereka jauh, dia hanya menunjuk hala kerusi kepada mereka setelah melangkah satu dua langkah dengan mereka; dia tiada cukup masa.WANITA TUA membawa masuk kerusi.LELAKI TUA and WANITA TUA bertembung dan terlanggar sama sendiri, sekali dua, tanpa merosakkan rhytm gerak mereka. Kemudian, LELAKI TUA berdiri di upstage tengah, kemudian berpusing dari kiri ke kanan, kanan ke kiri, dll, kearah pintu dan menunjukkan tempat duduk dengan kedua tangannya, yang bergerak pantas. Kemudian, akhirnya, WANITA TUA berhenti, dengan sebuah kerusi di sebelah tangan, yang dia letak, kemudian angkat semula, tukar, nampak seolah dia juga mahu pergi dari pintu ke pintu, dari kanan ke kiri, dari kiri ke kanan, menggerak kepala dan leher pantas. Ini jangan pula mengganggu rhytm; LELAKI TUA dan WANITA TUA mesti memberi gambaran tidak berhenti, walau kaku disatu tempat; tangan-tangan mereka, dada, kepala, mata bergerak, mungkin dalam bulatan-bulatan kecil. Akhirnya, pergerakan semakin perlahan, padamulanya kecil: bunyi loceng pintu sudah kurang kuat, kurang kerap; pintu-pintu kurang terbuka dan kurang pantas pula; gesture LELAKI TUA dan WANITA TUA terus perlahan. Disaat apabila pintu-pintu sudah berhenti terbuka dan tertutup, dan loceng berhenti berbunyi, kita mendapat kesan bahawa pentas sarat dengan tetamu.) LELAKI TUA: Saya akan carikan tempat untuk anda..bersabar.Semiramis, demi Tuhan. WANITA TUA: (Dengan gesture besar, kedua-dua tangan kosong.) Sudah tidak ada kerusi lagi, sayang. (Kemudian, mendadak, dia mula menjual buku program diruang dewan yang padat, dengan segala pintu tertutup.) Program, dapatkan buku program anda disini, program untuk petang ini, beli buku program anda!
28

LELAKI TUA: Bertenang, tuan-tuan dan puan-puan, kami akan bantu anda.semua ikut giliran, mengikut kedatangan andaAnda akan dapat kerusi. Saya akan bantu anda. WANITA TUA: Beli buku program anda! Sebentar, puan, saya tidak boleh layan setiap orang pada masa yang sama, saya tidak ada tiga puluh tiga tangan, anda tahu, saya bukan lembuTuan, minta tolong hulurkan buku program ini kepada puan disebelah tuan, terima kasihduit lebihnya, duit lebihnya. LELAKI TUA: Saya sudah beritahu yang saya akan dapatkan tempat duduk untuk tuan! Jangan naik angin! Disini, nah, disini, itu dia, jaga diri.oh, sahabatsahabat-sahabat. WANITA TUA: Buku program.dapatkan gram.gram LELAKI TUA: Ya, sahabat, dia disana, didepan sana, dia menjual buku program.tiada perniagaan yang sia-siaitu dia..anda dapat lihat dia?.......anda ada tempat duduk di baris kedua.ke kanan.tidak, kekiri.betullah itu! WANITA TUA: gram..grambuku program.dapatkan buku program anda.. LELAKI TUA: Apa yang anda harap saya buat? Saya mencuba sehabis upaya! (Kepada tetamuyang duduk.) Berhimpit sedikit, jika tidak keberatanMasih ada sedikit ruang, itu cukup untuk anda, bukan begitu, puan..mari sini. (Dia naik ke pentaskehormat, dipaksa oleh tolakan orang ramai.) Puan-puan, tuan-tuan, tolong maafkan kami, tidak ada lagi tempat duduk yang tinggal. WANITA TUA: (Yang sekarang ditepi pentas, bertentangan dengan LELAKI TUA, diantara pintu No 3 dan tingkap.) Dapatkan buku program anda..siapa mahukan program? Pai Eskimo, caramels.air buah-buahan( Tanpa mampu bergerak kerana diasak oleh orang ramai, menaburkan buku program dan gula-gula dimana sahaja, diatas kepala tetamu.) Ini ada sedikit! Nah, itu dia ! LELAKI TUA: (Berdiri diatas pentas kenamaan, lincah; dia ditolak-tolak sambil turun dari pentas, naik semula, turun semula, pukul seseorang dimuka, disiku oleh seseorang, berkata) Maaf.tolong maafkan saya..jaga diri.(Akibat ditolak, dia terhuyung hayang, hadapi masalah untuk berdiri tenang, berpaut pada bahu beberapa orang.) WANITA TUA: Kenapa ramai sangat orang? Buku program, dapatkan buku program anda disini, pai Eskimo. LELAKI TUA: Puan-puan, cik-cik, tuan-tuan, tafakur sebentar, saya minta pada anda..senyap.ianya sangat penting..mereka yang tiada tempat duduk adalah diminta melapangkan ruang lalu-lalang..begitu..jangan berdiri antara kerusi. WANITA TUA: (Kepada LELAKI TUA, hampir menjerit.) sayangku?Apa mereka buat disini? Siapa semua orang ini,

LELAKI TUA: Kosongkan ruang lalu-lalang, puan-puan dan tuan-tuan. Yang tiada tempat duduk hendaklah, demi keselesaan semua, berdiri ditepi dinding, disana, disebelah kiri atau kanan.anda akan dapat mendengar segalanya, anda akan lihat segalanya, jangan risau, anda tidak akan ketinggalan apa-apa. Semua kerusi sama bagusnya!
29

(Keadaan yang sangat diluar kawalan.Ditolak oleh orang ramai, LELAKI TUA berpusingpusing disekeliling pentas dan berakhir di tingkap disebelah kanan, berhampiran denganbangku kayu.WANITA TUA membuat gerakan yang sama, bertentang, dan berakhir di tingkap disebelah kiri, Berhampiran bangku kayu disitu.) LELAKI TUA : (Sambil membuat pergerakan ini.) Jangan tolak, jangan tolak. WANITA TUA: (Gerakan serupa.) Jangan tolak, jangan tolak. LELAKI TUA: (Gerakan serupa.) Jangan tolak, jangan tolak. WANITA TUA: (Gerakan serupa.) Jangan tolak, puan-puan dan tuan-tuan, jangan tolak. LELAKI TUA: (Gerakan serupa.) Bertenang.jangan kepoh.minta senyap.apa yang berlaku disini? WANITA TUA: Tidak perlu berkelakuan kurang ajar, walau apa pun. (Akhirnya mereka sampai ketempat yang dituju.Setiap orang hampir sebuah tingkap.LELAKI TUA dikiri, dekat tingkap, ditepi pentas kehormat. WANITA TUA dikanan.Mereka tidak bergerak dari posisi ini hingga keakhir.) WANITA TUA: (Melaung kepada LELAKI TUA). Sayangku.saya tidak nampak awak lagi.Dimana awak?Siapa mereka ini?Apa semua orang ini mahu? Siapa lelaki yang disitu itu? LELAKI TUA: Dimana awak? Awak dimana, Semiramis? WANITA TUA: Sayangku, awak dimana? LELAKI TUA: Disini, dekat tingkap.Boleh awak dengar saya? WANITA TUA: Ya, saya dengar suara awak!......terlalu banyak sangat..tetapi saya boleh cam suara awak. LELAKI TUA: Dan awak, dimana awak? WANITA TUA: Saya pun dekat tingkap!....Sayang, saya takut, ada ramai sangat orang.kita sangat berjauhan..pada peringkat umur kita ini, kita perlu berwaspada..kita mungkin boleh sesat..Kita perlu bersama, tidak siapa yang tahu, sayangku, sayangku. LELAKI TUA: Ah! .saya baru sahaja nampak kelibat awak.Oh!.....Kita akan bertemu, jangan risau..saya sedang bersama kawan-kawan. (Kepada kawan-kawan) Saya gembira bersalam dengan anda..Tapi, sudah tentu, saya percaya pada kemajuan, kemajuan tanpa gangguan, dengan beberapa rintangan, namun WANITA TUA: Itu sudah cukup, terima kasihteruk cuaca ini! Ya, menarik! (Berbisik) Saya takut, walau pun..Apa yang saya buat disini?.....(Dia menjerit) Sayangku, sayangku! (Masing-masing mereka bercakap dengan tetamu berhampiran.) LELAKI TUA: Untuk mencegah eksploitasi manusia oleh manusia, kita perlu wang, wang, dan lebih banyak wang!
30

WANITA TUA: Sayangku! (Kemudian, diasak oleh kawan-kawan.)Ya, suami saya ada disini, dia menganjurkan segala-galanya.disana itu..Oh! mustahil anda dapat kesanaanda perlu menyeberang, dia bersama kawan-kawan. LELAKI TUA: Sudah tentu tidak.macam saya sentiasa katalogik tulin tidak wujud..apa yang kita ada hanyalah satu tiruan. WANITA TUA: Tapi, anda tahu, ada orang yang gembira. Dikala pagi, mereka minum pagi didalam pesawat, tengahari mereka makan dalam keretapi, malam mereka makan dalam kapal. Malam mereka tidur dalam trak yang bergerak, laju, laju LELAKI TUA: Bercakap tentang harga diri manusia! Setidak-tidaknya mari kita cuba selamatkan nama kita. Harga diri hanyalah dipermukaan. WANITA TUA: Jangan menghilang dalam gelap..(Dia ketawa sambil berbual.) LELAKI TUA: Rakan-rakan anda bertanyakan saya. WANITA TUA: Sudah tentu.beritahu saya segalanya. LELAKI TUA: Saya telah menjemput anda.untuk menjelaskan pada andabahawa individu dan si punya badan adalah satu dan sama. WANITA TUA: Dia ada muka orang berhutang. Dia berhutang banyak wang. LELAKI TUA: Saya bukan diri saya yang sebenarnya. Saya orang lain. Saya adalah dia dalam yang lain itu. WANITA TUA: Anak-anakku, ambil ingatan supaya jangan percaya satu sama lain. LELAKI TUA: Kadang-kadang saya terbangun ditengah-tengah kesunyian. Satu bulatan yang sempurna.Tidak ada pun yang kurang. Tapi, pada masa yang sama, kita perlu berhati-hati. Bentuknya mungkin lesap. Ada lubang-lubang, melaluinya ia boleh terlepas. WANITA TUA: Hantu, anda tahu, jembalang, cuma dongeng.tugas-tugas yang suami saya pikul adalah sangat penting, bermakna. LELAKI TUA: Maafkan saya..itu sedikit pun bukan pendapat saya! Dimasa yang sesuai, saya akan jelaskan pandangan saya atas perkara tersebut pada anda..saya tidak ada apa-apa hendak kata sekarang ini!......Kita sedang menunggu Pemidato, dia akan beritahu anda, dia akan bercakap bagi pihak saya, dan jelaskan setiap yang kami sanjung tinggi..dia akan terangkan segalanya pada andabila?........bila masanya sudah tiba.masanya akan tiba sebentar lagi. WANITA TUA: (Dipihaknya, pada kawan-kawannya.) Lebih cepat, lebih baik.itu sudah pun difahami.(Berbisik) Mereka ini tidak akan biarkan kita sendirian. Biar mereka pergi, mengapa mereka tidak pergi?.....Kasihan sayangku, dimana dia ? Aku tidak boleh nampak dia lagi. LELAKI TUA: (Dalam gaya yang sama.) Jangan hilang sabar. Awak akan dengar mesej saya. Dalam masa sekejap lagi.
31

WANITA TUA: (Berbisik) Ah!....aku dengar suaranya!....(Kepada kawan-kawan) Anda tahu, suami saya tidak pernah difahami. Tapi akhirnya saat dia sudah tiba. LELAKI TUA: Dengarkan saya, saya kaya dengan pengalaman hidup. Didalam apa jua jenis hidup, disetiap peringkat pemikiran.saya bukan seorang yang ego,kemanusiaan perlu mendapat manfaat dari apa yang telah saya pelajari. WANITA TUA: Ouw! Anda pijak kaki saya.radang kulit! LELAKI TUA: Saya sudah sempurnakan satu sistem. (Berbisik) Pemidato sepatutnya sudah disini. (Kuat) Saya sudah menderita teruk. WANITA TUA: Kami menderita paling teruk. (Berbisik) Pemidato patut sudah disini.Sudah tiba waktunya. LELAKI TUA: Menderita teruk, belajar banyak. WANITA TUA: (Mengajuk cakap): Menderita teruk, belajar banyak. LELAKI TUA: Anda akan tengok sendiri, sistem saya sempurna. WANITA TUA: (Mengajuk cakap)Anda akan tengok sendiri, sistemnya sempurna. LELAKI TUA: Jikalah arahan-arahan saya sudah dilaksanakan. WANITA TUA: (Mengajuk) Jikalah arahan-arahannya sudah dilaksanakan. LELAKI TUA: Kita sudah selamatkan dunia!..... WANITA TUA: (Mengajuk) Menyelamatkan rohnya sendiri dengan menyelamatkan dunia!... LELAKI TUA: Satu kebenaran untuk semua! WANITA TUA: (Mengajuk) Satu kebenaran untuk semua! LELAKI TUA: Ikut saya!.... WANITA TUA: (Mengajuk) Ikut dia!.... LELAKI TUA: Kerana saya ada keyakinan hakiki!.... WANITA TUA: (Mengajuk) Dia ada keyakinan hakiki! LELAKI TUA: Tidak sekali-kali. WANITA TUA: (Mengajuk) Selama dan selamanya. (Tiba-tiba kita mendengar suara bising di wings/ditepi, sorak sorai muzik.) WANITA TUA: Apa yang terjadi? (Bunyi bising bertambah, kemudian pintu terbuka luas, dengan hempasan yang kuat; melalui pintu terbuka itu, kita tidak nampak apa-apa kecuali satu cahaya yang sangat terang
32

membanjiri pentas, yang terbit dari pintu utama dan tingkap-tingkap, yang mengiringi keberangkatan Maharaja.) LELAKI TUA: Saya tidak tahu.Saya hampir tidak percayaadakah mungkin..tetapi ya..tetapi ya..mengkagumkan..namun masih benar..ya.jika.ya.Maharaja! Duli Tuanku! (Cahaya mencapai kemuncaknya yang sangat terang, melalui pintu utama dan tingkaptingkap yang terbuka; tetapi cahaya itu tanpa seri, kosong; bunyi semakin bertambah yang berhenti tiba-tiba.) LELAKI TUA: Berdiri!.....Duli Baginda Maharaja! Maharaja didalam rumah saya, didalam rumah kami..Semiramis..sedarkah awak maksudnya ini? WANITA TUA: (Tidak memahami. MaharajaMaharaja? Sayangku! (Kemudian, tiba-tiba dia faham.) Ah, ya, Maharaja! Tuanku! Tuanku! (Dia melakukan tunduk hormat yang berbagai, buruk dan kekok.) Didalam rumah kami! Didalam rumah kami! LELAKI TUA: (Menangis dengan emosi) Tuanku!.....Oh, Tuanku!....hambamu yang kerdil, Tuanku yang agung!......Oh! Satu penghormatan yang tidak terhinggaianya satu mimpi yang indah. WANITA TUA: (Seperti satu gema) Satu mimpi yang indah.indah. LELAKI TUA: (Kepada orang ramai). Puan-puan dan tuan-tuan, berdiri, pemerintah kita yang berdaulat, Maharaja, bersama kita! Hurrah! Hurrah! (Dia berdiri atas bangku kayu; dia berdiri atas tumit untuk melihat Maharaja; WANITA TUA membuat gerak yang sama ditempatnya.) WANITA TUA: Hurrah! Hurrah! (Hentakan kaki.) LELAKI TUA: Tuanku!.....Patik disini!.....Tuanku! Boleh Tuanku dengar patik?Boleh tuanku lihat patik? Tolong khabarkan kepada Maharaja yang saya ada disini! Tuanku! Tuanku!!! Patik disini, hamba tuanku yang paling setia!.... WANITA TUA: (Masih mengajuk) Hamba tuanku yang paling setia, Tuanku! LELAKI TUA: Hamba Tuanku, abdi Tuanku, anjing Tuanku, arf, arf, arf, anjing Tuanku! WANITA TUA: (Menyalak kuat seperti anjing.) Arfarfarf. LELAKI TUA: (Meramas-ramas tangan) Boleh Tuanku nampak patik?.....Jawablah, Tuanku!....Ah, patik boleh nampak Tuanku, saya baru saja kelibat wajah indah Tuanku.kening Tuanku yang agung..Patik Nampak Tuanku, ya, walaupun terhalang oleh para pengiring.. WANITA TUA: Walau terhalang oleh para pengiringkami disini, Tuanku!

33

LELAKI TUA: Tuanku! Tuanku! Puan-puan, tuan-tuan, jangan biarkan dia Tuanku berdiri.Tuanku lihat, Tuanku, hanya patik yang benar-benar memperdulikan Tuanku, untuk kasihan Tuanku. Patik adalah yang paling setia antara rakyat Tuanku WANITA TUA (Mengajuk) Yang paling setia antara rakyat Tuanku! LELAKI TUA: Benarkan saya lalu sekarang, puan-puan dan tuan-tuan.bagaimana saya boleh lalu dalam kumpulan ramai seperti ini?.....Saya perlu perlu untuk menyampaikan rasa hormat saya kepada Baginda, Maharaja..benarkan saya lalu. WANITA TUA: (Mengajuk) Benarkan dia lalu..benarkan dia lalulalulu LELAKI TUA: Benarkan saya lalu, tolonglah, benarkan saya lalu. (Tertekan) Ah! Mampukah aku sampai kepada baginda? WANITA TUA: (Mengajuk) Sampai kepada baginda..sampai kepada baginda. LELAKI TUA: Apa pun, hati aku dan seluruh hidupku adalah dibawah tapak kaki baginda, kumpulan pengiring mengelilingi banginda, ah! Ah! Mereka mahu menghalang aku dari menghampiri baginda..Mereka tahu benar bahawa.oh! Aku faham, aku faham.politik istana, aku tahu segala tentangnya..Mereka mengharap akan memisahkan aku dari Tuanku! WANITA TUA: Tenangkan diri, sayangku.Baginda Tuanku Nampak awak, baginda sedang memandang awak.Baginda Tuanku telah satu memberi genyitan pada saya..Baginda Tuanku berpihak pada kita!..... LELAKI TUA: Mereka mesti memberi Tuanku Maharaja tempat duduk yang terbaik.dekat dengan pentas kehormatsupaya baginda boleh mendengar segala yang Pemidato akan cakapkan. WANITA TUA: (Mengangkat badan naik ke atas bangku kayu, keatas tumit, mengangkat dagu setinggi mungkin, untuk melihat lebih jelas). Akhirnya, mereka memberi layanan pada baginda Maharaja. LELAKI TUA: Syukur kerana itu! (Kepada Maharaja) Tuanku.Tuanku boleh memprcayainya.Adalah kawan patik, wakil patik yang menyebelahi pihak Tuanku. (Atas tumit, berdiri atas bangku kayu) Tuan-tuan, puan-puan, cik-cik, anak-anak, saya menyeru anda. WANITA TUA: (Mengajuk). Nyeru.nyeru. LELAKI TUA: saya mahu lihat.ketepi.saya mahu.renungan berdaulat, wajah mulia, mahkota, cahaya baginda Tuanku..Tuanku, perkenankan memalingkan muka Tuanku yang berseri kearah saya, kearah hamba Tuanku yang hina..sungguh hina..Oh! Aku nampak kalibat baginda dengan jelas tadi..Aku nampak kalibat.. WANITA TUA: (Mengajuk) kelibat..nampakkelibat.. Dia Nampak kelibat tadi..dia nampak

LELAKI TUA: Patik dikemuncak kegembiraantidak ada perkataan untuk menyatakan terhutang budi yang tidak terkira..didalam rumah patik yang hina ini, Oh! Tuanku! Oh!
34

cahaya!.....disini.disini.dalam teratak dimana patik berada, betullah, seorang general..tetapi masih didalam mertabat tentera Tuanku, patik hanya seorang pekerja umum. WANITA TUA: (Mengajuk). Pekerja umum. LELAKI TUA: Patikbangga dengannya..bangga dan rendah diri, pada masa yang sama..seperti patik sepatutnya.sayang! Sudah pasti, saya seorang General, saya mungkin sudah ke istana Tuanku, patik hanya ada istana kecil disini yang perlu dijaga..Tuanku..patik..Tuanku, patik ada kesulitan dalam menyatakan diri patik..Patik mungkin pernah punyabanyak perkara, bukan sedikit harta sekiranya patik mengetahui, sekiranya patik menghendaki, sekiranya patik..sekiranya kami..Tuanku, maafkan emosi patik. WANITA TUA: Bercakap sebagi orang ketiga! LELAKI TUA: (Tersedu) Semoga Tuanku berkenan memaafkan patik! Tuanku sampai kemari akhirnya..Kami sudah putus harapan.Tuanku mungkin tidak berangkat langsung.Oh, Penyelamat, dalam hidup patik, patik sudah dihina.. WANITA TUA: (Mengajuk, tersedu-sedu) hina..hina. LELAKI TUA: Patik sudah menderita teruk dalam hidup.Patik mungkin telah menjadi seseorang, sekiranya patik pasti akan sokongan Tuanku..Patik tidak ada sokongan lain.Sekiranya Tuanku tidak berangkat kesini, segalanya akan menjadi terlambat.Tuankulah tempat bergantung akhir patik. WANITA TUA: (Mengajuk) Bergantung akhir.Tuanku.gantung akhir.Ku..Bergantung. LELAKI TUA: Patik telah membawa nasib malang kepada kawan-kawan patik, kepada semua mereka yang telah membantu patik.Kilat menyambar tangan yang dihulur pada patik. WANITA TUA: (Mengajuk)..tangan yang dihulur.hulur.hulur LELAKI TUA: Mereka sentiasa ada sebab-sebab baik untuk membenci patik, sebab-sebab buruk untuk menyayangi patik. WANITA TUA: Itu tidak benar, sayangku, tidak benar. Sayasayang awak, saya emak kecil awak LELAKI TUA: Semua musuh patik sudah diberi anugerah dan kawan-kawan patik telah menjatuhkan patik. WANITA TUA: (Mengajuk) Kawan-kawan..menjatuhkan..menjatuhkan LELAKI TUA: Mereka bersikap buruk pada patik. Mereka telah menghukum patik. Jika patik mengadu, sentiasa mereka sahajalah yang dipihak benar.Kadang-kadang patik cuba membalas dendam untuk diri patik..patik tidak pernah mampu, tidak pernah mampu membalas dendam untuk diri..patik punya banyak kasihanpatik enggan menumbangkan musuh, patik sentiasa tersangat baik.
35

WANITA TUA: (Mengajuk) Dia tersangat baik, baik, baik, baik, baik LELAKI TUA: Kasihan patiklah yang telah mengalahkan patik. WANITA TUA: (Mengajuk). Kasihan patikkasihan..kasihan.. LELAKI TUA: Tetapi mereka tidak pernah kasihankan saya. Saya beri mereka calar jalum, mereka bayar dengan pukulan belati, dengan pukulan setajam pisau, dengan pukulan sehebat meriam, mereka telah meremukkan tulang-tulang patik.. WANITA TUA: (Mengajuk) .Tulang-tulang patiktulang-tulang patik..tulang-tulang patik. LELAKI TUA: Mereka telah ambil tempat patik, mereka telah rompak patik, mereka telah bunuh patik..patik telah menjadi pengutip ketidakadilan, lubuk kecelakaaan. WANITA TUA: (Mengajuk) Lubukkecelakaan..lubuk kecelakaan. LELAKI: Sebagai usaha untuk melupakan, Tuanku, patik ingin masuk kebidang sukanuntuk mendaki gunung..mereka tarik kaki patik, buat patik jatuh.patik ingin panjat tangga, mereka reputkan tangga..patik jatuhpatik ingin melancong, mereka larang patik mendapat passport..patik ingin menyeberang sungai, mereka bakar jambatan-jambatan patik. WANITA TUA: (Mengajuk) Bakar jambatan-jambatan patik. LELAKI TUA: Patik ingin menyeberang Pyrenees, tiada lagi Pyrenees. WANITA TUA: (Mengajuk) Tiada lagi Pyrenees..Dia mampu menjadi, dia juga, Tuanku, seperti ramai yang lain, ketua editor, ketua pelakon, ketua doctor, Tuanku, ketua raja.. LELAKI TUA: Tambahan pula, tiada siapa pernah tunjuk rasa timbang rasa..tiada siapa pernah hantar patik jemputan.Namun, patik, dengarkan patik, patik menyatakan ini pada Tuanku, patik sendiri mampu menyelamatkan kemanusiaan, yang sangat sakit. Tuanku sedar ini sama seperti patik sedar..atau, sekurang-kurangnya, patik mampu menghalang kedurjanaan yang telah kemanusiaan alami sebegitu teruk dalam suku abad lalu, jikalah patik berpeluang menyampaikan mesejpatik; patik tidak gundah tentang menyelamatkan kita semua, masa masih ada, patikada satu rancangan..sayang, patik menghadapi kesukaran dalam menyatakan haldiri peribadi patik. WANITA TUA: (Diatas kepala para tetamu.) Pemidato akan tiba, dia akan bercakap untuk awak. Tuanku Maharaja ada disini, kerana itu awak akan didengar, awak tiada sebab untuk gundah, awak punya segala hujah, segalanya terlah berubah, segalanya telah berubah. LELAKI TUA: Patik berharap Tuanku akan memaafkan patik.Patik sedar bahawa Tuanku ada banyak hal lain yang perlu dirisauPatik telah dihina..puan-puan dan tuan-tuan, ketepi sedikit, jangan halang hidung Tuanku dari saya, saya ingin melihat berlian mahkota agung bersinar.Tetapi sekiranya Tuanku telah berkenan datang ke teratak hina ini, itu kerana Tuanku bersetuju mempertimbangkan kehidupan hina patik. Betapa besarnya anugerah Tuanku. Tuanku, sekiranya patik sengaja meninggikan kedudukan patik dengan berdiri diatas tumit
36

patik, ini bukanlah kerana menyombong, ini hanyalah semata-mata untuk memandang kearah Tuanku! ..Secara moralnya, patik melemparkan diri patik kelutut Tuanku. WANITA TUA: (Teresak-esak). Berlutut dihadapan Tuanku, kami berlutut ditapak kaki Tuanku, berlutut.. LELAKI TUA: Patik pernah derita kurap. Majikan patik buang patik kerana tidak tunduk bongkok pada bayinya, pada kudanya. Patik pernah ditendang dipunggung, tetapi semua ini, Tuanku,tidakpenting.sejak.sejak..Tuan.Tuanku..lihatlahPatik disinidisini WANITA TUA: (Mengajuk) Disini..disini.disinidisinidisini..disini. LELAKI TUA Semenjak Tuanku sudah disini..semenjak Tuanku akan memberi pertimbangan kepada mesej patikTetapi Pemidato patut berada disinidia membuat Tuanku tertunggu-tunggu.. WANITA TUA: Sekirannya Tuanku boleh memaafkan dia. Dia pasti akan datang. Dia akan tiba sekejap lagi. Mereka telah menalifon kami. LELAKI TUA: Tuanku sangat bermurah. Tuanku tidak akan berangkat begitu sahaja, tanpa mendengar segala-galanya.mendengar pada segala-segalanya. WANITA TUA: (Mengajuk) Mendengar segala-galanya..mendengar..mendengar pada segala-galanya. LELAKI TUA: Dialah yang akan bercakap atas nama patik..Patik, patik tidak mampuPatik kekurangan bakatdia ada segala kertas, segala dokumen WANITA TUA: Dia ada segala dokumen.. LELAKI TUA: Sedikit kesabaran, Tuanku, patik mohon..dia seharusnya datang. WANITA TUA: Dia seharusnya datang sebentar lagi. LELAKI TUA: (Supaya Maharajatidak hilang kesabaran.) Tuanku, dengarkan patik, suatu ketika yang lama dahulu, patik dapat petunjuk..Patik berumur empat puluh tahun..Saya juga beritahu anda, puan-puan dan tuan-tuan.satu petang, selepas makan, sebagai satu budaya kami, sebelum masuk tidur, patik duduk diatas peha ayah patikmisai patik lebih panjang dari misainya dan lebih tajam..Patik lebih banyak bulu dada..bulu dada patik sudah putih, tetapi bulu dadanya masih hitamAda beberapa orang tetamu, dewasa, duduk disebuah meja, yang mula ketawa, ketawa. WANITA TUA: (Mengajuk) Ketawa.ketawa. LELAKI TUA: Patik tidak bergurau, patik beritahu mereka, patik kasih ayah patik sangatsangat. Seseorang menjawab: Sekarang sudah tengah malam, seorang kanak-kanak tidak sepatutnya berjaga sebegitu lama. Jika kita tidak pergi masuk tidur, kita bukan lagi kanakkanak. Tapi saya tidak akan mempercayai mereka sekiranya mereka tidak memanggil patik seorang dewasa.
37

WANITA TUA: (Mengajuk).Seorang dewasa. LELAKI TUA: Sepatutnya seorang kanak-kanak WANITA TUA: (Mengajuk) Seorang kanak-kanak. LELAKI TUA: Namun begitu, patik berfikir sendiri, patik belum berkahwin. Jadi, patik masihlah kanak-kanak. Mereka terus mengahwinkan patik, semata-mata untuk membuktikan yang sebaliknya pada patikNasib baik, isteri patik telah menjadi kedua-dua ayah dan emak pada patik.. WANITA TUA: Pemidato sepatutnya sudah disini, Tuanku.. LELAKI TUA: Pemidato akan datang. WANITA TUA: Dia akan datang. LELAKI TUA: Dia akan datang. WANITA TUA: Dia akan datang. LELAKI TUA: Dia akan datang. WANITA TUA: Dia akan datang. LELAKI TUA: Dia akan datang, dia kan datang WANITA TUA: Dia akan datang, dia akan datang. LELAKI TUA: Dia akan datang. WANITA TUA: Dia sudah datang. LELAKI TUA: Dia sudah datang. WANITA TUA: Dia sudah datang, dia sudah disini. LELAKI TUA: Dia sudah datang, dia sudah disini. WANITA TUA: Dia sudah datang, dia sudah disini. KEDUA-DUA MEREKA: Dia sudah disini. WANITA TUA: Ini pun dia ! (Senyap; segala pergerakan berhenti. Ketakutan, kedua orang tua merenung kearah pintu No. 5; keadaan kaku ini agak lama, kira-kira 30 saat; sangat perlahan, sangat perlahan pintu itu terbuka luas, senyap; kemudian PEMIDATO muncul. Dia seorang pelukis atau penyair tipikal abad sembilan belas; dia memakai sebuah topi besar berkain keras dengan lilitan yang lebar, bow tie yang diikat longgar, berbaju kerja pelukis, bermisai dan berjanggut kambing,lagak seorang seniman, bangga diri. Seperti juga para tetamu, PEMIDATO mestilah nampak tidak real. Dia menyusur dinding kanan, meluncur, lembut, ketengah
38

pentas, upstage, dihadapan pintu utama, tanpa memusing kepala ke kanan atau ke kiri. Dia lewat WANITA TUA tanpa nampak seperti mengenalinya, meskipun bila WANITA TUA menyentuh lengan kanannya untuk memastikan yang PEMIDATO wujud. Tika inilah WANITATUA berkata: Ini pun dia! LELAKI TUA: Ini pun dia! WANITA TUA: (Mengikut PEMIDATO dengan matanya dan meneruskan renungannya pada PEMIDATO.) Benar dia rupanya, dia wujud.Dia benar-benar wujud. LELAKI TUA: (Mengikut PEMIDATO dengan mata.). Dia wujud. Itu benar-benar dia. Ini bukan satu mimpi! WANITA TUA: Ini bukan satu mimpi, saya sudah beritahu awak begitu. (LELAKI TUA menggenggam tangannya, mendongak ke langit; dia bersyukur dalam senyap. PEMIDATO, setelah sampai ke upstage tengah, mengangkat topi, tunduk dengansenyap, memberi tabik hormat pada Maharaja dengan topinya dengan gaya kemas seorang musketeer dan sedikit seperti automatik.) LELAKI TUA: Tuanku.izinkan patik perkenalkan pada Tuanku, Pemidato. WANITA: Dia rupanya! (Kemudian PEMIDATO memakai semula topinya dan naik ke pentas kehormat, dari situ dia memandang kebawah, padaorang ramai yang di pentas dan di kerusi. PEMIDATO berdiri kaku dalam satu gaya pose.) LELAKI TUA: (Kepada orang ramai) Anda boleh minta autografnya. (Secara otomatis, senyap, PEMIDATO menanda tangani dan menyebarkan jumlah autograf yang tidak terkira. Ketika ini LELAKI TUA sekali lagi mendongak ke langit, menggenggam tangan, dan penuh syahdu berkata) Tiada sesiapa, dalam usia hidupnya, mampu mengharap lebih dari ini. WANITA TUA (Mengajuk) Tiada siapa boleh mengharap lebih dari ini. LELAKI TUA (Kepada orang ramai). Dan kini, dengan kebenaran Tuanku, saya akan berucap pada anda semua, puan-puan, cik-cik, tuan-tuan, kanak-kanak, kawan-kawan, kawankawan sekerja, Yang Mulia Tuan Presiden, rakan-rakan angkatan bersenjata.. WANITA TUA (Mengajuk) Dan kanak-kanak.nak.nak. LELAKI TUA: Saya akan berucap pada anda semua, tanpa mengira umur, seks, kedudukan pangkat, darjat, atau bisnes, untuk berterima kasih, dengan sepenuh hati saya. WANITA TUA: Untuk berterima kasih. LELAKI TUA: Juga pada PEMIDATO..dengan penuh mesra, kerana telah datang dengan jumlah yang besar..senyap, tuan-tuan! WANITA TUA: (Mengajuk)Senyap, tuan-tuan.....
39

LELAKI TUA: Saya sampaikan juga terima kasih saya kepada mereka yang telah memungkinkan mesyuarat petang ini, kepada pihak penganjur WANITA TUA: Syabas! (Sementara itu, PEMIDATO di pentas kehormat masih senyap, kaku kecuali tangannya yang menanda tangani autograf secara automatik.) LELAKI TUA: Kepada tuan-tuan punya bangunan ini, kepada arkitek, kepada tukang-tukang batu yang bermurah hati untuk membina dinding-dinding ini!..... WANITA TUA: (Mengajuk) .dinding-dinding.. LELAKI TUA: Kepada mereka yang telah menggali dasar dan asal usulSenyap, puan-puan dan tuan-tuan. WANITA TUA:..puan-puan dan tuan-tuan.. LELAKI TUA: Akhir sekali dan sama pentingnya, saya sampaikan rasa terima kasih kepada pembuat almari yang telah membuat kerusi-kerusi yang membolehkan andaduduk, kepada juru tukang.. WANITA TUA: (Mengajuk) ..kang..ang... LELAKI TUA: ..yang membuat kerusi dimana Baginda Tuanku duduk nyaman, yang tidak menahan Tuanku, walau bagaimanapun, terus bersikap tegas dan tangkasterima kasih sekali lagi pada semua juru-juru teknik, juru-juru mesin, juru-juru elektrik WANITA TUA: (Mengajuk) ..letrikletrik.. LELAKI TUA: ..Kepada pembuat kertas dan pencetak, pembaca proof, para editor yang kepada mereka kami terhutang budi atas soal buku program, yang didekorasi cantik, kepada kesatuan manusia sejagat, terima kasih, terima kasih, kepada negara kita, Negara (Berpaling kearah Maharaja duduk) yang urusan pemerintahan Tuanku terajui dengan penuh kemahiran seorang juru terbangterima kasih pada para penjaga pintu.. WANITA TUA (Mengajuk cakap)..penjaga..jaga LELAKI TUA: (Menunjuk pada WANITAN TUA). Penjual pai Eskimo dan buku-buku program. WANITA TUA: (Mengajuk cakap) ..gram.. LELAKI TUA: Isteri patik, pembantu patikSemiramis!..... WANITA TUA: (Mengajuk cakap) .teri..bantumis.(Berbisik) Sayangku, yang tidak pernah lupa memuji aku. LELAKI TUA: Terima kasih kepada mereka yang telah memberi yang berharga dan kepintaran, sokongan kewangan dan moral, dengan itu membantu dalam kejayaan besar pada perjumpaan

40

petang ini..terima kasih sekali lagi, terima kasih yang setinggi-tingginya kepada tuanku kita, Baginda Maharaja. WANITA TUA: (Mengajuk cakap)..ginda Maharaja. LELAKI TUA: (Dalam kesepian yang penuh).Senyap sedikit.Tuanku.. WANITA TUA: (Mengajuk cakap)..ku..ku. LELAKI TUA: Tuanku, isteri patik dan patik tiada apa lagi yang diperlukan dalam hidup ini. Kewujudan kami boleh berakhir dalam kesyahduan initerima kasih kepada Pencipta yang telah memperkenankan kita hidup yang panjang dan aman..Kehidupan patik sudah lebih dari sempurna.Misi patik sudah terlaksana. Kehidupan patik tidak akan menjadi sia-sia, kerana mesej patik akan dibongkarkan pada dunia.(Menunjuk pada PEMIDATO, yang tidak memahaminya; PEMIDATO menolak permohonan untuk autograf, tegas dan penuh hemah.) Kepada dunia, atau lebih tepat, pada apa yang masih tinggal! (Gesture besar pada para tetamu). Kepada anda, puan-puan dan tuan-tuan, dan teman-teman sejati, apa yang tinggal dari kemanusiaan, tetapi dengan apa yang tinggal ini kita masih mampu membuat sup yang sangat baik.PEMIDATO, kawan,,,,,(PEMIDATO melihat kearah lain.) Jika saya telah begitu lama dilupai, dipandang rendah oleh yang seangkatan dengan saya, itu adalah disebabkan ia terpaksa begitu(WANITA TUA tersedu) Apa yang penting pada semua sekarang bila saya tinggalkan pada anda, pada anda, PEMIDATO dan kawan baikku (PEMIDATO menolak permintaan baru untuk autograf, kemudian membuat satu pose tidak mahu masuk campur, sambil melihat ke semua arah.).tanggungjawab memurnikan secara berkekalan pemikiran halus minda patik..dengan begitu memberitahu alam sejagat tentang falsafah patik. Tanpa meninggalkan sedikit pun butir-butir kecil kehidupan peribadi patik, setengahnya melucukan, setengah pedih atau menyeronokkan, tentang selera patik, lahap patik yang melucukan.diberitahu semuanya..bercakap tentang pembantu patik..(WANITA TUA menambah sedunya).tentang cara dia menyediakan pai Turki yang sungguh enak, gulai arnab ala Normandabbit.bercakap tentang buah beri, didaerah patik..Saya berharap pada anda, guru agung dan Pemidatotentang patik dan pembantu setia patik, selepas lama bertahun-tahun berpenat demi kemajuan kemanusiaan, ketika mana kami bersungguh-sungguh menentang lawan, tiada apa yang tinggal untuk kami selain berundur..secepat mungkin, untuk melaksanakan pengorbanan agung yang tiada pun minta dari kami, namun, kami masih tetap lakukan. WANITA TUA: (Tersedu)Ya, ya, marilah kita mati dengan penuh megahmarilah kita mati demi untuk menjadi legenda.setidak-tidaknya mereka akan menamakan sebatang jalan dengan nama kita.. LELAKI TUA: (Kepada WANITA TUA) Oh, pembantu setiaku!.....awak yang percayakan saya, tanpa jemu, selama seabad penuh, yang tidak pernah meninggalkan saya, tidak pernah.sayang, hari ini, di saat gemilang ini, orang ramai, tanpa kasihan, memisahkan kita. Jauh dari segala yang harapkan Yang, bersama, kita akan terbaring Dengan segala tulang temulang kita
41

Dalam kulit yang sama Liang lahad yang sama Bahawa ulat-ulat yang sama Akan berkongsi memahan daging tua kita Yang akan reput bersama WANITA TUA: ..Reput bersama.. LELAKI TUA: Sayang!........sayang!....... WANITA TUA: Sayang!.......sayang!..... LELAKI TUA: Mayat kita akan jatuh berjauhan, dan kita akan reput dalam ketenangan nyaman.Jangan terlalu mengasihani kami. WANITA TUA: Apa yang akan jadi, akan jadi! LELAKI TUA: Kita tidak akan dilupakan. Maharaja mulia akan mengingati kita, sentiasa. WANITA TUA: (Mengajuk cakap). Sentiasa. LELAKI TUA: Kita akan tinggalkan beberapa kesan, sebab kita adalah manusia, bukan kota. KEDUA-DUA MEREKA: (Sama-sama). Sebatang jalan akan dinamakan dengan nama kita. LELAKI TUA: Marilah kita bersatu demi masa dan akhirat, kalau pun kita tidak bersamadiruang lepas, seperti kita semasa bermusuh dahulu; marilah kita mati pada saat yang sama(Kepada PEMIDATO, yang kaku.) Satu kali terakhirSaya letakkan kepercayaan saya pada anda.Saya berharap pada anda. Anda akan memberitahu segalanyapenyampai mesej saya.(Kepada Maharaja.) Jika Tuanku boleh memaafkan saya.Selamat tinggal pada semua.Selamat tinggal, Semiramis. WANITA TUA: Selamat tinggal pada semuaSelamat tinggal, sayangku! LELAKI TUA Dergahayu Tuanku! (Dia melontar (confetti/Sejenis kertas kilau yang dipotong kecil) dan pita pada Maharaja kita mendengar muzik gembira; cahaya terang seperti bunga api.) WANITA TUA: Semoga Maharaja dipanjangkan umur! (Confetti/Sejenis kertas kilau yang dipotong kecil) dan Streamers dilontar kearah Maharaja, kemudian kearah PEMIDATO yang kaku, tanpa perasaan, dan kearah kerusikerusi yang kosong.) LELAKI TUA: (Dengan bisnes yang sama.) Dergahayu Tuanku Maharaja! WANITA TUA: (Bisnes sama). Dergahayu Tuanku Maharaja!
42

(WANITA TUA dan LELAKI TUA, dalam masa yang sama, mencampakkan diri keluar tingkap, sambil menjerit Dergahayu Tuanku Maharaja. Sepi yang tiba-tiba; tiada lagi bunga api; kita dengar satu Ah dari kedua-dua belah pentas, bunyi badan jatuh kedalam air. Cahaya yang dating melalui pintu utama dan tingkap-tingkap telah hilang; yang tinggal hanyalah cahaya pudar seperti dipermulaan cerita; tingkap-tingkap yang gelap terus terbuka luas, langsirnya berbuai-buai dipukul angin.) PEMIDATO: (Dia terus kaku, tanpa perasaan sepanjang adegan bunuh diri kedua-dua orang tua, dan sekarang, selepas beberapa detik, dia memutuskan untuk bercakap. Dia menghadap baris-baris kerusi kosong, dia buat para tetamu faham bahawa dia adalah pekak dan bisu; dia buat tanda-tanda isyarat pekak dan bisu; mencuba sekeras-keras untuk menjadikan dia difahami; kemudian dia batuk, melenguh, mengeluarkan kata-kata seorang bisu.) He, mme, mm,mm.Ju, gou, hou. Heu, heu, gu, gou, gueue. (Tidak berdaya, dia jatuhkan tangan-tangan kebadan; tiba-tiba mukanya bercahaya, dia ada satu idea, dia berpusing ke papan hitam, keluarkan sebatang kapur dari poket, dan menulis, dengan huruf besar:

MAKANANBIDADARI
Kemudian:

NNAA NNM NWNWNW V

Kemudian berpusing semula mengadap para tetamu, dan menunjuk dengan jari pada apa yang telah ditulisnya di papan hitam.) PEMIDATO: Mmm, Mmm, Gueue, Gou, Gu. Mmm, Mmm, Mmm, Mmm, Mmm. (Kemudian, tidak puas hati, dengan gesture yang pantas, dia memadam tulisan, dan menggantikan dengan yang lain, diantara yang kita boleh Nampak, masih dalam huruf besar:

SSELAMAT TINGGAL SELAMAT TINGGAL APA

Sekali lagi, PEMIDATO berpusing megadap para tetamu; tersenyum, menyoal, dengan gaya mengharap dia telah difahami, yang telah menyatakan sesuatu; dia menunjuk pada kerusi-kerusi kosong apa yang ditulisnya. Dia terus kaku beberapa saat, merasa puas hati dan tenang; tetapi kemudian, berputus harap akan ada reaksi pada perilakunya, sedikit demi sedikit senyumnya hilang, mukanya muram; dia menunggu sekejap; tiba-tiba dia tunduk hormat secara kasar, dengan pantas turun dari pentas kehormat; pergi ke pintu utama,
43

keluar seperti seekor hantu; sebelum keluar ikut pintu utama itu, dia tunduk hormat secara beradab, juga kepada baris-baris kerusi, kearah Maharaja. Pentas tinggal kosong, hanya baris-baris kerusi, pentas kehormat, lantai dipenuhi confetti dan streamers. Pintu utama terbuka luas ke ruang gelap. Kita mendengar, untuk pertama kali bunyi manusia dari para tetamu; iaitu letusan gelak ketawa, bisik-bisik, syih-syih-syih, batuk peril; lemah pada awalnya, bunyi ini kemudian bertambah kuat sebelum, perlahan-perlahan, turun rendah. Semua ini harus memadai bagi penonton untuk keluar, dengan kesan bunyi ini tersemat didalam minda mereka. Tirai diturunkan sangat perlahan.)

ooooooOoooooo

ayt.0311.aswara.

44