Anda di halaman 1dari 3

KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL SPM 2012

Latar belakang Kerja kursus merupakan satu kaedah pentaksiran yang dijalankan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran iltizam Ia adalah untuk mentaksir pengalaman penghayatan dan penglibatan yang bersungguhsungguh serta penuh tanggunjawab dalam aktiviti berikut: 1) Tugasan harian 2) Kerja amal Aktiviti I) Tugasan harian Calon dikehendaki membuat tugasan seperti menulis karangan, menulis laporan hasil kerja amal, mendapatkan maklumat dari pusat sumber, membuat rencana tentang masalah sosial masyarakat dan lain-lain berhubung pembelajaran moral. Calon dikehendaki membuat 8-10 tugasan harian. Selitkan unsur nilai-nilai moral dan perasaan calon. Contoh tugasan harian: A) penglibatan diri dalam hari sukan B) pencemaran alam C) program khidmat masyarakat D) tokoh yang saya sanjungi E) gejala sosial remaja G) lawatan ke rumah orang tua H) program kitar semula I) hari istimewa bersama keluarga contoh: tahun baru cina, deepavali,hari krismas dan sebagainya.

ii) Kerja amal Calon dikehendaki melibatkan diri di dalam 4 aktiviti kerja amal yang berkaitan dengan 3 bidang pembelajran pendidikan moral iaitu: A) perkembangan diri (1 aktiviti) Contoh aktiviti perkembangan diri A) menyertai pertandingan yang dianjurkan sekolah B) mencuci kereta ibu

B) kekeluargaan (1 aktiviti) Contoh aktiviti kekeluargaan a) menyambut hari jadi ibu ayah atau anggota keluarga lain. b) menolong ibu membuat persiapan hari perayaan c) menolong ibu bapa mencantikkan rumah

C) Alam sekitar (2 aktiviti) Contoh aktiviti alam sekitar a) gotong royong membersihkan kelas bersama rakan sekelas ` b) kitar semula c) mencantikkan dan membersihkan kawasan sekolah. Folio adalah kompilasi dokumen berikut: A) penulisan tugasan harian B)laporan aktiviti yang telah disertai C) maklumat atau dokumen sebagai bukti aktiviti-aktiviti yang telah disertai seperti gambar, sijil, surat akuan, surat penghargaan dan bahan lain yang boleh dijadikan bahan bukti penglibatan.

Disediakan oleh, ___________________