Anda di halaman 1dari 23

Fungsi Asas CARIKATA 1. Kamus Elektronik (E-Kamus) a. Pemilihan Kamus Sumber i. Kamus Sumber ii. Tapis Kamus b.

Mencari Makna Kata i. Taip ii. Takrif Cepat c. Suara i. Bahasa Inggeris ii. Bahasa Melayu d. Takrif Cepat i. Cara penggunaan ii. Konfigurasi e. Bina Kamus i. Penamaan Kamus Baru ii. Menambah Kata ke Kamus Baru iii. Buang Kamus f. Edit Kotak Makna i. Font g. Perkataan Lampau 2. Semak Eja a. Mengaktifkan Semak Eja di Microsoft Word b. Kata Cadangan c. Pembetulan Automatik d. Mengaktifkan Semak Eja bahasa Inggeris semula 3. Pustaka Elektronik (E-Pustaka) a. Membuka Dokumen b. Menambah Dokumen c. Mencari Dokumen d. Membaca Dokumen e. Kemas kini Dokumen f. Membuka Dokumen dengan Microsoft Word 4. Permainan Ejaan a. Cara-cara permainan 5. Lain lain a. Periksa Versi Terkini b. Antara muka Ringkas c. Keluar Program

2 2 3 4 4 4 5 5 5 6 6 6 7 7 8 8 9 9 10 11 11 11 12 12 13 13 14 15 16 16 17 17 17 20 21 22

1. Kamus Elektronik (E-Kamus) a. Pemilihan Kamus Sumber i. Kamus Sumber

Bergantung pada versi E-Kamus anda, terdapat antara 3 hingga 18 jenis kamus untuk pilihan sebagai Kamus Sumber Kamus Sumber bermaksud kamus yang dipilih sebagai kamus semasa untuk mencari maksud perkataan. o Contoh: Apabila pengguna klik pada pilihan Kamus English Malay, ia akan menjadi Kamus Sumber. Selagi tidak ditukar, semua makna perkataan akan berdasarkan pada makna yang terkandung dalam kamus tersebut. o Untuk mencari makna perkataan serupa pada kamus yang lain, klik pada menu tarik ke bawah (pull down menu) dan pilih kamus yang lain. Isi perkataan yang dikehendaki.

ii. Tapis Kamus

Jika anda hanya perlukan beberapa Kamus sahaja, dan ingin sorokkan Kamus yang tidak dipakai, klik pada butang di atas dan untick kotak Kamus yang tidak diperlukan, kemudian, klik Simpan Sekarang, dalam menu pilihan Kamus Sumber, hanya akan tinggal Kamus yang dipilih sahaja. Anda boleh tambah semula Kamus yang telah di tapis dengan klik semula butang di atas, dan tanda kotak Kamus yang diperlukan.

b. Mencari Makna Kata i. Taip

Untuk mencari makna melalui menaip, anda hanya perlu menaip dalam kotak Kamus (seperti di atas) dan klik enter ataupun klik pada senarai kata cadangan di bawahnya. ii. Takrif Cepat

Untuk mencari makna melalui fungsi Takrif Cepat, klik pada butang Takrif Cepat seperti di atas

Kemudian, buka halaman web dan dwi klik pada mana-mana perkataan untuk mendapatkan maksudnya dari Kamus Sumber. Harus diingati, Kamus Sumber mestilah bahasa yang sama dengan halaman web yang dipilih. Contohnya, Kamus English Malay untuk halaman web bahasa Inggeris dan Kamus Malay English untuk halaman web Bahasa Melayu

c. Suara i. Bahasa Inggeris

Suara Bahasa Inggeris hanya boleh digunakan untuk Kamus Bahasa Inggeris dan tidak boleh digunakan untuk Kamus berbahasa Melayu. Untuk mendengar sebutan berbahasa Inggeris, klik pada butang Suara seperti di atas, ataupun dwi klik pada perkataan sama di kata cadangan ii. Bahasa Melayu

Suara Bahasa Melayu hanya boleh digunakan dengan Kamus Dewan sahaja. Pada masa terbitan, hanya 25,000 patah perkataan mengandungi suara bahasa Melayu Untuk mengetahui sama ada perkataan ada sebutan bahasa Melayu, cari ikon speaker di sebelah perkataan tersebut. Perkataan yang ada ikon speaker mempunyai suara.

d. Takrif Cepat i. Cara penggunaan Lihat b ii. ii. Konfigurasi

Konfigurasi Takrif Cepat ini terletak di bar menu Tools pilih Konfigurasi Sistem dan Suara Untuk menukar kekerapan peringatan, sila ubah dalam kotak jangka masa dalam minit. Secara default peringatan ialah setiap 5 minit. Setiap kali fungsi Takrif Cepat dipasang, CARIKATA boleh mencari makna dalam 2 kamus serentak. Contoh di atas menunjukkan Kamus English Malay DBP dipilih sebagai Kamus Primary dan Kamus English Malay dipilih sebagai Kamus Secondary. Dua kamus ini adalah 2 kamus yang berbeza.

Apabila Takrif Cepat telah dipasang, dan dua kamus (sama bahasa) telah dipilih, setiap kali perkataan di dwi klik, 2 pop naik (pop-up) akan keluar seperti di atas. Contoh di atas menunjukkan makna perkataan abuse dalam dua kamus berlainan. Pop naik di bawah adalah Kamus Primary dan pop naik di atasnya adalah Kamus Secondary. Harus diingati, hanya Kamus yang mengandungi perkataan tersebut akan pop naik. Jika kamus Secondary tidak ada perkataan abuse ia tidak akan naik, dan hanya pop naik kamus primary sahaja yang akan naik. e. Bina Kamus i. Penamaan Kamus Baru

Untuk membina kamus sendiri, pergi ke Tools dan klik pada Tambah Kamus ataupun Bina Kamus (versi 270 ke atas dipanggil Bina Kamus) Masukkan nama Kamus baru (contoh di atas, Kamus Bahasa Orang Bugis), dan klik Tambah.

ii. Menambah Kata ke Kamus Baru

Setelah berjaya menamakan kamus baru, klik pada butang perkataan baru seperti di atas. Di tetingkap Tambah Perkataan Baru, namakan perkataan yang hendak di tambah ke dalam kamus baru itu bersama maknanya sekali, dan klik Simpan Anda telah berjaya bina kamus sendiri dengan perkataan pertama. iii. Buang Kamus

Untuk kamus yang dibina sendiri, anda boleh menggunakan fungsi Buang Kamus. Fungsi ini akan membuang kamus yang telah direka cipta oleh pengguna sendiri.

f.

Edit Kotak Makna i. Font

Kotak Makna boleh di edit seperti di atas untuk memenuhi cita rasa tersendiri. Setelah memilih jenis font dan saiz, CARIKATA akan save setting sehingga ditukar semula oleh pengguna.

g. Perkataan Terdahulu

Untuk kembali ke makna perkataan terdahulu, klik butang kembali (back) seperti di atas, pilih senarai yang tertera untuk kembali ke makna terdahulu. Pengguna boleh Takrif Cepat makna sesuatu perkataan, dan kembali ke makna asal perkataan yang dicari,untuk pemahaman yang lebih mendalam. Contoh seperti di atas, katakan pengguna tidak tahu maksud perkataan fakir, dan menggunakan Takrif Cepat untuk mencari maknanya. Selepas mendapat makna perkataan fakir itu, pengguna boleh menggunakan butang Perkataan Terdahulu untuk kembali ke maksud maka untuk meneruskan pemahaman maknanya.

2. Semak Eja a. Mengaktifkan Semak Eja di Microsoft Word

Untuk mengaktifkan fungsi Semak Eja, pengguna mesti terlebih dahulu membuka aplikasi Microsoft Word. Sebelum semak eja diaktifkan, hampir semua perkataan bahasa Melayu akan digariskan merah. Di bar menu, klik Add-Ins kemudian klik CARIKATA. Pilih Set Dokumen ke Bahasa Melayu. Secara automatik, dokumen anda akan disemak untuk kesalahan ejaan bahasa Melayu.

b. Kata Cadangan i. Semua salah eja akan digariskan merah seperti di atas ii. Anda boleh klik kanan (right click) pada perkataan salah eja itu untuk mendapatkan senarai kata cadangan seperti di atas. iii. Klik pada perkataan tepat di senarai kata cadangan dan perkataan salah akan digantikan dengan perkataan betul ejaannya secara automatik.

c. Pembetulan Automatik

Fungsi semak eja juga datang lengkap dengan pembetulan automatik. Untuk perkataan-perkataan mudah silap, pembetulan automatik akan membetulkan silap eja tanpa perlu berhenti menaip. Contoh ialah, menjarakkan kata sendi di di mana ia tidak digunakan sebagai kata kerja (contoh di sana, di bawah). d. Mengaktifkan Semak Eja bahasa Inggeris semula

Jika anda ingin mengaktifkan semula semak eja dalam Bahasa Inggeris, klik pada bar menu Add-Ins, kemudian klik Set Dokumen ke Bahasa Inggeris (US English) MS Word mula menyemak eja dalam bahasa Inggeris.

3. Pustaka Elektronik (E-Pustaka) a. Membuka Dokumen

i. ii.

Untuk mengaktifkan E-Pustaka, klik butang E-Pustaka di bar menu Pilih kategori di menu tarik ke bawah (pull down menu). Contohnya, Kategori Pantun seperti di atas.

Setelah memilih kategori, terdapat senarai sub-kategori untuk pilihan pengguna. Contoh di atas, untuk kategori Pantun, terdapat sub-kategori Majlis Nikah, Majlis Persandingan dan, Merisik dan Meminang.

Pilih Sub-kategori yang dikehendaki, kemudian pilih dokumen (fail) . Dwi Klik fail dan isi kandungannya akan tertera seperti di atas. Untuk mendengar Suara bacaan bahasa Inggeris, klik butang Suara sekarang. Suara akan membaca keseluruhan teks. b. Menambah Dokumen

Untuk menambah Kategori, klik pada Tambah Kategori kemudian isi nama kategori baru itu dan klik OK. Cari semula kategori yang baru itu di pull down menu. Sesudah itu, klik Menu semula dan klik Tambah Sub-kategori baru. Isi nama sub-kategori itu. Akhir sekali, klik Tambah Fail. Semua fail mesti dalam format Rich Text Format (.rtf)

Jangan lupa isi deskripsi fail. Ini adalah penting kerana carian akan dibuat berdasarkan deskripsi ini. c. Mencari Dokumen

Kotak pull down ini boleh juga bertindak seperti kotak carian. Hanya taip ke dalam kotak carian, dan klik enter Program akan mencari apa yang ditaip berdasarkan deskripsi fail. Contoh di atas, apabila taip rencana, terdapat satu rencana iaitu Rencana dalam surat berita kakitangan

Peringatan bahawa bahagian Deskripsi ini sangat penting untuk pencarian. Oleh itu, deskripsi fail anda lebih komprehensif lebih baik. d. Membaca Dokumen

Setelah membuka dokumen, klik butang suara di bar menu. Klik semula butang Suara jika hendak mematikan Suara. e. Kemas kini Fail E-Pustaka

Klik Kanan (right click) fail untuk kemas kini

Fail sekarang telah sedia untuk dikemaskini. Harus diingati bahawa fungsi pencarian E-Pustaka adalah melalui deskripsi, oleh itu, lebih terperinci deskripsi sesuatu fail itu, lebih memudahkan pencarian. f. Membuka dokumen E-Pustaka di Microsoft Word

Klik Kanan (right click) pada fail E-Pustaka dan pilih Buka dengan Editor Word Dokumen akan dibuka terus menggunakan Microsoft Word.

4. Permainan Ejaan a. Cara-cara permainan

a. Permainan Ejaan hanya boleh digunakan apabila Kamus Dewan atau Kamus English Malay dipilih sebagai Kamus Sumber. b. Langkah pertama, masukkan Nama Pemain dan klik Seterusnya

Untuk memulakan permainan, klik Mula Anda diberi masa 2 minit untuk menjawab kesemua 5 soalan

Apabila tamat, markah akan dikira, jika semua soalan tepat dijawab, anda akan mendapat markah 100%.

Klik pada butang Perkembangan, anda akan lihat sejarah pencapaian anda berbanding pemain-pemain lain.

5. Lain - Lain a. Periksa Versi Terkini

Klik Help pada bar menu, dan pilih Periksa versi terkini Ini akan membawa anda ke halaman web Amaniz Management, bahagian kemas kini.

Jika ada versi terbaru, kami menggalakkan anda muat turun versi yang baru.

b. Antara muka Ringkas

CARIKATA juga datang bersama antara muka ringkas. Untuk memilih antara muka ini, klik Tools, pilih Antara muka Ringkas Exit Program Buka semula program CARIKATA untuk menggunakan antara muka ringkas

c. Keluar Program CARIKATA

Jika program CARIKATA ditutup menggunakan butang X seperti di atas, CARIKATA masih belum ditamatkan. Oleh itu, anda akan mendapat notis seperti di bawah.

Untuk menamatkan program, and perlu pergi ke bar menu klik File dan kemudian klik Exit seperti di bawah.

Notis: Semua hak milik kamus adalah kepunyaan penerbit. Amaniz Management hanya mengedarkan Enjin E-Kamus. Data Kamus adalah bukan kepunyaan Amaniz Management. Amaniz Management melarang sekali penggunaan data Kamus tanpa kebenaran penerbit. Harap Maklum.