Anda di halaman 1dari 5

3.

0 Pengambilan dan Pengrekrutan

3.1 Maksud Pengrekrutan Menurut Ab. Aziz Yusof dalam buku Prinsip Keusahawanan, pengrekrutan bermaksud satu proses penempatan dan menggalakkan calon yang berpotensi untuk memohon dan mengisi jawatan yang sedia ada atau jawatan yang bakal diwujudkan di dalam sesebuah organisasi. 3.2 Sumber dalam Proses Pengrekrutan Usahawan perlu mengambil kira dua sumber utama dalam pengrekrutan pekerja iaitu sumber dalaman dan luaran. Sumber dalaman merupakan pekerja yang sedia ada dalam syarikat. Sebagai contoh, pekerja yang dinaikkan pangkat berdasarkan pengalaman diambil untuk mengisi kekosongan. Pengambilan yang berdasarkan sumber dalaman memberi manfaat kepada usahawan dari segi peningkatan motivasi pekerja, pengurangan kos dan penjimatan masa untuk program latihan. Manakala sumber luaran pula ialah pekerja baru yang bakal diambil berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh usahawan. Bagi syarikat UMW Toyota cawangan Cheras pengrekrutan kebiasaannya diambil dari sumber luaran. Hal ini, membolehkan semua kriteria yang diperlukan oleh syarikat dapat dipenuhi berdasarkan pemilihan calon-calon yang memohon. 3.3 Jenis Pengrekrutan Calon yang sesuai boleh diperolehi melalui sumber pengrekrutan dalaman dan luaran. 3.3.1 Pengrekrutan Dalaman

Pengambilan dalaman merupakan tawaran pekerjaan yang dilakukan kepada pekerja di dalam organisasi itu sendiri. iaitu pekerja baru diambil dikalangan pekerja sedia ada atau dengan kata lain kenaikan pangkat. Pengrekrutan dalaman pula terbahagi kepada dua jenis iaitu kaedah tertutup dan terbuka. Kaedah tertutup adalah dengan pengurus akan memutuskan pekerja mana yang perlu dinaikkan pangkat setelah mengambil kira pandangan dari penyelia yang berkaitan. Pekerja berkelayakan boleh mengisi borang permohonan, mengambil ujian dan ditemuduga oleh pengurus. Kaedah terbuka pula adalah maklumat tentang jawatan kosong ini dihebahkan melalui papan buletin atau surat pekeliling organisasi. Pekerja yang berkelayakan bolehlah mengisi borang permohonan, mengambil ujian dan ditemuduga oleh pengurus. Contoh lain bagi pengrektutan luaran adalah seperti agensi pekerjaan, pengiklanan dan kampus. Syarikat UMW Toyota Sdn Bhd telah mengamalkan kaedah terbuka bagi menghebahkan kekosongan jawatan yang diperlukan oleh syarikat. Kaedah ini digunakan bagi memberi peluang kepada semua para pekerja syarikat untuk memohon jawatan bagi mendapatkan kenaikan pangkat yang mereka rasa layak untuk mereka.

3.3.2 Pengrekrutan Luaran Pengrekrutan luaran merupakan pekerja baru bukan dari kalangan pekerja sedia ada iaitu tawaran pekerjaan yang dilakukan kepada pihak luar oleh organisasi tersebut. Pengrekrutan luaran diperoleh dari sumber media pengiklanan, agensi pekerjaan, Kampus

Universiti dan Kolej dan juga Pejabat Buruh. UMW Toyota Sdn Bhd juga mengunakan pengrekrutan luaran dalam pengambilan pekerja. Hal ini bagi membuka peluang kepada orang ramai untuk memohon jawatan di syarikat mereka. Pengrekutan pekerja luaran yang biasa digunakan oleh syarikat ini adalah melalui sumber pengiklanan. Pengambilan dan pengrekrutan dalam sesebuah syarikat amat penting bagi memastikan setiap jawatan yang ada dalam sesebuah syarikat di isi dan agar syarikat tersebut dapat bergerak dan memulakan perniagaannya. Pengambilan dan pengrekrutan merupakan langkah awal dalam proses pembangunan sumber manusia. Oleh itu sesebuah organisasi diperlukan bagi menganalisis sesuatu kerja. Dalam penganalisaan kerja terbahagi kepada dua : 1. Kandungan dan Konteks Pekerjaan 2. Kemahiran dan Kebolehan Pekerja

Sebagai contoh, penjual dan promoter perlu mencapai sasaran jualan individu untuk setiap bulan atau individu tersebut akan dibuang kerja atau dipecat. Bagi contoh kemahiran dan kebolehan pekerja pula, penjual perlu bijak menarik pelanggan serta berpengetahuan luas tentang model-model kereta Toyota tidak terkecuali model-model kereta dari syarikat pesaing serta kemampuan model-model tersebut. Dasar Pengambilan Pekerja Dasar pengambilan pekerja dalam sesebuah organisasi dapat dilihat dari sudut perundangan dan persekitaran. Terdapat 4 cara pengambilan pekerja yang biasa diamalkan :

1. Tindakan bukan diskriminasi pasif Merujuk kepada komitmen organisasi untuk melayan semua pekerja secara sama rata tanpa mengambil kira perbezaaan kaum atau jantina. Komitmen ini ditunjukkan semasa membuat keputusan tentang pengambilan, kenaikan pangkat, atau kenaikan gaji. Bagi Syarikat UMW Toyota Sdn Bhd, setiap penjual akan mendapat gaji asas yang sama iaitu RM400 tetapi setiap mereka akan mendapat komisen untuk setiap buah kereta yang dijual oleh penjual tersebut. 2. Tindakan afirmatif tulen Merujuk kepada kerjasama secara aktif di dalam organisasi untuk mengumpulkan seberapa banyak calon yang mungkin. Keputusan untuk mengambil pekerja atau menaikkan pangkat pekerja berdasarkan kelayakan individu yang terbaik tanpa mengira bangsa atau jantina. Syarikat Toyota akan memberi hadiah atau insentif kepada penjual terbaik. Antara ganjaran yang diberi adalah jam tangan berjenama, pakej percutian 2 hari 3 malam ke luar negara dan sebagainya. 3. Tindakan afirmatif dengan mengutamakan pengambilan Merujuk kepada tindakan mengutamakan kaum wanita dan kumpulan minority dalam membuat keputusan pengambilan dan kenaikan pangkat.

4. Kuota Merujuk kepada tindakan mengenakan had tertentu apabila membuat keputusan untuk mengambil atau menaikkan pangkat sejumlah atau sebahagian pekerja wanita atau kumpulan minority. Melalui analisis yang dilakukan oleh sesebuah syarikat bagi mengisi kekosongan jawatan yang ada, pelbagai persoalan akan ditimbulkan seperti bentuk dan jenis jawatan, bila pekerjaan diperlukan, siapa calon yang layak dan sebagainya. Kebiasaannya syarat-syarat asas sesuatu kelayakan jawatan ialah : 1. Kelayakan akademik 2. Pengalaman Kerja 3. Kemahiran dan Kecekapan Iktisas Bagi Syarikat UMW Toyota Sdn Bhd, kelayakan akademik untuk menjadi penjual atau promoter hanyalah Sijil Pelajaran Malaysia sahaja atau lebih dikenali dengan SPM. Pengalaman kerja pula tidak diperlukan asalkan penjual atau promoter mampu melaksanakan dan melakukan tugas mereka sekarang dengan cemerlang. Dari segi mengiklankan kekosongan jawatan, Syarikat UMW Toyota Sdn Bhd telah menggunakan kaedah pengrekrutan melalui pengiklanan, fliers serta sumber-sumber lain seperti hebahan melalui mulut ke mulut. Melalui pengiklanan, pihak Toyota beriklan dengan pelbagai sumber seperti media cetak dan media massa untuk menarik masyarakat yang berpengalaman masuk ke dalam organisasi mereka.