Anda di halaman 1dari 2

Nama Unit Kursus Soalan:

: Lee Shin Ru : G6 : PRA 3114 Kualiti Pendidikan Prasekolah

1. Apakah maksud perhubungan awam ? Dalam bahasa Inggeris, perhubungan awam ialah Public Relations (PR). Perhubungan awam merupakan satu profesion yang memerlukan pengetahuan sains sosial yang luas dan kemahiran komunikasi. Bidang perhubungan awam memerlukan individu yang mempunyai ketrampilan komunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran menganalisis khalayak, kemahiran berbahasa,

kemahiran persembahan, kemahiran menyesuaikan diri, prinsip etika dan tatasusila komunikasi lisan. Mereka juga harus mahir dengan penulisan dalam perhubungan awam kerana penulisan penting dalam menyampaikan mesej kepada orang ramai. 2. Nyatakan sifat-sifat kepimpinan yang berkesan. a) Bertanggungjawab Bertanggungjawab untuk mengurus perkara yang berkaitan dengan organisasi. b) Peka kepada perasaan ahli Sentiasa peka terhadap perasaan dan emosi ahli-ahli c) Tidak mudah putus asa Berusaha dan tidak mudah berputus asa untuk melakukan sesuatu d) Rela menerima cadangan/ pendapat orang lain Rela mendengar dan menerima pendapat orang lain. e) Penampilan diri yang positif - Ditonjolkan melalui ciri fizikal, pertuturan, tingkah laku, pemakaian, dan disiplin yang akan menyerlahkan kepimpinan

seseorang. f) Bijaksana untuk mengurus Pengurusan oraganisasi dijalankan dengan bijaksana. g) Mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan Dapat berkomunikasi dengan ahli-ahli secara berkesan dan menyalur maklumat dengan jelas. h) Amanah - Sifat ini yang mendorong seseorang pemimpin ini untuk memikul bebanan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan jujur dan ikhlas.

3. Mengapa teamwork diperlukan? Meringankan beban ahli kumpulan Mengumpulkan pelbagai idea daripada setiap ahli kumpulan. Menghasilkan product yang terbaik. Menjimatkan masa. Keputusan dibuat bersama-sama akan meningkatkan motivasi kumpulan dalam pelaksanaan. Semangat bekerja dapat dipupuk. Suasana yang ceria dapat diwujudkan.