Anda di halaman 1dari 10

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Kesemua

masalah-masalah

yang

dikemukakan

sebelum

ini

boleh

dikategorikan kepada beberapa masalah yang utama seperti berikut:-

5.1.1

Peningkatan Kos Bangunan

Masalah ini berlaku kerana peningkatan harga material bangunan seperti besi, simen, bahan bakar, kayu dan sebagainya. Polisi kerajaan, atas sebab-sebab sosial perubahan rekabentuk iaitu setiap unit rumah dimestikan mempunyai minimum 3 bilik tidur dan ini telah meningkatkan kos sedangkan harga jualan masih seperti yang asal. Selain itu, peningkatan kos tenaga buruh akibat polisi kerajaan yang menetapkan warga asing yang berkerja di Malaysia haruslah mempunyai permit kerja yang sah dan belum tamat tempoh. Ini telah menyebabkan ramai warga asing tidak tidak memenuhi syarat tersebut dan terpaksa diberhentikan. Pemaju tiada alternatif lain, selain mengupah tenaga buruh tempatan yang agak mahal bayarannya

54 berbanding tenaga buruh asing. Kuantiti pekerja yang terhad ini turut mempengaruhi tempoh penyiapan keseluruhan projek. Ini seterusnya menyebabkan kos keseluruhan pembinaan projek akan meningkat. Selain itu juga, akibat syarat-syarat sedia ada CIDB, Levi turut mempengaruhi masalah ini.

5.1.1.1 Penyelesaian

Beberapa langkah telah difikirkan boleh mengatasi masalah ini iaitu:-

i. Memaksimakan kos bangunan melalui rekabentuk yang sebaik mungkin dan boleh diterima pakai seperti:-

a. Penggunaan ruang yang efisyen bagi mengurangkan penggunaan material binaan.

b. Menggunakan alternatif material binaan yang lain supaya tidak terlalu bergantung kepada satu-satu material tertentu dan lebih jimat dari segi kos belian, masa untuk mendapatkan dan sebagainya.

ii. PBT diminta untuk mengurangkan syarat-syarat yang dikehendaki dalam undang-undang pembinaan untuk Rumah Kos Rendah seperti

membenarkan saiz bilik tidur yang lebih kecil. iii. Perubahan-perubahan seperti saiz rumah yang lebih kecil bagi pasaran tertentu seperti 1 bilik tidur atau apartment studio untuk golongan bujang baru berkerja atau pasangan yang berkahwin tetapi tidak mempunyai anak. iv. Memperkenalkan sistem rumah kosong (bare minimum starter housing) seperti White Flats di Negara Singapura yang membolehkan kebebasan pemilik membuat pengubahasuaian sendiri. v. Kerajaan telah menubuhkan Syarikat Perumahan Negara bagi memberi pinjaman kepada pemaju.

55 5.1.2 Peningkatan Kos Tanah

Kawasan bandar merupakan pusat penghijrahan manusia dan secara tidak langsung menyebabkan peningkatan populasi yang mendadak dan ini menyebabkan permintaan Rumah Kos Rendah adalah paling diperlukan di kawasan ini. Peningkatan kos tanah akan meningkat akibat kekurangan kawasan tanah dan ini semestinya menimbulkan masalah pembinaan Rumah Kos Rendah di kawasan ini. Sebagai buktinya, sebanyak 30% permintaan untuk membina Rumah Kos Rendah sebelum ini tidak berjaya. (Lam choi Sing, Deputy Chairman, PAM Sabah Chapter)

5.1.2.1 Penyelesaian

Beberapa pendekatan telah difikirkan sesuai bagi menangani atau sekurangkurangnya meminimakan masalah ini ialah memaksimakan penggunaan

tanah/kawasan seperti berikut:-

i. ii. iii.

Melongkarkan kawalan kepadatan pembangunan di kawasan bandar Mengurangkan kawasan lapang di kawasan pembinaan Membina bangunan yang lebih tinggi bagi memaksimakan penggunaan kawasan tanah.

5.1.3

Peningkatan Kos Infrastruktur

Syarat-syarat yang ketat daripada PBT seperti JKR, JPS, DBKK dan PBT yang berkenaan seperti pembinaan jalan dan pembetongan supaya mengikut standard yang sama dengan Rumah Kos Tinggi. Syarat-syarat sistem perparitan kawasan perumahan yang terkandung dalam MASMA dan juga kawasan tempat letak kereta,

56 rizab jalan, kawasan rekreasi/ taman permainan telah meningkatkan kos keseluruhan projek perumahan.

5.1.3.1 Penyelesaian

Pendekatan-pendekatan yang difikirkan perlu adalah seperti berikut :-

i.

PBT diminta mengkaji semula standard yang minimum untuk perumahan Rumah Kos Rendah.

ii. Pengurangan skop berkenaan dengan keperluan pada masa depan infrastruktur seperti kelebaran rizab jalan dan bahu jalan. iii. Penggunaan rekabentuk yang lebih inovatif seperti rekabentuk gabungan diantara kolam takungan dengan saliran tepi jalan dan kawasan rekreasi terbuka. iv. Mengurangkan syarat-syarat berkenaan dengan kawasan tempat letak kereta bagi perumahan Rumah Kos Rendah.

5.1.4

Penyerahan Rumah Tempoh Masa Dan Kualiti

Kelewatan ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu :-

i. Kelewatan dalam penyiapan pembangunan

a. Jualan yang kurang memberangsangkan daripada pemaju b. Kekurangan tenaga buruh dan material binaan

57

ii. Kelewatan dalam memperolehi Sijil Kelayakan Menduduki (OC)

a. Masalah perlaksanaan projek yang tidak betul seperti terdapat kecacatan dalam pembinaan (tidak memenuhi standard) b. Kecacatan dan kerja-kerja berulang akibat pengurusan tapak yang tidak betul, pengawasan yang tidak teratur dan penjimatan kos projek bagi mendapat keuntungan yang lebih

5.1.4.1 Penyelesaian

Beberapa pendekatan telah dilakukan iaitu :-

i.

Melakukan kajian yang menyeluruh, membuat perancangan

dan

melakukan tinjauan pasaran sebelum sesuatu projek pembinaan Rumah Kos Rendah dilakukan. ii. Perlaksanaan pembinaan dan perancangan perlulah dilakukan dalam beberapa fasa supaya perjalanan kerja tidak terlalu padat iii. Memastikan kemudahan pinjaman dan pasaran telah stabil atau diperolehi sebelum kerja dimulakan. iv. Berkerjasama dan sentiasa berkomunikasi dengan PBT berkenaan dengan syarat-syarat pembinaan dan prosedur-prosedur yang perlu diikuti. v. vi. Kekalkan perhubungan yang erat dengan PBT yang berkenaan. Wujudkan pasukan pengurusan projek yang mantap dengan golongan berpengalaman dan berkelayakan. vii. Mengupah sebuah kontraktor persendirian dan mempunyai reputasi yang baik dalam kerja-kerja pembinaan. viii. Juruperunding seharusnya melakukan kerjanya secara profesional dan tekun. ix. Pemaju dan kontraktor membenarkan juruperundingnya berkerja mengikut fungsi sendiri tanpa berpihak kepada mana-mana pihak.

58 x. Mengekalkan praktikal/latihan yang baik dalam pengurusan tapak binaan, pengawasan dan kordinasi. xi. Mengelakkan daripada menggunakan material dan cara kerja yang bermutu rendah walaupun ia diterima oleh pihak juruperunding.

5.1.5

Masalah Untuk Mendapatkan Pinjaman Perumahan

Kriteria-kriteria golongan yang mempunyai masalah untuk mendapatkan pinjaman pembiayaan bank untuk mendapatkan rumah adalah seperti berikut:-

i. ii. iii. iv.

Golongan pendapatan kurang daripada RM500 sebulan. Golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Pendapatan isi rumah kurang daripada RM1,000. Golongan yang betul-betul memerlukan Rumah Kos Rendah tetapi tidak mendapat kelulusan pembiayaan bank untuk membeli rumah.

5.1.5.1 Penyelesaian Bagi Membantu Golongan Kurang Berkemampuan

Bagi golongan berpendapatan rendah, Kerajaan telah memperkenalkan Program Bina dan Sewa seperti Program Perumahan Sewa Ekonomi (ERHP) yang hanya mengenakan bayaran sebanyak RM70 sebulan selama 5 tahun. (7)

Selain itu, pihak sektor swasta dan institusi kewangan harus berkerjasama dalam membantu berkenaan dengan pasaran, pembiayaan yang lebih rendah dan mampu dibayar oleh golongan yang kurang berkemampuan.

Pihak kerajaan turut memainkan peranan dengan penubuhan Tabung Perumahan Untuk Rakyat Termiskin, Tabung Mempercepatkan Pembinaan Rumah

59 Kos Rendah dan Tabung Pusingan Perumahan Kos Rendah bagi membantu golongan ini supaya mampu memiliki rumah yang mampu dimiliki. (12)

5.1.6

Kos Melibatkan Pembekalan Air dan Elektrik

Kos akibat pembekalan sistem bekalan air dan elektrik mempunyai kadar yang sama dengan semua jenis projek perumahan sama ada Rumah Kos Rendah atau pun Rumah Kos Tinggi. Ini telah menyebabkan pemaju terpaksa membekalkan keperluan tersebut pada kadar yang sama.

5.1.6.1 Penyelesaian

Pihak PBT diminta untuk mempertimbangkan kadar bayaran kepada projek perumahan Rumah Kos Rendah.

5.2

Penglibatan Pihak Terlibat Menangani Masalah Ini

Secara amnya, bagi menangani dan mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan sebelum ini, pihak kerajaan yang terlibat, pemaju swasta dan awam, juruperunding haruslah memainkan peranan masing-masing seperti berikut :-

60 5.2.1 Sektor Kerajaan atau PBT

Sentiasa peka kepada isu-isu semasa berkaitan Rumah Kos Rendah dan sentiasa bersedia dan melakukan kerja-kerja pengawalan, pemantauan, mengatur dan bersedia menerima pembaharuan yang memberi kepentingan kepada semua pihak terlibat terutama sekali kepada pembeli dan pemaju.

5.2.2

Pemaju swasta

Sentiasa memantapkan atau meyusun kemudahan kewangannya, menyusun perlaksanaan projek yang lebih teratur dan sentiasa meluaskan rangkaian pasarannya bagi mengelak kerugian dan seterusnya dapat meningkatkan lagi jumlah pembinaan Rumah Kos Rendah.

5.2.3

Juruperunding

Membuat sistem perancangan yang baik dan teratur, melakukan rekabentuk yang mengikut standard sebenar tanpa berlaku penyelewangan rekabentuk demi kepentingan sendiri dan melakukan pengawasan kerja yang jujur dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Dengan kerjasama diantara pihak-pihak terlibat, ia dapat memastikan kejayaan dalam isu pembangunan rumah yang mampu dimiliki dan memberi keuntungan dan kebaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

61 Pada amnya, sumbangan ini nampak kecil jika dibandingkan dengan sumbangan sektor-sektor ekonomi yang lain. Tetapi sekiranya dilihat secara objektif, ia merupakan pemangkin industri lain. Industri pembinaaan yang sihat akan menyediakan infrastruktur yang menyokong sektor industri lain seperti

perlombongan, pertanian, pengangkutan dan sektor perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan dan pelancongan.

5.3 Cadangan

Melalui kajian ini, didapati banyak maklumat yang amat berguna sebagai rujukan dan seterusnya boleh diguna bagi mencari kaedah penyelesaian berkenaan isu ini dengan lebih menyeluruh dan efektif. Oleh itu, diharapkan agar skop kajian dapat diperluaskan dan diteruskan pada masa akan datang seperti penambahan jenis dan jumlah responden sama ada yang terlibat dengan aktiviti ini secara langsung atau pun tidak seperti organisasi-organisasi badan kerajaan mau pun bukan kerajaan, pihak media dan sebagainya.

5.4 Masalah Yang Dihadapi Ketika Melakukan Kajian

Pelbagai masalah timbul sebelum dan ketika membuat kajian. Masalah-masalah ini sedikit sebanyak telah mengganggu perjalanan kajian terutama dari segi masa. Antara masalah utama adalah seperti berikut :-

a.

Kerjasama yang kurang daripada beberapa individu di pihak pemaju swasta dan juruperunding ketika melakukan soalselidik dan perjumpaan secara tidak rasmi maupun melalui telefon.

62 b. Ketika melakukan soalselidik hanya lebih kurang 60% daripada borang yang diedarkan telah dikembalikan. c. Sesetengah pegawai/kakitangan daripada pihak kerajaan iaitu PBT dan LPPB seringkali melewat-lewatkan pemberian data.

Carta pai: Pengembalian borang soalselidik

borang tidak dikembalikan 40%

borang dikembalikan 60%

Rajah 5.4 : Respon pengembalian borang soalselidik oleh responden

Anda mungkin juga menyukai