Anda di halaman 1dari 33

---------Majalah STPM-----------------------------------Geografi Kertas 1 STPM------------IMPAK PEMBANGUNAN TERHADAP HAKISAN DI ZON PINGGIR PANTAI DI MALAYSIA --------------------------------Oleh Rusly bin Musa----------------------------------1.

0 Pendahuluan Memang tidak dapat dinafikan zon pinggir pantai merupakan satu zon yang strategi untuk melaksanakan aktiviti pembangunan. Justeru itu terdapat pelbagai bentuk pembangunan telah dialirkan ke kawasan ini seperti pembangunan pelancongan, pembangunan petempatan dan bandar, pembangunan industri dan pelabuhan, pertanian akuakultur dan sebagainya yang melibatkan pemusnahan sumber-sumber semulajadi secara besar-besaran khususnya pemusnahan hutan bakau. Akibat tumpuan pembanguna n yang melampau terhadap zon ini maka ia kini menghadapi satu permasalahan fizikal yang agak serius iaitu meningkatnya kadar hakisan pinggir pantai yang menyebabkan saiz pantai semakin sempit. Di dalam artikel ini penulis akan membincangkan beberapa perkara penting berkaitan dengan fenomena di atas, iaitu; pertama konse p zon pinggir pantai dan kompleksiti proses geomorfologi yang dialaminya, kedua bagaim ana pembangunan di zon pinggir pantai telah menjana kadar hakisan pantai, dan ke tig a strategi pembangunan lestari yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kadar hakisan pantai berkenaan. Skala perbincangan adalah terhadap zon pinggir pantai di Malaysia sahaja. 2.0 Konsep Zon Pinggir Pantai dan Proses Geomorfologi Yang Dialaminya. Zon pinggir pantai dapat didefinasikan sebagai satu jalur linear daratan dan rua ng lautan yang terdapat berhampiran (merangkumi air dan juga bahagian daratan yang tenggelam), dan saling bergantung antara satu dengan lain. Zon ini merangkumi ka wasan peralihan antara kawasan pasang surut, kawasan berpaya, dataran banjir pinggir pantai dan ke daratan dari dataran banjir serta keseluruhan kawasan pesisir yang disalirkan secara langsung ke perairan pinggir pantai. (Jamaluddin Md Jahi, Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia: Isu dan Pengurusannya, DBP, K.L, m.s. 317). Sistem zon pinggir pantai ini adalah sungguh kompleks. Ia terdiri daripada unsur-unsur yang terkandung dalam tiga zon utama yang saling bergantung, iaitu dataran pinggir pantai, zon pesisir dan juga zon h ampir pesisir. Sumber makanan yang begitu banyak terhimpun di zon pinggir pantai ini membolehkan pelbagai habitat yang unik terbentuk dengan ciri-ciri ekosistemnya

tersendiri seperti ekosistem payau (salt marsh), bakau (mangrove), serta ekosist em muara (estuarine). (Jamaluddin Md Jahi, Ibid). Daripada segi proses fizikal khususnya proses geomorfologi, zon ini merupakan zon yang paling kuat dan dinamik. Pelbagai proses geomorfologi yang dialaminya. Antaranya ialah tindakan ombak meliputi hakisan, pengangkutan dan pemendapan. Di zon pinggir pantai yang lebih dalam serta ciri-ciri geologi yang lebih keras sep erti di kawasan teluk dan tanjung lebih banyak mengalami proses-proses hakisan ombak. Misalnya tindakan hidraul, geselan(kikisan), lagaan dan juga larutan. Manakala d i zon pinggir pantai yang lebih landai/cetek seperti di kawasan pantai berpasir atau b erlumpur lebih banyak mengalami proses pemendapan. Ini kerana tenaga ombak di kawasan pan tai yang cetek menjadi semakin lemah akibat geseran dengan dasar lantas memendapkan segala bahan yang di bawanya. Selain ombak, arus juga menjadi sebahagian daripada proses geomorfologi di zon pinggir pantai. Terdapat tiga jenis arus yang bertindak iaitu arus seret, ar us tempur dan juga arus pesisir atau arus sepanjang pantai. Ketiga-tiga jenis arus ini ter hasil akibat kekacauan ombak yang tiba di pantai.(Jamaluddin Md Jahi, Pengantar Geomorfologi, DBP, K.L., 1989, m.s., 199 200) . Ke tiga-tiga arus ini amat penting dalam mempengaruhi proses-proses hakisan,pengangkutan dan pemendapan bahan mendak pantai bagi menghasilkan pelbagai rupamuka yang menarik di zon pinggir pantai. Misalnya arus pesisir pantai berpengaruh dalam pembentukan anak tanjung, beting pasir, lagun dan sebagainya. Pasang surut juga tidak kurang hebatnya bertindak di zon pinggir pantai. Pasang surut merupakan satu fenomena yang tetap mengenai aras air tinggi dan aras air rendah di laut yang terjadi akibat daripada interaksi tarikan graviti bulan, bumi dan matahari. (Jamaluddin Md Jahi, Ibid, m.s., 195). Bezantara tikas air pasang dengan tikas a ir surut menjadi satu had untuk mengukur sejauhmana berkesannya proses hakisan dan pemendapan ombak. Misalnya di kawasan muara atau paya bakau, sejauhmana had air pasang maka sejauh itulah proses pemendapan boleh berlaku. Ini kerana ketika air pasang ia akan membawa segala bahan enapan dari laut dan akan memendapkannya ketika ia surut. Proses pemendapan akan menjadi lebih cepat akibat pertembungan air pasang dengan arus sungai yang menuju ke hilirnya. Justeru itu di kawasan paya bakau da n muara sungai amat kaya dengan nutrien dan sumber makanan untuk pelbagai spesis hidup. Di zon luar pesisir yang tidak dapat dicapai oleh ombak pula tindakan angin amat dominan sekali. Angin juga boleh menghakis dan memendapkan segala bahan yang ada di pantai. Sebagai contoh kewujudan diun-diun pasir yang cantik di tepi pantai a

dalah hasil kerja pemendapan angin. Profil dan saiz pantai seringkali berubah bergantu ng kepada kekuatan tiupan angin. Ini kerana angin menjadi faktor penting mempengaru hi saiz, jenis dan kekuatan ombak. Jika angin kencang/ribut seperti di musim tengku juh maka ombak yang besar dikenali sebagai ombak pembinasa akan terbentuk, menghempas pantai dengan kuat, menghakis dan mengecilkan saiz pantai. Pada masa ini diun-diun pasir akan musnah. Sebaliknya tiupan angin yang perlahan membolehkan

ombak pembina terjadi, memendap pasir-pasir di tepi pantai lantas saiz pantai menj adi semakin lebar. 3.0 Pembangunan dan Peningkatan Kadar Hakisan di Zon Pinggir Pantai. Sesebuah pantai yang cantik sebenarnya terbentuk hasil daripada kombinasi proses proses geomorfologi yang telah dibincangkan di atas tadi. Pada asalnya jika zon pinggir pantai tidak diganggu gugat secara melampau oleh manusia maka sifat fizikal pant ai akan dapat dikekalkan. Ini kerana secara semulajadi segala proses geomorfologi y ang bertindak akan sentiasa berada pada tahap keseimbangan (equalibirium). Tetapi kerakusan manusia yang telah membangunkan kawasan pantai secara berlebihan tanpa melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan yang sistematik telah menyebab kan keseimbangan proses-proses geomorfologi tergugat. Pantai semakin terhakis dan se mpit. Manusialah sebenarnaya bertanggungjawab menjana dan mempercepatkan lagi kadar hakisan di zon pinggir pantai. Mengikut Prof. Aziz Ibrahim, Ketua Pengarah National Hydraulic Research Institute of Malaysia (NAHRIM), kini terdapat sekurang-kurangnya 74 tempat di sepanjang pantai di negara ini yang menghadapi resiko hakisan yang serius. Semua nya berpunca daripada perbuatan manusia sendiri. 74 tempat ini, bila diambil kira kesemuanya merupakan satu pertiga daripada keseluruhan pantai negara ini iaitu l ebih kurang 4800 kilometer. Hakisan yang paling teruk berlaku adalah di pantai timur semenanjung. Ada bahagian-bahagian jalan raya yang telah rosak di sebabkan hakis an pantai yang telah sekian lama berlarutan. Prof. Aziz menambah, ada dua bentuk ha kisan pantai yang berlaku di negara ini. Pertama hakisan yang berlaku sedikit demi sed ikit hakisan biasa akibat fenomena semulajadi dan keduanya hakisan secara cepat, mend adak atau hakisan luar biasa akibat perbuatan manusia sendiri. Di antara contoh-conto h pantai yang terhakis secara mendadak akibat pembangunan manusia ialah seperti di Pantai Kelebang Melaka, Pantai Tanjung Karang Selangor yang berpunca daripada pemusnaha n hutan bakau dan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di Kelantan yang berpunca daripada ker jakerja memperdalamkan muara di Pengkalan Datu semenjak pertengahan 80-an lagi. Kajian oleh National Erosion Study 1985, menunjukkan bahawa hakisan sepanjang garis pantai Malaysia adalah meluas, giat dan serius sekali. Sekurangk urangnya 1300 km (atau 27%) daripada 4800 km garis pantai Malaysia mengalami hakisan. Kadar hakisan pantai yang giat kebanyakannya menjejaskan kawasan-kawasa n pertanian, perumahan, kemudahan pengangkutan, tempat-tempat pelancongan dan reakreasi. Laporan ini juga menyebut bahawa kadar hakisan di kawasan-kawasan kri

tikal adalah di sekitar 3

4 meter setahun dan ada juga yang mencapai 100 meter setahun

seperti di Balik Pulau, Pulau Pinang. (Wan Ruslan Ismail, Majalah Akademik, Nuri n Enterprise, K.L., Febuari 1990, m.s 43). Di antara contoh-contoh pantai di Malay sia yang giat terhakis ialah seperti Pantai Kuala Kedah dan Pantai Merdeka, Pantai Tanjun g Dawai dan Batu Feringgi di Pulau Pinang, Pantai Morib di Selangor, Desaru dan Pantai R emis di Johor, Pantai Kuala Dungun, Kuala Kemaman, Kuala Terengganu hingga ke Kuala Ibai

di Terengganu serta Pantai Cahaya Bulan, Pantai Sabak dan Pantai Seri Tujuh di Kelantan. Terdapat beberapa aktiviti manusia yang dikenalpasti meningkatkan lagi kadar hakisan pantai. Antaranya ialah seperti pembangunan pelancongan (pembinaan hotel,resort padang golf dll), pemusnahan hutan bakau untuk pelbagai tujuan, akt iviti pengorekan pasir seperti memperdalamkan pelabuhan, pengambilan pasir laut/pantai untuk pelbagai projek pembinaan dan lain-lain yang berkaitan. Kepesatan pembangunan pelancongan telah mendedahkan zon pinggir pantai kepada agen-agen geomorfologi secara berterusan terutama sekali di peringkat awa l kerja-kerja pembinaan hotel, resort, chalet dan sebagainya. Ini disebabkan oleh penebangan pokok-pokok pelindung pantai bagi tujuan membina pelbagai bangunan ya ng berkaitan. Sebelum zon pinggir pantai dipulihkan kembali melalui kaedah penyubura n pantai dengan ditanam pokok-pokok pelindung maka sudah tentu zon pinggir pantai tersebut terhakis teruk. Kajian yang dijalankan di Pulau Langkawi yang merupakan salah satu kawasan yang pesat membangun dengan sektor pelancongan di Malaysia mendapat i bahawa 17.3% daripada pengusaha penginapan di kawasan pinggir pantainya mengalam i masalah hakisan pantai. Di antara pantai yang mengalami masalah hakisan di Langk awi ialah Pantai Tanjung Rhu, Pantai Chenang dan juga Pantai Kuala Teriang. Bagi pengusaha hotel, resort dan chalet berkenaan usaha yang dilakukan untuk menguran gkan kadar hakisan berkenaan ialah dengan menanam lebih banyak pokok, pembinaan bente ng konkrit, menambak pasir di kawasan yang terhakis dan back filling . ( Abibullah Hj Samsudin, Pengurusan Sumber Alam Tropika, DBP, K.L. 1999, Bab 3, m.s. 46 48). Selain itu pemusnahan hutan bakau untuk pelbagai projek pembangunan juga dikenalpasti menjadi punca utama kadar hakisan pantai secara mendadak berlaku. Fenomena ini kebanyakannya terjadi di pantai Barat Semenanjung. Hutan bakau sebenarnya berfungsi sebagai zon penampan semulajadi (buffer zone) yang paling berkesan sekali untuk menahan segala bentuk hakisan samada disebabkan oleh pergerakan air, ombak, arus,hujan ribut, angin dan sebagainya. Hal ini kerana ci ri-ciri kepadatan kanopinya, sistem akar yang kompleks yang berupaya menahan/mengurangkan tenaga hakisan dan sebaliknya berfungsi memerangkap segala bahan yang dibawa oleh agen-agen hakisan lalu memendapkannya. Jika hutan bakau dimusnahkan maka fungsi ini tidak boleh dikembalikan seperti sediakala, lantas g aris pantai akan terdedah secara langsung kepada agen-agen hakisan. Selain daripada fungsinya sebagai penahan hakisan, hutan bakau juga penting untuk mengekalkan si stem ekologi setempat, pengimbang kitaran karbon dioksida dalam atmosfera, mengekalka n pusingan bekalan makanan (nutrien), menjadi habitat pelbagai jenis spesis dan ma mpu memelihara kualiti air. Zon pinggir pantai boleh dianggap sebagai satu unit sistem geomorfologi yang dinamik sifatnya. Justeru itu memang menjadi sifat semulajadi sesebuah sistem un

tuk sentiasa mencapai ke tahap keseimbangan apabila elemen-elemen dalam sesebuah sis tem tersebut menerima gangguan.(self regulation). Dalam hal ini ketidakseimbangan ke pada profil pantai akan terjadi apabila aktiviti pengorekan pasir laut dilakukan misa lnya bagi tujuan memperdalamkan muara ataupun pelabuhan. Bagi tujuan mengimbangi profil pantai maka agen-agen geomorfologi seperti ombak dan arus akan bertindak menghak is, mengaut dan mengangkut pasir-pasir di tepi pantai untuk ditimbunkan kembali di bahagian muara yang dikorek tadi. Ombak akan menghakis dan mengaut pasir dari

bahagian dataran pantai manakala arus pesisir akan membawa pasir-pasir tersebut untuk dimendapkan di bahagian muara berkenaan. Akhirnya garis pantai akan terhakis dan semakin mengundur ke daratan. Kes ini amat ketara berlaku di Pantai Kuala Kemama n, Terengganu. Akibat kerja-kerja memperdalamkan pelabuhan Kemaman serta muara sungai Kemaman maka garis pantai di sekitar kuala Kemaman itu sendiri mengalami hakisan yang teruk sehingga meliputi kawasan petempatan nelayan. Apabila resiko hakisan boleh mengancam keselamatan nelayan maka kerajaan negeri terpaksa memindahkan nelayan-nelayan yang terbabit ke satu kawasan petempatan baru yang lebih selamat. 4.0 Strategi Pembangunan Lestari -Mengurangkan Kadar Hakisan di Zon Pinggir Pantai. Pembangunan lestari adalah satu idea pembangunan yang dilaksanakan bagi tujuan mengekalkan keadaan asal (sustainable development) sesuatu sumber di sese buah kawasan agar dapat dinikmati secara berterusan oleh generasi kini dan akan datan g. Justeru itu adunan pembangunan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan secara saintifik dan sistematik mestilah dilaksanakan di zon pinggir pantai khususnya d alam konteks mengawal kadar hakisan yang semakin giat berlaku. Strategi pembangunan b agi mengurangkan kadar hakisan ini boleh dilakukan melalui tiga langkah penting. Per tama, langkah perundangan, ke dua amalan pengurusan yang cekap dan ke tiga kempen kesedaran. Langkah perundangan melibatkan perlaksanaan akta-akta tertentu bagi mencegah sesuatu sumber daripada mengalami kemusnahan. Dalam konteks ini pemusnahan hutan bakau boleh dicegah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ada misalnya Akta Perhutanan Negara 1984. Kawasan hutan bakau digazetkan sebagai hutan simpan keka l dan saiz hutan simpan ini mesti diperluaskan bagi setiap negeri di Malaysia. Per istiharan hutan bakau sebagai kawasan hutan simpan perlindungan, yang kini lebih dikenali Rompin akan sebagai wetland sanctuary seperti taman negara Endau mengelakkannya dari sebarang bentuk pencerobohan. Dengan melindungi hutan bakau maka secara langsung kadar hakisan pantai boleh dikawal secara semulajadi. Selai n daripada hutan bakau, tumbuhan hutan pantai yang lain seperti pokok rhu, pokok n ipah, pokok jaras, pokok gelam juga perlu dilindungi oleh undang-undang kerana pokok-p okok tersebut juga amat berfungsi mengekang hakisan angin. Amalan pengurusan sumber yang cekap juga boleh membantu mengelakkan kadar hakisan pantai. Misalnya dalam konteks penebangan hutan bakau. Bagi kawasan huta n bakau yang dibenarkan sebagai kawasan usaha -hasilan mestilah diuruskan secara sistem tebangan memilih dan diharamkan sama sekali sistem tebang -bersih. Pokok-pokok yang benar-benar matang sahaja yang dibenarkan di tebang dan mengiku t kadar pusingan tebangan antara 25 hingga 30 tahun sekali. Ini memberikan peluang

kepada proses tumbesaran secukupnya kepada pokok-pokok yang lebih muda. Tunggul dan sisa penebangan pula akan dibiarkan reput dalam kawasan hutan tersebut bagi menggalakkan pertumbuhan anak benih yang baru berlaku, dan jika dalam tempoh dua tahun didapati tidak berlaku pertumbuhan benih maka program penanaman semula pok ok bakau mestilah dijalankan segera dengan menanam pokok bakau yang bernilai tinggi dari

spesis Rhizophora Apiculata agar sistem paya bakau dapat terus berfungsi seperti keadaan asal khususnya dalam konteks mengawal hakisan pantai. Pada amnya kaedah kawalan hakisan pantai boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu melalui kaedah penyuburan pantai dan juga kaedah kawalan struktur. Kaedah penyuburan pantai melibatkan usaha-uasha penanaman tumbuh-tumbuhan seperti pokok rhu dan rumput di atas pantai atau bukit pasir (diun) agar wujud satu lapisan pe rlindungan daripada agen agen hakisan. Pokok rhu amat sesuai ditanam bukan sahaja untuk mengekang hakisan angin tetapi juga sebagai mencantikkan lagi kawasan pantai manakala system akar rumput pula boleh mengikat dan mengukuhkan butiran pasir di tepi pantai. Kaedah ini boleh dikelaskan sebagai kawalan biologi. Manakala kaedah kawalan struktur pula melibatkan aspek kejuruteraan pantai. Antaranya seperti pembinaan benteng konkrit, aspalt, batu, pancang kayu, guni pa sir termasuklah Groin dan Gabion . Groin ialah struktur yang pendek diperbuat daripada konkrit atau kayu yang dibina menganjur ke laut bersudut tepat dengan g aris pantai bertujuan untuk memerangkap enapan pasir yang di bawa oleh ombak dan juga arus pesisir pantai. Manakala Gabion ialah sangkar dawai logam berbentuk empat s egi bujur yang diisi dengan batu kerikil dan diletakkan di zon ombak pecah. Dengan i tu tenaga ombak tidak seratus peratus menghempas pantai sebaliknya akan ditahan dan diserap oleh gabion berkenaan sebelum tiba ke pantai. Selain daripada penggunaan sangkar dawai dan kerikil, gabion juga boleh diperbuat daripada tayar-tayar buru k yang diikat antara satu sama lain dan direntangkan di zon ombak pecah. Fungsinya sama , iaitu untuk menahan dan menyerap tenaga hempasan ombak agar tidak terus tiba ke pantai . Penggunaan tayar-tayar buruk boleh bertindak sebagai tukun-tukun tiruan yang kel ak menjadi tempat pembiakan/habitat ikan. Bagi kawasan yang agak serius kadar hakisannya maka pembinaan benteng konkrit atau ketulan-ketulan batu yang besar b oleh diletakkan di tepi-tepi pantai berkenaan bagi mengurangkan kesan hempasan ombak ke atas pantai. Sebagai contoh sekitar hotel Primula di Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu dan di pantai pelabuhan Kuantan di Pahang. Langkah kawalan pantai yang berkesan seharusnya dilengkapi dengan aspek kesedaran terhadap semua lapisan masyarakat. Zon pinggir pantai tidak seharusnya dinilai daripada aspek ekonomi semata-mata. Nilai-nilai biologi dan estetikanya mestilah dijaga. Justeru setiap projek pembangunan yang hendak dilaksanakan mestilah diad unkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Pengusaha harus menyedari pemelihara an dan pemuliharaan merupakan satu kos yang mesti dibayar. Justeru itu kajian EIA (Environment Impact Assesment) mestilah dilakukan dan dipatuhi sepenuhnya sebelu

m semasa dan selepas projek dilaksanakan. Masyarakat umum mesti sentiasa disedarka n melalui kempen,program usaha sama/gotong royong, pendidikan alam sekitar khususn ya menerusi media massa dan pendidikan formal di sekolah. Soalan Aras STPM Yang Berkaitan Dengan merujuk kepada contoh-contoh pantai di sebuah negara Asia Pasifik; a) Tunjukkan sejauhmanakah aktiviti-aktiviti manusia telah mempercepatkan kadar hakisan pantai di negara berkenaan. (16 Markah)

b) Cadangkan langkah-langkah yang wajar diambil bagi mengurangkan kadar hakisan pantai di dalam negara berkenaan. (9 Markah) ------------------Majalah STPM--------------------------------Geografi Kertas 1-------------TEORI HANYUTAN BENUA ---------------------------------------Oleh: Rusly bin Musa-------------------------Pendahuluan Konsep Hanyutan Benua mula diperkenalkan oleh ahli-ahli geologi dan geofizik lebih kurang 50 tahun yang lalu. Konsep ini sebenarnya terhasil melalui hipotesi s awal mengenai hanyutan benua yang diperkenalkan oleh Alfred Wegener (1910). Idea hanyutan benua muncul apabila ahli-ahli geologi dan geofizik berpendapat tentu terdapat satu kuasa yang amat kuat terletak jauh di dalam bumi yang dapat mengubah lapisan kerak bumi dan permukaan bumi secara besar-besaran . Oleh itu, teori ini merupakan satu revolusi di dalam kajian sains bumi dan telah mewujudkan satu andaian berkenaan berlakunya proses geologi secara besar-besaran . Teori Hanyutan Benua Hipotesis Wegener

Hanyutan benua adalah satu teori yang cuba menerangkan tentang kewujudan dan taburan benua-benua yang ada pada hari ini. Andaian Wegener adalah amat mudah Bahawa benua-benua yang ada pada hari ini sebenarnya berasal daripada satu benua yang besar sahaja yang dinamakan sebagai PANGEA (Pan = all, Gea = earth) dan apabila berlakunya gerakan-gerakan di dalam kerak bumi Pangea akan berpecah-pecah dan bertaburaan sepertimana yang ada pada hari ini . Hipotesis Wegener menerangkan pada peringkat awal perpecahan Pangea terbahagi kepada dua jisim daratan yang digelar sebagai Laurasia di sebel ah utara dan Gondwanaland di sebelah selatan. Laurasia mengandungi benua-benua seperti Amerika Utara, Eropah dan Asia sementara Gondwanaland mengandungi benua Amerika Selatan, Afrika, Semenanjung Arab, India dan Australia. Beliau juga berpendapat putaran bumi membekalkan tenaga tekanan yang cukup kuat untuk memisa h dan menghanyutkan benua-benua tersebut selain daripada tenaga endogenik yang ada di dalam lapisan kerak bumi itu sendiri.

Apabila berlaku perpecahan pada Pangea maka terdapat pembentukan pecahan yang besar antara Amerika dan Eropah- Afrika dan juga antara Australia Antartika serta Afrika India. Pemecahan tersebut menjadi lebih nyata apabila jisim-jisim daratan berkenaan terus hanyut lebih jauh dan mewujudkan lautan Atlantik serta lautan Hi ndi. Lautan yang wujud sebelum berlakunya hanyutan benua-benua berkenaan menjadi asas bagi pembentukan lautan Pasifik yang terdapat pada masa kini. Fenomena ini berla ku pada zaman mesozoik. Sehingga zaman Kenozoik pula India telah terpisah dari lain -lain bahagian Asia oleh lautan Tethys yang cetek. Mengikut Wegener lagi, India seolah -olah telah dipendekkan setelah mengalami hanyutan ke arah utara melintasi lautan Hind i yang ada pada masa ini. Pertembungan antara tanah besar Asia dengan India membentuk Banjaran Lipatan Himalaya. Dapat dikatakan juga bahawa cara seperti ini telah menghasilkan banjaran-banjaran gunung pada zaman Tersier seperti banjaran Alps, Andes,Rokcy dan lain-lain lagi. Wegener mempercayai bahawa lipatan yang rencam i ni adalah akibat daripada geseran menarik yang wujud semasa benua melintasi di atas lapisan kerak batuan basalt. Wegener telah menyatakan terdapat dua arah utama pergerakan/hanyutan benua ini iaitu pergerakan ke arah barat yang disebabkan oleh kuasa-kuasa tektonik yan g ada di dalam bumi dan juga pergerakan dari kutub akibat tekanan ke atas benua yang seol aholah terapung di atas lautan magma yang panas. Justeru itu, hipotesis Wegener ini ama t berkait dengan daya/kuasa yang ada di dalam bumi. Terdapat dua daya utama yang w ujud di dalam bumi yang boleh mengerakkan lapisan kerak bumi iaitu daya mampatan dan daya tegangan. Kedua-dua daya ini wujud akibat adanya arus perolakan yang panas. Sebenarnya batuan di dalam mantel bumi mengalami suhu dan tekanan yang sangat tinggi sehingga batuan tersebut menjadi cair atau separa cair. Kepanasan dan kec airan batuan ini mewujudkan satu arus perolakan yang sentiasa boleh menggerakkan lapis an kerak bumi di atasnya. Justeru itu tidak hairanlah jika ada pendapat yang mengat akan lapisan kerak bumi seolah-olah berada dan terapung-apung di atas lautan magma ya ng panas di bawahnya!. Lapisan mantel yang panas ini dikenali sebagai astenosfera. Apabila arus perolakan ini bergerak ia akan mengenakan daya mampatan dan tegangan ke ata s lapisan kerak bumi di atasnya dan kesannya lapisan kerak bumi turut bergerak yan g bererti benua-benua yang adapun turut bergerak. Pergerakan ini mengambil masa be rjutajuta tahun lamanya. (lihat rajah di bawah) Rajah menunjukkan arus perolakan yang panas yang mengerakkan lapisan kerak bumi di atasnya akibat mampatan dan tegangan.

Wegener seterusnya menyarankan bahawa apabila sesebuah benua bergerak ke hadapan maka di bahagian belakangnya akan terbentuk lautan yang baru. Pada asasn ya pergerakan benua-benua mengikut Wegener adalah seperti di bawah.

Bukti-Bukti Yang Menyokong Teori Hanyutan Benua Wegener dan juga ahli-ahli geologi yang tertarik dengan pandangannya seperti Alexander du Toit di Afrika Selatan dan Arthur Holmes di England telah mengemuka kan beberapa bukti menarik bagi menyokong teori ini. Bukti-bukti tersebut muncul dar i pelbagai disiplin pengajian seperti bukti geologi, geokronologi, bukti oseanogra fi, bukti paleomagnet dan sebagainya. 1. Bukti keselanjaran benua. Bermula dengan Francis Bacon, para pengkaji telah cuba membuktikan bahawa garisan pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan walaupun kedudukan benua-benua kini adalah jauh dan dipisahkan oleh lautan yang luas. Misalnya pinggir laut di bahagian barat Afrika boleh dicantumk an dengan pinggir laut di bahagian timur Amerika Selatan. Begitu juga dengan pinggi r laut di Eropah Barat boleh dicantumkan dengan pinggir laut di Amerika Utara. Padanan antara benua-benua yang boleh dicantumkan ini seolah-olah seperti Jigsaw Puzzle . Keadaan percantuman ini menjadi lebih jelas lagi apabila diambil kira kedudukan pentas benua yang lebih luas saiznya bagi setiap benua yang dicantumkan dan kaedahnya menjadi lebih mudah dengan menggunakan teknik grafik komputer. Wujudnya keadaan keselanjaran yang sungguh baik sekiranya benua-benua berkenaan dicantumkan denga n teliti memberi kekuatan kepada pendokong teori hanyutan benua bahawa benua-benua yang ada pada hari ini berasal daripada satu benua yang besar sahaja!. Lihat raj ah di bawah. Keselanjaran benua terjadi apabila beberapa pinggir laut benua dicantumkan secara grafik komputer.

2. Bukti Geologi. Melalui teknik radiometrik telah ditemui bahawa geologi enapan awal yang berada di dasar laut yang terletak di sekitar lautan At lantik adalah sama dengan yang ditemui di benua-benua Amerika Selatan dan Afrika daripa da segi jenis dan usianya. Bukti geologi yang ditemui itu dikatakan bermula pada za man pra kambrian hinggalah ke zaman mesozoik. Dengan bukti geologi yang serupa walaupun berada pada benua yang berlainan sekali lagi telah menguatkan hujan kemungkinan benua-benua tersebut telah berpecah dari satu blok atau jisim benua yang sama sebelumnya. Di sepanjang pinggir pantai Brazil di Amerika Selatan terdapat satu jaluran batuan lama (mempunyai umur kira-kira 2000 juta tahun) yang menyerupai satu jalu ran batuan lain yang terdapat di Afrika. Persamaan-persamaan daripada segi jaluran b atuan ini membuktikan bahawa benua Amerika selatan dan Afrika adalah bercantum pada ma sa pra-Kambrian. Keselanjaran tersebut berterusan sehingga zaman Mesozoik berdasark an kepada bukti bahawa terdapatnya lapisan batuan Paleozoik Akhir yang ditemui di k eduadua benua tersebut. Tambahan pula bahan mendak lautan yang paling awal yang terdapat di pinggir pantai di kedua-dua benua berkenaan mempunyai umur yang serupa iaitu wujud pada zaman jurasik, dan perkara ini menggambarkan bahawa lautan Atlantik y ang memisahkan ke dua-dua benua itu kini adalah tidak wujud pada zaman tersebut. Buk ti geologi yang sama daripada segi struktur dan usianya ditunjukkan oleh gambarajah di bawah: Kesamaan struktur dan usia batuan Yang berada di benua yang berlainan. Kesamaan struktur batuan yang terdapat di benua Afrika dan Amerika Selatan Padanan geologi Antartika, Australia dan Afrika menunjukkan trend struktur dan usia batuan yang sama

3. Bukti Fosil. Pada logiknya sesetengah organisma samada tumbuhan atau haiwan tidak mungkin boleh berpindah jika terdapatnya halangan seperti laut an yang luas. Tetapi bagaimanakah fosil khususnya haiwan-haiwan yang besar seperti dinos aur boleh ditemui di pelbagai benua walaupun benua-benua tersebut terpisah jauh?. Tambahan pula fosil haiwan yang ditemui itu adalah sama daripada segi jenis dan usianya. Sebenarnya persoalan-persoalan inilah yang menjadi asas kepada Wegener dan Du Toit untuk menguatkan bukti kebenaran Teori Hanyutan Benua. Pandangan beliau ini secara tidak langsung disokong melalui kajian fosil atau bidang paleontology. Te lah banyak fosil haiwan dan juga tumbuhan yang sama ditemui di benua-benua yang berlainan khususnya fosil tersebut masih terpelihara dengan baik di dalam lapisa n ais yang tebal. Misalnya fosil dinausor dari zaman Jurasik telah ditemui di Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika Selatan malah di China sendiri. Bukti-bukti ini menguatk an hujah bahawa asalnya benua-benua tersebut adalah satu sahaja yang mana haiwan-ha iwan berkenaan hidup di satu kawasan yang sama. Apabila berlakunya hanyutan benua-ben ua akan terpisah dan haiwan-haiwan itu juga turut terpisah. 4. Bukti Paleomagnet. Kajian paleomagnetisma telah menghasilkan tiga bukti penting bagi menyokong berlakunya hanyutan benua. Pertama, bukti mengenai perpindahan kutub, kedua bukti mengenai pengalihan dan putaran benua dan ketiga bukti mengenai pembalikan medan geomagnet. Pengukuran yang telah dibuat berhubung dengan kemagnetan fosil yang ditemui menunjukkan bahawa kutub magnet utara telah berubah sejauh 21000 km dari sebelah barat Amerika Utara ke sebelah utara Asia d an ke kawasan Artik. Fenomena ini berlaku pada masa pra-kambrian hinggalah ke zaman pertengahan Tersier. Bukti ini telah diutarakan oleh Runcorn dan beberapa pengka ji lain. Ini menunjukkan berlakunya perpindahan kutub utara sesuatu benua yang mencermink an benua itu turut pengalami pergerakan/hanyutan. Lihat rajah di bawah: Perpindahan Letakan Kutub Sejak Zaman Pra-Kambrian Oleh Runcorn.

5. Bukti Oseanik. Selain daripada bukti yang ada di daratan benua terdapat juga bukti yang diperolehi dari lembangan lautan bagi menyokong berlakunya prose s hanyutan benua ini. Bukti-bukti yang diperolehi dari lembangan lautan ini dipang gil sebagai bukti oseanik. Misalnya bukti mengenai bahan mendak/sedimen lautan dan j uga bukti mengenai berlakunya perluasan dasar lautan. Bahan mendak lautan yang palin g tua ditemui menerusi usaha penggerudian ialah berusia kira-kira 160 juta tahun dahul u iaitu bersamaan dengan zaman Jurasik. Bahan mendak lautan ini telah ditemui di lautan Pasifik dan juga lautan Atlantik. Walaupun ke dua-dua lautan ini pada masa ini t erletak jauh tetapi oleh kerana bahan mendakan yang ditemui itu sama jenis dan sama usia yang dibentuk pada zaman Jurasik maka sekali lagi ia menguatkan hujah berlakunya pergerakan benua. Selain itu kajian-kajian oseanik juga menunjukkan bahawa usia bahan mendak adalah lebih tua berhampiran dengan benua dan semakin muda apabila semaki n jauh ke laut. Justeru para pengkaji menyimpulkan berlakunya proses perluasan das ar laut dengan kadar yang diberikan kira-kira 2 sentimeter setiap tahun. Dengan adanya h ipotesis perluasan dasar laut ini juga boleh menguatkan hujah benua-benua sentiasa mengal ami pergerakan/hanyutan khususnya dalam bentuk pergerakan plat-plat tektonik. Rumusan Walaupun hanyutan benua merupakan satu teori yang boleh disokong dan boleh ditentang tetapi ia sekurang-kurangnya telah menambahkan lagi pemahaman kita ten tang adanya tenaga dalaman bumi (tenaga endogenik) yang sentiasa menjadikan sistem bu mi ini hidup. Rentetan daripada teori hanyutan benua ini muncul pula satu teori lai n yang memperlengkapkan lagi pemahaman kita tentang berlakunya aktiviti tektonik dalam bumi. Teori tersebut dikemukakan oleh Dietz (1961) dan Hegg (1962) dan ia dikena li sebagai Teori Plat Tektonik yang mengatakan bahawa lapisan kerak bumi ini sememangnya sentiasa bergerak dalam bentuk kepingan-kepingan (Plat-plat) samada kecil ataupun besar akibat adanya arus perolakan dalam bumi. Justeru apabila ke dua-dua teori ini dikaji maka kita boleh memberikan jawapan terhadap pelbagai fenomena a lam seperti gunung berapi, gempa bumi, kejadian gunung lipat, pelbagai jenis gelinci ran, kemunculan pulau-pulau yang baru, kejadian jurang lautan dan lain-lain lagi.

--------------------Majalah STPM-----------------------------Geografi Kertas 1------------PEMBANDARAN DAN KESAN HIDROLOGI ---------------------------------------Oleh: Rusly bin Musa-----------------------------Pendahuluan Proses pembandaran yang pesat lazimnya akan memberikan impak negatif kepada keseimbangan hidrologi bandar. Hidrologi bandar adalah satu edaran hidrologi tem patan yang melibatkan tiga medium penting iaitu atmosfera bandar, daratan bandar dan j uga sumber-sumber air di bandar. Sepertimana kitar hidrologi global, kitaran hidrolo gi bandar juga melibatkan beberapa proses penting seperti sejatan dan sejat-peluhan, alir lintang, kerpasan khususnya hujan, pintasan, larian air, susupan serta pergerakan air dal am tanah. Pada asalnya kitaran hidrologi ini berada dalam keadaan yang seimbang dan apabil a proses pembandaran bertambah pesat, keadaan ketidakseimbangan akan berlaku yang memberikan impak negatif kepada elemen-elemen hidrologi dalam bandar itu sendiri . Misalnya kejadian banjir kilat, kesan ke atas luahan (discas) sungai, kemerosota n kualiti air di bandar dan juga kesan ke atas sumber air bawah tanah. Urbanisasi dan Kesan ke atas Kitar Hidrologi Aktiviti pembangunan bandar seperti aktiviti penurapan muka bumi, pembinaan bangunan konkrit dan penghapusan tumbuhan untuk memperluaskan tapakbina bandar boleh menggangu proses-proses hidrologi yang sedia ada. Penurapan muka bumi tela h menyebabkan; 1. Kelembapan tanih di bandar berkurangan ekoran daripada sifat bitumen atau aspalt yang dapat menyerap dan menyimpan haba. 2. Saiz ruang udara menjadi kecil dan melindungi lapisan yang dapat dilalui dengan mudah oleh air tanah seperti lapisan pasir dan lapisan kerikil. 3. Mengurangkan potensi kapilari tanih ekoran daripada permukaan yang kalis air. Ketiga-tiga keadaan inilah yang menyebabkan jumlah dan kadar susupan air hujan d i bandar berkurangan. Kadar susupan yang rendah akan mengakibatkan pengurangan par as air tanah, mengurangkan bekalan air kepada sistem akuifer sekali gus menggangu keseluruhan edaran air tanah. Sebaliknya kuantiti dan halaju (velositi) larian a ir permukaan di bandar akan meningkat dengan mendadak sehingga boleh menyebabkan fenomena banjir kilat sekiranya sistem saliran yang ada tidak dapat menampung ka pasiti

air permukaan tersebut.

Satu lagi faktor yang menyebabkan ketidakseimbangan kitar hidrologi bandar ialah menerusi aktiviti pemusnahan/penghapusan tumbuhan hijau dalam bandar bagi tujuan memperluaskan tapak bina sesuatu bangunan. Penghapusan tumbuhan ini akan menyebabkan; 1. Pengurangan proses pepeluhan (transpirasi) pokok yang seterusnya mengurangkan wap air dalam udara. Pembentukan udara lembab yang mengandungi banyak wap-wap air semakin sedikit dan ini boleh menjejaskan jumlah dan taburan hujan di bandar. 2. Menghapuskan fungsi cegatan silara pokok (pintasan) terhadap air hujan. Kehilangan kanopi dan silara pokok membolehkan air hujan terus menimpa permukaan bandar tanpa dihalang. Halaju titisan air hujan yang tinggi ini tidak berpeluang untuk menyusup masuk ke dalam tanah apatah lagi keadaan liang pore tanah yang tertutup. Justeru itu, air hujan cenderung untuk membentuk larian air permukaan. 3. Disokong pula oleh kehilangan fungsi pintasan mendatar oleh akar-akar pokok terhadap pergerakan larian air permukaan. Oleh itu larian air permukaan tidak berpeluang untuk menyusup ke dalam tanah sebaliknya mengalir-limpah ke sistem saliran dalam bandar. Impak Ke atas Sumber Air Sungai. Proses urbanisasi yang pesat akan meningkatkan jumlah air sungai secara mendadak terutama sekali selepas hujan lebat turun dalam bandar. Walaupun curahan hujan h anya beberapa jam sahaja tetapi jumlah air permukaan biasanya adalah tinggi. Apabila situasi ini berlaku sistem saliran yang ada khususnya sungai-sungai di bandar sama sekal i tidak boleh menampung kapasiti air tersebut dan terpaksa mengalir melimpahi tebingnya sebagai banjir kilat. Banjir kilat adalah sejenis outflooding yang berlaku dalam j angka masa yang singkat sahaja. Terdapat empat mekanisme utama yang menyebabkan banjir kilat berlaku di bandar; 1. Bertambahnya kawasan permukaan tak telap air yang akan menambahkan jumlah larian air permukaan dan mengurangkan jumlah air yang menyusup (infiltrasi) ke d alam tanah. 2. Menurap, melurus atau memperbaiki saluran sungai yang kesemuanya mengurangkan tempoh masa tangguhan antara hujan turun dengan larian air permukaan mengikut saluran. 3. Kerja-kerja landskap dan pembahagian tanah menjadi tapak bina bangunan selalu nya memendekkan jarak air mengalir sebelum sampai ke laluan saliran dan dengan itu mengurangkan tempoh masa antara hujan turun dengan berlakunya larian air mengiku t saluran. 4. Penebusgunaan tanah seperti menimbus kawasan wet land (tanah lembab) seperti paya dan dataran banjir dalam bandar yang selama ini berfungsi menakung/menyimpan air .

Oleh itu takungan air banjir semakin berkurangan dan air hujan lebih cepat menga lir sebagai larian air permukaan.

Ke empat-empat mekanisme inilah yang telah menyebabkan ruang daratan bandar mengalami daya susupan yang kurang tetapi kadar larian air permukaan yang tinggi. Akhirnya apabila kuantiti air tidak dapat ditampung oleh saliran yang ad a maka akan wujudlah banjir kilat. Kajian oleh ahli hidrologi yang bernama L.B. Leopold di kawasan seluas 44 batu persegi di bandar Sacremento, California mendapati bahawa Pembandaran boleh meningkatkan min banjir tahunan sebanyak 6 kali di bandar berkenaan. Manakala sistem lembangan saliran di dalam bandar berkenaan boleh melimpahi air sebanyak 5 hingga 6 kali lebih kerap selepas pembandaran berlaku berbanding dengan pada masa sebelum pembandaran. Di kawasan bandar yang hanya 20% sahaja diturap kebarangkalian untuk banjir berlaku adalah sebanyak 20% juga tetapi di kawasan bandar yang 100% diturap maka kebarangkalian untuk berlakunya banjir, juga adalah 100% . Apabila sesebuah kawasan hutan itu digantikan dengan permukaan-permukaan tiruan yang tidak telap air seperti bitumen (tar), simen (konkrit) dan aspalt maka sudah pastinya resiko ban jir akan meningkat. Permukaan-permukaan tiruan ini akan mengurangkan dengan signifikannya masa tangguhan titisan hujan tiba ke dalam sistem saliran (sungai dan longkang). Hal ini amat berbeza jika kita bandingkan di antara kawasan hutan dengan kawasan bandar yang telah dibangunkan dengan pesat. Di dalam sesebuah ekosistem hutan semulajadi, ti tisantitisan hujan terpaksa melalui beberapa proses fizikal yang memanjangkan masa air hujan tiba ke dalam sistem saliran. Tambahan lagi hutan dan tanah juga berupaya menyer ap sebahagian daripada air hujan yang turun lalu menyimpannya sebagai storan tanih. Justeru itu hanya sebahagian kecil sahaja daripada air hujan yang akan mengalir masuk ke dalam sistem saliran di permukaan. Hal ini tidak berlaku di bawah permukaan t iruan yang tidak telap air tadi. Hampir ke semua air hujan yang turun akan masuk ke da lam sistem saliran dalam tempoh yang singkat. Akibatnya masa tangguhan kadangkala cu ma beberapa minit sahaja. Aliran yang begitu pesat ke dalam alur-alur sungai dan lo ngkanglongkang dalam tempoh masa yang cepat ini akan menyebabkan berlakunya banjir kilat. Di Malaysia, kekerapan fenomena banjir kilat meningkat dengan ketara pada tahun-tahun kebelakangan ini terutamanya di kawasan bandar-bandar besar yang berkepadatan penduduk tinggi seperti di Kuala Lumpur, Georgetown, Ipoh dan lainlain. Di Kuala Lumpur misalnya banjir kilat bukan sahaja melanda di kawasan pusat band ar tetapi juga merebak ke kawasan pinggir bandar seperti di Gombak, Cheras, Ampang dan lain-lain sejajar dengan tersebarnya pembangunan pesat bandar ke kawasan pinggir an tersebut. Bukit-bukit kawasan pinggir bandar seperti bukit Antarabangsa, Bukit Damansara, Bukit Kiara, Bukit Jalil sudah dipotong, ditarah, diteres untuk dijad ikan kawasan kediaman dan juga kawasan perniagaan. Justeru itu kehilangan kawasan tad

ahan berlaku yang menyebabkan air hujan mengalir dengan lajunya sebagai larian air permukaan. Pada masa yang sama, kawasan-kawasan paya dan tanah bencah yang selam a ini berfungsi menakung dan menyimpan air telah ditimbus. Akhirnya air hujan terp aksa mengalir dalam bentuk aliran banjir. Kawasan dataran banjir di Malaysia juga menjadi pilihan utama untuk manusia tinggal. Hal ini boleh dikaitkan dengan sejarah awal ekonomi dan sistem pengangk utan. Justeru perkembangan bandar-bandar utama adalah terletak di dataran banjir. Kini

terdapat sekurang-kurangnya 3 juta penduduk Malaysia tinggal di bandar-bandar be sar yang terletak di dataran banjir ini. Dari tahun 1911 hingga 1990 kadar pembandar an di Malaysia telah meningkat dari 10.7% kepada 40.7% dan sebahagian besarnya berlaku di kawasan dataran banjir. Sehubungan itu, kadar penurapan muka bumi khususnya di kawasan dataran banjir ini meningkat dengan pantas. Sebagai contoh di kawasan da taran banjir tengah Lembah Kelang mengalami penurapan sebanyak 80% menjelang tahun 2005. Hal ini pastinya meningkatkan kekerapan dan magnetiud banjir di kawasan berkenaan. Di Malaysia peningkatan kadar banjir kilat adalah sebenarnya berpunca daripada pembangunan yang melampau di kawasan dataran banjir sehingga mencetekka n dasar sungai, kaedah pengurusan banjir yang tidak cekap, memajukan tanah bukit s ecara berlebihan sehingga merosakkan kawasan tadahan air, menimbus kawasan tanah lembab(wet land) yang menjadi takungan air permukaan, sikap penduduk yang suka membuang sampah sarap sehingga boleh menyekat aliran air sungai serta penggunaan tebing sungai untuk pertanian haram, perumahan haram (setinggan) dan lain-lain t ujuan. Impak Ke atas Luahan (discas) Enapan sungai. Sehubungan dengan meningkatnya kejadian banjir kilat di bandar, terdapat satu la gi elemen hidrologi yang menerima kesan akibat proses pembandaran iaitu kesan ke at as luahan bahan enapan yang dibawa oleh sungai-sungai yang merintangi bandar atau sungai-sungai yang menjadi tapak bina sesebuah bandar. Luahan enapan ialah kombi nasi antara luahan (discas) air sungai dengan bahan enapannya. Biasanya luahan enapan ini berlaku di muara sungai. Semakin banyak larian air permukaan yang memasuki siste m sungai maka semakin banyaklah luahan enapannya. Ini kerana larian air permukaan tersebut akan membawa masuk bahan-bahan seperti kelodak, lumpur, sampah sarap da n bahan-bahan sisa terus ke dalam sungai. Bagi menunjukkan kaitan antara kadar ali r sungai dengan luahan enapan yang dihasilkan, Leopold (1986) telah membuat kajian perbandingan antara kawasan bandar Little Falls Branch dengan kawasan luar banda r Watt Branch di Amerika Syarikat. Keputusan kajiannya mendapati; 1. Kawasan bandar mempunyai jumlah enapan/mendakan yang banyak disebabkan oleh bertambahnya kadar kemuncak air larian permukaan yang masuk ke sungai. Dala m kes ini apabila kadar alir 10 kaki padu per saat maka luahan enapannya ialah 100 tan per hari dan apabila air larian mencapai maksimun 100 kaki padu per saat maka luahan enapannya mencapai 5000 tan per hari. 2. Kawasan luar bandar pula mempunyai jumlah enapan/mendakan yang kecil disebabkan oleh kadar kemuncak air lariannya yang kecil. Apabila air lariannya 1 0 kaki

padu per saat luahan enapan hanya 1 hingga 5 tan per hari dan apabila air larian mencapai 100 kaki padu per saat luahan enapan adalah 900 tan per hari. Perbezan keputusan ini jelas menunjukkan bahawa pembandaran menjadi punca utama kepada pertambahan bahan enapan/mendakan yang terpaksa di bawa oleh larian air permukaan dan juga aliran sungai. Oleh sebab itulah setiap kali banjir kilat ber laku penduduk bandar terpaksa berkerja keras membersihkan kawasan rumah masing-masing daripada enapan kelodak dan lumpur.

Impak Ke atas Kualiti Sumber Air dan Suhu Air di Bandar Terdapat pelbagai jenis sumber air semulajadi di bandar misalnya sumber air sung ai, tasik, kolam, paya, air bawah tanah serta air hujan. Akibat pembandaran yang pes at kualiti sumber-sumber air ini juga kian merosot atau tercemar. Di antara sumber air yang paling teruk terjejas ialah sumber air sungai, air hujan dan juga air bawah tana h. Punca pencemaran ini berlaku menerusi pembuangan sisa industri, sisa domestik termasuk sisa kumbahan dan juga perlepasan asap kenderaan yang sememangnya meningkat sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk bandar. Kajian mengenai kualiti air sungai adalah berdasarkan kepada nilai BOD (Biochemical Oxygen Demand) iaitu satu pengukuran tentang kadar penggunaan oksig en larut dalam air. Paras BOD rendah menunjukkan kualiti air sungai adalah bersih d an apabila paras BOD semakin meningkat, maka kualiti air sungai semakin merosot. Da lam konteks ini kajian yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar terhadap sungai Gomb ak dan sungai Kelang menunjukkan bahawa di hulu sungai Kelang paras BODnya adalah rendah hanya 4 ppm (part per million) sahaja tetapi ianya meningkat kepada 13 pp m di bandaraya Kuala Lumpur dan seterusnya terus meningkat kepada 20 ppm selepas merentasi bandaraya Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Selain daripada sumber air sungai, kualiti sumber air bawah tanah juga kian merosot. Sisa-sisa industri yan g dilupuskan di tapak pembuangan atau dibuang secara haram dan juga sampah sarap y ang dibuang di tapak pelupusan sampah boleh teroksid menerusi proses pengoksidaan misalnya menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrit. Apabila hujan turun asid in i akan turut dilarut resapkan ke dalam tanah sehingga air dalam tanah juga mengandungi nilai keasidan yang tinggi. Keaslian dan ketulenan air terjejas. Di sesetengah kawasan air bawah tanah telah terjejas teruk dengan mempunyai banyak bakteria Coliform dan E.Coli. Sumber air bawah tanah di kawasan ini langsung tidak boleh digunakan ole h manusia. Di antara proses pembandaran dengan perindustrian lazimnya bergerak seiringan dan segandingan. Kadar pembandaran yang pesat turut dibantu oleh kepesatan prose s perindustrian yang berupaya menarik lebih ramai penduduk berhijrah ke bandar-ban dar khususnya ke bandar-bandar besar. Pertumbuhan kilang yang begitu banyak bermakna lebih banyak bahan pencemar akan dibebaskan ke udara. Kesannya kualiti air hujan boleh merosot menerusi fenomena hujan asid. Bahan-bahan pencemar yang dibebaskan ke udara seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida, hidro karbonhi drokarbon yang lain boleh bertindak sebagai nukleus pemelowapan untuk menarik wap-wap air berkumpul ke arahnya membesar membentuk manik-manik hujan. Apabila

proses ini berlaku bermakna hujan yang turun adalah tidak tulen dan mengandungi asid. Selain itu terdapat juga kajian yang menunjukkan suhu air di bandar turut meningkat akibat daripada proses pembandaran. Permukaan bandar yang terdiri dari pada bitumen, aspalt dan bangunan konkrit telah berupaya menyerap dan menyimpan haba dari bahangan matahari. Haba yang tersimpan ini dinamakan sebagai haba pendam. Dengan adanya haba pendam inilah suhu air di kawasan bandar lebih tinggi jika dibanding kan dengan suhu air di kawasan luar bandar.

Impak Ke atas Sumber Air Tanah di Bandar Air dalam tanah adalah salah satu sumber bekalan air yang penting bagi kebanyakan bandar samada sebagai sumber air alternatif atau sebagai bekalan sumb er air yang tetap. Punca utama sumber air dalam tanah adalah datangnya dari air hujan a tau air pencairan salji yang menyusup masuk melalui liang-liang pore tanah. Penyusupan (infiltrasi) ini disebabkan oleh; diserap oleh koloid tanah, ditarik oleh daya k apilari dan ditarik oleh graviti air. Proses susupan boleh berlaku secara vertikal dan juga horizontal. Pembandaran telah mengurangkan sumber air tanah dimana jumlah air yang disumbangkan oleh air hujan atau pencairan salji semakin berkurangan yang diseba bkan oleh permukaan bandar tidak mampu melakukan proses susupan/infiltrasi. Pada amny a terdapat empat kesan pembandaran terhadap sumber air dalam tanah iaitu; Pertama, mengurangkan akuifer (pengandung air), ke dua mengurangkan aras air tanah (water table ground water), ke tiga mengurangkan sumber air tanah untuk sungai dan ke e mpat mengurangkan kekonduksian hidrolik iaitu media berliang untuk meneruskan air bergerak. Akuifer ialah formasi geologi yang boleh menyimpan air dalam tanah. Sistem akuifer melakukan dua fungsi hidrologi iaitu pertama, menyimpan air dalam tanah sehingga air tersebut dikeluarkan dan kedua menyediakan konduit untuk aliran air dalam tanah berlaku. Fungsi yang ke dua inilah yang menjamin sumber air kepada sungai sentiasa ada (based flow) kerana air dalam tanah sentiasa bergerak di sepanjang konduit tersebut menuju ke sungai. Sebagai sebuah sistem semulajadi, akuifer sentiasa be rada dalam keadaan seimbang jika ia tidak diganggu. Ini bermakna input air yang memas uki sistem akuifer adalah sama dengan output air yang keluar dari sistem tersebut. P ada masa yang sama input air yang masuk akan disimpan sebagai storan. Ketiga-tiga el emen input storan output ini akan menentukan keseimbangan dinamik dalam sistem akuifer akan sentiasa dikekalkan. Ketiga-tiga elemen sistem akuifer ini ditunjukkan oleh rajah di bawah: STORAN Elemen-Elemen Dalam Sistem Akuifer

Tetapi apabila proses pembandaran berlaku, input air ke dalam sistem akuifer akan terganggu. Liang-liang pore permukaan tanah yang tertutup dengan bitumen, konkrit dan aspalt akan mengurangkan input air kepada sistem akuifer sekaligus mengurangkan storannya. Pada masa yang sama proses output sentiasa berlaku khususnya pengambilan air tanah oleh manusia di bandar itu sendiri di samping al iran semulajadinya menuju ke sungai. Apabila input berkurangan sedangkan output berlebihan akan menyebabkan sistem akuifer tidak lagi stabil. Dalam jangkamasa panjang keadaan ini amat merbahaya sekali kepada manusia. Pertama, sungai akan kehilangan sumber air yang tetap dan ke dua menggalakkan kejadian tanah mendap d i bandar kerana fungsi akuifer sebagai span tidak dapat dilaksanakan. Dalam konteks membekalkan sumber air kepada sungai L.B. Leopold seterusnya menambah Kesemua air yang masuk ke dalam sistem akuifer samada menerusi infiltrasi (susupan) atau perkolasi (rembesan) pada akhirnya akan menuju ke sungai. Jumlah air dari kedua-dua proses inilah yang memberikan bekalan air yang tetap kepada sistem sungai untuk membolehkan ianya terus mengalir sebagai aliran dasar (based flow) . Apabila infiltrasi dan perkolasi berkurangan maka sungai-sung ai di bandar akan menjadi cetek dan kekeringan air. Gangguan kepada sumber air tanah di bandar bukan sahaja melibatkan aktiviti penurapan muka bumi malah ia juga melibatkan aktiviti penyahutanan di kawasan pinggir bandar. Kita telah sedia maklum bahawa proses rebakan bandar dari pusat ke pinggir akan melibatkan banyak kawasan hutan ditebang dan bukit-bukit di pinggir bandar di teres atau diratakan untuk dijadikan tapakbina petempatan/perumahan, k awasan perniagaan, pusat bandar baru, kawasan industri dan lain-lain lagi. Kawasan huta n di pinggir bandar yang selama ini berfungsi sebagai kawasan tadahan air dimusnahkan . Justeru, ini akan memberikan kesan kepada bekalan air tanah. Sudah pastinya pros es susupan akan berkurangan ekoran daripada kehilangan proses pintasan oleh kanopi pokok yang menyebabkan paras air tanah akan menurun. Keadaan ini akan menjejaskan beka lan air yang tetap kepada sistem sungai. Di samping itu ia turut mengurangkan bekala n air kepada punca sungai yang bermula di kawasan tadahan berkenaan. Kesimpulan Proses urbanisasi sememangnya banyak menjejaskan hidrologi di bandar. Kitar hidrologi yang selama ini berada dalam keadaan yang seimbang akan menjadi tidak seimbang. Fenomena ketidakseimbangan hidrologi ini bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada elemen-elemen fizikal dalam bandar malah ia turut menjejaskan akt iviti manusia dalam bandar itu sendiri. Oleh itu tidak hairanlah jika penduduk di band ar sering terdedah dengan pelbagai ancaman hidrologi seperti banjir kilat dan krisis air. Dalam konteks ini pengurusan air yang cekap dan lestari perlu diamalkan oleh semua lap isan

masyarakat agar sumber air yang dianugerahkan oleh Allah SWT dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan tidak memberi musibah sepada manusia itu sendiri.