Anda di halaman 1dari 6

KEUSAHAWANAN

BAB 2: KEUSAHAWANAN 2.1 PENGENALAN KEUSAHAWANAN DEFINISI Keusahawanan 1.Ciri-ciri yang dimiliki seseorang usahawan dalam menjana idea baru untuk perniagaan.Ciri ini penting bagi meningkatkan daya pengeluaran dan menyumbang kepada kejayaan perniagaan. 2.Ciri-ciri usahawan,berkebolehan,berkemampuan dan cenderung untuk mencari,mengesan dan merebut peluang perniagaan,mengusahakan perniagaan tersebut,melakukan pembaharuan serta pengubahsuian yang produktif. 3.Menurut Kuratko dan Hodgetts,keusahawanan melibatkan penciptaan usaha niaga baru. 4.Jeffrey A.Thomas mendefinisikan sebagai tindakan kreatif manusia membangunkan sesuatu yang bernilai daripada sesuatu yang tidak bernilai. Usahawan 1.Seseorang yang memulakan sesuatu atau sentiasa mencuba atau mencipta sesuatu yang baru. 2.Melakukan pengubahsuian dan pembaharuan(inovatif),mewujudkan pasaran,sanggup menghadapi risiko,dan berusaha untuk menjayakan perniagaannya. Peniaga 1.Seseorang yang menceburi perniagaan untuk mendapatkan keuntungan tetapi tidak menunjukkan keinginan untuk mengembangkan perniagaannya. 2.Penglibatan peniaga hanya untuk menjalankan aktiviti jual beli sahaja.Peniaga ialah seorang yang tidak kreatif dan inovatif.Selain itu,peniaga tidak mengutamakan sumbangan dan khidmat kepada masyarakat dan negara. Pengurus 1.Seseorang yang bertanggungjawab menjalankan fungsi pengurusan sesebuah perniagaan. 2.Fungsi pengurusan terdiri daripada aktivti merancang ,mengorganisasi,mengarah dan mengawal bagi memastikan aktiviti dijalankan dengan betul dalam usaha mencapai matlamat organisasi. Faktor Dorongan Usahawan

Faktor menolak Perasaan kecewa akibat mendapatkan sebarang pekerjaan

sukar

Peluang mendapatkan pekerjaan terbatas,terutama dikalangan pendatang Kemelesetan ekonomi menyebabkan peluang pekerjaan berkurangan lalu mendorong g seseorang individu menceburi bidang keusahawanan. Ketidakpuasan terhadap sesuatu yang dimiliki termasuk pekerjaan dan harta kekayaan.

Faktor menarik Faktor psikologi menimbulkan keegoan dalam diri seseorang untuk menyempurnakan sesuatu berdasarkan usaha sendiri. Keinginan untuk mendapatkan keuntungan menyebabkan seseorang berusaha untuk meningkatkan pendapatannya Keinginan untuk menawarkan khidmat kepada masyarakat. Keinginan untuk melakukan kerja kebajikan yang diredhai Tuhan dengan menggunakan keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti keusahawanan.

PERANAN USAHAWAN Peranan usahawan dalam organisasi (Mikro)


NPP2 - 2

KEUSAHAWANAN
1.Menyumbangkan idea dan melakukan pembaharuan 3.Mengemblengkan faktor-foktor pengeluaran 5.Menangani ketidakpastian Peranan Usahawan dalam Masyarakat(Makro) 1.Menawarkan peluang pekerjaan 3.Meningkatkan pendapatan penduduk tempatan 5.Membangunkan industri sokongan 2.2 TEORI KEUSAHAWANAN TEORI DAN MODEL KEUSAHAWANAN BIDANG EKONOMI Dalam bidang ekonomi,keusahawanan menekankan aspek keuntungan dan kekayaan.Usahawan akan berusaha untuk mengenal pasti dan mencari peluang perniagaan yang dapat menjana keuntungan organisasinya BIDANG PSIKOLOGI Bidang psikologi mengkaji bidang keusahawanan dari aspek ciri-ciri personality seorang usahawan.Seorang usahawan berbeza daripada seorang bukan usahawan dari segi pencapaian dan kawalan dalaman risiko. BIDANG SOSIOLOGI Teori keusahawanan dalam bidang sosiologi menerangkan keadaan atau situasi social yang boleh mempengaruhi seseorang usahawan.Contohnya budaya,kewujudan model peranan ,galakan masyarakat pengalaman dan latar belakang pendidikan ADAKAH USAHAWAN DILAHIR ATAU BOLEH DILATIH? Faktor yang Melahirkan Usahawan 1) Faktor persekitaran 2) Sokongan daripada pihak pemerintah atau kerajaan 3) Kekayaan bahan mentah 4) Kewujudan industri besar 5) Warisan keluarga Faktor yang Membolehkan Usahawan Dilatih 1) Pengalaman hidup yang sukar 2) Manusia dilahirkan dengan akal yang sempurna 3) Pendidikan keusahawanan. 2.3 CIRI-CIRI USAHAWAN SIFAT-SIFAT PERIBADI USAHAWAN BERJAYA 1.Mempunyai inisiatif yang tinggi Kecenderungan untuk mengenal pasti dan menganalisis sesuatu situasi dan mengambil tindakan secara proaktif. 2.Berani mengambil risiko
NPP2 - 2

2.Merancang. 4.Mengurus,mengeluar dan mengedar

2.Menggunakan sumber tempatan 4.Menjadi sumber inspirasi@ model peranan utk masy. 6.Menyumbangkan sebahagian drpd pendapatan kpd masy.

KEUSAHAWANAN
Seseorng usahawan perlu menguruskan risiko dengan baik supaya usahawan mendapat faedah atau pulangan daripada risiko berkenaan. 3.Sanggup berkorban Menunjukkan komitmen dan keazaman yang tinggi untuk memajukan perniagaannya.Lazimnya akan menghadapi pelbagai rintangan untuk menguruskan perniagaannya. 4.Berfikiran kreatif dan inovatif Berusaha untuk mencpta idea baru dan membawa pembaharuan dalam perniagaannya. 5.Sentiasa mencari dan merebut peluang perniagaan Usahawan akan mencari dan merebut peluang perniagaan yang wujud kesan daripada perubahan dalam persekitaran perniagaan. 6.Mempunyai keyakinan diri Usahawan yang berkeyakinan diri mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan. 7.Berorientasikan masa hadapan Membuat perancangan yang berorientasikan masa hadapan.Peranan ini memerlikan usahawan menjangka perubahan yang akan berlaku dan membuat unjuran yang tepat. 8.Sanggup bekerja kuat Usahawan perlu bersedia untuk bekerja keras dan mengorbankan masa dan tenaga nya dalam memajukan perniagaannya 2.4 MENCARI IDEA PERNIAGAAN SUMBER IDEA BARU Merujuk kepada punca-punca sesuatu idea baru yang boleh diperoleh seseorang usahawan.Idea baru yang diperoleh boleh digunakan untuk mengembangkan sesebuah perniagaan baru atau perniagaan sedia ada. Pelanggan 1.Pihak yang akan membeli keluaran yang dihasilkan oleh usahawan 2.Berdasarkan maklum balas pelanggan,usahawan mungkin boleh mengeluarkan jenis atau model yang dapat memenuhi cita rasa pelanggan dalam pasaran tersebut. Produk Sedia Ada 1.Keluaran yang sedia ada dalam pasaran dan boleh digunakan sebagai sumber idea untuk menghasilkan sesuatu produk baru. Syarikat Sedia Ada 1.Menilai kekuatan syarikat sedia ada yang dimilikinya sebelum menubuhkan sesuatu perniagaan baru. 2.Sesuatu idea baru boleh dikaji dari pandangan pekerja syarikat sendiri bagi menubuhkan perniagaan yang seterusnya. Saluran Pengedaran 1.Usahawan perlu mengekalkan perhubungan yang baik dengan pembekal atau pengedar keluarannya memandangkan mereka berhubung secara langsung dengan pengguna dan lebih memahami cita rasa mereka. Paten 1.Hak cipta yang dilindungi undang-undang sesebuah negara termasuk Malaysia. 2.Paten mempunyai nilai komersial dan boleh dijual kepada pengusaha lain.Perlindungan yang disediakan di bawah undang-undang menjadikan paten sebagai satu asset yang sangat bernilai dalam mencetuskan idea perniagaan. Penyelidikan dan Pembangunan 1.Usaha mencari dan menghasilkan idea baru atau mengatasi sesuatu masalah perniagaan
NPP2 - 2

KEUSAHAWANAN
secara saintifik Profesional atau Jururunding 1.Golongan pakar dalam sesuatu bidang.Golongan ini memberi nasihat dan pendapat serta mencadangkan kaedah yang boleh digunakan dalam situasi tertentu. Dasar Kerajaan 1.Kerajaan akan mengawal ekonomi dalam sesuatu sektor melalui undang-undang. KAEDAH MENJANA IDEA 1.Kumpulan fokus Sekumpulan individu yang menyumbang maklumat dalam format berstruktur.Terdiri daripada Individu yang mempunyai pelbagai kemahiran dan pengetahuan. 2.Sumbang saran Satu kaedah berkumpulan bagi mengenal pasti pelbagai idea dan jalan penyelesaian baru. Mengalakkan seseorang untuk menjadi lebih kreatif. 3.Analisis kemahiran tenaga manusia. Memberi tumpuan terhadap penggunaan tenaga manusia dalam menjana idea perniagaan. Kebaikan mengemas kini maklumat tenaga manusia: a) Memudahkan proses mengenal pasti dan menilai kemahiran tenaga manusia dalam organisasi b) Membolehkan idea perniagaan diperoleh daripada pekerja yang mempunyai kemahiran berlainan c) Memudahkan proses membuat keputusan. PROSES MEREALISASIKAN IDEA Faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudan peluang perniagaan 1) 2) 3) 4) Barang dan perkhidmatan Persekitaran Diri Masyarakat

Faktor faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan perniagaan 1) Sah disisi undang-undang 2) Kuasa monopoli 3) Tahap persaingan 4) Keperluan modal 5) Risiko PROSES MEREALISASIKAN IDEA PERNIAGAAN 1) 2) 3) 4) Menyusun idea Menilai idea Mengenal pasti masalah Melaksanakan idea

2.5 :STRATEGIK MEMULAKAN PERNIAGAAN MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI 1.Usahawan perlu memilih dan memutuskan jenis perniagaan yang ingin diceburi.Keputusan pada peringkat ini banyak bergantung pada tahap kemahiran dan pengetahuan usahawan mengenai persaingan dalam persekitaran perniagaan. 2.Idea memulakan perniagaan adalah seperti berikut: a) Perniagaan baruyang belum ada dalam pasaran
NPP2 - 2

KEUSAHAWANAN
b) Teknologi baru,iaitu proses baru dalam aspek teknikal c) Kaedah baru untuk menggantikan kaedah lama yang sedang digunakan. d) Jenis atau bentuk perniagaan e) Pembiayaan atau sumber kewangan f) Pemilihan lokasi terbaik 3.Kebaikan memulakan perniagaan sendiri adalah seperti berikut: a) Bebas untuk membuat keputusan a) Peluang membangunkan imej perniagaan b) Bebas memilih lokasi c) Bebas memilih kemudahan fizikal 4.Kelemahan memulakan perniagaan sendiri: a) Tiada rekod perniagaan terdahulu yang dapat dijadikan panduan b) Perlu mencari pelanggan baru c) Usaha memakan masa yang panjang d) Kesukaran untuk memperoleh pinjaman MENGAMBIL ALIH PERNIAGAAN SEDIA ADA 1.Pengambilalihan perniagaan boleh dilakukan dengan mengganti atau mewarisi perniagaan keluarga 2.Seseorang pemilik perniagaan mungkin membenarkan pihak lain mengambil alih perniagaannya atas sebab berikut: a) Usia tua b) Berpindah ke tempat lain c) Menerima tawaran jawatan lain d) Perniagaan yang di jalankan tidak menguntungkan e) Perniagaan telah mencapai kematangan 3.Faktor-faktor yang perlu di ambil kira sebelum mengambil alih sesebuah perniagaan: a) Persaingan b) Keadaan pasaran c) Pembangunan masyarakat pada masa hadapan d) Komitmen undang-undang e) Pembangunan 4.Kebaikan mengambil alih perniagaan sedia ada a) Rekod perniagaan sudah terbukti b) Mempunyai pelanggan sedia ada c) Lokasi yang strategic d) Mempunyai pekerja terlatih e) Dapat menikmati harga pembelian terendah f) Mempunyai perhubungan yang baik dengan pembekal 5.Keburukan mengambil alih perniagaan sedia ada: a) Rekod perniagaan terdahuluyang kurang baik mungkin akan menjejaskan imej perniagaan b) Nama buruk perniagaan terdahulu sukar dipulihkan c) Lokasi mungin kurang strategic d) Kemudahan fizikal yang tidak mencukupi FRANCAIS 1.Satu kaedah pemasaran barang atau perkhidmatan yang mana sebuah syarikat induk(francaisor)memberi hak kepada syarikat lain(francaisi) untuk memasarkan keluaran francaisor. 2.Kebaikan francais adalah seperti berikut: a) Latihan pengurusan disediakan b) Bantuan kewangan turut disediakan c) Jenama keluaran atau imej perniagaan sudah mantap d) Kaedah menjalankan urus niaga berlaku.
NPP2 - 2

KEUSAHAWANAN
3.Kelemahan francais adalah seperti berikut: a) Kuasa kawalan terhad b) Yuran yang dikenakan oleh francaisoradalah tinggi c) Sistem kawalan luar yang lemah PERIKATAN STRATEGIK 1.Melibatkan penggabungan satu atau lebih firma 2.Kebaikan perikatan strategic adalah seperti berikut: a) Peluang mencapai kejayaan lebih tinggi b) Setiap firma akan berusaha untuk mencapai kejayaan. c) Risiko kerugian adalah rendah d) Memperoleh modal pelaburan yang besar 3.Kelemahan perikatan strategic: a) Rahsia perniagaan sesbuah fima mudah terbongkar b) Kesukaran untuk mencapai kesepakatan c) Ketidakselarasan dari aspek kaedah pengurusan 4.Perikatan strategic boleh diwujudkan melallui kaedah berikut: a) Usaha sama b) Perlesenan c) Pengeluaran secara kontrak d) Pemilikan bersama USAHA SAMA 1.Dibentuk oleh firma yang ingin memasarkan barangan atau perkhidmatan antarabangsa. 2.Keuntungan diperoleh diagihkan mengikut jumlah modal yang telah dilaburkan. PERLESENAN 1.Melibatkan pembentukan perjanjian antara pemegang lessen dengan penerima lesen. 2.Pemegang lesen berhak terhadap aspek berikut: a) Proses pengeluaran. b) Cap perdagangan. c) Paten d) Rahsia perniagaan PENGELUARAN SECARA KONTRAK 1.Pengeluaran secara kontrak berlaku apabila sebuah syarikat pengeluaran tempatan mengadakan perjanjian syarikat asing untuk mengeluarkan barang. 2.Pengeluaran secara kontrak mempunyai kelebihan berikut: a) Memperoleh bekalan tenaga dengan mudah b) Memperoleh bekalan bahan mentah dengan mudah c) Menerima galakan insentif daripada kerajaan tempatan d) Menikmati pengecualian cukai PEMILIKANBERSAMA 1.Melibatkan kerjasama antara syarikat tempatan dengan pelabur-pelabur asing. 2.Melibatkan perkongsian hak milik dan kawalan dari aspek pengurusan sesebuah organisasi perniagaan.

dalam pasaran domestik adan

NPP2 - 2

Anda mungkin juga menyukai