Menaksir dan memantau peranan PSS sebagai Nadi ilmu yang menyokong kepada pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan bagi memastikan kemenjadian murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kaedah Pemeriksaan:
Pemerhatian Temu bual Semakan dokumen bagi mendapatkan maklumat dan bukti
SKPM 2010
Mempunyai perabot dan kelengkapan yang sesuai; Mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang sesuai; Mempunyai koleksi pelbagai bahan cetak-menepati kualiti dan kuantiti (buku
SM1:15 SR 1:8; Akhbar SM 1:3, SR 1:2, Majalah SM1:5, SR 1:3):
Mempunyai pelbagai koleksi kaset video/audio, VCD dan sumber elektronik (CDRI, Direktori laman web) Peralatan elektronik berfungsi ; PSS memperbanyak dan mempelbagaikan bahan-bahan bacaan yang sesuai untuk kegunaan murid dan guru.
Rancangan Tahunan yang lengkap (Januari hingga Disember) meliputi matlamat, objektif, aktiviti, implikasi kewangan, carta gantt dan lain-lain disediakan selari dengan Perancangan Strategik; Perancangan Strategik bagi mempertingkatkan kemudahan setiap bilik, peralatan, kelengkapan, koleksi bahan bercetak dan bukan bercetak sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat terkini disediakan;
Perancangan dan anggaran perbelanjaan tahunan disediakan; Pemantauan program serta aktiviti PSS dilaksanakan bagi kemenjadian murid; Penilaian impak program dan aktiviti dibuat terhadap kemenjadian murid; Penambahbaikan dilaksanakan sesuai dengan permasalahan yang ada; Dokumen penggunaan setiap bilik disediakan dan kemas kini; Dokumen pengurusan stok, inventori dan pelupusan disediakan serta kemas kini.
Penggunaan PSS
Adakah: Jadual penggunaan PSS disedia, dipamer dan disebarluas dalam kalangan warga sekolah; Analisis serta laporan penggunaan dan perkhidmatan PSS disedia dan dipamer untuk meningkatkan mutu perkhidmatan; Senarai koleksi bahan, perkhidmatan dan BBM yang ada disebarluas kepada warga sekolah;
Kursus kemahiran maklumat seperti bengkel dan ceramah dilaksanakan secara berkala; Kemudahan untuk guru dan murid menghasilkan pelbagai bahan Pembelajaran dan perisian disediakan.
SPI Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran; SPI Bil. 7/1994: Peruntukan Masa Seminggu KBSR;
SPI Bil. 8/1990: Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa KBSM; SPI Bil. 6/2003:Dasar Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran;
SPI Bil.5/1986: Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer; SPI Bil. 10/2000: Tahun PSS; SPI Bil.12/2001: Gerakan Membaca Di Sekolah-Sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Peringkat Negeri; SPI Bil.1/05: Memantapkan Budaya Membaca Di Kalangan Murid Sekolah;
SPI Bil. 3/05: Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyelaras Bestari Serta Guru Perpustakaan dan Media; Surat Peringatan SPI Bil. 3/05: Bertarikh 22 Disember 2009; SPI Bil 2/10: Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuh Bahasa Inggeris.
SPK Bil. 8/2010:Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid (8,18,19,45,48,54,65)
Sekadar Renungan