Anda di halaman 1dari 5

Konsep Islam Hadhari

Sebelum memahami konsep Islam Hadhari baiklah kiranya saya menerangkan maksud Islam dahulu . Pengertian Islam dari segi bahasa boleh di lihat dari kata asalnya salm 61) ) yang berarti damai. Dalam al-Quran Allah SWT berfirman (QS. 8 :

Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Kata salm dalam ayat di atas memiliki arti damai atau perdamaian. Dan ini merupakan salah satu makna dan ciri dari Islam, iaitu bahawa Islam merupakan agama yang sentiasa membawa umat manusia pada perdamaian. kata aslama

Seterusnya

Kedua

Berasal

dari

yang

bererti

menyerah.

Hal ini menunjukkan bahawa seorang pemeluk Islam merupakan seseorang yang secara ikhlas menyerahkan jiwa dan raganya hanya kepada Allah SWT. Penyerahan diri seperti ini ditandai dengan pelaksanaan terhadap apa yang Allah perintahkan serta menjauhi segala larangan-Nya. Menunjukkan makna penyerahan ini, Allah berfirman dalam al-Quran: QS. 4 : 125)

Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya.

Secara tuntasnya disini bahawa dapat disimpulkan Islam merupakan agama yang sentiasa membawa umat manusia pada keselamatan dan kesejahteraan. Kerana Islam memberikan kesejahteraan dan juga keselamatan pada setiap insan tidak kira bangsa , agama dan juga warna kulit.

Visi, Misi dan Objektif Islam Hadhari

Visi Islam Hadhari adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam contoh iaitu sebuah Negara maju mengikut acuan sendiri.. Konsepnya ialah Negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketerampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama.

Manakalah misi Islam Hadhari adalah melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan seimbang . Seterusnya objektif Islam Hadhari pula, bagi melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana dan rasional.

Definisi Islam Hadhari

Dari segi istilah perkataan hadhari membawa maksud yang bertemadun atau Islan yang menekankan sapek tamadun . Dalam bahasa Inggeris pula disebut sebagai Civilization Islam dan dalam Bahasa Arab sebagai Al-Islam al-Hadhari. Secara umunya disini Islam Hadhari adalah Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan Negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam yang kita belajar sejak di sekolah menengah sehingga kini.

Pada takrifan di atas saya dapat simpulkan di sini pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juze (terpisah-pisah). Bukan itu sahaja, ia mengfokuskan kepada cara untuk meningkatkan kualiti hidup masyrakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan dan sebagainya .

Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas-kepada fundamental. Asas dan fundamental menurut yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Seperti mana yang diperkatakan oleh Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi

Kita memerlukan keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal. Pendekatan menjayakan Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang dapat memperkasa perjuangan bangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat.

Pendekatan Islam Hadhari

Kerajaan telah merangka pelbagai agenda pembangunan yang selaras dengan tuntutan Islam melalui pendekatan seimbang dalam aspek-aspek spiritual, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, undang-undang dan sebagainya. Kerajaan menyedari bahawa Islam bukanlah suatu agama bersifat ritual semata-mata, tetapi agama yang bersifat praktikal iaitu diturunkan untuk mengatur kehidupan masyarakat secara realistik. Dengan itu, suatu pendekatan yang dikenali sebagai Islam Hadhari telah diperkenalkan untuk membangkitkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran Islam, dengan harapan akan dapat memacu pembangunan ummah dan negara.

Pendekatan Islam Hadhari bukanlah ajaran baru atau mazhab baru, tetapi merupakan usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas menurut al-quran dan As-sunnah sebagai teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari merupakan suatu pendekatan anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam, sebagaimana yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Islam Hadhari tidak sedikitpun mengurangkan prinsip-prinsip akidah, syariat dan akhlak dalam ajaran Islam, malah menekankan penghayatan Islam yang syumul, menyeluruh dan realistik bagi menterjemahkan agama dalam kehidupan. Pendekatan Islam Hadhari akan membuktikan bahawa ajaran Islam dapat mendorong penganutnya menjadi umat yang maju bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta Islam (Islamic worldview) dengan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal. Warisan tamadun Islam yang memperlihatkan kegemilangan umat Islam dalam semua bidang akan dijadikan dorongan bagi memajukan ummah secara menyeluruh.