Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT, KAJANG

KERTAS CADANGAN
PROGRAM LAWATAN KEBUDAYAAN MURID SMK CONVENT KAJANG LOKASI SEKOLAH TINGGI TRAFALGAR VICTORIA, AUSTRALIA

Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia Kelolaan SMK Convent Kajang

KERTAS CADANGAN PROGRAM LAWATAN KEBUDAYAAN MURID SMK CONVENT KAJANG KE SEKOLAH TINGGI TRAFALGAR VICTORIA, AUSTRALIA Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia Kelolaan SMK Convent Kajang
1. PENDAHULUAN Pendidikan dan kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk demi meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Hal ini sudah tentu memerlukan penggemblengan usaha, tenaga dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu salah satu aspek penting kebudayaan

proses yang berterusan. Kesenian pula merupakan

bagi sesebuah kebudayaan sesuatu bangsa. Kesenian dan

sesebuah tamadun bangsa dan negara amat bernilai tinggi dari segi khazanah warisannya. Dalam sistem pendidikan Malaysia, aktiviti kesenian dan kebudayaan merupakan sebahagian daripada komponen kurikulum dan kokurikulum murid. Kepelbagaian aktiviti murid tertumpu kepada empat bidang kesenian iaitu bidang seni muzik, bidang seni tari, bidang seni teater dan seni visual
2

(komunikasi visual, reka bentuk dan seni halus). Pengembangan aspek kesenian dan kebudayaan ini telah dilakukan pada semua peringkat dalam bilik darjah)

sistem pendidikan di Malaysia baik melalui kurikulum ( dalam mahupun menerusi kokurikulum ( aktiviti luar bilik darjah).

2. RASIONAL Program Lawatan Kebudayaan SMK Convent Kajang berasaskan kepada lawatan balas dari Sekolah Tinggi Trafalgar, Victoria, Australia pada 17 September 2010 yang lalu di samping membawa misi kesenian budaya Malaysia yang terdiri dari tiga kaum yang berlainan bangsa dan agama. Ini adalah disebabkan unsur-unsur kesenian ini sangat diperlukan dalam pelbagai majlis dan acara

rasmi di semua peringkat baik di sekolah, di daerah, di negeri, di peringkat kebangsaan dan juga pada peringkat antarabangsa. Kebanyakan sekolah telah meningkatkan mutu persembahan mereka sejajar dengan kehendak piawaian bertaraf kebangsaan dan antarabangsa. Sehubungan dengan itu banyak pasukan kesenian dan kebudayaan sekolah melalui penglibatan dari pihak sekolah dan ibu bapa dapat menyediakan latihan dan kemudahan yang baik dalam menghasilkan produk kesenian yang cemerlang.Kebanyakan hasil persembahan kesenian dan kebudayaan digunakan dalam pelbagai tempat dan peringkat. Namun demikian, penglibatan mereka pada peringkat antarabangsa amat terhad

kerana kekurangan kemudahan penganjurannya walaupun keperluan untuk


3

melonjakkan

penyertaan

mereka

ke

peringkat

antarabangsa

amat diperlukan. Program ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan bakat para pelajar SMKCK disamping membolehkan pelajar memperolehi sijil penglibatan tertinggi sebagai mengutip markah dalam bidang kokurikulum. Sejak kebelakangan ini, kecenderungan pihak sekolah untuk

menghantar pasukan kesenian mereka yang berbakat menyertai lawatan kesenian luar negara amat menggalakkan. Hal ini kerana penggemblengan usaha pihak-pihak sekolah dan ibu bapa dipermudahkan melalui penyediaan dana oleh pihak PIBG sekolah dan para ibu bapa di samping mendapat tajaan luar. Program lawatan pendidikan dan kesenian bertaraf antarabangsa yang akan dikelolakan oleh Bahagian Kokurikulum SMK Convent Kajang bukan sahaja dapat dijadikan program KPM malah dapat menyediakan

pasukan kesenian dan kebudayaan sebagai duta kecil Malaysia dalam memperkembangkan seni budaya Malaysia di negara luar, khususnya Australia yang menjadi tumpuan utama program ini. Program begini bukan sahaja dapat memperkenalkan kebudayaan dan kesenian negara melalui penglibatan murid sekolah malah dapat menyediakan murid dengan pengalaman baru berkaitan kebudayaan dan kesenian negara luar. Sementelahan pula pihak KPM dapat mengeluarkan sijil penyertaan kepada peserta sebagai sumber markah murid pada peringkat lebih tinggi.

kokurikulum dan kelangsungan penilaian

Hasrat utama program ini ialah agar kemampuan murid dapat diteruskan tanpa halangan di mana-mana peringkat sehinggalah ke peringkat antarabangsa.
4

Justeru, kami berpandangan bahawa program lawatan murid dalam Program Lawatan Kesenian di Luar Negara harus digalakkan dan dikembangkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.

OBJEKTIF 3.1 Menyediakan pasukan kesenian sekolah yang berkualiti sebagai mewakili Malaysia untuk dibawa ke peringkat antarabangsa bagi menyertai sesuatu acara atau lawatan kesenian dan kebudayaan 3.2 Mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam kesenian dan kebudayaan dalam pelbagai bidang ke peringkat yang lebih tinggi. 3.3 Memupuk semangat cintakan kesenian dan kebudayaan sebagai khazanah dan warisan bangsa dan memperkenalkannya ke luar negara. 3.4 Membina sahsiah, ketrampilan, personaliti dan jati diri serta pengalaman murid pada peringkat antarabangsa. 3.5 3.6 Menyediakan murid dengan pengetahuan dan pengalaman antarabudaya. Meningkatkan pencapaian dan penilaian murid dalam permarkahan nilai merit kokurikulum (Penilaian 10 % Kokurikulum) 3.7 Mengenengahkan dan mempromosi kesenian dan kebudayaan sebagai warisan budaya bangsa Malaysia ke negara luar dan antarabangsa.

4.

KONSEP DAN PENGURUSAN PROGRAM


5

Program ini berfokus kepada: 4.1 Penyediaan murid yang berkebolehan dalam beberapa cabang kebudayaan seperti yang diperlukan dalam sesuatu majlis serta permainan tradisional untuk disampaikan di peringkat antarabangsa. Pasukan murid akan dilatih dan digilap secara berpusat agar selaras dengan piawai yang bertaraf kebangsaan sebelum dihantar mewakili Malaysia. 4.2 Penyediaan pasukan yang terdiri daripada gabungan pelbagai kaum sebagai lambang penyatuan rakyat Satu Malaysia. 4.3 Pengurusan penyediaan pasukan diuruskan oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan SMK Convent Kajang (SMKCK) manakala urusan yang pihak agensi

berkaitan dengan perbelanjaan akan diuruskan oleh pelancongan setelah diselaraskan dengan pihak sekolah. 4.4

Pihak negara penganjur biasanya menyediakan kemudahan penginapan, makan minum serta pengangkutan sepanjang program kepada pengangkutan ke negara tersebut serta kos

semua peserta. Kos

pengurusan dan persiapan awal ditanggung oleh peserta SMKCK. 4.5 Penglibatan murid dalam lawatan tersebut adalah pelbagai seperti:

4.5.1 Tinggal di rumah penginapan atau keluarga angkat dan memahami budaya kehidupan masyarakat tersebut. 4.5.2 Mengadakan persembahan kesenian (terutamanya muzik, tarian dan adat-resam) di dalam slot yang disediakan oleh pihak penganjur.

4.5.3 Mengadakan sesi bengkel ilmu dan kemahiran dalam pertukaran budaya pendidikan dan seni antara peserta dengan Negara penganjur. 4.5.4 Mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat menarik khusunya yang berkaitan dengan pendidikan di Australia seperti dirancang oleh negara penganjur. yang

5.

PENYERTAAN KUMPULAN 5.1 Penyertaan terbuka secara sukarela kepada murid SMKCK yang mempunyai minat dan kesungguhan untuk mempamerkan identiti Negara di bawah seliaan Pegawai Kebudayaan dan Pegawai

Perkhidmatan Pendidikan SMKCK yang dilantik. 5.2 Penyertaan kumpulan lawatan kesenian adalah terdiri pelbagai kaum dan budaya di Malaysia sebelum diselaras dan dilatih. 5.3 Pihak penganjur (negara berkenaan) hanya menanggung dan

menyediakan kemudahan penginapan, makan minum dan pengangkutan semasa di negara berkenaan. Oleh hal demikian, setiap murid

SMKCK yang menyertai program ini mestilah: a) menanggung sepenuhnya kos (berbeza-beza - bergantung kepada lokasi, lama masa berada di sana dan lain-lain yang berkaitan) termasuklah:

bayaran tambang pergi dan balik ke negara tersebut dan

kos

pengangkutan dari lapangan terbang negara dilawati.


7

tersebut ke sekolah yang

Penyediaan passport antarabangsa, visa dan lain-lain. penyediaan wang saku dan keperluan diri kos Pengurusan untuk latihan awal, latihan berpusat serta persiapan awal kontinjen yang beridentiti

keperluan

Kementerian Pelajaran Malaysia - seperti yang ditetapkan.

kos-kos lain yang berbangkit dari masa ke masa (sekiranya

kos penginapan perlu ditanggung oleh sekolah) b) c) disertai oleh Pentadbir, guru pengiring dan jurulatih sekolah. bersedia dengan kemahiran murid dalam bidang kesenian serta menyediakan peralatan dan busana persembahan seperti yang ditetapkan dan diselaraskan. d) mendapatkan kebenaran bertulis ibu bapa/penjaga murid,

perakuan kesihatan serta mematuhi arahan-arahan pekeliling lawatan ke luar negara. e) 5.4 perkara-perkara lain yang bersangkutan.

Bahagian ini akan mengendalikan urusan-urusan yang berkaitan seperti menyelaraskan persembahan yang hendak dibawa dan dipersembahkan, bahan muzik berkaitan dan permohonan kebenaran kontinjen ke luar negara. (ikut prosedur dan senarai semak).

6.

TARIKH DAN TEMPAT PROGRAM Tempat Tarikh :Trafalgar High School,Victoria (www.trafhi.vic.edu.au) :29 Ogos 2012 (Rabu) hingga 3 September 2012 (Isnin)

Nota

: Program yang dicadangkan merujuk kepada pelawaan dan jemputan Trafalgar High School , Victoria yang bersesuaian dengan aspek pendidikan, sosial dan budaya kita.

7.

PESERTA KONTINJEN Bilangan setiap kontinjen yang menyertai program ini seramai sekitar 22-27 orang yang terdiri daripada: 7.1 Seorang pegawai pengiring (Pengetua) dan seorang penolong (PK HEM) 7.2 7.3 Guru pengiring dan jurulatih/juru solek seramai 5 orang Murid SMKCK seramai 15-20 orang pelbagai kaum dari tingkatan 4 dan 5.

8.

SENARAI PROGRAM 8.1 Cadangan Aktiviti di Trafalgar High School 8.2 Gambar Program Jaringan Jalinan SMK Convent Kajang Trafalgar High School

9.

HARAPAN Adalah diharapkan program ini dapat dijadikan landasan untuk membina hubungan dua hala antara SMK Convent Kajang di Malaysia dengan Trafalgar High School dari Victoria, Australia bagi menyemarakkan suasana pendidikan luar bilik darjah dan juga kebudayaan antara dua Negara.
9

LAMPIRAN A

PENGISIAN PROGRAM DI AUSTRALIA TEMA : Penyatuan Kepelbagaian Warna Budaya

1. Orientasi Sekolah
10

- Jalinan Mesra - Jaringan Kurikulum

2. Bengkel Seni Tari Malaysia - Zapin - Tarian Kipas - Tarian Bharatha Natyam

3. Permainan Tradisional Malaysia - Galah Panjang


-

Ting - Ting

- Batu Seremban

4. Persembahan Pancawarna 1 Malaysia - Senamtari 1 Malaysia

5. Istiadat Perkahwinan Kaum di Malaysia - Adat Perkahwinan Melayu - Adat Perkahwinan Cina - Adat Perkahwinan India

6. Lawatan Sambil Belajar - Tempat Bersejarah


11

Jalinan Hubungan Mesra dengan Pelajar Malaysia di Australia

12

Anda mungkin juga menyukai