Anda di halaman 1dari 4

Definisi Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang

berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dapatlah dirumuskan bahawa: Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami Tujuan Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar: mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)? Komponen utama KBKK: Berfikir secara kritis, Berfikir secara kreatif.

Apakah kemahiran berfikir secara kritis? KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Apakah kemahiran berfikir secara kreatif? Kecekapan menggunakan minda untuk: menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif.

Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu?

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis: membanding dan membeza: membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. menerangkan sebab. membuat sekuen / urutan. menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif: mencipta analogi menjana dan menghasilkan idea baru mencipta metafora,

Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah? Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif. ALAT BERFIKIR Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu. Di sini dikemukakan empat alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan berfikir iaitu: SOALAN DAN PENYOALAN PETA MINDA PENGURUSAN GRAFIK CoRT

Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan lisan , mengurus pemikiran secara visual dan terkawal. Soalan dan Penyoalan Soalan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas,sebagai guru, pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras , skop dan fokus

Soalan mengikut aras taksonomi Bloom

Soalan bertumpu dan bercapah Soalan boleh dikategerikan kepada jenis bertumpu dan bercapah Soalan Bertumpu Soalan bercapah

Aras rendah

Aras tinggi

Jawapan atau respon terhad

Jawapan atau respon luas

Berbentuk tertutup

Berbentuk terbuka

Sesusi menguji daya ingatan

Sesuai menguji penaakulan dan penafsiran

Lebih bersifat objektif Kemahiran Berfikir Secara Kritis

Lebih bersifat subjektif

Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu menilai. Pada asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Senarai kemahiran berfikir secara kritis: membanding dan membeza: membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. menerangkan sebab. membuat sekuen / urutan.

menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens

Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan. Senarai kemahiran berfikir secara kreatif: mencipta analogi menjana dan menghasilkan idea baru mencipta metafora

Stategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Berfikir KBKK diajar secara: terpisah, penyebatian.

Apakah yang dimaksudkan dengan terpisah? Terpisah bermaksud: KBKK diajarkan secara berasingan,tidak dikaitkan dengan kandungan mata pelajaran, Apakah yang dimaksudkan dengan penyebatian? Penyebatian bermaksud: KBKK diajarkan secara terancang untuk dimasukkan ke dalam mata pelajaran,bersepadu dengan isi kandungan dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir. Jenis-jenis penyebatian Penyebatian Penuh Penyebatian Separa

Penyebatian Penuh: Dilaksanakan dengan menggunakan lima langkah berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Pengenalan kepada isi Mata.pelajaran dan KBKK, Penggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi Mata.Pelajaran dan KBKK Refleksi dan metakognitif, Pengukuhan isi MP dan KBKK, Aplikasi KBKK dalam situasi Harian.

Penyebatian Separa: KBKK digunakan di dalam mana-mana langkah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi Mata Pelajaran yang di ajar,sama ada pada peringkat permulaan,perkembangan dan penutup