Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan Cabaran abad ke 21 merupakan perkara utama yang harus ditangani oleh masyarakat Malaysia dewasa ini.

Berhadapan dengan ledakan teknologi maklumat serta segala rencam cara hidup yang diaplikasikan oleh masyarakat negara ini, kita turut terdedah kepada penyakit-penyakit sosial dan mental yang di bawa oleh masyarakat maju. Pemikiran yang telah mula disejagatkan ini lebih berlandaskan korpus yang diambil dari masyarakat Barat. Perkara ini tidak boleh dinafikan lagi oleh kerana merekalah peneraju kepada segala perkembangan teknologi yang digunakan di sini. Tanpa kita sedari, penghomogenan yang berlaku turut mempengaruhi gaya seks dikalangan masyarakat Malaysia.

Sejarah Sejak dahulu manusia memang sudah melakukan penyimpangan atau penyeberangan gender serta manjalin hubungan antara sesama jenis. Penyimpangan gender dan hubungan sesama jenis sudah sering dibahas di dalam kitab suci, dan cerita sejarah.

Dalam berbagai penelitian yang dilakukan, peristiwa atau lokasi kejadian diazabnya umat Luth AS ini adalah di Kota Sodom, di daerah yang sekarang dikenali dengan nama Laut Mati atau di danau Luth yang terletak di perbatasan antara Israel dan Yordania. Ajakan Nabi Luth telah ditolak oleh umatnya. Bahkan, tatkala Allah SWT mengutus dua orang malaikat dalam wujud manusia kepada Nabi Ibrahim dan Luth (QS Adz-Dzaariyaat [51]: 32, Hud [11]: 62-81), mereka malah meminta Luth untuk menyerahkan kedua tamunya itu untuk dinikahkan kepada mereka. Lalu, Allah menghancurkan umat Luth ini akibat perbuatannya.

PEnyimpangan Seksual ini juga terjadi di kota Pompei, Italia.Tercatat dari sejarah dan bekas - bekas mayat yang tertinggal karana letusan gunung Vesuvius, Mayat - mayat yang telah menjadi fosil itu ditemui semasa berhubungan badan dengan sesama jenis.

Pada tahun 1869, dokter Dr K.M. Kertbeny yang berkebangsaan Jerman-Hongaria menciptakan isitilah homoseks atau homoseksualitas. Homo sendiri berasal dari kata Yunani yang berarti sama, dan seks yang berarti jenis kelamin. Istilah ini menunjukkan penyimpangan kebiasaan seksual seseorang yang menyukai jenisnya sendiri , misalnya lelaki menyukai lelaki atau wanita menyukai wanita.

Pada abad ke 20 semakin banyak homo atau bahasa gaulnya Maho-maho bermunculan, sehingga munculnya komunitas homoseksual di kota-kota besar di Hinda-Belanda sekitar pada tahun 1920an.

Kemelut seks abnormal makin mengancam dunia. Gejala homoseksual mempunyai sejarah tersendiri. Manusia pernah ditimpa musibah besar angkara gejala itu sebagaimana peristiwa Nabi Luth dan apa yang berlaku di bandar Pompei, Itali. Namun manusia kembali leka. Hari ini, gejala tersebut begitu berleluasa. Ia bukan lagi tertumpu di negara sekular malah merebak ke negara-negara Islam. Saiz komuniti homoseksual sama ada gay mahu pun lesbian kian membesar di seluruh dunia, menjadi satu angkatan yang seakan tidak terhalang ledakannya. Walaupun tergolong sebagai manusia bermoral rendah, celaru dan gagal memahami fungsi seksual diri sendiri, makin ramai daripada pengamal homoseksual diangkat menjadi pemimpin. Meskipun agama tidak membenarkan dan majoriti masyarakat menolak golongan itu menjadi pemimpin, namun di Barat, ramai daripada mereka sudah ke persada kuasa. Jumlah yang menjadi Datuk Bandar, Senator, Gabenor, Menteri malah Perdana Menteri, bertambah dengan agak mendadak. Itu belum menyentuh kelompok lain terutama personaliti dunia hiburan Barat, yang jauh menonjol. (Kebanyakan mereka pada mulanya menafikan terlibat, namun akhirnya membuat pengakuan sebagai gay atau lesbian.)

GEJALA Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) semakin mendapat perhatian masyarakat dunia. Perilaku luar tabie kumpulan ini bukan sahaja jelas dilarang oleh Islam dan juga agama-agama lain tetapi bertentangan sama sekali dengan kemanusiaan. Hari ini kumpulan gay dan lesbian ini tidak segan silu menunjukkan identiti mereka. Seolah-olah mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ada antara mereka menyalahkan takdir yang menyebabkan mereka menjadi sedemikian. Mereka juga berselindung di sebalik pandangan-pandangan saintis (yang sebahagiannya juga merupakan pengamal seks sejenis ini) bahawa apa yang terjadi kepada mereka ialah keadaan semula jadi. Mereka sememangnya dilahirkan sebagai gay dan lesbian maka tidak sewajarnya mereka disalahkan atas keadaan ini.

pERBEZAAN Perlu ditekankan di sini terdapat perbezaan diantara gay dan juga ‘nyah’ atau pun transsexual. Gay merupakan kaum lelaki yang berorientasikan seks dengan kaum sejenis manakala transsexual pula terdiri dari mereka yang merasakan bahawa diri mereka terperangkap dalam jantina yang berbeza dan mereka mahu menukar jantina mereka kepada jantina yang dirasakan lebih sesuai. Tingkah laku penyimpangan seks ini terdapat pada semua budaya (Mat Saat Baki,1987).

Bagi masyarakat barat, gay bukanlah sesuatu tingkah laku yang bilazim, malah beberapa negara barat seperti Holland dan Britian telahpun mengiktiraf kedudukan kaum ini. Ianya semakin ketara apabila kajian mendapati 50% rakyat Amerika menyatakan bahawa tingkah laku homoseksual adalah sesuatu yang tabii dan bukannya pilihan hidup mereka. Namun begitu, budaya masyarakat Asia amnya dan Malaysia khasnya adalah berbeza, individu yang mengamalkan aktiviti seksual yang menyongsang dianggap sebagai mereka yang tidak mempunyai identiti serta tidak bermoral. Masyarakat Malaysia, tidak kira bangsa memang terkenal penuh dengan adab serta budaya mereka yang tinggi nilainya serta dikagumi ramai. Namun begitu kerakusan untuk bersaing dengan negara-negara maju serta konsep langit terbuka yang diamalkan secara aktif telah mula menampakkan impaknya dimana kehalusan budi serta adab sopan budaya masyarakat kita telah mula terungkai Masyarakat kita semakin terdedah dengan maklumat-maklumat songsang yang mengugat kepercayaan serta pegangan mereka. Apa yang lebih menakutkan ialah, serangan halus masyarakat Barat ini bukan sahaja telah berjaya meragukan masyarakat Malaysia akan kepentingan agama serta budaya malah mereka kini telahpun mempertikaikan akan kepentingan kedua-dua elemen itu tadi seterusnya memperjuangkan akan hak mereka sebagai kaum minoriti. Jika dinilai secara kritis akan orientasi seksual masyarakat Malaysia masa kini ternyata ianya berada pada tahap yang membimbangkan. Pendedahan yang cukup meluas sama ada di internet, majalah-majalah tempatan dan antarabangsa menyebabkan generasi muda yang masih mentah akan asam garam kehidupan menjadi mangsa Dari segi kajian, didapati terdapat dua jenis hubungan yang dialami oleh kaum ini, iaitu hubungan jangkamasa pendek dan juga hubungan untuk selama-lamanya (Nieto, 1996). Berbanding lesbian, kaum gay lebih suka menjalankan hubungan dengan ramai teman dan kurang komited terhadap perhubungan

tersebut. Ini mungkin kerana mereka lebih terangsang untuk melakukan hubungan badan berbanding memberikan komitmen terhadap pasangan mereka (Brannon, 2004)