Anda di halaman 1dari 3

http://dwnbudaya.dbp.my/wordpress/?

cat=6 Golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di seluruh dunia mengangkat bendera kemenangan apabila pada 17 Jun lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Majlis Hak Asasi (UNHRC) meluluskan resolusi yang mengiktiraf hak asasi LGBT. Resolusi ini mengiktiraf hak yang berkaitan dengan orientasi seksual, kesamarataan jantina dan gender yang seterusnya mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Dalam konteks agama Islam, resolusi ini sudah tentu bertentangan dengan hukum dan fitrah manusia. Islam tidak sesekali mengiktiraf hubungan sejenis atau perkahwinan sejenis. Menurut perspektif Islam, apa-apa yang didakwa hak asasi dalam resolusi ini bukan hak dalam erti kata yang sebenar. Bahkan, agama lain turut menolak perkahwinan sejenis. Hal ini jelas berdasarkan kecaman yang diterima oleh Ou Yang Wen Feng, 41 tahun, paderi gay warga Malaysia, yang tetap mahu berkahwin dengan teman lelakinya, warga Afrika-Amerika. Pasangan itu tetap melangsungkan majlis resepsi mengikut budaya Cina di negara ini. Beberapa pemimpin agama di Malaysia mengecam tindakan paderi gay itu, termasuklah masyarakat Islam dan Persatuan Hindu Sangam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sementara itu, negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), termasuk Malaysia, tetap tegas menentang resolusi ini. Afrika dan Rusia juga mengambil berpendirian yang sama. Lantas, resolusi terbabit diluluskan dengan 23 buah negara menyokong, 19 buah negara menentang dan tiga buah negara mengambil pendirian berkecuali (termasuk China).

Cadangan resolusi hak golongan LGBT dibawa kepada perhatian PBB pada Disember 2008 oleh Belanda dan Perancis. Terdahulu, pendirian UNHCR dapat dilihat dalam keputusan kes Nicholas Toonen pada tahun 1994. Jawatankuasa Hak Asasi PBB menyatakan bahawa undang-undang Tasmania (Australia) yang meletakkan homoseksual sebagai jenayah merupakan diskriminasi yang bertentangan dengan Perkara 2, 17 dan 26 Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik International (ICCPR). Ekoran keputusan itu, Tasmania diarah memansuhkan undang-undang tersebut kerana Australia perlu sentiasa patuh kepada peruntukan ICCPR yang ditandatanganinya. Inilah kesannya jika negara menandatangani ICCPR segala undang-undang yang bertentangan dengan instrumen ini perlu dimansuhkan walaupun keputusan tersebut bertentangan dengan nilai agama, budaya, falsafah dan ideologi negara terbabit.

Malaysia tidak terikat dengan resolusi tersebut, tetapi golongan LBGT di negara ini menggunakan resolusi tersebut sebagai tiket untuk memperjuangkan hak mereka dengan pendirian bahawa resolusi PBB tersebut sebagai pegangan masyarakat dunia yang bersifat universal dan seharusnya diterima di negara ini. Meskipun resolusi ini mustahil untuk diterima atas kekuatan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, moral, budaya pelbagai kaum di negara ini, perkara yang dibimbangkan ialah promosi terhadap resolusi ini dilakukan secara terbuka serta mendapat sokongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu dan golongan LGBT.

Terbaharu, pada 2 November lalu, berlangsung program Seksualiti Merdeka di Kuala Lumpur, yang kononnya memperjuangkan hak asasi LGBT. Meskipun mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak termasuklah pemimpin negara, program tersebut meletakkan pendirian bahawa tidak semua rakyat di Malaysia berpeluang menzahirkan diri mereka yang sebenar dan program tersebut berusaha membebaskan golongan LGBT daripada diskriminasi seksual dan identiti jantina.

Pada dasarnya, undang-undang Malaysia jelas menolak perkahwinan sejenis ataupun permohonan menukar nama dan jantina seperti dalam MyKad. Misalnya, pada 19 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, menolak permohonan menukar nama dan jantina Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz. Malaysia mempunyai beberapa peruntukan undang-undang yang menghukum perlakuan seumpama itu ke dalam Kanun Keseksaan, sebagai contoh Seksyen 377A, 377C serta 377D. Undang-undang Jenayah Syariah juga menetapkan bahawa hubungan sejenis seperti liwat dan musahaqah (lesbian) sebagai kesalahan. Seksyen 69 Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Perkahwinan) 1976 menegaskan bahawa perkahwinan hendaklah antara pasangan lelaki dengan perempuan sahaja.

Apabila melihat dari sisi budaya, penulis percaya kekuatan budaya dan agama rakyat di negara ini dapat menjadi benteng yang kukuh untuk memastikan LGBT tidak menular sehingga boleh merosakkan agama dan bangsa Malaysia http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=133 Mohd. Shukri Mohd. Ariff Di Eropah dan Barat, mereka mengutamakan hak individu. Bagi mereka, setiap individu berhak melakukan sesuatu perkara yang diinginkannya, selagi perkara itu tidak mengganggu privasi orang lain.

Lantaran itu, atas tiket hak individu, muncul pelbagai kontroversi yang mencabar nilai sosial masyarakat di sana. Antara hak individu yang mencetuskan kontroversi adalah membenarkan perkahwinan sejenis dalam kelompok gay dan lesbian, begitu juga hak mereka untuk mempunyai anak dengan pasangan masing-masing walaupun tidak berkahwin.

Jadi, bukan suatu yang memeranjatkan apabila ada artis Barat mengisytiharkan diri mereka gay atau lesbian. Misalnya, penyanyi legenda Britain, Sir Elton John secara terbuka mengaku dirinya seorang gay, manakala pelakon wanita Hollywood, Angelina Jolie pula mengaku mengadakan hubungan sejenis dengan teman wanitanya.

Selebriti Barat dan Eropah juga tidak segan-silu mengumumkan bahawa mereka dikurniakan cahaya mata hasil hubungan seks luar nikah dengan pasangan masing-masing. Terbaru, bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo pada awal Julai lalu dengan bangganya mengumumkan beliau sudah bergelar ayah hasil hubungan seks luar nikahnya dengan pasangannya yang dirahsiakan namanya.

Namun, semua itu berlaku di Eropah dan Barat, masyarakat yang mendakwa sentiasa mempertahankan hak individu walaupun sering kali hak tersebut mencabar nilai sosial dan kemanusiaan mereka sendiri.

Bagi masyarakat Timur termasuk Malaysia, hak dan nilai masyarakat mengatasi hak peribadi. Individu di negara ini tidak boleh sesuka hati melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai masyarakat. Semua pihak mengakui hakikat ini.

Namun, pendedahan baru-baru ini hasil laporan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidikan dari Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia yang diketuai Profesor Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran, sebenarnya menunjukkan bahawa konflik antara hak individu dengan nilai masyarakat sedang kuat bergolak di negara ini.

Kajian tersebut menunjukkan salah laku seks bebas yang dilakukan oleh remaja Melayu di negara ini di bandar mahupun luar bandar. Kajian yang melibatkan 300 orang responden terdiri daripada golongan remaja Melayu (berumur antara 15 hingga 25 tahun) menunjukkan hasil yang begitu meresahkan. Kirakira 85 peratus responden mengakui bahawa mereka melakukan seks bebas.

Jika ada mana-mana pihak yang membebel kepada mereka tentang salah laku yang mereka lakukan, jangan terperanjat jika mereka mengatakan, anda berhak bercakap apa-apa sahaja, saya pula berhak menerima atau menolak pandangan anda kerana itu hak peribadi saya.

Jadi, adakah kita semua sudah bersedia menerima kehadiran generasi yang memperjuangkan hak peribadi ini? Atau tiba masanya kita merancang strategi terbaik untuk melunturkan kepercayaan songsang mereka?

Anda mungkin juga menyukai