Anda di halaman 1dari 17

1

IMPLIKASI ALIRAN FALSAFAH PROGRESIVISME, PRAGMATISME,

REKONSTRUKTIVISME DAN EKSISTENSIALISME DI DALAM PENDIDIKAN

TEKNIK DAN VOKASIONAL (PTV)

Terdapat dua cabang falsafah barat iaitu falsafah aliran tradisional dan aliran moden.

Kertas kerja ini akan membincangkan implikasi empat falsafah moden di dalam falsafah

pendidikan teknik dan vokasional. Empat falsafah tersebut adalah Pragmatisme, Progresivisme,

Rekonstruktivisme dan Eksistensialisme yang lahir daripada penentangan terhadap aliran

pemikiran tradisional.

Pragmatisme merupakan falsafah moden yang pertama lahir daripada aliran pemikiran

tradisional idealisme dan realisme. Manakala Progresivisme dan Reknstruktivisme

memperkembangkan ciri-ciri yang terdapat didalam pendidikan pragmatisme dari sudut peranan

kurikulum. Di dalam Pragmatisme, kurikulumnya hanya memperkenalkan jalan penyelesaian

masalah, manakala dalam falsafah pendidikan Progresivisme, kurikulumnya memberikan

penekanan kepada kemahiran-kemahiran penyelesaian masalah dan Rekonstruktivisme pula

menitik beratkan kepada jawapan dan alternatif-alternatif kepada masalah. Eksistentialisme pula

terkeluar daripada falsafah-falsafah di atas. Walaubagaimanapun, ia masih bergantung kepada

falsafah-falsafah diatas.
2

1 Aliran Falsafah Pragmatisme di dalam PTV

1.1 Latar belakang Falsafah Pragmatisme

Pragmatisme telah membawa perubahan yang besar terhadap budaya Amerika dari lewat

abad ke 19 hingga kini. Falsafah ini telah dipengaruhi oleh teori Charles Darwin dengan teori

evolusinya dan Albert Estein dengan teori relativitinya. Falsafah ini cenderung kepada falsafah

epistomologi dan aksiologi dan sedikit perhatian terhadap metafizik. Falsafah ini merupakan

falsafah di antara idea tradisional mengenai realiti dan moden mengenai nihilsme dan

irrationalisme. Idea tradisional telah mengatakan bumi ini tetap dan manusia mengetahui hakiki

mengenai bumi dan perkara-perkara nilai murni, sementara nihilsme dan irrationalisme adalah

menolak semua dugaan dan ketentuan.

1.2 Definisi Falasafah Pragmatisme

Perkataan Pragmatisme berasal dari perkataan Greek iaitu pragma yang bermaksud kerja.

Ini boleh dimaksudkan sebagai kaedah mengatur dan mengurus perkara yang harus dilakukan

oleh seseorang. Dari segi sudut falsafahnya, iaitu pembinaan kehidupan manusia dan mencari

keperluan. Sebenarnya pragmatisme ialah satu mazhab falsafah yang dikaitkan dengan teori

makna (theory and meaning). Ahli-ahli pragmatisme menganggap bahawa idea manusia

mengenai alam adalah neutral, ini bermaksud realiti adalah interaksi antara manusia dan alam

sekeliling.
3

1.3 Tujuan Falasafah Pragmatisme

Pragmatisme menolak semua punca yang membawa kesan negatif kepada masyarakat

contohnya satu idea mengenai keadilan mutlak. Manusia harus menerima perubahan, oleh itu

cara dan matlamat pendidikan mestilah fleksibel dan terbuka. Pendidikan adalah matlamat dan

cara di mana matlamat adalah memajukan manusia dan cara adalah bagaimana manusia

melaksanakannya untuk mencapai matlamat tersebut. Realiti mestilah dicapai oleh manusia yang

berinteraksi dengan alam sekeliling.

1.4 Tokoh falsafah Pragmatisme

Terdapat 3 tokoh di dalam falsafah pragmatisme iaitu Charles Sanders Pierce, Williams

James dan John Dewey. Bagi Charles Sanders Pierce, beliau berminat terhadap kaedah saintifik

dan matematik, juga ingin memasukkan pemikiran saintifik ke dalam falsafah dan masyarakat.

Beliau mengatakan paningkatan ilmu adalah mewujudkan tabiat rohani yang boleh menguji idea

melalui pemerhatian, pengujian dan persoalan. Williams James pula merupakan seorang ahli

psikologi dan teologi. Beliau berminat dengan sistem nilai-nilai keagamaan dan kepercayaan.

Beliau mengatakan perasaan dan logik sangat penting kepada rational dan membawa isu-isu

besar kepada kehidupan, nilai-nilai dan kepercayaan agama. Jika sesuatu yang berlaku

sepertimana yang difikirkan, maka ia adalah benar. Manakala John Dewey pula merupakan

seorang ahli sains, teknologi, ahli falsafah dan juga pendidik. Beliau mengatakan bahawa

pengalaman, kepintaran, dan masyarakat adalah alat untuk perkembangan minda. Dengan

kepintaran dan pengalaman, manusia bolah menyelesaikan masalah dan juga semua ahli anggota
4

masyarakat berkemampuan untuk menyelesaikan masalah justeru demokrasi dicetuskan. Beliau

juga berpendapat bahawa idea-idea tradisional hendaklah dimasukkan atau dikaji semula. Proses

pertanyaan adalah satu transaksi dua hala di mana melibatkan manusia dan realiti. Manusia

melakukan sesuatu terhadap alam sekeliling dan manusia bertindak balas ke atas alam sekeliling

dan alam sekeliling akan bertindak balas, maka alam sekeliling bertindak terhadap manusia.

1.5 Implikasi Aliran Falsafah Pragmatisme dalam PTV

Aliran ini amat sesuai didalam falsafah pendidikan teknik dan vokasional kerana di dalam

falsafah pendidikan teknik dan vokasional, ia bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang dapat

menguasai kemahiran hasil penjelmaan daripada pengetahuan-pengetahuan yang dipelajari. Di

dalam falsafah PTV, adalah menekankan kepada outcome-outcome tertentu seperti pelajar

mempelajari matapelajaran teori litar elektrik, di dalam konteks pragmatisme, setelah pelajar itu

mempelajarinya, pelajar akan dapat menyelesaikan masalah-masalah ataupun soalan-soalan yang

diberikan oleh guru. Disamping itu, pelajar sepatutnya juga dapat membina litar elektrik tertentu.

Seterusnya, aliran falsafah pragmatisme amat bertepatan dan berguna bagi pelajar PTV ini

memandangkan aliran ini memerlukan penyelesaian masalah. Antara teknik penyelesaian

masalah yang boleh digunakan di dalam PTV adalah teknik PBL (problem base learning),

brainstorming, ujikaji dan lain-lain. Teknik-teknik ini akan dapat melahirkan pelajar yang

mempunyai kemahiran-kemahiran yang jitu dan dapat menguasai sepenuhnya ilmu pengetahuan

yang dipelajarinya. Misalnya, satu masalah diberi kepada pelajar iaitu ‘Apakah punca berlakunya

‘short circuit’ di dalam litar elektrik?’. Dengan cara ini, pelajar akan dapat menguasai ilmu teori

litar elektrik itu bukan saja dari segi pengetahuan tetapi juga dari segi pengetahuan ‘skill’.
5

Secara keselurhannya, terdapat 3 golongan masyarakat di dalam pendidikan teknik dan

vokasional yang menerima implikasi daripada falsafah pragmatisme ini. Guru merupakan salah

satu golongan yang menerima implikasi tersebut, guru merupakan seorang ketua projek

penyelidikan dan perlu mengambil bahagian di dalam usaha menimba ilmu. Mereka harus

mengetahui sesuatu pelajaran dan juga hal-hal mereka. Guru akan mengenengahkan masalah dan

beberapa penyelesaian masalah di samping menggalakan para pelajar mencari penyalesaian lain

terhadap masalah tersebut. Sekolah juga tidak boleh dipisahkan dari kehidupan kerana sekolah

adalah tempat untuk pelajar menguji kebenaran dan kebenaran dugunakan untuk penghidupan

pelajar. Implikasi daripada falsafah pragmatisme ini, sekolah-sekolah yang lengkap dengan

prasarana untuk pelajar menjalankan amali ataupun ujikaji lebih banyak telah dibina.

Pelajar pula merupakan pelajar yang semulajadi kerana pelajar akan belajar perkara-

perkara yang diminati sahaja. Pelajar mestilah belajar mengenai alam sekeliling kerana pelajaran

memberikan kesan terhadap kehidupannya. Manusia adalah organisme sosial dan kajihayat yang

mempunyai daya tenaga dan gerak hati untuk hidup, untuk menambah tumbesaran dan

perkembangan. Manusia juga perlu hidup di kawasan atau alam sekalilingnya di mana manusia

akan menemui masalah dan mereka perlu bijak untuk menyelesaikan masalah. Untuk itu, hasil

daripada aplikasi falsafah pragmatisme di dalam PTV, para pelajar akan dapat diberikan

pendedahan untuk bijak menyelesaikan masalah dan juga teknik-teknik penyelesaian masalah

bagi sesuatu masalah yang akan diberikan. Pelajar juga tidak semestinya mengikut prinsip-

prinsip moral, tetapi mereka dapat belajar membuat keputusan terhadap tindakan moralnya

supaya dapat diterima oleh orang lain.


6

Kurikulum sekolah juga mendapat kesan hasil daripada falsafah pragmatisme di dalam

PTV ini. Sebagaimana yang kita maklum, pendidikan adalah satu penghidupan dan bukan

persediaan untuk penghidupan. Maka kurikulum perlu dihubungkaitkan dengan masalah semasa

dan hendaklah diselesaikan oleh pelajar dan juga masyarakat. Oleh kerana itu, kini di dalam

pendidikan teknik dan vokasional, terdapat banyak mata pelajaran yang bersangkut paut dengan

kehidupan sebenar pelajar contohnya di dalam mata pelajaran sains yang banyak menerangkan

bagaimana hidupan di bumi ini sangat memerlukan di antara satu sama lain, yang mana ia boleh

dilihat sendiri oleh pelajar di dalam kehidupan sebenar mereka. Kurikulum juga tidak

mengandungi fakta-fakta atau idea-idea atau pengetahuan yang perlu dikuasai pada masa akan

datang, tetapi mestilah mengandungi bermacam-macam pengalaman mengenai evolusi.

Disebabkan pengalaman tidak pernah kekal benar, maka kurikulum mesti selalu bertukar.

Sepertimana yang berlaku kini, silibus ataupun sukatan matapelajaran sering kali diubah

mengikut kemampuan semasa pelajar, dengan ini dapatlah kita melahirkan pelajar yang

mengetahui ilmu-ilmu terkini di dalam pendidikan teknik dan vokasional.

2 Aliran Falsafah Progresivisme di dalam PTV

2.1 Latarbelakang Falsafah Progresivisme

Falsafah ini wujud pada abad ke 20, tetapi sebenarnya pada akhir abad 19 ianya sudah

bermula. Ianya berkembang daripada falsafah pragmatisme dan kemudian dibentuk untuk tujuan

pendidikan oleh John Dewey. Pada tahun 1915, buku yang pertama diterbitkan adalah School of
7

Tomorrow dan kemudiannya pertubuhan pendidikan progresivisme ditubuhkan empat tahun

kemudian. Selepas 30 tahun pertubuhan ini bergerak, barulah ia membawa kesan kepada

pendidikan. Pada peringkat awalnya, ianya bersifat individualistik tetapi akhir 1930 an barulah ia

menumpukan kepada perubahan sosial.

Falsafah ini mengatakan objektif pendidikan tradisional tidak sesuai ada zaman moden.

Falsafah ini berbeza daripada skolatisisme, perenalisme dan essentialisme. Ini kerana

skolatisisme mementingkan dunia akhirat manakala perenalisme pula memuja kegemilangan

zaman lampau. Essentialisme menghadkan konsep essential kepada fakta dan perkara-perkara

tertentu saja. Tetapi progresivisme ini pula lebih menumpukan perhaian kepada dunia sekarang

iaitu masyarakat masa kini.

Pada mulanya, falsafah ini merupakan sebahagian daripada pergerakkan sosio politik

yang besar di Amerika di mana ianya mendukung cita-cita untuk pembaharuan umum dan ia

dipengaruhi kehidupan di Amerika Syarikat pada abad ke 19 atau akhir abad ke 20. Ahli-ahli

politik progresivisme seperti Robert La Follette dan Woodrow Wilson mahukan sistem

demokrasi dilaksanakan bagi menggantikan dasar monopoli. Mereka memberi tumpuan kepada

memperbaiki kehidupan manusia dalam masyarakat.

2.2 Tujuan Falsafah Progresivisme Dalam PTV

Progresivisme bertujuan memberi kemahiran dan alat yang diperlukan kepada individu

untuk berinteraksi dengan persekitaran yang sentiasa berubah secara konstan. Alat ini merupakan
8

kemahiran penyelesaian masalah di mana individu boleh menggunakannnya untuk

mengenalpasti, menganalisa dan menyelesaikan dalam masalah di dalam matapelajaran yang

dipelajari seperti matapelajaran matematik moden, matematik tambahan, teori litar, lukisan

kejuruteraan dan banyak lagi. Sementara itu, ia juga boleh digunakan untuk menyelesaikan

masalah di dalam perkara-perkara berkaitan dengan peribadi atau personal dan juga sosial.

Proses pembelajaran berfokus kepada kerjasama dan disiplin diri yang mana kedua-duanya

adalah diperlukan untuk hidup dalam masyarakat berdemokrasi.

2.3 Implikasi Falsafah Progresivisme Dalam PTV

Kurikulum di sekolah-sekolah ataupun institusi pendidikan telah dibangunkan di

sekeliling pengalaman sosial dan personal pelajar. Dasar pelajarannya adalah sains sosial yang

digunakan sebagai pengalaman penyelesaian masalah dan projek-projek. Oleh kerana

penyelesaian masalah melibatkan kemahiran-kemahiran komunikasi, proses-proses matematik

dan penyelidikan saintifik maka kurikulum yang wujud berdasarkan falsafah progresivisme ini

adalah benar-benar yang berkaitan dengan disiplin atau alam (nature). Ahli-ahli progresivisme

juga berpendapat pendekatan induktif merupakan pendekatan yang sesuai digunakan dalam hal

ini. Apa yang dimaksudkan dengan pendekatan ini adalah guru tidak perlu memberi penerangan

secara am atau terperinci terhadap sesuatu pelajaran tetapi pelajar perlu membentuk penerangan

sendiri. Ini dapat di lihat dengan adanya sesi pembentangan tugasan oleh para pelajar di institusi

pengajian tinggi, kolej-kolej mahupun sekolah-sekolah. Dimana tugasan yang diberi merupakan

tajuk-tajuk yang perlu diajar oleh guru di dalam kelas. Pendekatan induktif ini amat sesuai

dilaksanakan untuk memastikan pelajar lebih memahami matapelajaran tersebut. Disamping itu,
9

akan terdapat idea-idea baru berkenaan tajuk yang dibentangkan dapat dikongsi bersama rakan-

rakan di kelas.

Kaedah saintifik dalam penyelidikan dan penyelesaian masalah merupakan kaedah yang

diterima dalam falsafah pendidikan progresivisme. Bagi falsafah ini, buku hanyalah alat dalam

proses pendidikan bukannya sebagai sumber ilmu. Ia juga tidak bergantung semata-mata kepada

kaedah mengajar. Ia juga menentang kepada kaedah pembelajaran pasif iaitu pembelajaran

secara menghafal dan mengingati fakta. Falsafah ini juga menentang falsafah pendidikan yang

cuba mengasingkan pendidikan daripada kenyataan sosial. Dengan ini, dapat kita lihat, di dalam

PTV, proses pendidikan tidak hanya tertumpu kepada buku sebagai sumber utama buku tetapi

dengan kecanggihan teknologi kini, terdapat pelbagai sumber yang boleh digunakan seperti

internet, journal, majalah dan sebagainya. Bagi pendidikian teknik dan vokasional, pelbagai e-

nota dan e-jurnal dapat dicapai dengan melayari internet. Para guru juga kini tidak lagi membuat

penilaian kepada pelajar hanya melalui peperiksaan yang mana pelajar perlu menghafal dan

mengingati fakta-fakta untuk menjawab soalan yang dikemukakan, tetapi kini pelbagai aspek

dapat dinilai oleh guru-guru. Diantaranya adalah penglibatan pelajar di dalam kelas, tugasan-

tugasan yang diberikan, penganjuran program oleh pelajar, kuiz-kuiz, soalan-soalan secara lisan

di dalam kelas dan banyak lagi. Kebanyakan teknik-teknik ini telahpun digunapakai oleh institusi

pengajian tinggi, malah terdapat sekolah-sekolah sudah mula untuk menggunakan teknik

penilaian ini.

Menurut falsafah progresivisme, keseluruhan bidang pengajian kurikulum perlu

ditentukan dengan merujuk kepada keperluan dan desakan masa kini. Ini bermakna tiada
10

rekabentuk kurikulum yang digunakan hanya atas sebab ia berjaya pada masa lepas. Oleh kerana

keperluan dan kehendak manusia sentiasa berubah, maka kurikulum PTV juga mudah

diubahsuaikan dan tidak terikat pada mana-mana corak kurikulum yang lepas. Kurikulum PTV

yang wujud hasil daripada falsafah ini bukan saja mempunyai matapelajaran-matapelajaran yang

tidak berheirarki, tetapi ia juga lebih luas dan mungkin tidak terbatas jika dibandingkan dengan

kurikulum tradisional. Kurikulum PTV kini juga mengambil kira bahawa sumber ilmu yang

semakin mudah diperolehi oleh para pelajar kini. Pendidikan tradisional menetapkan had-had

kurikulum tetapi progresivisme pula menolak kesemua ini. Semua matapelajaran yang di

sampaikan di dalam PTV adalah bernilai dan berfaedah asalkan matapelajaran itu boleh

digunakan sebagai alat untuk memenuhi kehendak, keperluan dan kepentingan setiap pelajar

dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran. Selain itu, pelajar juga dapat menghadapi cabaran

atau perubahan dalam kehidupan sebagai individu serta sebagai ahli masyarakat.

Implikasi falsafah ini juga adalah, kebebasan diberikan kepada pelajar bagi mengejar apa

sahaja ilmu dan kemahiran yang diminatinya untuk perkembangan mental, jasmani dan rohaniya.

Contohnya, seperti yang telah diimplimentasikan oleh kerajaan kini, bermula pada tingkatan

empat, pelajar telah diberikan peluang untuk memilih bidang pengajian mengikut pakej-pakej

yang diminati dengan seluas-luasnya. Dengan pengenalan pakej PTV lepasan tingkatan tiga,

telah memberi sesuatu nafas baru kepada pelajar untuk memilih bidang PTV yang diminati

sesuai dengan keperluan kerjaya yang difikirkan mampu menjana sosio ekonomi seseorang

individu.
11

Falsafah ini juga memberikan kesan terhadap guru-guru, dimana falsafah progresivime

ini telah menegaskan bahawa ia menolak wujudnya kebenaran atau hakikat yang mutlak dan ia

juga berpegang kepada doktrin. Pengajaran guru progresivisme mestilah mengutamakan pelajar.

Oleh itu, guru tidak boleh menggunakan cara-cara memaksa seperti dendam, hafal dan latih tubi

tetapi mesti membimbing pelajar untuk berfikir dengan kritis, menjalankan eksperimen,

menyelidik, meneliti dan menimbangkan sesuatu bukti, membincangkan dengan bebas apa yang

hendak dipelajari serta memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat pendidikan daripada

pengalamannya di dalam di luar bilik darjah. Sepertimana yang dilaksanakan di dalam falsafah

PTV, guru-guru lebih fleksible dan mudah dibawa berbincang. Guru-guru juga dilatih untuk

menyayangi para pelajarnya. Disamping itu juga, guru dilatih untuk memberikan tumpuan dalam

memperbaiki kehidupan manusia dalam masyarakat. Guru juga lebih bijak mengawal suasana

pembelajaran supaya perkembangan bermakna dapat dicapai. Ahli-ahli progresivisme telah

menggambarkan guru sebagai pembimbing atau penasihat dalam membantu pelajar-pelajar

mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka di dalam persekitaran yang sentiasa

berubah secara konstan. Selain dari itu, mereka juga berperanan membantu dari segi mencari

sumber-sumber data yang relevan, menafsir dan menilai ketepatan data serta merumuskan

kesimpulan dalam membantu menyelesaikan masalah yang timbul. Oleh yang demikian, guru

progresivisme akan mengenalpasti tahap di mana pelajar memerlukan arahan dalam kemahiran

tertentu bagi membolehkan atau memudahkan mereka untuk meneruskan penyelidikan mereka.

Selaras dengan itu, penekanan mesti diberikan kepada pelajar iaitu, membentuk pelajar supaya

memperolehi kemahiran berfikir. Guru yang dihasilkan daripada falsafah progresivisme ini

adalah lebih sabar, fleksibel, kreatif, dan inovatif serta bijak.


12

Hasil daripada falsafah progresivisme ini, sekolah-sekolah yang dibina lebih demokratik

dan juga dapat memberikan suasana positif kepada pelajar. Ini kerana, ahli-ahli progresivisme

berpendapat sekolah bukan saja tempat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tetapi juga untuk

mendapatkan kemahiran contohnya pelajaran pertukangan yang dapat menimbulkan daya cipta

daripada pelajar itu sendiri. Mengikut falsafah progresivisme, sekolah sepatutnya tidak mengajar

sebarang prinsip tetap kepada pelajar-pelajar tetapi sebaliknya berperanan untuk menyediakan

pelajar-pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan-keadaan yang berubah. Selain

itu, sekolah berperanan untuk menggalakkan demokrasi. Pendidikan, pertumbuhan dan

demokrasi sekolah itu sendiri mestilah demokratik.

3 Aliran Falsafah Rekonstruktivisme di dalam PTV

3.1 Latarbelakang Falsafah Rekonstruktivisme

Kemunculan falsafah rekonstruktivisme bermula pada tahun 1920 an oleh John Dewey

apabila beliau mencadangkan istilah Rekonstruktivisme di dalam bukunya Reconstruction In

Philosophy. Pada tahun 1930an ketika pergerakkan pendidikan progresif berada di puncak

masyarakat Amerika, pendidikan progresif yang significant, mahukan kemajuan dan

pembentukan semula didalam pendidikan dan masyarakat. Ahli-ahli rekonstruktivisme

mempercayai bahawa sekolah boleh menjadi institusi pembentukan semula masyarakat dan agen

perubahan sesuatu masyarakat (Van Scottes, Kraft dan Haas, 1979).


13

3.2 Tujuan Falsafah Rekonstruktivisme

Secara amnya rekonstruktivisme memberikan penekanan terhadap melahirkan

masyarakat yang demokratik dan berfikiran kritis di dalam membangunkan masyarakat tersebut.

Guru berperanan penting untuk mendidik masyarakat agar dapat menerima, mengaplikasikan dan

berfikiran demokrasi. Disamping itu juga, guru haruslah mendidik masyarakat agar menjadi

masyarakat yang kreatif untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mendatang. Penekanan

terhadap peranan sekolah juga dinyatakan di dalam falsafah rekonstruktivisme.

3.3 Implikasi Falsafah Rekonstruktivisme Dalam PTV

Kesan daripada falsafah Rekontruktivisme ini di dalam falsafah PTV, guru-guru bukan

saja bertindak menyampaikan pengetahuan malah bertanggungjawab untuk menerangkan dan

mencadangkan kepada pelajarnya untuk membentuk masyarakat demokrasi di dalam

persekitaran yang baik. Guru juga lebih menggalakkan pelajarnya berfikiran kehadapan yang

mana boleh membentuk pelbagai jalan atau cara penyelesaian masalah, mampu menguruskan diri

dan mampu membimbing pelbagai aktiviti pembelajaran secara berterusan. Oleh kerana itu,

manusia digalakkan untuk membentuk bakat yang ada pada diri mereka. Ia juga menekankan ke

arah pembelajaran yang aktif dan penyelesaian masalah. Hasil daripada aplikasi falsafah ini, ia

akan membentuk masyarakat yang unggul. Selain itu, guru bertindak sebagai egen pengubah dan

pembaru sosial serta kebudayaan. Guru juga dapat memastikan pelajarnya berhati-hati dengan

masalah yang membelenggu mereka untuk diselesaikan dan memastikan pelajar mempunyai

kemahiran untuk berbuat demikian.


14

Selain itu, rekonstruktive akan memberi implikasi kepada falsafah PTV ke arah

pembinaan prasarana yang bersifat PTV. Aliran ini menekankan bahawa institusi itu penting.

Samaada ianya ditahap sekolah, politeknik, kolej komuniti, kolej universiti, universiti dan lain-

lain dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran secara sistematik dan terancang.

Sistematik adalah dari segi kaedahnya, matlamat, outcomenya dalam menghadapi zaman sains

teknologi dan globalisasi. Kesimpulannya, dengan aliran ini, ia telah memberi implikasi kepada

falsafah PTV yang mana memberi penekanan pembinaan lebih banyak kepada institusi PTV di

Malaysia seperti pembinaan kolej komuniti, politeknik, kolej universiti yang bersifat teknikal,

lebih banyak pembinaan institusi-institusi kemahiran oleh MARA-Pusat Kemahiran MARA,

Pusat GIAT MARA. Di samping itu, lahirnya pelbagai kolej-kolej swasta yang bersifat teknikal

seperti Universiti Multimedia, Universiti Telekom, Sunway Kolej yang menjadi medan kepada

perkembangan PTV negara. Pembinaan prasarana institusi-institusi di atas adalah amat

bersesuaian dan berkemestian untuk menghadapi pesaingan. Disamping mewujudkan lebih

banyak institusi-institusi pengajian tinggi ini, kurikulum yang dilaksanakan juga harus dititik

beratkan dan dikaji dari segi keberkesanannya terhadap proses pembelajaran yang bakal dihadapi

oleh pelajar-pelajar. Seperti yang dinyatakan di dalam Laporan Kabinet, pada bulan September

1974 telah ditubuhkan satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan, Dr.

Mahathir Mohamed untuk :


15

“Mengkaji semua matlamat dan kesan sisitem pelajarn sekarang, termasuk

kurikulumnya, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud,

dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat dapat

dipenuhi sama ada dari jangka pendek mahupun jangka panjang lebih-

lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi

matlamat negara kearah melahirkan masyarakat yang bersepadu,

berdisiplin dan terlatih.”

4 Aliran Falsafah Eksistensialisme di dalam PTV

4.1 Latarbelakang Falsafah Eksistensialisme

Eksistensialisme adalah salah satu falsafah baru yang muncul di Eropah selepas Perang

Dunia Pertama. Seorang ahli falsafah Denmark, Soren Kierkegaard telah menyediakan asas bagi

falsafah ini apabila beliau menulis mengenai kebebasan dalaman manusia untuk mengarahkan

penghidupannya. Falsafah ini tidaklah begitu popular pada awalnya sehinggalah selepas Perang

Dunia Kedua di mana ia mula mendapat perhatian umum. Menurut Van Scottes, Kraft dan Haas

(1979), falsafah ini terlalu individualistik dan juga terlalu bergantung atas faktor-faktor yang

subjektif seperti intuisi, merenung ke dalam, penghayatan emosi dan perasaan keseorangan.

4.2 Tujuan Perlaksanan Falsafah Eksistensialisme Dalam PTV

Secara amnya eksistensialisme berasaskan naturalisme dan mazhab humanis yang mana
16

memberikan tumpukan kepada kewujudan manusia berkaitan dengan individu dilahirkan dan

seterusnya membentuk diri sendiri. Individu juga mestilah bertanggungjawab terhadap diri

sendiri dan bebas menentukan arah hidupnya. Di dalam pendidikan, guru mestilah menghormati

pelajar dan pelajar mesti menghormati kebebasan guru. Kedua-duanya diperlukan bagi

membentuk pendidikan yang diinginkan.

4.3 Implikasi Falsafah Eksistensialisme Dalam PTV

Kesan daripada falsafah eksistensialisme ini di dalam falsafah PTV ialah meletakkan

pendidikan PTV yang berasaskan kepada kemahiran dan pengetahuan menjadi pendidikan yang

penting kepada pembangunan dan pembinaan sesuatu masyarakat. Masyarakat yang menguasai

pendidikan khasnya PTV akan dapat membangunkan masyarakat, contohnya masyarakat yang

dapat menguasai pembinaan empayar maka masyarakat atau tamadun sesuatu bangsa itu akan

menjadi unggul contohnya pembinaan empangan Saad di Baghdad yang mampu menbina

pembangunan ekonomi di negara tersebut. Selain daripada itu, pendidikan mampu

membangunkan penghidupan manusia, contohnya pendidikan penguasaan angkasa lepas seperti

pembinaan satelit, ianya telah memberikan pembangunan dalam telekomunikasi masyarakat

dunia. Dengan kemajuan pengetahuan kejuruteraan elektrik perhubungan atau telekomunikasi

telah melahirkan teknologi telefon bimbit yang mana telah membantu pembangunan

perhubungan, ekonomi, sosial, politik, keselamatan dan sebagainya kepada masyarakat. Oleh itu,

ciri aliran eksistensialisme mampu membawa perubahan kepada masyarakat sukarnya di bawa

dengan teliti.
17

Rujukan

1. Syarifah Alawiyah Alsogoff. (1987). Falsafah Pendidikan . KL : Heinemann

Educational Books ( Asia ).

2. Abdul Rahman Md Aroff, Zakaria Kasa . (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan.

Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

3. Salleh Lebar. (1996). Kurikulum pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. : Berita

Publishing.

4. Robin B. , Ronald W. (1994). An Introduction to Philosophy of Education. United

State: Routledge.

5. Sidek Baba. (30 November 1998). Pembangunan Sahsiah Tunjang Pendidikan

Negara. Dicapai Julai 16, 2005, dari

http://www.geocities.com/athens/parthenon/4926/rencana/tunjang.htm