Anda di halaman 1dari 5

KHATIZAH BT ABDULLAH

820101-13-5718

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG JALAN COLLEGE 93200 KUCHING, SARAWAK

NAMA PELAJAR ANGKA GILIRAN KAD PENGENALAN KUMPULAN

KHATIZAH BT. ABDULLAH 2009042240012 820101-13-5718 KDPM-KDC KEMAS/PERPADUAN AMBILAN JUN 2009 REFLEKSI LAWATAN KURSUS ANTI DADAH KE PUSPEN KUCHING 19 NOVEMBER 2012

TUGASAN

TARIKH SERAHAN

Page 1

KHATIZAH BT ABDULLAH
REFLEKSI LAWATAN KE PUSPEN

820101-13-5718

Syukur saya ke hadrat Ilahi kerana kumpulan kami KDPM KDC KEMAS / PERPADUAN Ambilan Jun 2009 telah selamat melawat ke (PUSPEN) Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik CCRC Kuching pada 14 november 2012. Sehari sebelum lawatan, ketua kelas kami iaitu Fify Rafina telah memberikan sedikit taklimat ringkas berkenaan dengan kursus dadah yang akan kami hadiri. Kami diberitahu supaya tidak memakai baju formal. Oleh yang demikian kami telah sepakat untuk memakai baju tshirt pengakap. Kami dimaklumkan untuk menaiki bas institut dan bagi yang ingin memandu sendiri ke sana diminta untuk memaklumkan kepada ketua kelas. Kami diingatkan supaya membawa bekalan makanan sendiri. Pada 14 november 2012, seawal jam 7.00 pagi kami telah menunggu bas depan perkarangan TAZA. Tepat pada jam 7.30 pagi, 2 buah bas tiba. Kami telah menaiki bas mengikut kumpulan masing-masing. Sebelum bas bertolak, ketua kami telah mengambil kedatangan untuk memastikan kesemua kami telah berada di dalam bas. Setelah kedatangan diambil, Encik Mohamad telah memberi taklimat kepada kami semua tentang tempat lawatan yang akan kami kunjungi. Lawatan ini merupakan tugasan wajib bagi kami terutama bagi kami ambilan jun 2009 memandangkan ini tahun akhir kami berada di sini. Kami diwajibkan untuk membuat laporan refleksi setelah selesai menghadiri lawatan ini. Tiba di tempat yang dituju, kami diarahkan oleh pegawai yang bertugas untuk berbaris mengikut kumpulan masing-masing kerana kami juga akan diberi taklimat sebelum masuk ke tempat yang akan dilawat. Kami difahamkan pusat tersebut mempunyai seramai 23 orang penghuni yang terdiri daripada 6 orang wanita dan 17 orang lelaki. Kami diarahkan untuk meninggalkan beg dibilik kawalan yang telah disediakan. Selain itu kami diberi amaran keras jangan mengambil gambar penghuni-penghuni disini kecuali gambar bangunan, kebun, dapur dan lain-lain. Pertama kali saya melangkah ke dalam saya berasa sedikit takut dan sedih. Saya berasa takut kerana khuatir penghuni disitu mengusik atau mengamuk bila melihat kehadiran rombongan kami yang ramai. Dugaan saya meleset apabila saya mendapati tempat itu dikawal rapi oleh pihak polis dan mempunyai kawalan keselamatan yang baik. Sesi pertama ialah kami semua menuju ke dewan untuk taklimat. Taklimat telah diberikan oleh Encik Atikurrahman bin Ali. Beliau merupakan Penolong Pegawai Anti Dadah dan telah bertugas di pusat tersebut selama 6 tahun.

Page 2

KHATIZAH BT ABDULLAH

820101-13-5718

Saya dan rakan-rakan telah diberikan penerangan tentang apa itu dadah, jenis-jenis dadah, cara penagih untuk menagih dadah dan sebagainya. Antara maklumat yang telah saya perolehi adalah seperti berikut : Sejarah PUSPEN Kuching 1969 Pusat tahanan komunis. 1980 Pusat pemulihan dadah (di bawah Jabatan Penjara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat) 1992 Pusat Serenti Kuching, bahagian rawatan dan pemulihan dadah Kementerian Dalam Negeri Malaysia. 1996 Pusat Serenti Kuching, Agensi Dadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri. 2004 Pusat Serenti Kuching, Agensi AntiDadah Kebangsaan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. 2008 Pusat Serenti Kuching, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri. 2009 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching, Agensi Anti Dadah Kebangsaan , Kementerian Dalam Negeri. 2012 CCRC (CURE & CARE REHABILITION CENTRE) Jenis dadah yang telah digunakan ialah syabu 109 orang, amphetamine 4 orang dan ganja 2 orang sahaja. PUSPEN ini juga dilengkapi dengan bangunan pentadbiran, blok pendaftaran, bangunan stor, balai pengawal, pos-pos pengawal, masjid, bengkel, bilik pemerhatian dan asingan, bilik rawatan, dewan makan, asrama penghuni, rumah kakitangan dan lain-lain. Selain itu kami juga diberi penerangan tentang jenis-jenis dadah dan ciri-cirinya. Tandatanda penagihan dadah. Punca pengambilan dadah adalah pengaruh rakan, perasaan ingin tahu, mencari keseronokan, tidak mengetahui bahaya dadah dan untuk mencari ketenangan jiwa. Sesi kedua pula, kami diberi peluang untuk menemubual 2 orang penghuni di situ. Penghuni pertama ialah Mohd Fandi bin Bujang. Berasal dari Miri, berumur 29 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki. Merupakan anak sulung daripada 2 orang adik-beradik. Pernah bekerja Off Shore dan aktif menyanyi serta mempunyai ahli kumpulan sendiri. Terlibat dengan dadah kerana pengaruh rakan-rakan. Dadah yang telah digunakan ialah jenis syabu. Bapa beliau sendiri yang melaporkan pada pihak polis supaya beliau ditangkap. Mohd Fandi

Page 3

KHATIZAH BT ABDULLAH

820101-13-5718

mempunyai isteri yang sangat setia dan masih memberi peluang yang kedua untuk beliau berubah. Diakhir sesi temubual, beliau turut menghiburkan kami dengan serangkap lagu. Nyata beliau mempunyai suara yang sangat memukau. Temubual yang kedua pula bersama Husairi bin Japaruddin berasal dari Daro, Sarikei. Berumur 28 tahun. Anak ke 5 daripada 12 orang adik beradik. Terlibat dengan dadah semasa belajar di semenanjung Politeknik Tengku Omar pada tahun 2005. Semasa beliau menghadapi krisis keluarga, beliau kembali mengambil dadah. Beliau mendapatkan bekalan dadah dari Sibu dan sanggup berulang-alik semata-mata untuk mendapatkan bekalan. Setelah selesai sesi temuramah, kami dibawa melawat ke setiap tempat di PUSPEN. Tempat pertama yang kami lawat ialah bilik khas untuk penagih yang baru ditangkap. Bila berada disitu saya dapati ada 2 orang penghuni yang baru datang. Saya berasa begitu sedih sekali, dan bertanya kepada diri saya sendiri kenapa mereka jadi begitu? Bila melihat keadaan tempat yang sebegitu rupa, saya berharap saya sendiri mahupun ahli keluarga saya untuk tidak terjebak dengan gejala dadah. Amat menyedihkan saya bila saya diberitahu yang bilik khas itu tidak disediakan kemudahan seperti tilam, berus gigi dan pakaian lebih. Di saat melihat keadaan begitu, ingin saja saya menyeru kepada semua mereka yang di luar sana agar tidak mencuba untuk menagih dadah yang akan merosakkan diri sendiri, bangsa dan negara. Kemudian kami dibawa melawat ke asrama penghuni pula dan kami hanya di benarkan melihat dari luar saja untuk tujuan keselamatan. Apa yang saya sedari, setiap bangunan pasti ada tertulis (Pemulihan Anda Bermula Di Sini). Setelah menghabiskan masa 6 minit berada di perkarangan asrama penghuni lelaki, kami di bawa ke dapur tempat penghuni menjamu selera. Saya difahamkan penghuni-penghuni di sini makan sebanyak 6 kali sehari. Sepanjang perjalanan ke bahagian dapur, kami telah melalui kebun yang saya rasa hasil tanaman tersebut telah ditanam oleh penghuni di situ. Dari dapur, kami melawat ke bilik jahitan pula. Di situ kami diberi penerangan tentang hasil kraftangan yang telah dihasilkan oleh penghuni-penghuni di situ. Difahamkan boleh membuat tempahan jika berkenan dengan kraftangan yang telah dipamerkan. Tempat terakhir ialah klinik 1 Malaysia khas untuk penghuni disitu sahaja dan juga sukarelawan yang terlibat dengan dadah. Setelah selesai, cikgu Ahmat Daud bin Lugom pula memberikan penerangan kepada kami semua. Sebelum jam 12 tengahari kami telah berangkat balik ke Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Kuching. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak-pihak yang telah menjayakan program lawatan ke PUSPEN ini, tidak lupa juga untuk rakan-rakan saya.

Page 4

KHATIZAH BT ABDULLAH

820101-13-5718

Page 5

Anda mungkin juga menyukai