Anda di halaman 1dari 19

10.2.

2 Dasar-Dasar Selepas Merdeka

Selepas merdeka, kerajaan telah memulakan usaha untuk merancang dan melaksanakan pembangunan negara dengan lebih tersusun. Usaha ini dilakukan untuk mengatasi berbagaibagai masalah sosio ekonomi dan politik yang timbul ekoran kesan peninggalan dasar-dasar pembangunan yang diamalkan oleh pihak penjajah. Tanggungjawab utama kerajaan ialah untuk membangunkan negara agar hasilnya boleh dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat tidak kira keturunan atau kaum tertentu.

Rancangan-rancangan pembangunan lima tahun telah menjadi strategi utama pembangunan negara untuk dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Program pembangunan ini dibuat bagi memastikan seluruh rakyat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran yang menjadi matlamat dan hasrat negara merdeka. Tiap-tiap rancangan pembangunan lima tahun mempunyai ciri-ciri dan kesinambungan dasar dan matlamat yang sama. Rancangan tersebut adalah seperti berikut:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

1956-1960 Rancangan Malaya Pertama. 1961-1965 Rancangan Malaya Kedua. 1966-1970 Rancangan Malaysia Pertama. 1971-1975 Rancangan Malaysia Kedua. 1976-1980 Rancangan Malaysia Ketiga. 1980-1985 Rancangan Malaysia Keempat. 1986-1990 Rancangan Malaysia Kelima. 1991-1995 Rancangan Malaysia Keenam.

9.

1996-2000 Rancangan Malaysia Ketujuh.

Rancangan ini menentukan projek-projek yang perlu dijalankan, mengambil kira soal pembiayaan, dari dalam dan luar negeri dan juga tentang keupayaan jentera pentadbiran melaksanakan tugas-tugas pembangunan yang perlu dijalankan. Rancangan Malaya Pertama dan Kedua telah menumpukan perhatian kepada pembinaan infrastruktur. Rancangan Malaysia Pertama1 menitikberatkan pertumbuhan ekonomi dengan harapan hasil-hasil pertumbuhan ini dapat dibahagikan kepada golongan yang miskin dan kurang bernasib baik. Ia memberi tumpuan kepada pembangunan negara secara menyeluruh meliputi semua bidang ekonomi. Skim-skim luar bandar diberi perhatian dengan rancangan pembukaan tanah secara besar-besaran. Hasilnya taraf hidup golongan miskin terutamanya masyarakat di luar bandar dapat dipertingkatkan. Rancangan-rancangan pembangunan ini telah mendedahkan kelemahan dari segi strategi dan penentuan andaian-andaian serta mewujudkan suasana kemiskinan dan penguasaan ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum-kaum yang ada di negara kita. Keadaan ini telah di dapati mengancam keselamatan dan perpaduan negara dengan tercetusnya Tragedi 13 Mei tahun 1969.

Tragedi 13 Mei 1969 telah menyebabkan kerajaan menilai kedudukan perimbangan ekonomi antara kaum. Kerajaan mendapati bahawa jurang perbezaan ekonomi antara kaum adalah terlalu besar. Ini membuktikan bahawa penekanan yang diberi terhadap pertumbuhan ekonomi sematamata adalah tidak memadai untuk mengatasi sepenuhnya masalah sosio-ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum.Ia juga menunjukkan bahawa sesuatu usaha pembangunan yang tidak mengambilkira dengan secukupnya keperluan golongan miskin serta keadaan yang tidak seimbang antara kaum akan mengakibatkan sebuah negara yang terbahagi kepada mereka yang menikmati dan mereka yang tidak menikmati faedah pertumbuhan. Pembangunan negara seharusnya mempunyai matlamat yang luas, mencakupi bidang keselamatan, perpaduan dan mewujudkan satu masyarakat yang adil.

10.3

DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Dasar Ekonomi Baru adalah satu formula yang dirancangkan oleh kerajaan untuk tempoh dua puluh tahun bermula pada tahun 1971 dalam Rancangan Malaysia Kedua sehingga tahun 1990 dalam Rancangan Malaysia Kelima. Dasar ini adalah sebagai kesinambungan rancanganrancangan pembangunan yang lalu. Ia dibentuk untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud di antara kaum, wilayah dan kawasan di Malaysia. Pelan induk untuk dasar ini dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP 1) 1971-1990. DEB dilaksanakan melalui strategi serampang dua mata, iaitu

(i)

Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambahkan

pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira keturunan dan kaum. (ii) Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki

ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum. Usaha ini diharap dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

DEB bertujuan untuk mewujudkan satu susunan sosio-ekonomi yang adil bagi rakyat Malaysia mencapai perpaduan negara. Dalam tempoh tersebut, kerajaan berharap dapat mengurangkan ketidakseimbangan di antara kaum Melayu dan bumiputera lain dengan kaum bukan bumiputera dalam semua bidang. Ini kerana terdapat tanda-tanda menunjukkan bahawa terlalu banyak kemiskinan dan ketaksamarataan yang dialami oleh orang Melayu, merupakan sebab utama berlakunya perasaan tidak puas hati dan menimbulkan masalah.4 Keadaan ini ternyata boleh menggugat kestabilan negara sekiranya kemiskinan hanya tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja. Banci pada tahun 1970 menunjukkan bahawa sebanyak 49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Sejumlah 86 peratus daripada keluarga miskin tersebut berada di kawasan luar bandar, sementara 14 peratus lagi di

kawasan bandar. Kebanyakan penduduk-penduduk dari luar bandar terdiri dari orang Melayu. Mereka lebih bertumpu dalam sektor ekonomi yang paling mundur misalnya sebagai penanam padi, pekebun kecil getah dan kelapa dan nelayan.5 Justeru itu, dasar ini dibentuk bagi membetulkan kedudukan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud antara kaum.

Untuk membasmi kemiskinan, usaha-usaha yang dijalankan merangkumi:

(i)

Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di pelbagai sektor untuk diisi oleh semua

kaum dan ini boleh mengurangkan kadar pengangguran. (ii) antara wilayah. (iii) Meningkatkan produktiviti dan pendapatan dengan menambahkan kemudahan semua Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara kawasan dan

golongan miskin di luar bandar mahupun di bandar, melalui peluang-peluang kemahiran, tanah, modal dan lain-lain. (iv) Memberi peluang berpindah dari sektor yang rendah produktivitinya ke sektor yang

lebih lumayan. (v) Memperbaiki taraf dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan,

kemudahan infrastruktur dan lain-lain. (vi) (vii) (viii) Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum. Mewujudkan kumpulan perusahaan, perniagaan dan perdagangan bumiputera. Memodenkan kehidupan luar bandar.

Penyusunan semula masyarakat menjadi matlamat penting ekoran wujud ketidakseimbangan pembahagian tempat tinggal, pekerjaan, pendapatan, pendidikan, kemudahan sosial, kesihatan, pengangkutan dan perhubungan dan pemilikan harta benda serta mutu dan taraf kehidupan

pelbagai kaum. Oleh itu, DEB menetapkan beberpa program di dalam beberapa sektor ekonomi seperti perdagangan, perindustrian, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan, perumahan dan pelajaran. Setiap kaum akan mendapat faedah dan pembahagian yang adil.

Adalah diharapkan menjelang tahun 1990, pemilikan saham dan ekonomi negara akan melambangkan komposisi kepentingan kaum dengan kadar 40:30:30, iaitu penyertaan bumiputera sebanyak 30 peratus, bukan bumiputera 40 peratus, manakala pelabur luar negara pula sebanyak 30 peratus. Antara strategi pentingnya ialah

(i)

Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang

Melayu dan golongan bumiputera agar mereka mampu memiliki 30 peratus ekonomi menjelang tahun 1990. (ii) Menubuhkan agensi-agensi pembangunan seperti MARA, Bank Bumiputera, Bank

Pembangunan dan Amanah Saham Nasional bertujuan membantu penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan dan bagi memajukan wilayah-wilayah, agensi-agensi yang ditubuhkan ialah seperti DARA, KEJORA, KESEDAR, JENGKA dan lain-lain. (iii) Mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya supaya kedudukan tenaga

buruh menggambarkan bilangan kaum menjelang tahun 1990. (iv) Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui

kegiatan-kegiatan pembangunan dan pemodenan kawasan luar bandar. (v) Menambahkan bahagian rakyat tempatan dalam pemilikan modal pada stok syarikat

dan dalam pertumbuhan ekonomi.

Selama dua dekad, strategi pembangunan yang terdapat di dalam DEB cuba memberikan faedah kepada rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat. Matlamat dasar ini untuk mencapai perpaduan negara berdasarkan program pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di

dapati hampir berjaya. Ekonomi negara telah mengalami perubahan pesat dan menghasilkan kedudukan yang lebih seimbang di antara sektor pertanian, perkhidmatan dan perindustrian. Manakala dari segi kemajuan ekonomi pula, rakyat telah memperolehi kemajuan sosio-ekonomi dengan menikmati taraf hidup yang lebih tinggi dan pengagihan pendapatan yang lebih baik.

Apabila tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan DEB tamat pada tahun 1990, kerajaan menggubal pula Dasar Pembangunan Negara (DPN) yang termasuk di dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) meliputi tempoh masa antara 19912000. DPN digubal berlandaskan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Tumpuan DPN adalah kepada beberapa kelemahan prestasi pencapaian dasar sebelumnya. Ia melibatkan tambahan beberapa dimensi merangkumi isu-isu pembangunan sumber manusia, menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi, dan perlindungan alam sekitar dan ekologi.6 Di samping itu, matlamat-matlamat DEB untuk mencapai pembangunan seimbang dan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama masih dikekalkan.

10.4

DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN (DPK)

Dasar Pelajaran Kebangsaan (DPK) yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961, adalah berasaskan kepada Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Matlamat utama dasar ini ialah untuk mencapai perpaduan negara yang merangkumi aspek-aspek sosio ekonomi dan politik. DPK lahir berasaskan kesedaran para pemimpin negara yang menyedari perlunya diwujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan bagi menggantikan sistem pendidikan yang diwarisi dari zaman penjajah.

Pada zaman British, tidak ada satu dasar pelajaran yang sejajar dengan tujuan dan matlamat yang tetap, sekolah-sekolah berbilang bahasa dapat berkembang mengikut kehendak-kehendak kumpulan etnik. Akibatnya wujud lima jenis sistem persekolahan yang sama sekali terasing di antara satu dengan yang lain iaitu sekolah Melayu, sekolah Inggeris, sekolah Cina, sekolah Tamil di samping sekolah Agama.

Selepas merdeka, kerajaan memberikan perhatian utama terhadap bidang pendidikan dalam membangunkan negara. Antara tujuan program pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dengan itu, ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berakhlak, berketrampilan dan sebagainya akan dapat dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Sebelum Laporan Razak 1956 disyorkan, terdapat beberapa laporan atau penyata utama yang mengemukakan syor ke arah satu sistem pelajaran kebangsaan.

10.4.1 Penyata Barnes 1950

Berdasarkan laporan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J. Barnes, beberapa cadangan telah dikemukakan iaitu

(i)

Penubuhan satu corak sekolah rendah - Sekolah Kebangsaan dibuka kepada murid

daripada semua bangsa dan diajar oleh guru-guru pelbagai bangsa dan keturunan. (ii) Memansuhkan sekolah rendah vernakular yang berbeza-beza mengikut kaum.

(iii)

Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama, manakala bahasa Inggeris

sebagai bahasa kedua. Tempoh persekolahan juga diseragamkan, iaitu selama enam tahun. Persekolahan percuma diberikan kepada semua murid.

Berdasarkan cadangan yang dikemukakan, ternyata jawatankuasa ini berhasrat untuk mengadakan sebuah sekolah bilingual iaitu aliran Melayu dan Inggeris sebagai langkah bagi memupuk integrasi di antara kaum di Tanah Melayu. Penyata Barnes dianggap sebagai laporan yang paling komprehensif dan berpengaruh sekali pernah diterbitkan. Walau bagaimanapun, Penyata ini tidak berjaya memenuhi kehendak dan aspirasi masyarakat negara ini keseluruhannya.

10.4.2 Penyata Fenn-Wu 1951

Sehubungan dengan itu, dua orang pakar bahasa dan kebudayaan Cina, Dr. William Fenn iaitu ahli akademik dari China dan Dr. Wu Teh Yao, seorang pegawai dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah diminta untuk mengkaji sistem dan pelaksanaan sekolah Cina. Penyata Fenn-Wu telah mengemukakan cadangan pada asasnya:

(i)

Menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu, bahasa Melayu, bahasa Cina dan

bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dan persediaan buku-buku teks. (ii) Menyokong pembentukan sistem pendidikan kebangsaan, sekolah Cina diteruskan

secara berasingan dan haruslah berorientasikan Tanah Melayu.

Penyata ini kemudian dikaji dengan lebih mendalam dan akhirnya meluluskan Ordinan Pelajaran 1952 dengan menyediakan dua jenis sekolah kebangsaan, satu menggunakan bahasa pengantar Melayu manakala satu lagi menggunakan bahasa pengantar Inggeris. Manakala sekolah Cina dan

Tamil tidak termasuk dalam sistem pelajaran kebangsaan. Namun Ordinan ini tidak dapat dilaksanakan berikutan kemelesetan ekonomi yang melanda negara ketika itu.

10.4.3 Penyata Razak 1956

Berikutan dengan kemenangan dalam Pilihanraya tahun 1955, satu jawatankuasa telah dibentuk oleh Kerajaan Perikatan yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Tujuan jawatankuasa ini dibentuk ialah untuk mengkaji dan menilai sistem pendidikan yang sedia ada dan mengemukakan syor-syor yang sesuai bagi mewujudkan satu dasar pelajaran yang boleh diterima oleh semua pihak. Penyata Razak mencadangkan dua perkara utama yang menjadi teras pembangunan pendidikan, iaitu

(i) (ii) padu.

Setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran. Mewujudkan satu sistem pendidikan bagi membentuk masyarakat yang bersatu

Penyata ini mengutamakan unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan negara sebagai satu matlamat yang perlu dicapai untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat majmuk di negara ini. Penyata Razak telah menyatakan:

Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.7

Jelas bahawa Penyata Razak menandakan bermulanya usaha-usaha untuk menyatukan sistem pendidikan di negara kita. Laporan ini juga telah mengesyorkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan. Ini adalah merupakan satu usaha yang baik untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan juga membentuk identiti kebangsaan. Cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran tahun 1957. Ordinan Pelajaran ini mewajibkan kurikulum sekolah yang sama kandungannya dan bercorak kebangsaan.

Pada tahun 1959, satu Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran yang dicadangkan oleh Laporan Razak. Ini memandangkan timbul bantahan dan rasa tidak puas hati rakyat berbilang kaum di Tanah Melayu. Contohnya di kalangan guru sekolah Melayu yang tidak puas hati kerana tiada ketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan. Selain itu, Persatuan Guru-guru Sekolah Cina yang berpendapat sebahagian daripada Penyata Razak mengabaikan kepentingan pendidikan, bahasa dan kebudayaan Cina. Abdul Rahman Talib yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu telah mengetuai jawatankuasa yang kemudiannya telah menghasilkan satu laporan yang dikenali sebagai Penyata Rahman Talib.

10.4.4

Penyata Rahman Talib (1960)

Penyata Rahman Talib mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu

(i) (ii) (iii)

Pelaksanaan pelajaran rendah percuma selama sembilan tahun; Kenaikan darjah secara automatik dari darjah satu hingga tingkatan tiga; Peperiksaan penilaian sekolah rendah;

(iv) (v)

Peluasan pelajaran teknik dan vokasional; dan Pengalihan bahasa pengantar.

Seterusnya laporan ini berpendapat bahawa sistem pelajaran telah dilaksanakan dengan berkesan, mengikut syor-syor Laporan Razak dan patut diteruskan. Cadangan yang dikemukan oleh Laporan Rahman Talib berikutnya dimaktubkan menjadi Akta Pelajaran 1961.

Secara umumnya, Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat. Oleh kerana masyarakat Malaysia merupakan masyarakat majmuk, maka konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu difahami sebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan masyarakat berbilang kaum.8 Perpaduan yang diwujudkan mestilah berupaya menangkis gejala-gejala seperti perkauman, keturunan, agama, bahasa, perasaan kedaerahan dan sebagainya. Pada tahun 1974, sebuah jawatankuasa kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula dasar pelajaran kebangsaan. Ia juga bertujuan untuk memperbaiki perlaksanaan dasar tersebut agar selaras dengan keperluan semasa negara khasnya dalam memenuhi keperluan tenaga kerja untuk pembangunan negara, pembinaan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Laporan jawatankuasa kebinet itu kemudiannya diterbitkan pada tahun 1979.9

Berdasarkan kajian tersebut, beberapa perubahan telah dibuat bagi memperkemaskan lagi sistem pendidikan kebangsaan selaras dengan keperluan pembangunan negara. Beberapa strategi telah diambil untuk mencapai matlamat dasar pendidikan, iaitu

(i) (ii) sekolah.

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis

(iii) (iv) (v)

Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan

yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. (vi) (vii) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan

peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar. (viii) Memperkenalkan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) yang berasaskan 3M iaitu Menulis, Membaca dan Mengira. (ix) (x) Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional. Mempelbagaikan kemudahan pendidikan di peringkat universiti, terutamanya dalam

bidang sastera gunaan dan sains gunaan. (xi) (xii) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang

wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasabahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. (xiii) Menggalakkan kegiatan ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin seperti pasukan

kadet tentera, polis, pengakap dan bomba. DPK juga dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih di samping mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Strategistrategi yang dikemukakan adalah bermatlamat untuk meningkatkan mutu pelajaran secara keseluruhannya.

10.5

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, Malaysia memerlukan satu dasar kebudayaan kebangsaan bagi mencerminkan keperibadian negara. Dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti Malaysia di peringkat antarabangsa.10

Berasaskan kesedaran tersebut, kerajaan telah menggubal satu dasar kebudayaan kebangsaan dengan mengambil kira latar belakang sejarah dan kedudukan negara ini sebagai pusat tamadun, serta pertemuan dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai pusat pertemuan telah menyebabkan berlakunya proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur budaya. Tambahan pula dengan kedudukannya yang strategik, menjadi tumpuan dan penyerapan pelbagai unsur kebudayaan yang sesuai dengan kebudayaan asal rantau ini. Kebudayaan kebangsaan hendaklah mempunyai tiga sifat berikut:

(i) (ii)

Unsur-unsur kebudayaan mestilah dapat diterima oleh semua komuniti. Apa juga asal usulnya mestilah menggambarkan ciri-ciri yang mudah dikenali

sebagai sebahagian dari keadaan tempatan. (iii) Tidak boleh membawa kesan yang buruk dalam apa juga cara terhadap nilai-nilai

asas yang menjadi pendukung kepada unsur-unsur lain.

Berdasarkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan, pada tahun 1971, tiga prinsip telah dijadikan asas ke arah pembentukan kebudayaan kebangsaan dan sebagai satu proses yang berterusan. Prinsip-prinsip itu ialah

(i)

Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Budaya Melayu merupakan

cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada hampir 200 juta umat manusia yang mendiami rantau ini11 sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah kebudayaan rakyat rantau ini dijadikan teras kepada kebudayan kebangsaan Malaysia. (ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima. Prinsip ini

bertepatan dengan suasana masyarakat berbilang kaum dan mewarisi pelbagai budaya. Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik sifatnya, sentiasa berubah dan diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.12 Oleh itu, unsur-unsur budaya Cina, India dan Arab dan lain-lain yang sesuai diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kesesuaian ini bergantung sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral dan kerohanian sejagat, serta Islam sebagai agama rasmi negara. (iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Penerimaan unsur-unsur Islam adalah sesuai dengan perkembangan sejarah negara ini yang menerima kedatangan Islam sejak 600 tahun yang lampau dan menjadi agama anutan sebahagian besar umat di rantau ini. Justeru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Pembentukan kebudayaan kebangsaan adalah diperlukan bagi mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu khususnya bagi sebuah negara membangun dan yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum seperti Malaysia. Pada asasnya, pembentukan kebudayaan kebangsaan mempunyai tiga objektif berikut:

(i) (ii) kebangsaan.

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. Mempupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang lahir dari kebudayaan

(iii)

Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian

yang seimbang dengan aspek pembangunan sosio ekonomi.

Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

(i)

Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-

asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; (ii) Meningkat dan memperkukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha

membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; (iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan

dan nasionalisme; (iv) (v) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Beberapa pihak telah terlibat sebagai penggerak ke arah pelaksanaan dasar ini. Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan merupakan pihak yang berkuasa dalam hal ini dan usaha mereka tidak akan berjaya tanpa kerjasama badan-badan lain termasuk kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kesenian.

10.6

WAWASAN 2020

Pada 28 Februari 1991, Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk Malaysia: The Way Forward di Majlis pelancaran Malaysian Business Council.13 Kertas kerja ini mengandungi satu rangka kerja mengenai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 - dikenali sebagai Wawasan 2020.14

Sebenarnya Wawasan 2020 bukanlah merupakan sebuah dasar khas, sebagaimana dasar-dasar lain yang dibincangkan sebelum ini. Ia merupakan suatu tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan 2020 wajar dibincangkan di sini kerana ia berkaitan rapat dengan usaha kerajaan untuk membangunkan dan mencapai taraf sebuah negara maju.

Wawasan 2020 menekankan sembilan bentuk cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia, iaitu

(i)

Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa

hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. (ii) Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya,

yakin akan dirinya sendiri, bangga akan keadaannya kini dan segala sesuatu yang telah dicapainya, dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan, benar-benar menyedari segala kemungkinan dirinya, tidak terkongkong jiwanya, dan dihormati pula oleh bangsa lain.

(iii)

Membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokratis yang matang,

yang mengamalkan sesuatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul, berasaskan muafakat dan musyawarah, dan boleh dicontohi oleh negara-negara membangun lain. (iv) Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para

warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. (v) Membentuk sebuah masyarakat yang matang yang bersifat toleran, dengan setiap

warga bangsa Malaysia, tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya, bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan agamanya masingmasing, tanpa merasa tersisih daripada bangsa tersebut. (vi) Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan

berpandangan jauh ke hari muka, iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. (vii) Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem

sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan pada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap. (viii) Menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya. Masyarakat itu

akan menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil lagi saksama, dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk selaga terdapat penentuan fungsi ekonomi berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok kaum yang tertentu. (ix) Membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu

menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.15

Cabaran-cabaran di atas telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu berkenaan termasuklah:

(i)

Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Rakyat di negara ini tidak lagi

diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Bagi membentuk satu negara bangsa Malaysia, beberapa istilah tertentu seperti perpaduan kaum, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlu difahami dan diamalkan. (ii) Negara Perindustrian. Mengubah corak ekonomi dari negara pertanian kepada

perindustrian bagi mencapai status sebagai negara maju. Ini bermakna, rakyat harus bersedia bukan sahaja dalam proses perubahan dari kehidupan bertani kepada perindustrian, tetapi juga perubahan dalam teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. (iii) Moral dan Etika. Berlainan dengan konsep negara maju yang lebih bercirikan

kebendaan, negara maju ala-Malaysia berpegang kepada falsafah moral dan etika yang berasaskan kepercayaan agama. Tanpa nilai-nilai ini, kesejahteraan dan keharmonian yang wujud tidak akan berkekalan, sebaliknya membawa keburukan. (iv) Keadilan Ekonomi dan Sosial. Aspek ini merupakan penegasan semula ke atas isu-

isu yang menjadi perhatian utama seperti pembasmian kemiskinan dan keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan di antara bandar dan luar bandar. Wawasan 2020 meminta semua rakyat Malaysia tidak membuat tafsiran salah terhadap bantuan yang diberi kepada sesuatu kaum tertentu. Sebaliknya ia merupakan usaha bagi membaiki ketidakseimbangan yang wujud dalam masyarakat. Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan. Hakikat bahawa keluarga adalah asas pembentukan masyarakat dan masyarakat menjadi asas pembinaan negara tidak dinafikan. Ini bermaksud, kekuatan dan kemajuan sesebuah negara terletak pada keluarga dan masyarakat. Dengan itu, nilai dan cara hidup (seperti masyarakat penyayang) perlulah dibentuk pada peringkat awal lagi iaitu melalui institusi keluarga.16

10.7

KESIMPULAN

Dasar-dasar kerajaan digubal dan dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai sosio-ekonomi dan politik negara pada satu-satu masa. Oleh kerana sifatnya yang dinamik, maka dasar-dasar kerajaan sentiasa berubah-ubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan pucuk pimpinan dari semasa ke semasa. Selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei, segala dasar yang digubal khususnya pada awal tahun 1970an, adalah berteraskan DEB sebagai dasar induk yang bertujuan untuk mencapai perpaduan negara. Pada masa kini dasar-dasar kerajaan adalah berteraskan Wawasan 2020 sebagai memenuhi hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Namun prinsip-prinsip asas dasar-dasar berkenaan tetap kekal seperti asal. Apa yang beza adalah pendekatan kerana ia perlu disesuaikan dengan perubahan masa.

Anda mungkin juga menyukai