Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 5

2012

LAPORAN PENGENALAN : Persaingan sihat sesama murid untuk mendapat tempat pertama di dalam kelas semakit sengit. Cabaran ini perlu diharungi oleh murid dengan berusaha dengan lebih baik agar turut bersama dalam kelompok cemerlang. Ibu bapa adalah nadi kepada kemajuan dan perkembangan minda mahupun fizikal anak mereka. Penglibatan secara langsung dalam membesarkan mereka dan melihat mereka berjaya adalah impian semua ibu bapa di dunia ini. Mereka mahukan agar anak mereka membalas jasa dan titik peluh mereka bekerja salama ini dengan hadiah segulung ijazah yang mampu menitiskan air mata kegembiraan.

RASIONAL :

Program ini adalah untuk memastikan bahawa semua Ibu bapa Tahun 5 yang menyertainya mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran, sosial anak-anak mereka. Ia juga turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan perlu kepada ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2013. Siri ceramah dan informasi yang diberikan oleh Guru Besar dapat memberikan impak kepada ibubapa yang hadir dari segi kawalan emosi dan teknik mengawal tingkahlaku anak mereka supaya menjurus kepada prilaku pelajar yang cemerlang. Info tambahan yang diberikan adalah berupa pengetahuan disusuli dengan etika sosial yang patut diamalkan agar anak-anak mereka berakhlak mulia. 1. Menyediakan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. 2. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah yang positif. 3. Prestasi pelajar meningkat dan dapat mengharumkan nama sekolah.

MATLAMAT :

OBJEKTIF :

1. Peserta mengenali serta tahu pestasi semasa anak mereka dalam akademik terutamanya keputusan peperiksaan anak mereka samada naik atau menurun. 2. Peserta tahu tentang perkembangan aktiviti akademik dan kokurikulum anak mereka di sekolah. 3. Peserta tahu tentang disiplin serta masalah sosial yang kerap berlaku di sekolah yang melibatkan Tahun 5

UBK SKHMC

PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 5

2012

SASARAN :

Semua Ibu Bapa Tahun 5 Sesi 2012

TARIKH:

Program telah dijalankan pada 28 Januari 2012

TEMPAT :

Kantin SKHMC

MASA DAN JADUAL:

BIL AKTIVITI 1. Kata aluan Pengacara Majlis mengalu-alukan kedatangan Ibu Bapa 2. 3. Bacaan Doa Taklimat & Amanat Tuan Guru Besar En. Mohammad Rosli Bin Jaafar 4. Taklimat Disiplin dan sosial 5. REHAT

WAKTU 8.00 8.10 pg

TINDAKAN Guru Bimbingan

8.10 8.13 pg

Ustaz Jemputan Guru Besar

8.15 9.00 pg

SKHMC

9.00 pg 9.10 pg Penolong Kanan HEM 9.50 10.20

UBK SKHMC

PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 5

2012

ANALISIS SWOT
Peserta mengenali serta tahu pestasi semasa anak mereka dalam akademik terutamanya keputusan peperiksaan anak mereka samada naik atau menurun. KEKUATAN Penceramah menyatakan keputusan peperiksaan dalam bentuk graf sebagai panduan dan mudah untuk dilihat. Penceramah mengingatkan ibu bapa agar memantau buku latihan serta helaian latihan yang diberikan oleh guru. KELEMAHAN Faktor keletihan setelah penat bekerja membuatkan ibu bapa kurang prihatin terhadap apa yang dilakukan oleh anaknya di sekolah. PELUANG Ibu bapa sering dihubungi oleh guru kelas dari semasa ke semasa. OBJEKTIF Peserta tahu tentang perkembangan aktiviti akademik dan kokurikulum anak mereka di sekolah. KEKUATAN Penceramah menekankan bahawa pihak sekolah sentiasa membuat makluman awal melalui surat dan blog sekolah. KELEMAHAN Murid kehilangan surat makluman dan tidak semua ibu bapa mempunyai kemudahan set komputer. PELUANG Kakitangan di pejabat sekolah boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat terkini kegiatan yang dijalankan di sekolah. OBJEKTIF Peserta tahu tentang disiplin serta masalah sosial yang kerap berlaku di sekolah yang melibatkan Tahun 5 KEKUATAN Penceramah menerangkan dengan jelas bahan dan buku latihan yang perlu bagi murid tahun 6. Penceramah menunjukkan contoh buku latihan yang digunakan oleh anak mereka. KELEMAHAN Ibu bapa tidak memantau keperluan anak mereka dari segi bahan rujukan samada cukup atau tidak. PELUANG Bahan rujukan dan latih tubi juga mudah didapati di kedai buku biasa seperti Popular. OBJEKTIF

UBK SKHMC

PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 5

2012

KEHADIRAN : Secara keseluruhannya, kehadiran boleh dikatakan memuaskan, 87% ibu bapa murid Tahun 6 menghadiri program ini dengan jayanya. Selain itu terdapat ibu bapa yang tidak dapat hadir mungkin disebabkan oleh bekerja dan cuti tidak diluluskan.

Laporan disediakan oleh :

..................................... (AHMAD KAMIL BIN SHARUDIN) Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Hj Mahmud

Disemak dan disahkan oleh :

(MOHAMMAD ROSLI BIN JAAFAR) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Hj Mahmud Chemor

UBK SKHMC

PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 5

2012

LAPORAN BERGAMBAR

UBK SKHMC