kepada tuhan .Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara yang berdaulat.Ini diantara resipi kejayaan Negara dalam menyatupadukan rakyat.Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing maka prinsip ini telah dipilih oleh Jawatankuasa Penggubal Rukun Negara sebagai prinsip yang pertama dalam Rukun Negara. Kepercayaan kepada tuhan merupakan salah satu dari lima prinsip rukun negara.Secara umumnya kepercayaan itu bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara .Biasanya,seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan pasti atau kepastian terhadap perkara yang berkenaan. Dari sudut psikologi pula kepercayaan adalah sesuatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap kedudukan memihak .Dalam konteks agama pula kepercayaan itu merujuk pada Akidah dan Iman seseorang individu tersebut.Kepercayaan juga sebagai batu asas dalam pembetukan moral seseorang individu. Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap memihak,kerana ia sentiasanya melibatkan penekanan ,penuntutan dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu.Kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih,dan mungkin palsu secara objektif,tetapi bagi individu yang berkenaan ia adalah sahih.Manakala maksud tuhan ialah sesuatu(seperti dewa dan sebagainya)yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayan mereka tidak berasaskan kepercayaan mereka tidak berasaskan kepada Tuhan Yang Esa.Secara keseluruhannya definisi kepercayaan kepada tuhan ialah keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing.Dalam erti kata yang lain ialah setiap kaum di Malaysia tidak terikat pada satu agama sahaja malahan mereka bebas mengamalkan kepercayaan atau anutan agama masing-masing. Masyakat di Malaysia turut dikenali sebagai masyarakat majmuk yang membawa maksud masyarakat yang terdiri dari berbilang kaum seperti India, Cina, Melayu ,Serani, Kadazan, Bidayuh dan sebagainya.Masyarakat ini juga mempunyai kepercayaan atau agama masing-masing. Antaranya islam, hindu, kristian dan sebagainya .
Antara salah satu objektif mengapa kepercayaan kepada tuhan dipilih antara salah satu prinsip Rukun Negara ialah agama dijadikan pegangan utama rakyat Malaysia kerana ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, sesuatu bangsa dan juga negara. Pegangan yang kukuh terhadap agama akan dapat menahan seseorang itu daripada melakukan jenayah dan juga kejahatan. Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa agama Islam sebagain agama rasmi Persekutuan, akan tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. Kesimpulannya Penerapan terhadap kepercayaan beragama ini boleh
mengukuhkan ikatan pelbagai kaum di Malaysia.Disamping itu mereka turut mempunyai jati diri yang padu selain bersifat terbuka terhadap kepercayaan rakyat pelbagai bangsa ini.Ketiadaan agama pula boleh menyebabkan keruntuhan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.Kepentingan beragama bagi setiap bangsa teramatlah perlu dalam kehidupan.
Prinsip Rukun Negara yang kedua pula ialah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Menurut Kamus Dewan maksud kesetiaan ialah perihal setia,keteguhan hati, dan ketaatan.Istilah kesetiaan ini wujud dalam sesuaru kebudayaan atau peradapan.Lain kebudayaan atau peradapan mungkin menggunakan makna kesetiaan yang berlainan.Manakala maksud perkataan raja atau sultan ini berasal dari perkataan bahasa arab yang membawa maksud kekuatan,kuasaatau kedudukan pemerintah.Perkataan ini dipergunakan sebagai pemerintah-pemerintah islam yang menuntut kedaulatan yang penuh dari segi praktik(iaitu tidak bergantung kepada sebarang pemerintah yang lebih tinggi).Menurut kamus dewan pengertian negara pula ialah suatu wilayah di permukaan bumi yang kekuasaannya baik politik ,ketenteraan,ekonomi,sosial mahupun budayanya diatur oleh kerajaan yang berada di kawasan tersebut.Negara juga adalah satu organisasi masyarakat yang mempunyai rakyat dalam satu wilayah tersebut dengan sejumlah orang menerima kewujudan organisasi ini
Definasi keseluruhan prinsip rukun negara kedua ini iaitu kesetiaan kepada raja dan negara ialah semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri .Raja juga adalah sebagai simbol penyatuan rakyat dan yang paling penting sekali sebagai pelindung kepada hak istimewa peribumi .Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.Kedaulatan dan kuasa raja berkekalan dan terjamin sebagaimana mengikut perkara 181(1),Perlembagaan Persekutuan iaitu: 181.(1) Subject to the provisions of this Constitution, the sovereignty, prerogativies, powers and jurisdicition of the Rulers and the the provisions of this Constitution, the jurisdiction of the Ruling Chiefs of Negeri Sembilan within their respective territories as hitherto had and enjoyed shall remain unaffected"
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Ini menunjukkan bahawa sistem demokrasi berpalimen dan raja berpelembagaan adalah suatu sistem yang amat unik bagi negara Malaysia yang penduduknya terdiri dari berbilang kaum.Hakikatnya sistem ini memelilhara perpaduan kaum di Negara Malaysia . usteru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia
kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah payung negara yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali. Kesimpulannya raja adalah simbol kedaulatan negara Malaysia .Apabila raja ditaati maka secara praktikalnya negara juga menjadi aman makmur dan terpelihara daripada gangguan anasir-anasir luar yang cuba mengganggu gugat keamanan dan kestabilan negara.Taat setia kepada raja juga membawa makna setia kepada negara juga.Menderhaka kepada raja seperti juga tidak setia kepada negara kerana jika kita setia kepada raja maka sekaligus kita setia pada negara juga.
EMUA kerajaan di dunia menganggap bahawa kesalahan paling besar yang boleh dilakukan oleh warganya terhadap negara dan bangsa ialah menderhaka kepada negara itu. Tanggapan ini ada kaitannya dengan konsep setia pada negara. Orang yang setia pada negaranya tidak akan menderhaka kepada negaranya. Perasaan setia atau cinta pada negara boleh lahir secara spontan, yakni tidak dipaksa-paksakan oleh sesiapa atau mana-mana pihak berkuasa. Perasaan ini boleh disebut sebagai perasaan asaliah. Orang berasa terikat kalau tidak pun cinta pada tanah airnya kerana itulah tempat tumpah darahnya, atau tempat lahir nenek moyangnya. Di situlah kampung halamannya, di situlah dia mencari rezekinya, dan di situlah dia dan keluarganya hidup dan mati. Pepatah Melayu hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri atau di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung menunjukkan perasaan taat dan setia yang tulen pada tanah airnya, pada negerinya atau menurut istilah baru, negaranya. Selalunya, dalam keadaan biasa, orang tidak menyedari adanya perasaan ini dalam sanubari mereka. Kesedaran ini timbul dalam keadaan tertentu, misalnya apabila negara atau tanah air mereka diancam oleh musuh dari luar. Dalam keadaan demikian, kesetiaan rakyat terhadap negaranya akan teruji. Orang akan bersatu padu untuk menentang musuh luar itu, malah mereka sanggup menyabung nyawa untuk memper tahankan tanah airnya daripada serangan dan pencerobohan musuh asing.