Anda di halaman 1dari 3

TAFSIR AYAT

Allah memulakan surah ini dengan suatu perintah agar manusia memohon perlindungan daripadaNya, Tuhan yang memelihara, membimbing dan menjaga. Al-Rabb dalam surah ini membawa maksud yang luas termasuk yang mengarah, menjaga, membimbing, memelihara dan melindung. Dengan kefahaman ini, membolehkan kita merasakan betapa dekatnya Allah dengan kita, Tuhan yang mengenali diri anda lebih daripada anda mengenali diri sendiri. Pengakuan Allah selaku raja dan sembahan manusia juga sepatutnya membawa rasa takut kita kepada kekuasaanNya yang mempu berbuat apa sahaja. Pada masa yang sama, kita turut diberikan harapan oleh Allah yang rahmatnya tiada terbatas.

Bahagian kedua surah ini pula menceritakan hakikat syaitan, musuh kita yang lemah pada azalinya, namun jauh lebih kuat daripada hati-hati manusia yang tidak mengenal Rabbnya. Syaitan tidak mampu berbuat kerosakan, melainkan membisikkan serta melemparkan hasutan berbau kejahatan pada hati manusia yang mudah alpa. Manusia sendiri yang seterusnya terpengaruh lalu melakukan kerosakan pada dunia dengan tangan mereka masing-masing. Syaitan juga punya perangai si penakut. Dia hanya muncul dalam hati kepunyaan mereka yang tidak teguh imannya, yang merasa seronok dengan perlakuan maksiat berterusan serta tidak yakin akan agungNya kekuasaan Allah, penguasa hari pengadilan ( Hari di mana tiada ibu yang sanggup melindungi walau anak yang baru dilahirkannya ).

Seterusnya, Allah mengingatkan kita tentang adanya syaitan di kalangan manusia. Iaitu manusia yang zalim pada manusia lain, pengumpat dan pemfitnah yang tidak pernah kenyang memamah daging saudara sendiri serta mereka yang tenggelam dalam nafsu seranah.

PENGAJARAN SURAH

Pengajaran dari surah ini ialah: 1. Kita semua wajib menyembah Allah 2. Allah SWT sahaja yang memelihara sekelian manusia 3. Syaitan itu yang selalu membisik dan menghasut kita 4. Syaitan itu membisikkan ke dalam hati-hati manusia, jika hati itu kuat maka tewaslah syaitan itu. Tapi sebaliknya jika hati itu lemah maka berjayalah mereka menghasut manusia. 5. Dan kejahatan itu bukan sahaja berpunca dari syaitan tetapi juga dari manusia ( manusia yang berhati syaitan dan yang bersekutu dengannya ).