Anda di halaman 1dari 18

1.

Pengenalan Falsafah tidak dinafikan kepentingannya kepada kehidupan manusia.

Setiap individu secara tidak langsung mempunyai falsafah di dalam kehidupannya kerana falsafah berhubung kait dengan kebenaran dan fitrah manusia ke arah kebenaran. Falsafah membantu manusia dalam usaha membangunkan kebolehan mengatasi masalah yang timbul bagi mendapatkan jawapan yang lebih rasional, bijaksana dan jelas. Selain itu falsafah mampu membantu manusia dalam membentuk suatu pandangan yang sistematik ke atas setiap sesuatu yang terdapat di alam semesta ini. Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan, malahan ia juga menjadi panduan yang amat penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan tersebut. Proses mendidik pelajar perlu berlangsung secara terancang dan sistematik kerana tanpa ciri tersebut proses ini akan mengalami banyak masalah dan halangan sehingga tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Daripada mazhab falsafah umum Barat, lahir banyak falsafah pendidikan yang berasas kepadanya. Falsafah Pendidikan Barat terbahagi kepada dua iaitu tradisional dan moden. Falsafah Pendidikan Barat ini membincangkan aspek-aspek pendidikan yang muncul di dalam masyarakat barat. Aliran fahaman pendidikan ini termasuklah Perenialisme, Esensialisme, Progresivisme dan Rekonstruksionisme. Ia bermula daripada falsafah umum seterusnya melahirkan falsafah-falsafah pendidikan seperti falsafah umum pragmatisme, idealisme, realisme dan eksistiensialisme. Ahli-ahli falsafah memberi makna kepada konsep-konsep sejagat yang mendefinasikan proses pendidikan seperti konsep pembelajaran, kurikulum dan sebagainya.

2.0

Definisi Falsafah Pendidikan Barat

Pendidikan adalah bertujuan mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia.

Froebel

Pendidikan sebagai suatu proses yang memberikan bantuan kepada setiap individu supaya hidup dengan penuh kegembiraan. John Stuart Mill

Orang berpendidikan sempurna akan bersedia ikhlas T.H Huxley untuk berkhidmat dan demi patuh kemajuan diri dan masyarakatnya, serta dalam pekerjaan kepada segala undang-undang.

Pendidikan sebagai proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan sosial kanak-kanak.

Maria Motessori

Pendidikan merupakan suatu proses perkembangan mengatur ilmu menambahkan individu lagi dan usaha untuk pengetahuan

pengetahuan

semulajadi yang ada padanya supaya John Dewey hidup dengan lebih berguna.

3.0

Falsafah Pendidikan Barat Tradisional dan Moden Falsafah Pendidikan Barat mempunyai asasnya dalam falsafah umum.

Falsafah tradisional dan moden berbeza dari segi cara mereka melihat perhubungan di antara matlamat dan kaedah. Falsafah tradisional mengambil kira bahawa matlamat adalah di luar kawalan individu. Manusia bebas memilih kaedah untuk mencapai matlamat, sebaliknya falsafah moden menyuarakan bahawa individu boleh menentukan ke dua-dua matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara Falsafah Pendidikan Barat Tradisional dengan Falsafah Pendidikan Barat Moden berdasarkan ciri-ciri berikut :-

3.0.1 Masyarakat dan Pendidikan

Falsafah Pendidikan Barat Tradisional Sekolah formal Sekolah agen kebudayaan Pendidikan matlamat masyarakat Pengetahuan sediakan pelajar untuk demokrasi institusi pendidikan

Falsafah Pendidikan Barat Moden

Rumah formal

institusi

pendidikan

Sekolah memajukan masyarakat Pendidikan kembangkan potensi Pengalaman sekolah sebenar. demokrasi di

menyediakan demokrasi

pengetahuan untuk

Pendidikan kembangkan kognitif (akademik)

Pendidikan bersepadu (kognitif, moral dan sosial)

Nilai bersifat objektif dan tetap (berasaskan persetujuan)

Nilai

bersifat

subjektif

(pandangan individu)

Jadual 3.1 : Falsafah Pendidikan Barat Tradisional dan Moden dari aspek masyarakat dan pendidikan.

3.0.2 Pengetahuan dan Pembelajaran Falsafah Pendidikan Barat Tradisional Tumpuan terhadap pengetahuan dan maklumat Fokus kepada subjek Kandungan subjek:
a. b. c.

Falsafah Pendidikan Barat Moden

Tumpuan terhadap penyelesaian masalah dan peranan individu

Fokus terhadap pelajar Kandungan subjek: Pilihan guru dan pelajar Susunan ikut kefahaman Orentasi semasa dan

Pilihan guru Penyusunan berurutan Orentasi perkara lampau

hadapan

Kandungan

subjek

dibahagi

Kandungan bersepadu

subjek

secara

kepada beberapa bidang Rancangan pengajaran disusun mengikut topik

Rancangan pengajaran disusun mengikut minat dan masalah

Jadual 3.2 : Falsafah Pendidikan Barat Tradisional dan Moden dari aspek pengetahuan dan pembelajaran.

3.0.3 Pengajaran Guru Falsafah Pendidikan Barat Tradisional

Falsafah Pendidikan Barat Moden

Orentasi teks dan bilik darjah

Orentasi pelbagai bahan dan masyarakat

Berkumpulan keseluruhan Jadual tetap dan masa seragam Pengajaran berpusatkan guru

Keseluruhan, kecil dan individu Jadual anjal dan masa fleksibel Pelajar heterogeneous berbeza dan kumpulan program

dan pelajar pasif

Keseragaman pengalaman bilik darjah dan situasi pengajaran

Kepelbagaian pengalaman bilik darjah dan situasi pengajaran

Jadual 3.3 : Falsafah Pendidikan Barat Tradisional dan Moden dari aspek pengajaran guru.

3.0.4 Tujuan dan Program Falsafah Pendidikan Barat Tradisional

Falsafah Pendidikan Barat Moden

Fokus kepada sastera dan sains

Sepadu (sastera, subjek praktikal dan vokasional)

Pengkhususan

Umum

Kurikulum ditentukan

Kurikulum berasaskan keperluan dan minat pelajar

Standard cemerlang.

yang

tinggi

dan khas

Standard mereka rendah

yang yang

setara

dan

Tumpuan

fleksibel. Tumpuan khas kepada pencapaiannya

kepada mereka yang cemerlang

Jadual 3.4 : Falsafah Pendidikan Barat Tradisional dan Moden dari aspek tujuan dan program.

4.0

4 Falsafah Pendidikan Barat Falsafah Pendidikan Barat menekankan nilai sesuatu ilmu sebagai

keperluan untuk membezakan taraf individu dengan individu yang lain. Empat daripada falsafah pendidikan barat yang terkenal ialah Perenialisme dan Esensialisme yang dikategorikan sebagai Falsafah Pendidikan Barat Tradisional, manakala Progresivisme dan Rekonstruksionisme dikategorikan sebagai Falsafah Pendidikan Barat Moden.

Falsafah Pendidikan Barat Tradisional

Perenialisme

Esensialisme

Falsafah Pendidikan Barat Moden

Progresivism e

Rekonstruksi onisme Rajah 4.1: Falsafah Pendidikan Barat Tradisional dan Falsafah Pendidikan Barat Moden.

4.0.1 Perenialisme

Rajah 4.2 : Ahli-ahli falsafah Perenialisme

Perenialisme ialah falsafah pendidikan yang tertua, tradisional dan dikatakan paling konservatif. Ahli falsafah perenialisme ialah seperti Jacques Maritain, Robert M.Hutchins dan Mortimer J.Adler. Falsafah pendidikan ini banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme dan realisme yang berpunca daripada pemikiran Plato dan Aristotle. Perenialisme berlandaskan kepada pegangan bahawa ilmu yang terkumpul sejak awal peradaban manusia harus dijadikan asas bagi pendidikan dan perlu disampaikan kepada generasi berikutnya. Menurut falsafah pendidikan ini, tabii manusia bersifat tetap. Oleh yang demikian, prinsip pendidikan adalah tetap dan berulang. Nilai moral dan kemampuan rasional manusia semakin hari semakin merosot kerana pengaruh materialisme, pragmatism dan fahaman sains. Perkara

ini perlu diselamatkan melalui sistem pendidikan. Tujuan pendidikan ialah untuk membantu pelajar mencari dan menghayati kebenaran yang berkekalan sepanjang peradaban manusia. Oleh kerana kebenaran ini bersifat sejagat dan tidak berubah, maka ia harus dijadikan matlamat pendidikan yang tulen. Kebenaran tersebut boleh diperolehi pelajar melalui latihan intelek yang bertujuan mendisiplinkan minda. Minda manusia adalah bersifat rasional dan boleh dibentuk. Pembentukan dan latihan peribadi juga penting bagi pembangunan dan perkembangan rohani. Menurut perenialisme lagi, pendidikan ialah ke arah mendapatkan kebenaran seterusnya memahami kebenaran tersebut. Sehubungan itu, pendidikan adalah juga latihan bagi membentuk dan memperkembangkan mental dan intelektual. Pendidikan adalah untuk menyelaraskan manusia kepada kebenaran kerana kebenaran ialah untuk kehidupan semua manusia. Kebenaran juga boleh diperoleh daripada pemikiran orang terdahulu tentang tamadun manusia. Kebenaran yang dicari adalah bersifat sama dan sarwajagat yang tidak mengikut tempat, masa dan keadaan. Matlamat pendidikan ialah untuk mengasimilasikan pelajar dengan kebenaran. Perenialis mempercayai pendidikan berpotensi kepada pelajar yang pandai sahaja, dan pelajar yang lemah perlu diberi latihan vokasional. Perlaksanaan kurikulum dalam pendidikan seperti yang dicadangkan oleh falsafah ini adalah berpusatkan kepada mata pelajaran dan sama untuk semua pelajar sama ada suka atau tidak. Mengikut falsafah ini juga, pemilihan mata pelajaran secara elektif tidak digalakkan sama sekali memandangkan para pelajar belum bersedia dan belum cukup matang dalam membuat pilihan sendiri. Mata pelajaran pula tertumpu kepada unsur ilmu kemanusiaan, kesusateraan, matematik, sejarah, doktrin dan maklumat daripada buku yang ternama atau buku orang yang terdahulu. Guru ialah orang berautoriti. Ilmu dan pengetahuannya tidak boleh dipersoalkan. Oleh yang demikian, guru mesti menguasai ilmu dengan baik. Kaedah pengajaran Sokratik dengan Pendedahan secara lisan, kuliah dan penghuraian ialah yang sering digunakan. Pelajar ialah seperti span yang menyerap semua pengetahuan yang diberi oleh gurunya. Guru ialah pakar, menguasai bidang ilmu dan pengetahuan serta kemahiran menyampaikan

kebenaran kepada generasi baru. Sekolah hendaklah menyediakan kanak-kanak supaya mereka berupaya hidup dalam masyarakat dewasa. Tujuan pendidikan dalam perenialisme ialah termasuk mencari dan menyebarkan kebenaran. Oleh yang demikian, tujuan pengajaran bukanlah semata-mata menyampaikan maklumat kepada pelajar sahaja tetapi juga membantu mereka untuk member makna, kebenaran, susunan dan hubungannya dengan pengalaman lampau supaya apa yang dipelajari akan menjadi lebih bermakna pada diri pelajar.

4.0.2 Esensialisme

Rajah 4.3 : Ahli-ahli falsafah Esensialisme

Falsafah pendidikan ini mula diguna pakai dalam pemikiran pendidikan oleh William C. Bagley. Tokoh lain yang ada kaitan dengan falsafah esensialisme ialah seperti James B.Conant, Hyman G.Rickover, Thomas Briggs, Frederick Breed dan Issac L. Kandel. Esensialisme termasuk dalam kategori falsafah pendidikan yang tradisional dan konservatif. Falsafah pendidikan ini mempunyai pegangan bahawa

pendidikan adalah melalui pengetahuan teras yang berkumpul dan berkekalan buat beberapa lama bertujuan untuk menyampaikan warisan budaya dan sejarah. Falsafah essentialisme ini juga melihat kepada apa yang perlu dan penting dalam hidup untuk kehidupan yang sempurna dan baik di mana pendidikan adalah penting sebagai persediaan untuk pekerjaan dan kewarganegaraan dengan menggalakkan perkembangan intelek dan kecekapan individu. Pengetahuan yang diperoleh melalui pendidikan boleh diamalkan supaya menjadi ilmu agar individu dapat memainkan peranan yang produktif dalam masyarakat. Pengetahuan yang bersifat teras wajar disampaikan kepada semua pihak terutama sekali kepada para pelajar. Pengetahuan ini, bersama-sama dengan kemahiran, sikap dan nilai yang sesuai dan merangkumi unsur-unsur yang sangat diperlukan dianggap penting dan wajar diketengahkan. Pembelajaran adalah usaha dan aplikasi yang bersungguh-sungguh dengan guru lebih banyak peranannya berbanding para pelajar. Bahan pengajaran yang diguna pakai atau kurikulumnya dalam proses pendidikan adalah telah ditentukan oleh guru. Guru ialah individu yang berada di tengah-tengah alam pendidikan yang bermaksud guru dianggap sebagai pakar dalam pelbagai disiplin dan sebagai role model yang harus dicontohi. Guru perlu diberi penghormatan kerana penguasaan, kepakaran dan kewibawaannya sebagai guru. Kelas atau bilik darjah ialah di bawah pengaruh dan kawalan guru. Guru mestilah mempunyai pendidikan liberal yang mengetahui pengetahuan dalam bidang pembelajaran seperti psikologi kanak-kanak, proses pembelajaran, pedagogi dan lain-lain. Guru juga bertanggungjawab mengajar nilai-nilai tradisional selain menjadi model bernilai yang dicontohi. Oleh yang demikian, esensialisme lebih banyak meletakkan pendidikan di bahu guru berbanding pelajar. Kurikulum yang dilaksana dalam pendidikan adalah berpusat kepada mata pelajaran, namun esensialisme agak berbeza dengan perenialisme kerana lebih memfokus kepada masa hadapan. Di peringkat sekolah rendah, penekanan ialah kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Esensialisme yakin bahawa pengajaran adalah sebagai penyebaran pengetahuan kemahiran dan nilai yang benar-benar diperlukan.

10

Di peringkat menengah pula, penekanan adalah lebih intensif dan diperluaskan meliputi mata pelajaran yang berunsurkan matematik, sains, ilmu kemanusiaan, bahasa dan kesusasteraan. Penguasaan unsur dalam bidang ini dilihat sebagai asas yang perlu bagi pendidikan am untuk mencapai tahap kehidupan yang memuaskan. Pembelajaran secara rapi dengan disiplin-disiplin yang dimaksudkan akan membangun minda pelajar dan serentak dengan itu, menyedarkan pelajar kepada persekitaran fizikalnya. Penguasaan fakta dan konsep yang asas bagi setiap disiplin dianggap sangat mustahak. Fahaman essentialisme mengesyorkan supaya pelajar mesti berdisiplin sekiranya hendak maju dalam pendidikan. Ini kerana pelajar mungkin berhadapan dengan perkara yang membosankan dan tidak diminati. Keadaan ini memerlukan mereka tabah, konsisten dan bersungguh-sungguh untuk menguasai perkara yang dipelajari itu. Oleh itu, ilmu yang diperoleh dengan berkesan juga bergantung kepada kerajinan pelajar. Mengikut falsafah esensialisme, sekolah memainkan peranan sebagai badan yang mengekal, memelihara dan menyebarkan warisan budaya dan sejarah melalui kebijaksanaan dan pengetahuan yang terkumpul dalam disiplin berkaitan kepada kanak-kanak dan generasi yang berikutnya. Sekolah juga sebagai tempat di mana setiap pelajar akan memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang akan membantunya menjadi anggota masyarakat yang berguna di suatu masa kelak. Nilai masyarakat diajar sepanjang masa persekolahan.

4.0.3 Progresivisme

11

Rajah 4.4 : Ahli-ahli falsafah Progresivisme

Progresivisme diasaskan oleh Jean J.Rousseau (1712-1778), Heinrich Pestalozzi (1746-1827) dan Freidrich Froebel (1782-1852). Progresivisme berkembang daripada pragmatisme yang kemudian dikembangkan oleh John Dewey. Ahli progresivisme mempercayai bahawa kebenaran adalah relatif dan tentatif. Aliran pemikiran dalam progresivisme adalah bertentangan dengan aliran pemikiran dalam perenialisme. Sebagai falsafah pendidikan, progresivisme mengambil asas daripada falsafah umum pragmatism yang dipelopori Charles Pierce, Charles Darwin, William James, William Kilpatrick dan John Dewey. Namun pemikiran dan penulisan Dewey adalah yang banyak mempengaruhi falsafah progresivisme ini. Mereka bersetuju bahawa pengalaman manusia adalah asas kepada pengetahuan manusia. Ilmu membawa seseorang ke arah pertumbuhan dan perkembangan. Memandangkan pengetahuan boleh menerangkan realiti masa kini,maka kanakkanak hendaklahdiajarkan cara berfikir berbanding dengan hal yang perlu difikirkan. Kelahiran individu manusia ke dunia ini bersifat suci serta semula jadi seperti kain putih. Corak individu manusia pada masa hadapan adalah dipengaruhi dan sangat bergantung kepada persekitaran yang ada. Oleh yang demikian pendekatan yang diambil dalam pendidikan adalah perlu secara semula jadi dan mengikut tabii pelajar serta alam sekitarnya. Para pelajar lebih banyak berperanan dalam aktiviti pembelajaran mereka. Peranan guru ialah sebagai pembimbing dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Sehubungan itu, sekolah ialah unit masyarakat yang bersifat demokratik. Oleh sebab, progressivisme mempercayai bahawa kanak- kanak akan memilih yang paling baik bagi diri mereka maka kurikulum hendaklah berdasarkan minat, kandungan

12

antara disiplin,dan aplikasi masalah manusia. Ahli progressivis menggalakkan pelbagai kaedah alternative seperti aktiviti, pengalaman, penyelesaian masalah dan projek. Kurikulum yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan berkisar kepada pengalaman, peribadi dan sosial pelajar. Kurikulum adalah berteraskan kepada subjek sains sosial. Walau bagaimanapun, kurikulum yang bersifat merentas disiplin adalah diperlukan kerana dalam kehidupan, aktiviti penyelesaian masalah adalah melibatkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan logik matematik dan proses inkuiri saintifik. Sumber muktamad bukanlah daripada buku sebaliknya, buku hanyalah sebagai alat dalam proses pembelajaran. Mengikut progresivisme, guru bukanlah sebagai pendita yang menguasai dan seterusnya membekali pelajar dengan segala ilmu. Peranan guru berbeza dengan yang terdapat dalam aliran lain. Guru ialah pembimbing pelajar kerana pelajar berkeupayaan memikir, meninjau dan membuat penerokaan sendiri mengenai keperluan dan minat masing-masing. Guru juga berperanan sebagai pemandu kepada pelajar dalam aktiviti dan projek penyelesaian masalah. Guru membantu pelajar mendefinisi masalah yang bermakna, mengenal pasti sumber data dan ilmu yang relevan, mentafsir dan menilai ketepatan data, dan membantu membuat kesimpulan. Falsafah golongan ini yang agak ketara ialah kehidupan manusia perlu sentiasa diperbaiki. Pendidikan adalah penghidupan dan bukan persediaan untuk penghidupan seperti yang dicadangkan oleh perenialis.

4.0.4 Rekonstruksionisme

13

Rajah 4.5: Ahli-ahli falsafah Rekonstruktionisme

Rekonstruktionisme

adalah

hasil

progresivisme.

Rekonstruktionisme

memberi syor untuk membaiki dan membina semula masyarakat. Ia melihat pengasasan corak budaya baru serta penghapusan penyakit social sebagai tujuan utama pendidikan. Aliran rekonstruksionisme dikatakan pecahan daripada mazhab falsafah pragmatism yang muncul sekitar tahun 1920an seperti yang dicadangkan oleh Dewey dalam bukunya Reconstruction in Philosopy. Mengikut fahaman ini, masyarakat ialah sebagai matlamatnya. Tokoh seperti George S. Counts dan Harold O. Rugg ialah penyokong kuat idea-idea Dewey. Aliran rekonstruksionisme dikatakan sebagai lanjutan kepada aliran progresivisme kerana mengikut pendokong aliran ini, pembentukan semula masyarakat ialah usaha yang perlu dilakukan dengan segera. Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi telah mendesak akan perlunya perubahan baru dalam masyarakat. Rekonstruksionisme menekankan kepada perubahan dan pembaharuan. Ahli Rekonstruktionisme melihat sekolah sebagai pemangkin penting untuk meningkatkan keadaan manusia melalui pembaharuan pendidikan dan sosial. Rekonstruktionisme berusaha untuk menggunakan sekolah untuk mencipta sebuah masyarakat baru. Kesedaran dalam kalangan pelajar tentang masalah sosial, ekonomi, politik dan teknologi yang terus-menerus berkembang dan dihadapi manusia secara global adalah perlu. Para pelajar perlu dilatih supaya memperoleh kemahiran untuk menghadapi dan menangani masalah tersebut. Guru dan pelajar ialah agen pembaharuan dan agen penyelesai masalah sosial yang terdapat dalam masyarakat. Matlamat pendidikan mengikut progresivisme ialah kea rah pembentukan masyarakat baru, masyarakat global yang saling bergantung antara satu sama lain yang ahli-ahlinya mampu menghadapi cabaran.

14

Prinsip yang terkandung dalam falsafah ini ialah pendidikan bertujuan untuk pembaharuan perkara-perkara yang terdapat dalam sistem sosial. Pembaharuan perlu dilaksanakan segera bagi tujuan kepentingan sosial. Sekolah sebagai permulaan kepada pembaharuan yang perlu dalam sistem sosial. Masyarakat perlu mengamalkan prinsip demokrasi walaupun ahlinya saling bergantung antara satu sama lain. Kandungan kurikulum dalam pendidikan terdiri daripada pelbagai masalah sosial, ekonomi, politik yang dihadapi manusia dan meliputi juga masalah peribadi dan sosial yang dihadapi pelajar. Kurikulum ini menggunakan organisasi berstruktur yang terdapat dalam disiplin sains sosial dan proses siasatan atau penyelidikan saintifik sebagai kaedah bagi penyelesaian masalah. Guru hendaklah menyedarkan pelajar kepada masalah yang dihadapi manusia, membantu mereka mengenalpasti masalah yang ingin diberi tumpuan oleh pelajar dan memastikan bahawa pelajar mempunyai kemahiran yang akan membolehkan mereka mengatasi masalah. Guru harus mempunyai kemahiran membantu pelajar menghadapi kontroversi dan perubahan, kerana kebanyakan masalah yang perlu diselesaikan adalah controversial. Guru hendaklah menggalakkan pencapahan pemikiran sebagai kaedah untuk menghasilkan penyelesaian alternative. Di samping itu, guru hendaklah cekap mengatur pelbagai aktiviti pembelajaran yang dijalankan secara serentak.

5.0

KESIMPULAN Falsafah merupakan aktiviti berfikir secara meluas, mendalam, kritis,

holistik, sistematik, radikal, integral, konsepsual dan universal untuk menemui kebenaran. Falsafah pendidikan barat perenialisme, progresivisme, esensialisme dan rekonstruksionisme berteraskan mazhab falsafah umum iaitu idealisme,
15

realisme,

pragmatisme

dan

eksistensialisme.

Falsafah

pendidikan

Barat

menekankan nilai sesuatu ilmu sebagai keperluan untuk membezakan taraf individu dengan individu yang lain. Pendidikan di barat berfokuskan kepada proses pembelajaran di institusi seperti sekolah untuk menjadikan murid mendapat pengetahuan dan mengaplikasinya secara berkesan. Jadual di bawah menunjukkan secara keseluruhannya Falsafah Pendidikan Barat dari segi tokoh, objektif pendidikan dan tumpuan kurikulum.

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

TOKOH

OBJEKTIF PENDIDIKAN

TUMPUAN KURIKULUM - basmi buta huruf, menyerap pengetahuan, kurikulumnya tetap - Kemahiran asas seperti 3M. - Berasaskan minat, kecenderungan dan bakat para pelajar

- RM Huthcins Perenialisme - Mortimer Adler - William C. Esensialisme Bagley

- Mendidik individu yang rasional - Menyemai keintelektualan individu - Meningkatkan perkembangan

intelektual individu. - Charles S. - Menggalakkan Pierce Progresivisme - William James - John Dewey - George S. Counts - Harold O. Rekonstruksionisme Rugg - Guru dan pelajar sebagai agen penyelesai masalah masyarakat - Menggalakkan pembinaan semula masyarakat hubunga sosial dan kehidupan demokratik

- Penekanan kepada sains sosial, kajian-kajian sains sosial, ekonomi dan politik dalam masyarakat

16

dan isu antarabangsa. Jadual 5.1 : Falsafah Pendidikan Barat dari segi tokoh, objektif pendidikan dan tumpuan kurikulum.

RUJUKAN Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum (Edisi kedua). Tanjung Malim, Perak : Quantum Books. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Kayazano Enterprise.

17

Mohamad Zaid Mustafa, Hassan Asran, Kahirol Mohd Salleh dan Mohd Safie Idris. (2007). Falsafah Pendidikan (Cetakan Pertama). Batu pahat,Johor : UTHM Laman web rujuknota. http://rujuknota.blogspot.com/search/label/FPN Tarikh Capaian: 9 Mac 2012 Laman web notapismpks. http://notapismpks.blogspot.com/2011/06/fpk-cabang falsafah-pendidikan-barat.html. Tarikh Capaian : 19 Mac 2012

18

Anda mungkin juga menyukai