Anda di halaman 1dari 24

HBAE 3103

1.0 2.0

Pengenalan Kraf Melayu 2.1 Seni Ukiran 2.1.1 2.1.2 Proses penggarapan motif seni ukiran Ciri-ciri seni Islam dan pengaruh budaya dalam hasil Seni ukiran 2.2 Seni Anyaman 2.2.1 Proses penggarapan motif seni anyaman

1 3 3 4

5 6 7

2.2.2. Ciri-ciri seni Islam dan pengaruh budaya dalam hasil Seni anyaman 2.3 Seni Tenunan 2.3.1 2.3.2 Proses penggarapan motif seni tenunan Ciri-ciri seni Islam dan pengaruh budaya dalam hasil Seni tenunan 2.4 Seni Batik 2.4.1 2.4.2 Proses penggarapan motif seni batik Ciri-ciri seni Islam dan pengaruh budaya dalam hasil Seni batik 3.0 Analisis Keunikan dan Kesepaduan Kesenian Islam Melayu 3.1 3.2 3.3 4.0 5.0 Proses penggarapan motif Proses menafsir idea Pengaruh dalam member makna 13 14 14 17 18 19 21 11 12 12 8 9 9

Falsafah dan Makna Dalam Seni Kraf Kesimpulan

HBAE 3103 RUJUKAN

1.0

Pengenalan

Pada zaman yang serba moden ini, seni kraf tradisional masih dinobatkan sebagai seni yang yang unggul pada pandangan masyarakat setempat dan mendapat tempat di mata dunia. Kraf tradisional yang dihasilkan oleh penduduk tempatan seperti ukiran kayu, tenunan, songket, batik, wau dan sebagainya memiliki keunikan yang tersendiri. Kraf tradisional merupakan satu warisan pusaka dari nenek moyang kita di suatu masa dahulu. Setiap hasil kraf mempunyai maksud-maksud yang tersendiri yang akan dikupas dan dihuraikan dalam tugasan pada kali ini. Menurut Khairuddin bin Talib, melalui sumber Akta 222- Akta perbadanan kemajuan kraf tangan Malaysia 1979, kraf bermaksud barang yang dihasilkan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha. Pada umumnya, kraf yang dihasilkan banyak menggunakan anggota badan terutama tangan. Kelembutan liuk tangan dapat

menghasilkan barangan kraf yang menarik dan kemas. Ini telah melambangkan satu keunikan dan keunggulan pada barangan tersebut. Menurut Marzita Puteh, 2007, di dalam kajiannya menyatakan bahawa seni kraftangan merupakan hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi telah digubah dengan menyelitkan unsur-unsur dan motif seni untuk mendapatkan bentuk yang indah dan menarik hati. Unsurunsur seni yang terdapat pada kraf melambangkan maksud tertentu dan dapat memberikan satu gambaran masyarakat pada zaman dahulu. Di dalam masyarakat Melayu, seni memainkan peranan yang penting. Sejajar dengan itu, dalam agama Islam juga menekankan kesenian kerana Islam menjelaskan bahawa seni itu adalah indah. Ia membawa satu makna dan nilai yang halus, suci dan baik yang sesuai digunakan untuk perhiasaan dan persepaduan dalam hidup masyarakat. Kesenian Islam juga merupakan pengaruh kesenian dari zaman lampau yang dicorakkan dan diilhamkan berkonsepkan kepada konsep tauhid yang tinggi kepada Allah swt, dan berorientasikan syara. Faktor yang penting di dalam

HBAE 3103 seni Islam ialah hakikat, ketulenan/kesucian, kejujuran dan semua ini terjalin dalam jiwa orangorang Islam. Menurut Al-Ghazali, seni merupakan kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Ini dapat dilihat, jika ukiran yang dihasilkan oleh manusia, 1 lazimnya motif yang digunakan adalah berasal dari nama tumbuhan dan haiwan yang terdapat di sekitar kehidupan sehariannya. Fitrah manusia sememangnya suka kepada benda-benda yang cantik, indah, halus dan menarik yang mana boleh memberikan satu ketenangan di dalam jiwa jika melihatnya. Sehubungan dengan itu, seni Islam telah berkembang dari zaman Nabi Daud hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. Ini menunjukkan bahawa apa yang terkandung dalam kesenian itu adalah satu gaya hidup yang boleh membantu manusia memuji kebesaran Ilahi maha pencipta. Antara ciri yang terdapat di dalam karya seni Islam ialah karya seni itu perlu mempunyai ciri yang baik dan khusus iaitu tidak merosakan budi perkerti yang mulia, berlandaskan syiar Islam serta tidak melalaikan orang untuk beribadah dengan mengingati Allah maha pencipta. Ini dapat dilihat melalui seni batik yang digunakan pada masyarakat zaman dahulu. Kain batik sarung digunakan oleh golongan wanita untuk menutup aurat lalu menyarungkan di kepala. Motif yang digunakan pada lazimnya ialah motif flora dan fauna tetapi apa yang dapat dilihat di Malaysia, motif fauna tidak digalakkan untuk dijadikan motif pada pakaian kerana Islam tidak menggalakkan rekaan haiwan pada pemakaian di badan manusia. Yang dibolehkan ialah motif yang diolah supaya tiada kesempurnaan pada cirri-ciri yang terdapat pada anggota haiwan tersebut. Contohnya, gambaran kepada itik pulang petang, motif yang ditimbulkan hanya

menunjukkan objek umum yang tiada sifat yang lengkap bagi sekumpulan itik. Sifat sekawan itik yang pulang pada waktu petang diadaptasi di dalam kelompok masyarakat yang pulang ke rumah secara berkumpulan seperti kehidupan sekawan itik. Selain itu, Islam dikatakan indah apabila, tulisan pada ayat suci Al-Quran diukir dan ditulis dengan menggunakan seni khat atau kaligrafi yang menarik. Ayat suci Al-Quran yang telah diukir, atau disulam tekat, akan dibingkaikan dan digantung di dinding rumah. Salah satu tujuan mengapa ayat suci digantung di dinding rumah masyarakat Melayu kerana mereka percaya bahawa ayat ini dapat menghalau gangguan iblis, syaitan dan makhluk halus.

HBAE 3103 Menurut Mohd Rumaizuddin Ghazali, ( 2004 ), seni Islam mestilah mempunyai hubungan dengan pandangan wahyu Islam yang mempengaruhi seni secara langsung dan seluruh seni Islam umumnya. Seni Islam terpancar daripada wahyu Allah iaitu al-Quran dan hadith nabi. Ia bererti bahawa seni harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyuNya. Tanpa 2 kedua-duanya maka ia bukanlah kesenian Islam. Seni Islam bukan sahaja diciptakan oleh orangorang Islam tetapi kerana ia berlandaskan wahyu ilahi. Kesimpulannya, kesenian dalam Islam bertitik tolak dari unsur ketuhanan dan ketauhidan kepada Allah dan mengikut ajaran Al-Quran dan sunnah. Sehubungan dengan itu, masyarakat Melayu masih meneruskan nilai keislaman di dalam seni ukiran, seni tekat dan sebagainya dengan mempamerkan motif-motif yang indah dan unik yang mengekalkan sifat dan budi pekerti mulia.

2.0

Kraf Melayu Kraf Melayu merupakan hasil kraf yang direka menggunakan tangan. Ini disokong

melalui Kamus Dewan, edisi keempat, kraf bermaksud perusahaan yang memerlukan kemahiran terutamanya kemahiran tangan. Oleh itu kraf Melayu merupakan hasil perusahaan yang

menggunakan kemahiran tangan di kalangan masyarakat Melayu. Banyak kraf Melayu yang unik dan menarik telah dihasilkan , contohnya ukiran, anyaman, batik dan songket. Kraf ini banyak mempamerkan motif yang tersendiri dan ciri-ciri tertentu yang dapat menonjolkan kehidupan masyarakat Melayu sejajar dengan seni keislaman.

2.1

Seni Ukiran Seni ukiran merupakan satu proses menggunakan pahat untuk menoreh, menggores,

memahat dan membuat reka bentuk pada kayu atau barang perhiasan . Seni ukiran adalah seni kraf yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Melayu. Seni ukiran dipersembahkan melalui ukiran kayu, simen atau batu, logam dan sebagainya. Ukiran kayu mempunyai keunikan yang tersendiri. Seni ukiran kayu merupakan hasil seni yang terawal. Sejarah Melayu

mengatakan bahawa seni ukiran Melayu tradisional ini telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu.

HBAE 3103 Ukiran-ukiran ini banyak didapati pada istana-istana dan rumah kediaman. Jika dilihat, sehingga kini, seni ukiran ini masih kekal pada rumah-rumah tradisional yang boleh dijumpai di beberapa negari di Semenanjung Malaysia seperti di Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

3 2.1.1 Proses penggarapan motif dalam seni ukiran Motif yang digunakan pada seni ukiran secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup masyarakat. Pengukir banyak dipengaruhi dengan adat resam, agama , kepercayaan, iklim, geografi dan persekitarannya. Antara unsur yang digunakan di dalam ukiran ialah : a) Unsur flora Unsur flora merupakan unsur yang sangat penting dalam seni ukiran tradisonal kerana unsur flora menunjukkan motif hiasan yang terdiri daripada bunga-bungaan dan tumbuhtumbuhan. Kebiasaannya tumbuhan yang menjalar dijadikan motif kerana sulur pautnya yang lembut dan menjalar mudah diubahsuai bentuk mengikut citarasa pengukir. Contoh unsur flora seperti motif sulur dan daun, motif daun keladi, motif bunga sukun , motif bunga cempaka , motif bunga melur dan sebagainya. Motif ini digunakan pada perhiasan yang terdapat di dinding rumah, istana, tebar layar dan pintu. Motif seperti ini menampakkan lagi keunikan dan cantiknya dinding yang diukir dengan motif bunga. b) Unsur fauna Unsur fauna merupakan adaptasi daripada haiwan yang membawa maksud kegagahan, keberanian, kepahlawanan dan kekuatan. Unsur benda bernyawa ini banyak dilihat pada zaman pra-Islam yang dihasilkan oleh pengukir. Pengukir banyak membentuk motif yang dijadikan sebagai satu lambang yang bukan bersifat penuh bagi haiwan tersebut. Motif fauna tidak digalakkan dalam Islam kerana mengikut ajaran Islam binatang tidak boleh digunakan sebagai perhiasan dalam semua bentuk. Contoh unsur fauna yang seringkali digunakan ialah motif ayam berlaga, motif itik pulang petang, motif badak mudik, motif kepala cicak dan motif semut beriring.

HBAE 3103 Motif ini kebanyakannya diambil daripada kehidupan haiwan itu sendiri. Seperti contoh, kehidupan sekawan itik yang pulang masuk ke reban, akan berjalan bersusun yang diketuai oleh ibunya. Sinonim dengan budaya masyarakat pula jika pulang pada waktu petang jalan berbaris dikatakan seperti itik pulang petang. Samalah juga dengan motif

4 semut beriring yang mana jika dilihat kehidupan semut, kumpulan semut akan berjalan beratur dan tersusun beriring dalam apa jua keadaan. Maka ini membuktikan bahawa motif diambil sempena kehidupan masyarakat haiwan atau keperibadiaan haiwan

tersebut dari aspek kerajinan, kegagahan dan keberanian. c) Unsur arabes Motif arabes ini menunjukkan motif yang berulang dengan penerapan unsur geometri yang melibatkan penggunaan pelbagai bentuk flora , fauna geometrid an kaligrafi. Kebanyakkan motif arabes ini digunakan di dinding-dinding masjid. Selari dengan motif yang banyak berlubang-lubang ini, hasil ukiran banyak dijadikan lubang angin. Sebab itulah banyak digunakan pada masjid yang memerlukan banyak lubang udara. Lubang udara ini digunakan untuk menjadikan rumah dan bangunan sejuk kerana angin boleh bertiup masuk melalui lubang tersebut. d) Unsur geometri Unsur geomerti juga kerap digunakan dalam seni ukiran. Unsur ini merupakan corak yang berulang-ulang berdasarkan corak geometri dan unsurlain yang disusun dalam rupa bentuk geometri. Bentuk-bentuk geometri yang sering digunakan dalam ukiran ialah bulatan, segitiga, segiempat dan poligon. Bentuk segitiga menjadi asas kepada motif pucuk rebung yang bertunjang kepada maha pencipta alam yang satu iaitu Allah swt. Motif geometri ini lazimnya digunakan pada tebar layar, alang pintu, pemindang dan jeriji tingkap.

2.1.2 Ciri-ciri Seni Islam dan Pengaruh Budaya Dalam Hasil Seni Ukiran

HBAE 3103 Seni ukiran ini, merupakan seni yang melibatkan ketelitian dan kekemasan yang tinggi. Di dalam seni ukiran, hasil yang boleh diperolehi seperti pintu, bingkai gambar, perabot rumah, peralatan rumah seperti rehal, kukur kelapa, hulu dan sampir keris serta bahagian-bahagian tertentu rumah. Selain itu, motif yang digunakan dalam ukiran seperti daun atau sulur yang sentiasa menunduk ke bawah yang membawa lambing kepatuhan manusia kepada tuhan. Manusia 5 merupakan makhluk yang paling rendah jika dibandingkan dengan penciptaNya. Manusia dan alam semesta tetap tunduk dan akur pada Yang Satu, walaupun tinggi mana kedudukan yang dicapai di dunia. Ini membuktikan bahawa pemikiran manusia begitu kreatif di dalam kehidupan harian yang berlandaskan kepada keagamaan. Secara tidak langsung ia akan mengingatkan manusia itu kepada kekuasaan penciptaNya di samping sentiasa bersyukur dalam hidup. Para pengukir melayu sentiasa menerapkan falsafah dan kerohanian kehidupan dan sahsiah peribadi orang Melayu sebagai salah satu budaya , adat resam di samping mengekalkan nilai-nilai keagamaan. Jika di lihat, mengapa rehal dicipta, kerana pada masa dahulu, Untuk

masyarakat Islam membaca Al-Quran dengan memegang menggunakan tangan. memudahkan pembaca Al-Quran, rehal dicipta dan diukir daripada kayu.

Kayu ditebuk

bersilang dan berjejari kemudian dicantumkan supaya Al-Quran boleh diletakkan pada rehal tersebut. Ini melambangkan keunikan yang terdapat dalam masyarakat betapa tinggi tahap

kreativiti manusia dapat mereka dan mngukir dengan cantik. Sinonimnya, apabila kita berdoa menadah tangan kepada Allah, maka diumpamakan dengan rehal yang digunakan ketika membaca Al-Quran sama seperti kita memohon kepada Allah. Penggunaan motif arabes banyak melibatkan ruang pengudaraan pada bangunan terutamanya masjid dan rumah. Ini mewujudkan keselesaan ketika umat Islam menunaikan solat lima waktu. Motif arabes ini juga dapat dilihat pada rumah yang mempunyai lubang angin yang boleh menjadikan udara di dalam rumah boleh dikitarkan dan keadaan rumah menjadi sejuk.

2.2

Seni Anyaman Seni Anyaman merupakan satu lagi seni tradisional yang mendapat perhatian masyarakat

dalam dan luar negara. Anyaman adalah seni kraf tangan yang dipercayai tidak dipengaruhi oleh

HBAE 3103 mana-mana pihak, walhal muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar. Aktiviti anyaman banyak dilakukan oleh kaum wanita kerana ia memerlukan kesabaran, ketelitian dan kekemasan. Anyaman banyak menggunakan bahan semulajadi seperti daun pandan dan mengkuang yang banyak terdapat di kawasan-kawasan kampung. Golongan wanita merupakan golongan pelopor seni anyaman ini kerana aktiviti anyaman ini dilakukan pada masa lapang dan bukan merupakan

6 sumber pendapatan utama. Kaum lelaki pula terlibat di dalam pengambilan dan pemprosesan daun sebelum dianyam. Ini menunjukkan masa yang terluang digunakan dengan aktiviti yang bermanfaat. 2.2.1 Proses penggarapan motif dalam seni anyaman Anyaman yang biasa tidak dihiasi dengan kelarai dipanggil anyaman biasa atau ghadas. Anyaman kelarai merupakan anyaman yang terancang dan dilakukan secara serentak ketika proses mengayam dilakukan. Kelarai digubah secara tersusun tunggal atau tersusun dalam ruang tertentu. Pada kebiasaannya anyaman kelarai menggunakan dua jenis warna yang kontra.

Terdapat beberapa motif yang kerap digunakan di dalam anyaman kelarai iaitu : a) Kelarai berasaskan flora Kelarai yang berasaskan flora ini menggunakan nama-nama yang bunga-bungaan dan tumbuhan yang terdapat di sekitar kampong atau hutan pada masa dahulu. Nama bunga atau tumbuhan diambil kerana, bunga membawa kepada maksud cantik, wangi dan menarik untuk dihias. Selain itu, nama-nama bunga diambil dan dipindahkan dalam bentuk kelarai dengan melihat keratan pada bunga tersebut atau pandangan dari sudut tepi atas pandangan atas. Contoh kelarai yang dapat dilihat ialah kelarai tampuk manggis, kelarai bunga cengkih, kelarai bunga durian dan kelarai bunga cina. Jika dilihat pada kelarai tampuk manggis, boleh disamakan dengan bentuk tampuk yang terdapat pada buah manggis jika dipandang dari pandangan atas. Jika dilihat, di kawasan kampung, pada masa dahulu, banyak pokok manggis ditanam di sekeliling kawasan rumah. Maka secara tidak

langsung motif kelarai diambil sempena tanaman yang ditanam.Selain itu, tampuk

HBAE 3103 manggis berada dibawah menunjukkan bahawa sebagai umat Islam yang taat dan patuh pada perintah maha pencipta dan berlandaskan kepada ilmu ketauhidan Islam. b) Kelarai berasaskan Fauna Kelarai berasaskan fauna seperti kelarai kepala gajah, kelarai siku keluang, kelarai mata ketitir dan sebagainya yang mengambil sempena nama haiwan. Nama haiwan diambil kerana keperibadian yang terdapat pada haiwan tersebut. Contohnya kelarai kepala gajah diilhamkan daripada corak kain yang terletak di atas kepala gajah yang menjadi 7 tunggangan raja-raja pada zaman dahulu. Gajah merupakan kenderaan yang digunakan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Di samping itu, gajah juga melambangkan kegagahan, kekuatan dan kebesaran yang memberikan semangat kepada masyarakat Melayu. c) Kelarai berasaskan nama manusia Kelarai berasaskan nama manusia ini diilhamkan kepada pencipta asal kelarai tersebut. Contohnya seperti kelarai Mak Mek yang diambil sempena nama pencipta asal iaitu Hajah Semek yang digelar Mak Mek. Nama pencipta diambil sebagai tanda penghargaan di atas kreativiti yang telah digubah sendiri tanpa meniru atau melihat simbolik daripada sumber lain. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu menekankan penghargaan dan nilai murni di dalam penghasilan seni anyaman ini. d) Kelarai berasaskan abstrak Contoh kelarai berasaskan abstrak ialah kelarai empat sebilik, kelarai bunga pecah lapan dan kelarai bunga api. Kelarai bunga api merupakan kehidupan masyarakat di kalangan kanak-kanak yang sering bermain bunga api di waktu perayaan sebagai tanda kegembiraan. Pecahan bunga api ini, menjadi simbolik kepada kelarai bunga api ini. Ini membuktikan bahawa kehidupan seharian mempengaruhi adat resam dan budaya kepada satu-satu hasil seni.

2.2.2 Ciri-ciri Seni Islam dan Pengaruh Budaya Dalam Hasil Seni Anyaman

HBAE 3103 Ciri-ciri seni Islam yang terdapat di dalam seni anyaman ini dapat dilihat daripada penghasilan tikar sembahyang yang suatu ketika dahulu dijadikan sejadah kepada umat islam untuk bersembahyang. Dapat dilihat bahawa anyaman dapat membantu dalam menerapkan pengaruh budaya di dalam kehidupan masyarakat. Ini dibuktikan bahawa masayarakat Melayu memandang tinggi tikar yang digunakan untuk menyembah maha penciptaNya. Oleh itu, bahan yang bermutu digunakan seperti daun pandan dan melakar corak yang menarik supaya kelihatan cantik dan bernilai tinggi. Daun pandan digunakan kerana struktur daun pandan yang lebih halus berbanding dengan permukaan daun mengkuang yang kasar akan menjadikan rasa tidak selesa jika digunakan. 8 Seni anyaman juga mempunyai pengaruh kerohanian yang tinggi apabila nilai budaya diterapkan di dalam kehidupan harian. Dapat dilihat melalui motif anyaman tikar yang digunakan terdiri daripada motif flora. Ini kerana Islam tidak menggalakkan unsur unsur haiwan dijadikan barang perhiasan untuk tujuan dipamerkan. Motif anyaman merupakan motif yang disusun secara berulang dan tepat yang boleh membawa maksud ketepatan adalah ciri-ciri penting dalam kehidupan. Selain dari ketepatan, susunan yang rapat melambangkan keakraban dan eratnya hidup dalam masyarakat yang boleh mewujudkan perpaduan. Bahan-bahan pewarna yang digunakan merupakan bahan-bahan sumber alam semulajadi seperti kunyit untuk warna kuning, buah kesumba India untuk warna jingga dan merah, daun bemban untuk warna hijau dan daun mengkudu untuk warna biru dan biru tua. Prinsip

mengekalkan penggunaan sumber alam ini menunjukkan tiada bahan pengawet dan hasil tiruan digunakan di dalam penghasilan seni anyaman ini. Sumber ala mini merupakan sumber yang selamat digunakan tanpa kandungan racun dan sebagainya. Dapat dikatakan bahawa seni

anyaman merupakan satu sumber kraf yang mempunyai nilai estetik yang tinggi dari aspek penghasilannnya. 2.3 Seni Tenunan Seni tenunan yang terdapat di Malaysia ialah seni tenunan songket iaitu seni kraf tekstil yang popular di Malaysia. Pada zaman dahulu, songket hanya dipakai oleh golongan bangsawan dan pemakaian songket ini melambangkan ketinggian pangkat dan darjat kedudukan seseorang pembesar. Songket digunakan sebagai baju kurung, samping, tengkolok, dan selendang. Ianya

HBAE 3103 mula dipakai oleh rakyat biasa ketika majlis perkahwinan dan majlis keramaian. Songket juga menggunakan pelbagai motif yang menarik. Teknik penenunan songket banyak dipengaruhi dari Negara India. Ini terbukti dengan penggunaan motif yang dikatakan berunsur pengaruh Hindu. Ada juga dikatakan tenunan songket menerima pengaruhnya dari Palembang semasa zaman pemerintahan kerajaan Srivijaya. 2.3.1 Proses penggarapan motif dalam seni tenunan Seni tenunan songket juga menggunakan motif-motif tertentu yang ada persamaan dengan motif di dalam seni anyaman. Yang berbeza ialah bahan mentah yang digunakan dalam seni tenunan songket menggunakan benang emas dan perak agar nampak keanggunan si 9 pemakai. Antara motif yang terdapat di dalam seni tenunan songket ialah : a) Motif flora Motif flora ini banyak diambil sempena bahan-bahan rempah ratus masakan, bungabungaan dan tumbuhan. Contohnya, motif bunga cengkih, bunga cina, bunga mawar, bunga bintang , bunga cempaka, bunga lawang, daun pisang dan pucuk rebung. Jika dilihat, rempah ratus seperti bunga cengkih dan bunga lawang dijadikan motif di dalam tenunan songket. Masyarakat melayu sememangnya menggunakan bunga cengkih dan bunga lawang di dalam masakan. Ini menjadikan berlakunya pengaruh budaya di dalam menamakan motif. Bunga cengkih bersaiz kecil yang boleh diletakkan pada ruang yang kosong di dalam motif songket yang lain. Ini bermaksud walaupun saiz yang kecil namun ianya tetap berguna. Di dalam budaya masyarakat, benda yang kecil janganlah dibuang dan dapat mengelakkan pembaziran. pembaziran. b) Motif fauna Contoh motif fauna yang terdapat pada tenunan songket ialah lawi ayam, siku keluang, merak, kupu-kupu dan ayam jantan. Secara simboliknya, lawi ayam dijadikan motif kerana lawi ayam yang panjang membawa maksud kebanggaan dan kecantikan. Begitu juga dengan motif fauna yang lain, seperti ayam jantan yang mana reality hidup seekor ayam jantan akan berkokok pada waktu pagi. Maka kegagahan yang ada pada ayam melambangkan kegagahan pada masyarakat setempat atau si pemakai songket. Islam menegah umatnya melakukan

HBAE 3103 c) Motif benda Contohnya seperti pagar istana, ombak-ombak, awan larat dan bunga pitis. Awan larat membawa maksud yang tersurat dan tersirat iaitu kehidupan yang berterusan. Bentuk sulur dan daun yang sentiasa tunduk membuntikan bahawa orang Islam hendaklah taat dan patuh kepada ajaran agamanya yang telah diutuskan oleh maha penciptaNya. Kepatuhan ini bertunjangkan kepada ilmu tauhid yang mempercayai bahawa maha pencipta alam ini adalah satu iaitu Allah. e) Motif Makanan Motif seperti potong wajik, tepung talam, potong putu dan potong ladu merupakan 10 hidangan tradisional masyarakat Melayu. Wajik dipotong secara serong-serong, maka dengan itu, motif pada songket ditenun secara serong. Cara pemotongan kuih atau makanan ini, membuktikan bahawa orang Melayu mempunyai seni yang tersendiri dan sentiasa mementingkan kecantikan dan keindahan. Selaras dengan falsafah yang

menyatakan Islam itu indah, maka setiap apa yang dilakukan perlu menitikberatkan kecantikan dan keindahan. Bentuk yang terdapat pada wajik ini dikaitkan dengan sifat Allah yang maha pemurah.

2.3.2 Ciri-ciri Seni Islam dan Pengaruh Budaya Dalam Hasil Seni Tenunan Di dalam seni tenunan songket, terdapat juga beberapa ciri-ciri seni islam dan pengaruh budaya semasa penghasilannya. Sebagai contoh, songket digunakan oleh raja-raja Melayu sejak zaman berzaman. Ini kerana nilai songket yang terlalu mahal tidak mampu dimiliki oleh

masyarakat golongan biasa. Tetapi pada masa kini, songket telah banyak digunakan terutamanya kepada golongan raja sehari. Budaya yang boleh dilihat ialah masyarakat Melayu masih

bertuankan sultan atau raja sebagai tanda taat pada pemerintah. Selain itu pahlawan melayu dahulu memakai songket sebagai tanda kegagahan dan kepahlawanan Melayu di dalam tampuk pemerintahan. Islam meminta umatnya taat dan patuh kepada pemerintah atau ketua. Maka simboliknya ketaatan dan kepatuhan menjadi amalan dalam kehidupan. Penghasilan tenunan songket yang teliti menjadikan sifat sabar dan tekun di dalam menghasilkan tenunan tersebut. Sifat tekun dan sabar ini melatih manusia agar sentiasa

HBAE 3103 bertafakur dan redha dengan apa yang dilalui dalam hidupnya. Islam ada mengatakan bahawa kesabaran adalah separuh dari iman. Maka keimanan yang tinggi boleh diperolehi dari sifat sabar seseorang manusia. Hasil tenunan songket dijadikan pakaian untuk majlis keramaian. Pakaian merupakan satu kewajipan untuk menutup aurat yang dituntut dalam agama Islam. Dengan berpakaian seseorang itu akan nampak lebih bersih dan kemas. Kecantikan dan kekemasan ini

sememangnya dituntut dalam Islam. Motif yang ditenun dan dijadikan pakaian yang dapat melambangkan kesopanan si pemakai.

11 2.4 Seni Batik Batik dipercayai berasal dari Jawa yang membawa maksud setitis lilin. Indonesia telah menjadi pembuat batik utama pada abad ke-12 dan diikuti dengan Malaysia. Penduduk tempatan Kelantan telah mula memakai kain batik yang diimport dari Jawa dan Bugis yang telah dibuktikan di dalam karya Munshi Abdullah yang berjudul Pelayaran Abdullah. Peniruan motif batik dari Indonesi telah bermula pada kurun ke-20 oleh masyrakat pantai timur. Selepas perang dunia kedua, perusahaan batik telah mula berkembang pesat di Tanah Melayu. Pada masa kini, batik telah semakin popular dan dijadikan asas industri tempatan. Tidak jauh bezanya dengan songket, batik juga mempunyai nilai yang tertentu yang dapat membawa maksud khusus. Batik dipakai oleh masyarakat tempatan sebagai kain pasang untuk baju kurung, kain sarung, skarf dan pakaian kasual untuk lelaki. Dapat dilihat pada masa kini, pemakaian batik telah dijadikan sebagai pakaian rasmi oleh kakitangan kerajaan pada setiap hari Khamis bertujuan untuk meningkatkan martabat batik itu sendiri. 2.4.1 Proses penggarapan motif dalam seni batik Proses penghasilan seni batik ini menggunakan motif yang lebih kurang sama dengan seni ukiran, seni anyaman dan seni tenunan. Motif seni batik ialah : a) Motif flora Motif flora merupakan motif yang sinonim dengan batik . Ini kerana pemakaian batik banyak dipakai oleh golongan wanita sama ada dijadikan kain sarung, pakaian rasmi dan penutup kepala. Motif yang sering digunakan ialah motif akar menjalar, bunga mangga,

HBAE 3103 bunga mawar, daun Siti Fatimah, pucuk rebung dan tampuk manggis. Di dalam

penggunaan pucuk rebung, mudah kita nampak bahawa bentuk rebung diambil dari bentuk geometri iaitu bentuk segitiga. Pucuk yang berada di atas melambangkan

bahawa konsep ketauhidan yang mana maha pencipta ala mini hanya satu. Selain itu boleh menampakkan bahawa Islam itu mudah kerana boleh diringkaskan dalam bentuk geometri segitiga. Bentuk segitiga ini juga mencerminkan bahawa di dalam masyarakat hanya ada satu ketua yang memimpin kumpulan masyarakat dan diikuti oleh lapisan pemimpin dan dibawah sekali adalah rakyat jelata. membawa kepada kedamaian dan perpaduan penduduk. 12 b) Motif fauna Motif yang kerap digunakan di dalam seni batik ini ialah, ayam jantan, rama-rama, kala jengking dan merak. Bentuk-bentuk fauna ini dipermudahkan dan sememangnya itu menjadi tuntutan dalam ajaran Islam. Bentuk-bentuk yang bermotif fauna ini, boleh ditampilkan dalam bentuk yang tidak sempurna iaitu tidak mempunyai anggota tubuh yang sempurna. Walau bagaimanapun, motif fauna seperti burung merak Kepimpinan yang satu akan

melambangkan kecantikan dan kemegahan.

2.4.2 Ciri-ciri Seni Islam dan Pengaruh Budaya Dalam Hasil Seni Batik Mengikut kelaziman dalam masyarakat Melayu, batik selalunya dipakai oleh golongan wanita. Kain batik sarung dijadikan penutup kepala bagi orang wanita sebagai tanda menutup aurat seperti yang dituntut di dalam agama Islam. Selain itu batik sarung juga dijadikan lilit kepala untuk kaum lelaki di negeri Kelantan. Kain ini digunakan di kepala untuk menutup kepala dari pancaran matahari ketika berada dibendang untuk mengerjakan sawah. Di samping itu, kain lilit itu digunakan untuk mengesat keringat yang ada pada tubuh. Penekanan kepada kebersihan amat dituntut di dalam Islam. kesederhanaan di dalam kehidupan. Di dalam menghasilkan batik, sifat sabar, tekun dan teliti juga diutamakan. Ini Islam merupakan agama yang serwajagat iaitu

menunjukkan bahawa ketelitian dalam kehidupan membawa kejayaan. Kehalusan motif yang dilukis akan membawa kepada keindahan dan kecantikan serta kesempurnaan yang diajar di

HBAE 3103 dalam Islam. Kesempurnaan yang dilakarkan pada hasil seni menimbulkan kepuasaan dan dapat menyenangkan, menyeronokkan dan menghiburkan hati. Ini dapat dilihat bahawa Islam

mengajar umatnya sentiasa bergembira walaupun ditimpa kesedihan. Motif di dalam seni juga banyak menggunakan persekitaran masyarakat. Penggunaan motif flora banyak digunakan di

dalam penghasilan batik. Ini menunjukkan kesenian Islam mempunyai hubungan antara manusia dengan tuhan, antara manusia sesama manusia, antara manusia alam sekitar dan makhlukmakhluk yang lain . Bunga-bungaan dan tumbuhan merupakan makhluk di alam semesta ini yang mempunyai maha pencipta yang sama seperti manusia. Hubungan ini akan menjadikan satu keakraban dan keharmonian dalam menjalinkan hubungan yang erat sesama umat. 13 Penggunaan benang sutera dalam penghasilan batik terhad penggunaannya kepada gologan wanita sahaja. Ini kerana Islam melarang kaum lelaki memakai pakaian yang berasal dari sutera. Walaupun sutera merupakan sumber semulajadi tetapi ianya sesuai dan boleh dipakai oleh kaum wanita sahaja. Ini boleh juga dilambang kepada sifat perempuan yang lemah lembut dan benang sutera merupakan benang yang halus. Jika dipakai oleh kaum lelaki mungkin tidak boleh bertahan lama kerana cara pemakaian kaum lelaki agak kasar berbanding perempuan yang penuh dengan sifat kesantunan dan kelembutan.

3.0 3.1

Analisis Keunikan dan Kesepaduan Kesenian Islam dan Melayu Proses Penggarapan Idea Proses penggarapan idea di dalam kesenian Islam merupakan tunjang yang penting.

Motif merupakan salah satu medium di dalam penggarapan idea.

Dapat dilihat, di dalam

kesenian ini, motif yang digunakan adalah leibh kurang sama dan yang berbeza hanyalah penggunaan nama pada motif tersebut. Kebanyakan pengukir atau pengkarya menggunakan motif berasaskan kepada flora dan fauna iaitu sebagai sumber alam. Sebagai contoh, sulur kacang, daun sirih, bunga cengkih, pokok kopi dan sebagainya. Apa yang boleh dilihat,

penggunaan motif sulur daun, yang kelihatan jatuh melempai dan melilit pada batangnya mencerminkan ketaatan dan kepatuhan kepada perintah yang satu. Seperti yang kita ketahui, bunga-bungaan juga dijadikan motif di dalam kesenian. Tafsiran yang boleh dilihat ialah bunga-

HBAE 3103 bungaan sudah sinonim dengan bau-bauan yang wangi dan segar yang membawa kepada kehalusan budi, keakraban seperti corak yang terdapat pada bunga setaman.

Motif Ayam 14

Motif Sulur Daun

Manakala motif fauna pula selalunya membawa makna yang besar dalam kehidupan seperti kegagahan, kekuatan dan kepahlawanan. Contohnya yang terdapat pada motif burung balam, yang hidup rukun dengan pasangannya, dapat mencerminkan pasangan yang sudah berumahtangga perlu hidup dalam kerukunan suami isteri dan menjalinkan hubungan yang erat dalam persahabatan. Selain daripada motif flora dan fauna, motif kaligrafi seringkali digunakan di dalam ukiran. Tulisan-tulisan khat diukir dan dibingkaikan untuk menjadi perhiasan di rumah. Motif kaligrafi digantung pada dinding-dinding masjid sebagai tanda memuji keagungan Allah maha pencipta. Tulisan khat yang terdiri daripada pelbagai bentuk berupaya menghias dinding-dinding masjid atau bangunan-bangunan yang berkonsep keislaman. Keunikan kaligrafi ini bermula dari tulisan biasa kepada tulisan khat yang bersambung dan dijadikan perhiasan pada dinding dan dibingkaikan.

HBAE 3103

Motif Kaligrafi

Motif Arabes

Motif arabes juga mempunyai gabungan di dalam motif kaligrafi. Motif arabes selalunya merupakan corak berulang dan motif tersusun dengan gabungan bentuk-bentuk geometri seperti segitiga, segiempat dan bentuk-bentuk poligon yang lain. Seiring dengan itu, motif arabes mempunyai konsep matematik berkaitan ketepatan. Motif yang berulang ini, mempunyai

bentuk, jarak, dan saiz yang sama . Ketepatan ukuran melihatkan persamaan yang tidak boleh dibeza dari aspek yang berbeza. Motif arabes merupakan motif yang tiada kesudahan dan sentiasa bersambung dan tiada permulaan. Ini dikaitkan dengan ilmu ketauhidan yang mana 15 orang Islam perlu sentiasa beribadat dan memohon sentiasa tanpa henti menunjukkan tanda ketaqwaan kepada Allah. Motif kosmologi pula melibatkan persekitaran alam seperti matahari, bulan, bintang dan awan. Pergerakan awan yang tiada berkesudahan menggayakan motif awan larat yang

membawa maksud yang sama. Motif awan larat merupakan satu motif yang berunsur kosmos. Menurut Halim Nasir (1986) , Awan Larat sebagai satu bentuk ukiran yang berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh, meleret-leret seperti awan putih berarak. Biasanya ukiran ini digabungkan dengan pola lengkap. Manakala menurut Pengukir Wan Mustapha Wan Su mentakrifkan awan larat sebagai sejenis reka corak yang mempunyai peraturan yang khusus. Boleh dilukis (diawan laratkan) dalam pelbagai bentuk. Motif ini juga menjadi tanda sifat dan kehalusan budi pekerti kehidupan masyarakat Melayu yang penuh adat dan kesopanan. Ciri-ciri ini menampilkan

kehidupan dan fitrah hidup manusia yang perlu dikekalkan sepanjang hayatnya. Liuk-lintuk daun, sulur dan batang melambangkan sopan santun orang Melayu. Masyarakat Melayu amat menitikberatkan kesopanan yang memberi gambaran kepada kehidupan yang sentiasa menghormati antara satu sama lain sama ada dari segi percakapan dan pergerakan tubuh badan. Selain itu, hujung daun yang tidak pernah mencecah batang melambangkan sifat orang Melayu yang tidak perlu menegur sesuatu kesalahan orang lain atau menyampaikan hasrat secara terbuka. Seseorang itu perlu menerima pandangan orang lain walaupun terdapat kesalahan atau perkara yang mengguris hati.

HBAE 3103

Motif Awan Larat Motif awan larat ini selalunya digunakan pada ukiran di pintu dan di dinding rumah yang melambangkan kesopanan, pekerti yang baik, terhadap penghuni rumah tersebut. Selain itu, motif awan larat banyak menggunakan unsur flora yang mana lintuk daun dan bunga melihatkan 16 kedamaian, kerukunan dan keindahan pada dinding dan pintu rumah. Ianya secara tidak lansung dijadikan perhiasan yang menarik, dan unik.

3.2

Proses Menafsir Idea Di dalam menafsir idea, setiap motif mempunyai maksud yang tersendiri yang berkaitan

dengan kehidupan bermasyarakat dan nilai keagamaan. Menurut kajian yang dilakukan dimana tidak diketahui penulisnya dalam artikel yang bertajuk Songket Adalah Seni Warisan Asli Melayu ada menyatakan bahawa orang tua Riau mengatakan makna dan falsafah yang terdapat di dalam motif bukan sahaja dapat meningkatkan minat orang yang menggunakan motif tersebut tetapi juga dapat menyebarkan nilai-nilai yang terkandung dalam ajaran agama Islam. Antara proses menafsir idea yang diperolehi ialah: Pertama, motif kaligrafi yang digunakan di dalam seni ukiran selain digantung di dinding, ianya juga dijadikan salah satu cara menghalau makhluk halus. Kepercayaan masyarakat Islam terhadap gangguan makhluk halus ini, menjadikan surah atau ayat-ayat Al-Quran di letakkan di pintu atai di dinging rumah bukan sahaja untuk perhiasan tetapi juga untuk mengelakkan gangguan iblis, syaitan, jin dan makhluk halus. Selain itu, berdasarkan konsep tauhid, kaligrafi digunakan untuk menjadikan manusia merapatkan diri dengan Allah. Kedua, seni batik seperti batik sarung sering dipakai oleh kaum wanita. Ini kerana bahan berasaskan ulat sutera yang digunakan untuk menenun kain itu, tidak boleh digunakan oleh kaum

HBAE 3103 lelaki. Cara pemakaian batik sarung di kepala bagi kaum wanita juga melambangkan salah satu cara menutup aurat pada masa dahulu. Ketiga, pemakaian songket digunakan pada masa dahulu di kalangan bangsawan untuk menunjukkan kepahlawanan dan keberanian pendekar Melayu. Songket juga dipakai oleh rajaraja zaman dahulu melambangkan kebesaran terhadap pemimpin dan masyarakat perlu taat dan patuh kepada pemerintahan raja berpelembagaan. Seperti kita ketahui, pembuatan songket

menggunakan benang emas dan perak yang melambangkan kemewahan dan sukar digunakan oleh rakyat jelata pada zaman dahulu. Motif yang terdapat pada kain songket yang selalunya menggunakan motif flora menjadikan seri dan kecantikan kepada orang yang memakai.

17 Keempat, motif arabes yang digunakan sebagai lubang angin pada rumah kediaman dan bangunan kerajaan atau masjid membolehkan udara di dalam bangunan tersebut dikitar supaya ia menjadi sejuk. Ini menjadikan keadaan selesa dan nyaman. Kelima, seni anyaman seperti tudung saji yang dianyam rapat, digunakan untuk menutup makanan yang dihidangkan dimeja untuk menggelakkan makanan dihinggap lalat atau semut. Seni anyaman yang rapat, memerlukan ketelitian di dalam pengiraan dan anggaran melibatkan matematik. Dari pandangan Islam, makanan yang dihidangkan perlu ditutup supaya kebersihan makanan dapat dikekalkan. Ini membuktikan bahawa ada kesamaan di dalam konsep Islam dan kehidupan masyarakat.

3.3

Pengaruh Dalam Memberi Makna Seni ukiran yang menggunakan motif tertentu dapat memberikan maksud yang tersurat

dan tersirat. Di dalam ukiran, nilai kesabaran, kekemasan dan ketelitian perlu ada pada seorang pengukir. Berbekalkan dengan sifat sabar dan teliti, hasil ukiran akan menampakkan kekemasan yang menampilkan keunikkan yang tersendiri. Ketelitian boleh dilihat melalui ukiran yang padat dan motif yang sukar seperti motif awan larat yang tiada berkesudahan. Walaupun lakaran telah dibuat pada peringkat awal, namun kesabaran diperlukan untuk merobek, mencungkil dan menebuk bahagian-bahagian tertentu supaya tidak terputus dan membentuk motif yang

HBAE 3103 dilakarkan. Islam menyarankan umatnya supaya sentiasa bersikap sabar dalam apa jua keadaan. Ini dibuktikan dengan ketekunan dan kesabaran yang ada dalam diri pengukir tersebut. Selain itu, di dalam mencanting batik, sifat tekun perlu ada supaya warna yang dihasilkan tidak menjejaskan bahagian lain pada badan kain. Semasa mencanting, corak yang dilakar perlu decanting dengan baik untuk mengelakkan motif yang dihasilkan rosak. Ketekunan yang tinggi bukan sahaja boleh dilihat pada mencanting batik tetapi juga di dalam penghasilan seni tenunan iaitu songket. Benang loseng yang disisip memerlukan ketekunan untuk membentuk motif. Ketelitian juga perlu untuk mengelakkan daripada benang itu putus ketika kerja menyisip dijalankan. Kelembutan membawa makna yang tersirat di sebalik pengaruh motif yang digunakan. Contohnya, di dalam seni anyaman, golongan wanita merupakan golongan pelopor yang mahir dengan teknik menganyam. Liuk-lentuk tangan yang lembut menjadikan hasil seni anyaman 18 seperti tikar, bakul dan sebagainya dapat dihasilkan dengan kemas. Di samping itu, kaum wanita juga cerdik di dalam mengadun warna ketika proses menganyam kelarai dilakukan. Warna kontra yang dipilih mestikah sesuai dengan tema atau motif yang dipilih supaya hasil nampak menarik dan unik. Sifat kreatif juga membawa makna yang tersirat dalam menghasilkan sesuatu karya. Contohnya, di dalam menggunakan motif geometri yang digabungkan dengan motif arabes, kreativiti yang tinggi diperlukan dalam penyusunan yang tepat. Penyusunan motif memerlukan kemahiran yang tinggi supaya motif yang digunakan tidak akan bertindih dan sesuai digunakan pada tempat-tempat tertentu. Perancangan yang teliti membolehkan motif disusun dengan

terancang. Secara tidak langsung, kraf yang sempurna dapat dihasilkan.

4.0

Falsafah dan Makna Dalam Seni Kraf Terdapat beberapa falsafah yang sering digunakan di dalam seni kraf. Antaranya di

dalam seni ukiran yang menggunakan motif flora, falsafah yang terkandung ialah : Di dalam falsafah melayu ada menyatakan, membelit tetapi tidak menikam. Ini

bermaksud pokok yang melilit tidak akan memusnahkan pokok asal. Dalam erti kata lain, walaupun timbul pertelingkahan dalam persahabatan jangan sampai yang terlerai hubungan yang terjalin. Selain itu, menurut karya agong yang tulis oleh Ramli Rahman, satu lagi falsafah

HBAE 3103 seni ukir Melayu ialah dalam menjalar ia tidak boleh menindih atau menikam, bila bertemu halangan ia akan menyulur ke bawah. Walau kemana sekali pun ia berkembang atau membiak akhir sekali pucuk mesti ke atas mengadap langit sebagai tanda itu akhir perjalanan insan iaitu mengadap tuhan yang maha Esa. Seni ukir Melayu adalah satu jalan untuk kita mendekatkan diri dengan Allah. Sama juga pepatah yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing boleh digarap di dalam motif itik pulang petang yang terdapat di dalam ukiran. Islam menyuruh umatnya bersatupadu dan sentiasa tolong menolong. Hidup sekawan itik boleh dijadika teladan bahawa dalam kehidupan bermasyarakat sikap bertolak ansur perlu ada dan dititikberatkan. Manakala di dalam seni tenunan songket, terdapat pantun yang menjadi falsafah yang digunakan kepada si pemakai. Bertuah orang berkain songket Coraknya banyak bukan kepalang 19 Petuahnya banyak bukan sedikit Hidup mati di pegang orang Kain songket tenun melayu Mengandung makna serta ibarat Hidup rukun berbilang suku Seberang kerja boleh di buat Bila memakai songket bergelas Di dalamnya ada tunjuk dan ajar Bila berteman tulus dan ikhlas Kemana pergi tak akan terlantar Pemakai songket bukan sahaja memakai kain songket tersebut, malahan memakai motif yang terletak pada kain. Secara tidak lansung, falsafah yang ada pada motif memberikan satu

peringatan dan panduan kepada si pemakai.

HBAE 3103 Falsafah yang ketiga yang boleh dilihat ialah kata-kata daripada Laksamana Hang Tuah yang melambangkan kepahlawanan dan kegagahan yang boleh diselarikan dengan motif fauna yang membawa maksud yang sama iaitu : Tuah sakti hamba negeri, Esa hilang dua terbilang, Patah tumbuh hilang berganti, Takkan Melayu hilang di bumi. Nilai ini berfungsi sebagai pemberi semangat kepada pahlawan melayu dan pemerintah yang memerintah secara adil dan saksama. Konsep sains dan matematik yang terdapat di dalam kesenian boleh diperolehi melalui motif arabes. Motif ini menekankan ketepatan di dalam pengukuran. Sebagai contoh, di dalam anyaman, ketepatan ukuran diperoleh dengan menggunakan alat jangka untuk meraut daun 20 supaya saiz yang sama dan ukuran yang tepat digunakan. Pengukuran yang tepat membolehkan bentuk dan corak disusun dengan terancang sama ada bertindih atau berselang atau susunan tunggal. Selain itu, di dalam masyarakat Melayu, kaum wanita merupakan kaum yang lemah dan lebih dipandang dari aspek kelembutan dan kesopanan. Lenggang-lengguk pada peribadi wanita mencerminkan motif motif flora yang digunakan. Bunga-bungaan yang mewangi merupakan simbolik kepada ciri-ciri seorang wanita yang suka akan berhias, kecantikan dan keindahan. Manakala golongan lelaki dicerminkan kepada kegagahan, kepahlawanan dan kekuatan yang selalunya menjadi sinonim dengan motif fauna. Kekuatan yang dimiliki oleh kaum lelaki tiada tolokbandingnya. Maka itu dinamakan kaum lelaki mempunyai sifat gagah, kuat , perkasa dan berani.

5.0

Kesimpulan Secara keseluruhannya, kraf Melayu mempunyai ciri-ciri keislaman yang bersepadu di

dalam masyarakat Melayu dan agama Islam. Sifat sabar dan bertolak ansur sentiasa dipupuk dan disemai di dalam penghasilan kraf tradisonal ini disamping menerapkan unsur keislaman dalam

HBAE 3103 ajaran agama. Islam menuntut umatnya supaya mengamalkan sifat sabar kerana dengan adanya kesabaran ini, maka akan wujudlah kesepaduan. Di samping itu, nilai menghargai alam sekeliling secara tidak langsung menghargai maha pencipta alam ini. Menghargai alam melalui penggunaan motif flora dan fauna serta

menggunakan bahan yang terdapat di persekitaran sebagai bahan mentah di dalam menghasilkan seni tersebut. Ingatan harus diambil di mana, apa yang dilakukan hanya bertauhid dan

bertunjangkan kepada maha pencipta yang Esa. Sebagai umat yang mentaati perintahNya, kita seharusnya akur dengan ketentuan yang telah ditetapkan.

21 RUJUKAN

Chua Yan Piaw, (2009), Pendidikan Seni Visual SPM, Penerbitan Pearson Malaysia Sdn Bhd.

E-man, ( 2008 ), Siri Warisan Seni Kraf Anyaman, Cipta Publishing

E-man, (2008), Siri Warian Seni Kraf Ukiran, Cipta Publishing

Katheleen Chee, (2009), Focus Ace SPM Pendidikan Seni Visual, Penerbitan Pelangi Sdn Bhd.

Kumpulan Esei Budaya Kuala Lumpur, ( 1983 ), Sirih Pinang, Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Johari Ab Hamid, ( 2004 ), Pendidikan Seni Visual dan Muzik, Malindo Printers Sdn Bhd

Siti Zainon Ismail, (1997), Tekstil Tenunan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka

Zailani Yaacob & Azimah A. Samah, (2004), Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4

HBAE 3103 Dan 5, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

http://www.tamadunmelayu.info/search/label/Ragam%20Motif%20Melayu http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/pemikiran-saintifik-dan-matematik-dalam.html http://my.opera.com/cepoi69/blog/2009/09/10/falsafah-dalam-seni-ukir http://sites.google.com/site/khazalii/8udi3052keseniandalamislam(bab8) http://www.attayaya.net/2008/07/tenunan-yang-lazim-di-sebut-songket-itu.html http://www.senivisual2.blogspot.com/ http://www.senivisual1.blogspot.com/ http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/2498/841.pdf http://perak.uitm.edu.my/kutai/images/present_paper/evolusi%20bentuk%20dan%20makna%20 dalam%20simbolisme%20seni%20bina