Anda di halaman 1dari 23

INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK

Inventori Nilai Pekerjaan Sidek atau singkatan INPS adalah satu inventori yang digunakan untuk mengenalpasti nilai-nilai yang dianggap penting oleh seseorang individu. Inventori nilai pekerjaan ini adalah inventori yang mempunyai format jawapan skala likert iaitu Sangat Suka (SS), Suka (S), Tidak Pasti (TP), Tidak Suka (TS) dan Sangat Tidak Suka (STS). Gerak balas individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian ini dikatakan dapat menerangkan nilai-nilai pekerjaan individu. Ujian Nilai Pekerjaan Sidek misalnya, dapat mengukur 6 kategori nilai pekerjaan iaitu konteks, hubungan, fungsi, ganjaran, citarasa dan monotoni yang terdiri daripada 21 nilai pekerjaan. Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian I : Deskripsi Pekerjaan dan Bahagian II : Perbandingan Nilai Pekerjaan. Pentafsiran skor yang diperolehi dari ujian nilai pekerjaan adalah seperti berikut; Pentadbiran Ujian INPS Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil INPS Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian nilai pekerjaan perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati. Untuk itu, sila rujuk cara pengiraan

skor dan pembentukan profil seperti yang terkandung dalam Manual INPS.

Pentafsiran Profil INPS Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu. Umumnya, pentafsiran profil adalah berasaskan kategori nilai pekerjaan dan fokus adalah kepada skor tertinggi dan skor terendah. Skor 16 hingga 21 dianggap tinggi, skor 7 hingga 15 dianggap sederhana dan 1 hingga 6 dianggap rendah. Skor tinggi menunjukkan nilai tersebut sangat penting kepada individu, sementara skor rendah menunjukkan nilai bahawa nilai tersebut adalah tidak penting kepada individu. Pentafsiran profil INPS yang diperolehi berhubung dengan nilai-nilai tersebut adalah seperti berikut; BAHAGIAN A: DESKRIPSI PEKERJAAN 1. Manusia Keperluan utama pekerjaan jenis ini ialah anda mesti suka kepada aktiviti-aktiviti yang berorientasikan manusia. Banyak masa anda akan digunakan untuk berhubung dan berinteraksi dengan orang lain. Peranan anda termasuklah menyelia, memujuk dan menolong, mengajar, memberi khidmat kaunseling dan menasihat merupakan aktiviti-aktiviti lain yang mungkin akan anda lakukan. 2. Data Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah anda dikehendaki bekerja dengan idea-idea maklumat-maklumat, dan rekod-rekod. Anda mungkin dikehendaki mengumpul maklumat-maklumat,

membanding, menyalin di samping berkemungkinan melakukan kerja-kerja menyelaras dan menganalisis data. Kebolehan membuat kesimpulan dan rumusan dari data-data yang ada mungkin juga diperlukan di dalam pekerjaan jenis ini. Minat anda yang mendalam untuk bermain-main dengan data memungkinkan anda berjaya di dalam kerjaya ini.

3. Benda Pekerjaan ini memerlukan anda bekerja dengan objek sama ada objek kecil atau objek besar. Anda adalah dikehendaki mengendalikan dan menyelenggara objek dari kerja yang sehalushalusnya hinggalah kepada operasi jentera-jentera yang besar. Perhubungan sesama manusia adalah minima. Anda mungkin terlibat dalam merekabentuk, merekacipta, membina dan memperbaiki benda-benda. 4. Pembantu Pekerjaan ini memerlukan anda supaya bertanggungjawab ke atas orang lain, mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan. Anda adalah dikehendaki supaya sentiasa mengikut arahan ketua dan memberi perhatian penuh kepada tugas yang diberikan kepada anda. Anda juga dikehendaki membuat sesuatu mengikut apa yang telah dipersetujui. Kesediaan anda untuk diarah dari melakukan sesuatu mengikut kehendak sendiri memungkinkan anda berjaya dalam kerjaya jenis ini. 5. Altruisme Ciri-ciri seperti suka menolong dan mengasihi orang lain adalah ciriciri yang penting untuk pekerjaan jenis ini. Banyak masa kerja anda dihabiskan dengan kerja-kerja kebajikan. Anda mungkin

dikehendaki membina perhubungan dengan orang yang tidak mempunyai kawan, menolong mereka yang tidak bernasib baik serta orang lain yang memerlukan pertolongan. 6. Pemimpin Ciri-ciri utama di dalam pekerjaan jenis ini ialah anda dikehendaki memegang jawatan yang mempunyai autoriti dan tanggungjawab yang berat. Anda perlu memberitahu tentang apa yang perlu mereka buat, mengarah, dan mengawal tingkah laku mereka. Anda juga bertanggungjawab untuk membuat keputusan-keputusan penting untuk kumpulan. Anda akan dianggap sebagai ketua yang mempunyai prestij dan pengaruh yang membuatkan orang lain menghormati dan bertanggungjawab kepada anda. 7. Autonomi Autonomi dan kebebasan adalah merupakan unsur-unsur yang penting di dalam pekerjaan jenis ini. Anda dengan bebas boleh pergi dan balik dari tempat kerja sesuka hati. Anda juga bebas menjadual masa bekerja dan melakukan kerja mengikut cara yang anda suka. Kebebasan dalam membuat keputusan sendiri dan berinisiatif merupakan kunci kepada kejayaan anda. 8. Intelektual Pekerjaan jenis ini melibatkan banyak masa anda untuk aktivitiaktiviti yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Kerja-kerja anda banyak melibatkan fikiran demi mencari kebenaran dan menambah khazanah ilmu pengetahuan. Daya imaginasi dan taakulan adalah perlu, begitu juga kebolehan anda mengatur dan menyusun ilmu pengetahuan. Dalam kerja-kerja yang melibatkan perkara-perkara abstrak dan teoritikal, anda dikehendaki mengkritik, menyoal, menganalisis dan mengabungkan keterangan-keterangan.

9. Kreatif Perkara jenis ini memerlukan individu-individu yang mempunyai idea-idea dan persembahan diri yang unik. Gaya hidup yang individualistik mungkin amat sesuai untuk bidang kerjaya jenis ini. Ketulinan dan keaslian dalam rekacipta adalah dipraktikkan dalam penyelesaian masalah dan penyelenggaran kerja. Kebolehan untuk menghasilkan idea-idea baru dan cara mempersembahkannya secara unik dan tersendiri adalah suatu kemestian. 10. Kejayaan

Kejayaan dan pencapaian yang tinggi merupakan keperluan dan ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini. Matlamat yang jelas dan cita-cita yang tinggi adalah dikehendaki. Anda akan menghadapi kerja-kerja yang mencabar dan mungkin juga masalah-masalah yang berat dan rumit. Jika anda mempunyai semangat dan kesungguhan lebih daripada yang biasa dimiliki oleh kebanyakan orang, berkemungkinan besar anda akan berjaya di dalam pekerjaan ini. 11. Organisasi

Salah satu pra-syarat yang perlu ada untuk pekerjaan jenis ini adalah kebolehan anda menyusun dan menyelenggara barangbarang di bawah jagaan anda supaya kelihatan kemas dan teratur. Anda perlu menyusun segala peristiwa sama ada yang telah atau yang akan berlaku secara sistematik dan teliti. Dalam menjalankan tugas-tugas harian anda, kecuaian dan ralat-ralat kecil biasanya tidak dapat diterima. Kebolehan anda menyusun sesuatu kerja lebih awal dan terperinci adalah perlu dan amat ditekankan. 12. Keuntungan

Pekerjaan jenis ini memberikan peluang kepada anda untuk menjadi kaya. Kerjaya ini memberikan faedah ekonomi yang tinggi yang memungkinkan anda berupaya memiliki barang-barang berkualiti tinggi yang anda inginkan seperti rumah, kereta, pakaian dan lainlain lagi. Walaupun kadang kala anda terpaksa berhadapan dengan risiko, tetapi potensi untuk mendapatkan keuntungan yang besar adalah tinggi. 13. Promosi

Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah adanya kenaikan pangkat, yang memberikan anda peluang untuk maju ke hadapan selangkah demi selangkah. Anda mempunyai peluang untuk naik ke atas menjadi orang yang berpengaruh dan berautoriti. Walaupun anda mungkin terpaksa memulakan kerjaya anda dengan jawatan yang rendah, anda boleh meningkat dengan cepat di dalam sesebuah organisasi. 14. Masa Lapang

Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah ia tidak mengganggu kehidupan anda di luar masa kerja. Waktu kerja anda adalah pendek dan anda mempunyai banyak masa untuk bercuti. Anda akan mempunyai banyak masa untuk bergembira dan anda juga berpeluang untuk meneruskan kegemaran, minat dan aktivitiaktiviti harian anda. 15. Pengiktirafan

Dalam pekerjaan jenis ini anda akan menjadi perhatian dan tumpuan masyarakat umum. Anda akan dikenali dan dianggap penting oleh sebahagian besar ahli masyarakat. Nama dan wajah anda akan dikenali secara meluas. Pujian kepada diri anda dan kerja-kerja yang anda lakukan adalah banyak. Kedudukan anda

mempunyai martabat yang tinggi dan dianggap penting oleh ahli masyarakat. 16. Sokongan

Persekitaran kerja dalam pekerjaan jenis ini amat menyokong anda. Sebagai seorang pekerja dan sebagai seorang individu, anda akan dilayan dengan kasih sayang dan kebaikan. Ketua dan pembantupembantu anda amat memahami, bertimbang rasa dan selalu memberi galakan dan dorongan. Mereka begitu mengambil berat tentang keselesaan dan kesejahteraan anda. Anda juga biasanya ditawarkan bantuan jika anda memerlukan. 17. Pekerjaan merasa keluarga jenis ini membolehkan Keselamatan anda merasa bebas dari yang Secara oleh

kebimbangan, kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Anda selamat anda dengan kekal, perubahan-perubahan stabil boleh semasa berlaku di sekeliling anda kerana anda mengetahui anda dan dijangkakan. dipengaruhi keseluruhannya, kesempitan hidup. pendapatan anda tidak

18. menikmati dan menghargai

Kebudayaan seni. Keupayaan anda untuk

Untuk berjaya di dalam kerjaya ini anda mestilah berkebolehan menghayati bentuk, imbangan, kelembutan, keharmonian dan kecantikan sesuatu benda adalah amat berguna dan berharga. Anda mungkin dikehendaki mengumpulkan benda-benda yang seni, cantik budaya. dan mempunyai erti. Anda juga dikehendaki supaya memperkembangkan minat dan penghargaan terhadap seni dan

19.

Agama

Sala satu pra-syarat utama untuk berjaya di dalam pekerjaan ini ialah anda mesti mempunyai pengetahuan aras yang tinggi dan luas. Anda akan selalu terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan keagamaan. Peluang untuk berdakwah mengajar, menjadi model dan berkongsi nilai-nilai yang berkaitan dengan agama adalah merupakan tanggungjawab yang diberikan kepada anda. 20. keadaan dan masalah-masalah Kepelbagaian baru dan berbeza untuk

Pekerjaan jenis ini memerlukan anda berhadapan dengan keadaandiselesaikan. Anda mungkin dikehendaki mengendali dan membuat penyelidikan berkaitan dengan persekitaran fizikal dan sosial anda. Banyak masa anda mungkin akan dihabiskan untuk perjalanan ke tempat-tempat yang anda tidak biasa. Risiko sama ada kecil atau besar tidak dapat dielakkan. Anda mesti bersedia untuk mengalami perubahan yang akan berlaku. 21. Aktiviti

Satu daripada keperluan utama pekerjaan jenis ini adalah minat dan cinta kepada aktiviti-aktiviti fizikal. Anda perlu mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Kesihatan, kekuatan, dan ketabahan yang tinggi dan adalah mungkin satu juga kemestian. di luar Anda mungkin Minat dikehendaki terhadap mengangkat benda-benda yang berat, bekerja di dalam bangunan bangunan. anda pergerakan yang memerlukan tenaga dan kekuatan adalah perlu untuk kejayaan di dalam kerjaya ini. BAHAGIAN B: PERBANDINGAN NILAI PEKERJAAN

Frasa-frasa berikut menerangkan setiap pekerjaan dengan ringkas sekali lagi. Nombor muka surat disediakan sekiranya anda ingin merujuk keterangan yang lengkap. 1. Manusia Banyak masa digunakan untuk berhubung dan berinteraksi dengan manusia. 2. Data Bekerja dengan nombor-nombor, idea, maklumat serta rekod termasuk menyelaras dan menganalisis data. 3. Benda Bekerja dengan objek sama ada kecil atau besar termasuk merekacipta dan memperbaiki benda. 4. Pembantu Bertanggungjawab kepada orang lain, mengikut peraturan dan arahan. 5. Altruisme Baik hati, suka menolong, memberi perhatian, murah hati dan mengasihi orang lain. 6. Pemimpin Mempunyai pengaruh dan prestij. Berautoriti tetapi mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap orang lain. 7. Autonomi

Kebebasan

melakukan

sesuatu

dan

membuat

keputusan.

Berinisiatif dan berdikari dalam sesuatu. 8. Intelektual Melihatkan banyak masa dengan aktiviti keilmuan dan cintakan kebenaran. 9. Kreatif Keaslian dan ketulenan dipraktikkan dalam menyelesaikan masalah dan penyelenggaran kerjasama. 10. Kejayaan

Mempunyai cita-cita dan pencapaian tinggi. Bekerja keras, kerjakerja mencabar dan rumit, perlukan semangat dan kesungguhan untuk berjaya. 11. Organisasi

Struktur, kekemasan dan ketelitian dalam menjalankan tugas adalah suatu kemestian, sistematik dan ralat-ralat kecil tidak dapat diterima. 12. untuk menjadi kaya. 13. maju dan meningkat. 14. Masa Lapang Promosi Keuntungan

Faedah ekonomi yang tinggi dan mempunyai peluang yang besar

Adanya peluang kenaikan pangkat yang memberikan ruang untuk

Waktu kerja pendek di mana ada banyak masa untuk berehat, bergembira dan meneruskan kegemaran. 15. Pengiktirafan Dikenali, dipuja dan dianggap penting oleh orang lain. Kedudukan mempunyai martabat serta menjadi tumpuan umum. 16. Sokongan

Persekitaran kerja yang menyokong dan mesra. Ketua dan rakan memahami dan bertimbang rasa, memberi galakan dan dorongan. 17. Bebas hidup. 18. Kecantikan dan kebudayaan. 19. berkaitan dengan agama. 20. risiko yang tidak dapat dielakkan. 21. Aktiviti Kepelbagaian Agama Kebudayaan dari kebimbangan Keselamatan pekerjaan dan punca pendapatan.

Kedudukan kewangan stabil dan tidak dipengaruhi oleh kesempitan

Menghargai dan menikmati seni, bentuk, imbangan, kelembutan.

Berdakwah, mengajar, menjadi model dan berkongsi nilai yang

Berhadapan dengan masalah-masalah baru yang berbeza serta

Aktiviti-aktiviti fizikal di mana kesihatan dan ketabahan yang tinggi diperlukan. Perlu tenaga dan kekuatan.

Pentafsiran Keseluruhan INPS 1. Kategori Konteks Manusia Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi daripada segi kontek terhadap manusia. Daripada segi pekerjaan, banyak masa digunakan untuk berhubung dan berinteraksi dengan orang lain. Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu. Data Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi daripada segi kontek terhadap data. Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6)

Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu. Benda Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi daripada segi kontek terhadap benda. Daripada segi pekerjaan, banyak masa digunakan untuk bekerja dengan benda. Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu. 2. Kategori Hubungan Pembantu Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada hubungan pembantu. Daripada segi pekerjaan, individu perlu bertanggungjawab kepada orang lain, mengikut peraturan dan arahan. Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6)

Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting dalam kehidupan individu.

Altruisme Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi daripada kepada hubungan altruisma. Daripada segi pekerjaan, individu perlu menunjukkan ciri-ciri baik hati, suka menolong, memberi perhatian, murah hati dan mengasihi orang lain. Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting dalam kehidupan individu. Pemimpin Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada hubungan sebagai pemimpin. Daripada segi pekerjaan, individu mempunyai pengaruh dan prestij, berautoriti, di samping mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap orang lain. Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6)

Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting dalam kehidupan individu.

Autonomi Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada hubungan pembantu. Daripada segi pekerjaan, individu inginkan kebebasan dalam melakukan sesuatu dan membuat keputusan di samping berinisiatif dan berdikari. Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting dalam kehidupan individu. 3. Kategori Fungsi Intelektual Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada fungsi intelektual. Daripada segi pekerjaan, individu perlu melibatkan diri dengan aktiviti keilmuan di samping cintakan kebenaran. Skor Sederhana (7 hingga 15)

Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting dalam kehidupan individu.

Kreatif Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada fungsi kreatif. Daripada segi pekerjaan, individu perlu menunjukkan dan mempraktikkan ciri-ciri keaslian dan ketulinan. Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting dalam kehidupan individu. Kejayaan Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada fungsi kejayaan. Daripada segi pekerjaan, individu perlu mempunyai cita-cita dan pencapaian tinggi, di samping bekerja keras. Individu juga perlu melakukan kerja-kerja yang mencabar dan rumit yang memerlukan semangat dan kesungguhan.

Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting dalam kehidupan individu.

Organisasi Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada fungsi organisasi. Daripada segi pekerjaan, individu perlu memiliki ciri-ciri struktur yang tinggi, kekemasan dan ketelitian. Individu perlu melakukan secara sistematik di mana ralat-ralat kecil tidak dapat diterima. Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting dalam kehidupan individu. 4. Kategori Ganjaran Keuntungan Skor Tinggi (16 hingga 21)

Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada ganjaran keuntungan. Daripada segi pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan yang memberikan faedah ekonomi yang tinggi dan peluang untuk menjadi kaya. Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting dalam kehidupan individu.

Promosi Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada ganjaran promosi. Daripada segi pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan yang memberikan peluang untuk kenaikan pangkat dan meningkat maju. Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting dalam kehidupan individu. Masa Lapang Skor Tinggi (16 hingga 21)

Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada ganjaran masa lapang. Daripada segi pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan yang waktu kerjanya pendek di mana individu mempunyai masa untuk berehat, bergembira dan meneruskan kegemaran harian. Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting dalam kehidupan individu.

Pengiktirafan Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada ganjaran berupa sokongan. Daripada segi pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan yang memberikan peluang kepada dirinya untuk dikenali, dipuja dan dianggap penting oleh orang lain. Individu mempunyai martabat tinggi serta menjadi tumpuan umum. Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting dalam kehidupan individu.

Sokongan Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada ganjaran berupa sokongan. Daripada segi pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan yang menyokong dan mesra di mana ketua dan rakan-rakan memahami dan bertimbang rasa, memberi galakan serta dorongan. Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting dalam kehidupan individu.

Keselamatan Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada ganjaran keselamatan Daripada segi pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan yang memberikan jaminan daripada segi pekerjaan serta pendapatan. Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6)

Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting dalam kehidupan individu. 5. Kategori Citarasa Kebudayaan Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada aspek kebudayaan. Daripada segi pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan yang memberikan peluang untuk menghargai dan menikmati seni, bentuk, imbangan, kelembutan, kecantikan dan kebudayaan. Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting dalam kehidupan individu.

Agama Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada aspek agama dalam kehidupannya. Daripada segi pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan yang memberikan peluang untuk berdakwah, mengajar, menjadi model dan berkongsi nilai yang berkaitan dengan agama yang dianuti.

Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting dalam kehidupan individu. 6. Kategori Monotoni Kepelbagaian Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada nilai kepelbagaian. Daripada segi pekerjaan, individu akan memberikan peluang untuk berhadapan dengan masalah-masalah baru yang berbeza. Risiko dalam pekerjaan tidak dapat dielakkan. Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting dalam kehidupan individu. Aktiviti Skor Tinggi (16 hingga 21) Menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada nilai aktiviti. Daripada segi pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan yang memberikan peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti-

aktiviti fizikal di mana kesihatan dan ketabahan yang tinggi diperlukan. Tenaga dan kekuatan adalah sangat diperlukan. Skor Sederhana (7 hingga 15) Menunjukkan nilai ini sederhana penting. Skor Rendah (1 hingga 6) Menunjukkan nilai ini tidak begitu penting dalam kehidupan individu.