Anda di halaman 1dari 8

1.

REFLEKSI PENGAJARAN YANG LALU

Suatu pagi dalam suasana yang agak ceria, saya telah memulakan proses pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas Tiga Bestari dengan bertanyakan soalan-soalan asas dalam perbualan bahasa Arab. Murid-murid dapat menjawab persoalan dengan baik. Tiba-tiba saya terlintas untuk bertanya kepada beberapa orang murid apakah makna-makna perkataan yang mereka tuturkan. Saya amat terkejut kerana ramai yang tidak memberikan jawapan yang betul. Saya merasa sungguh kecewa kerana jangkaan saya selama ini meleset sama sekali. Saya mengandaikan murid-murid saya telah benar-benar menguasai makna-makna asas perkataan Arab yang diajarkan namun ianya tidak menepati ramalan saya. Saya menyedari bahawa saya perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh beberapa orang murid saya. Saya risau seandainya masalah ini dibiarkan berlarutan ia akan merugikan masa depan mereka. Justeru, saya mengambil keputusan untuk melakukan kajian khusus bagi mengatasi masalah ini dengan menggunakan kaedah yang mudah, menarik dan praktikal dengan penglibatan murid secara aktif. 2. MASALAH YANG DIKAJI Berdasarkan refleksi serta pemerhatian ke atas beberapa orang murid dalam kajian ini, kesimpulan yang yang dapat saya kemukakan seperti berikut : 1. Sebahagian murid hanya pandai menuturkan apa yang diajar oleh guru tanpa mengetahui sebarang makna perkara yang dituturkan. 2. Murid menyebut dan menuturkan perkataan yang salah kerana mereka menyebut berdasarkan apa yang mereka dengar bukan daripada kalimah yang terdapat di dalam teks. 3. Murid menghafal perkataan kerana terpaksa bukan kerana minat dan kemahuan untuk mendalami bahasa Arab.

3. i.

OBJEKTIF Objektif Umum Untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap Maani al-Muradif dalam mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi dengan menggunakan kaedah Jalanjalan Sambil Makan. ii. i. ii. iii. Objektif Khusus Membantu murid untuk melazimkan diri dalam menggunakan kalimah Arab dengan penguasaan sepenuhnya asas perbualan dalam bahasa Arab. Meningkatkan daya ingatan murid terhadap kalimah-kalimah dan perkataan Arab yang telah dipelajari. Mengubah cara pengajaran guru supaya murid dapat merasakan proses pelajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan.

4.

METHODOLOGI KAJIAN Sepanjang proses kajian ini berlangsung, beberapa kaedah dan methodologi telah

digunakan untuk menyempurnakannya. Saya mengunakan kaedah obserbvasi, soal jawab, ujian pra dan ujian post, pertandingan dan permainan. Melalui kaedah observasi saya melakukan pemerhatian dan pengesanan terhadap minat murid kepada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi. Dengan menggunakan kaedah soal jawab saya dapat menilai sejauh mana tumpuan murid terhadap pelajaran yang berlangsung. Manakala melalui ujian pra dan post saya dapat mengetahui sejauh mana pencapaian murid saya terhadap proses pelajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Kaedah ini dikira sebagai kaedah yang muktamad dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan kajian yang saya jalankan. 5. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian ini seramai 10 orang murid dari kelas Tiga Bestari . Ia melibatkan 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.

6.

PERLAKSANAAN KAJIAN 6.1 Tinjauan Masalah Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, saya akan mewajibkan

semua pelajar menghafaz 10 kalimah Arab dan maknanya selama seminggu. Pada minggu berikutnya dalam kelas Bahasa Arab saya telah memilih 10 orang murid secara rawak berdasarkan penelitian saya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang telah diadakan untuk mengikuti ujian penilaian yang telah saya sediakan khas untuk mereka. Murid ini dipilih adalah berdasarkan kepada komitmen mereka di dalam kelas yang agak kurang memberi tumpuan. Dapatan dari ujian yang telah saya adakan adalah seperti berikut; Bil Kesalahan menulis dan memberi makna 1. 2. 3. perkataan Arab 1 3 kesalahan ( baik ) 4 6 kesalahan ( sederhana ) 7 10 kesalahan (lemah ) JUMLAH Bil murid 1 4 5 Peratus 10 40 50 100

Jadual 1: Dapatan Ujian Pra Berdasarkan jadual 1 menunjukkan bahawa seramai 5 orang murid (50 %) telah melakukan kesalahan 7-10 kesalahan berbanding seorang murid (10%) yang melakukan kesalahan memberi makna kalimah yang diberi antara 1 3 . Terdapat 40 orang murid (40%) yang telah melakukan antara 4-6 kesilapan. Dapatan ini menunujukkan bahawa majoriti murid masih belum dapat menguasai sepenuhnya kalimah-kalimah dan maknanya yang telah saya ajarkan. 6.2 Perlaksanaan Program Saya telah melaksanakan program ini selama 4 minggu iaitu bermula awal April hingga akhir April. Pengajaran dijalankan pada dua masa (satu jam) setiap minggu dalam Bahasa Arab Komunikasi .Dalam masa 4 minggu baca, tahu, hafaz dan soal jawab. 3 ini murid diminta menghafaz 10 kalimah tertentu. Saya menggunakan pendekatan salin,

Ujian pos ialah murid menulis 10 kalimah dan makna yang telah dipelajari mengikut sebutan guru. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah imlak. 6.3 Tindakan Yang Dijalankan Untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh murid saya, saya telah mengggunakan kaedah Ingat-ingat Sambil Makan. Kaedah ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan yang berikut; a. Salin perkataan dan makna Guru menulis kalimah dan makna bahasa Arab di papan hitam. Semua murid dikehendaki menyalin perkataan dan makna di dalam buku tulis Bahasa Arab. Jumlah yang dirasakan munasabah untuk diberikan kepada murid adalah sepuluh perkataan. Guru akan memeriksa setiap buku tulis murid. Tumpuan akan diberikan kepada sampel kajian. b. Hafaz perkataan dan makna Murid diberikan tempoh selama sepuluh minit untuk menghafal kalimah dan makna yang telah diajarkan. Selepas itu, guru memberi peluang kepada manamana murid untuk memperdengarkan hafazan masing-masing. Kemudian, guru akan memberi tumpuan kepada murid sampel secara tidak langsung. c. Proses Pengajaran dan Pembelajaran dengan Kalam Jamaie Kaedah kalam jamaie dikenali juga dengan choral speaking. Kaedah ini dilaksanakan secara pertandingan dengan melibatkan semua murid. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan kalam jamaie berdasarkan skrip yang diberikan oleh guru. Kumpulan yang menang akan dihadiahkan 7 biji kismis seorang.

d. Cari perkataan dan makna dengan permainan Explorace

Guru akan mengumpulkan murid sampel di dalam bilik khas (Bilik Gerakan) pada waktu rehat atau waktu tertentu sepanjang tempoh kajian dijalankan. Murid akan ditanya oleh guru mengenai kalimah-kalimah yang telah diajarkan secara rawak. Murid yang gagal menjawab akan diberikan kertas yang mengandungi arahan yang tertentu bagi mendapatkan jawapan. Guru memperuntukkan masa tertentu kepada murid untuk menyelesaikan tugasan. Murid yang berjaya menyelesaikan tugasan akan diberikan hadiah 7 biji kismis manakala murid yang gagal akan didenda untuk menghafal kalimah yang baru. 6.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian Hasil tindakan dan permerhatian yang telah dijalankan didapati murid telah memberi komitmen dan kerjasama yang baik kepada pengkaji sepanjang program ini dijalankan. Murid dilihat bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk menghafaz perkataan-perkataan serta menunjukkan pelbagai aksi dan cara untuk mendapatkannya. Dalam masa yang sama terdapat juga murid yang menghafaz dan cuba untuk menulis perkataan secara langsung bagi memudahkan mereka menjawab ujian imlak. Keadaan seperti ini telah menimbulkan semangat dan motivasi guru untuk terus memberikan sepenuh komitmen untuk meneruskan program ini sehingga mencapai objektif yang telah digariskan. 6.5. Refleksi Kajian analisis dapatan Berdasarkan kepada pemerhatian dan analisa ujian post yang telah dijalankan, saya dapati proses pengajaran dan pembelajaran melalui cara menghafaz, kaedah Jalan-jalan Sambil Makan yang cuba saya perkenalkan kepada anak murid saya telah memberi impak dan kesan yang cukup positif. Ia dapat dilihat melalui analisis pencapaian ujian pra dan ujian post yang telah saya jalankan berdasarkan kepada butiran yang tertera di bawah.

Analisis Perbezaan bagi ujian Pra dan Ujian Post

Jadual 2 : Dapatan Ujian Pra Bil Kesalahan menulis dan memberi makna 1. 2. 3. perkataan Arab 1 3 kesalahan ( baik ) 4 6 kesalahan ( sederhana ) 7 10 kesalahan (lemah ) JUMLAH Jadual 3 : Dapatan Ujian Pos Bil murid 1 4 5 Peratus 10 40 50 100

Bil Kesalahan menulis dan memberi makna 1. 2. 3. perkataan Arab 1 3 kesalahan ( baik ) 4 6 kesalahan ( sederhana ) 7 10 kesalahan (lemah ) JUMLAH

Bil murid 5 3 2

Peratus 60 40 20 100

Daripada jadual dapatan ujian pra dan ujian post di atas, didapati bahawa terdapat peningkatan pencapaian murid dalam memberikan Maani al-Muradif setelah mengikuti kaedah Jalan-jalan Sambil Makan sebagaimana yang diperkenalkan. Peratus kelulusan meningkat sebanyak 30% iaitu seramai 8 orang murid atau 80% telah lulus dalam ujian post berbanding 50% atau 5 orang sahaja murid yang lulus dalam ujian pra. Walaupun terdapat 2 orang murid yang masih gagal untuk mendapatkan kalimah dan maknanya, namun keadah ini masih boleh dikatakan berjaya. Murid didapati telah menguasai perkataan yang diberikan kepada mereka dengan baik. Paling membanggakan adalah terdapat 5 orang murid yang tela berjaya menjawab kesemua soalan yang diberikan tanpa sebaran kesilapan makna. Ia murupakan suatu perubahan pencapaian yang cukup positif dan menggalakkan.

7. CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Program ini boleh dijalankan untuk semua tahun dari tahun 1 hingga tahun 6. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu guru-guru yang mengajar dalam bidang bahasa.

Saya akan cuba meneruskan kajian saya dimasa akan datang mengenai kaedah untuk meningkatkan pencapaian murid dalam penggunaan Huruf Hijaiyyah Yang Bercerai dan Bersambung. Perkara ini dapat dikesan apabila terdapat murid yang boleh mengeja perkataan dengan baik tetapi mereka tidak dapat menulis huruf hijaiyyah dan jawi dengan baik kerana masih gagal untuk mengenal huruf yang bole disambung dan huruf yang tidak bole disambung. . 8. RUMUSAN Pencapaian pelajar daripada menjalani program ini amat memberangsangkan dan mendorong saya lebih peka atas kelemahan sendiri dalam menyampaikan pengajaran yang lebih mudah dan berkesan. Kejayaan program ini terletak kepada kesunggguhan semua pihak baik guru, pelajar dan juga persekitaran yang boleh membantu keberkesanannya. Pada saya, kajian ini dapat menyedarkan kembali peranan guru yang amat penting dalam mempelbagaikan cara dan kaedah mengajar untuk menarik minat murid dalam mendalami ilmu pengetahuan. Ia juga memberi pengalaman baru untuk guru supaya tidak mudah putus asa dalam mendidik anak bangsa yang menjadi tonggak kekuatan ummah di masa akan datang.

BIBLIOGRAFI Abdullah al-Amin al-Naimy (1994) Kaedah dan teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Abu Ahmad Fatanah (2001), Mendidik Anak Gebius dan Soleh, Kuala Lumpur : AlHidayah Publishers Ee Ah Meng (1997), Pedagogi 1: Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Mok Song Sang (2002), Psikologi Pendidikan, Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992) Teknik Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai