Anda di halaman 1dari 7

Cerpen : Cikguku sayang Nama Pena : sofi 1 "Mak, along kata along tak nak, along tak naklah!

" sedikit tinggi suara Afifah. Wajah ibu yang penuh pengharapan ditatap tajam. "Mak tak faham dengan kamu ni. Tu, Angah dah dapat anak dah! Kamu? Kahwin pun belum. Bila ada orang masuk meminang, hah, asyik nak menolak. Fi, terimalah ya! Si Azman tu budak baik. Dah lama dia sukakan kamu. Terima, ya." Zaleha masih berusaha memujuk. "Kalau mak terima pinangan Azman tu, mak aje yang kahwin dengan dia." Usik Afifah. Mata ibunya membulat. "Kamu ni, Fifi. Jangan nak mengarut! Tak sanggup ayah nak bermadu dah tua-tua macam gini!" Sahut si ayah yang dari tadi memerhati isteri dan anak bertikam lidah. Gurauannya membuat Afifah tersengih. "Abang ni, perkara macam gini pun nak bergurau." Marah Zaleha. "Awak ni, Leha. Biarlah Fifi tu. Dah dia tak nak kahwin lagi, jangan le dipaksa-paksa. Insya-Allah nanti adalah jodoh dia tu!" Balas Ariffin sambil menunjukkan ibu jari tanda bagus kepada anaknya. Afifah membalas gembira. "Yelah tu! Entah bila, entah. Umur dah le nak masuk 25, boyfriend tak ada. Orang datang pinang, tolak. Memilih sangat! Tunggu anak raja mana le agaknya." Zaleha masih tidak berpuas hati. Anak raja gopal, mak! Hisy.... apa le aku ni. Datang anak raja gopal betulbetul baru tau. Tapi... kalau dia macam Syah Rukh? Boleh jugak kot? bisik hati Fifi. Wajahnya manis dengan senyuman menguntum di bibir. Tiba-tiba telefon berbunyi. "Along, Husin ni." Husin ialah adik iparnya, suami Nora. Husin seorang doktor yang bertugas di Hospital Selayang. Pastinya Husin menelefon untuk memberitahu tentang kepulangan Nora dan baby mereka ke rumah. Semalam, adiknya itu bersalin di hospital tersebut. "Ada apa, Sin? Nora dah boleh balik ke?" Afifah menyoal dengan riang. Tidak sabar untuk melihat wajah anak saudara yang baru lahir. "Nora dah boleh balik tapi Afif kena tahan pulak. Doktor kata untuk 24 jam aje. Bimbang anak saudara akak tu dapat jaundice." Jadi, Afifah telah dipilih untuk menjaga baby di hospital. Dia gembira aje. Seronok dengan tanggungjawab itu. Afif, nama yang Nora pilih diambil sempena namanya. Afif bermaksud lemah lembut. Sambil merenung wajah mulus itu, dia berbisik; Lemah jangan, lembut pun jangan. Lemah lembut

tak apa. Tapi kena tegas, macam mak long, tau! 2 Afifah dan Husin melangkah seiringan menuju ke tempat parkir kereta. Di tangannya, Afifah sedang menggendong Afif. Tubuh kecil itu didakap erat, cuba dilindungi daripada terik mentari yang memancar. Dr Husin memerhati seorang lelaki yang sedang bersusah payah menukar tayar kereta di sebelah kereta Wajanya. Ingin menghulurkan bantuan namun pada pemerhatiannya, lelaki itu sudah hampir menyelesaikan tugasannya. Peluh membasahi baju kemeja lelaki itu. Berdiri tidak jauh ialah seorang perempuan yang kegelisahan. Isteri dia, kut. Bisik di hati. "Hai, tayar pancit, ya. Maaf, tentu susah saudara nak buat kerja. Kereta saya rapat sangat dengan kereta saudara ni!" Ucap Husin ramah. Tau tak apa! Kamal membebel dalam hati sambil berdiri meluruskan badan yang sudah sengal. Lenguh. Wajah Azita direnung sekilas. Wajah yang sedang mencuka. Nak buat camne? Dah tayar ni nak pancit! Dia menoleh ke arah suara yang ramah tadi. "Nasib baik ada tayar spare....." Senyuman yang dihulur mati demi terpandang seraut wajah yang jelas terkejut mendengar suaranya. "Cikgu?" "Fifi?" Serentak mereka memanggil sesama sendiri. "Tak sangka jumpa awak lagi, Fifi. Apa khabar?" Kamal bertanya mesra. Pandangan hanya untuk Afifah. "Baik, cikgu. Isteri cikgu ke?" Soal Fifi menyembunyikan keresahan. "Ini...." "Azita." Wanita itu menghulurkan tangannya. Secepat itu juga dia berpaling ke arah Kamal dan berkata, "Mal, jom balik. Dah lama sangat kita kat sini!" Azita terus sahaja masuk ke dalam kereta. Kamal tidak mempunyai pilihan selain menuruti kemahuannya. "Sin, ari dah panas. Afif pun nak balik jugak ni!" Husin menepuk dahi. "Ha,ah! Oh, ya. Saya Dr Husin. Ini anak sulung saya, Afif. Dan ini..." Afifah segera meningkah. "Ala, cikgu dah kenal kita le! Kan, cikgu? Balik dulu!" 3 Kamal gelisah. Sejak pertemuan tempoh hari, wajah itu asyik mengganggu tidurnya. Menggangunya di siang hari juga. Tak dapat hendak dilupa. "Datang sini ni, nak jenguk mak ke, atau nak bermenung?" Kamal segera menoleh ke arah ibunya yang sedang terbaring di atas katil.

Tersenyum dia. "Mak ni, ada ada aje!" jawabnya. "Mak ke atau kamu ke yang ada-ada aje?" balas ibunya. Belum sempat menjawab, seorang lelaki berkot putih memasuki bilik itu bersama seorang jururawat. Kamal mengamati wajah doktor tersebut. Rasa pernah jumpa, tapi di mana, ya? "Makcik ok ari ni?" Soal doktor itu ramah. "Biasalah, doktor. Dah tua..." "Eh, doktor ni ke yang letak kereta kat sebelah kereta saya ari tu? Ingat saya lagi? Yang tukar tayar..." Dr Husin segera menyambut huluran tangan Kamal. "Memang betul. Sayalah tu." Dia menjawab. "Isteri, eh maaf, anak doktor camne? Sihat?" soal Kamal. Wajah jadi merah sebab sudah tersasul. Nasib baik tidak terlanjur menyebut nama Fifi. Kalau tidak, tentu dah kena penumbuk doktor ni, fikirnya. "Alhamdulillah, isteri dan anak saya sihat dua-dua." "Oh, doktor dah kahwin, ya? Makcik ingatkan belum lagi. Nampak muda." Balas puan Rahmah sambil mengerling ke arah anaknya. "Jangan jadi macam anak makcik ni. Dah 30 tahun tapi bila cakap fasal kahwin aje, mesti mengelak." Husin merenung wajah Kamal sekilas. Kehairanan. Bagaimanapun, dia tidak bertanya tentang Azita. Biarlah. Itu adalah hidup peribadi lelaki itu. "Saya pun dah tua, makcik. 33 tahun dah umur saya ni. Baru kahwin tahun lepas. Mujur budak perempuan tu nakkan saya." Husin ramah memberitahu sambil tangannya sibuk mendapatkan bacaan tekanan darah puan Rahmah. "Agaknya, Fifi masih macam dulu jugak ke? Suka nangis?" Tidak dapat Kamal menahan kata-kata. Lancar sahaja soalan itu keluar dari bibirnya. "Kakak ipar saya tu? Kuat nangis? Tak tahu pulak saya. Dia..." "Kakak ipar? Bukan dia isteri doktor ke? Ari tu....." Husin tergelak besar. Sejak tadi, dia mengesyaki Kamal sangat ingin mengetahui tentang Afifah. Dan kini, lelaki itu kelihatan begitu terdesak. Ada apa-apakah di antara kedua-duanya waktu di sekolah dahulu? Afifah memanggil lelaki ini, cikgu. Dan cikgu ini pula memanggilnya, Fifi. Panggilan Fifi itu hanya istimewa untuk keluarga dan rakan-rakan rapat kakak iparnya. Jadi, mmm...ada rahsia ni!! "Cikgu mengajar di mana sekarang?" sengaja melengahkan masa. Soalan Kamal tidak berjawab. Ingin sahaja Husin ketawa besar melihat gelagat lelaki itu yang kelihatan geram kepadanya. "Anak makcik ni bukan cikgu. Dia jurutera di Dubai. Balik cuti sebab makcik sakit." Puan Rahmah ramah memberitahu.

Kamal menambah. "Dulu, selepas peperiksaan akhir kat UM, saya mohon jadi guru ganti kat SMKHM. Yelah, daripada relaks buang masa, baik kerja. Betul tak, doktor? Masa tu saya kenal dengan Fifi dan kawan-kawannya. Saya ajar sabjek Fizik di T6, kelas Fifi." Terangguk-angguk kepala Husin mendengar. "Saya garang. Fifi tu pernah kena tengking dengan saya. Dia terkejutantara dirinya dengan Afifah lima tahun dahulu. Husin dan puan Rahmah ternganga mendengar. "Melampau betul kamu, ya! Ada ke buat kat anak murid macam tu?" Marah puan Rahmah. 4 "Hai, doktor Husin ni memang nak kena. Dah dekat setengah jam aku tunggu dia, batang hidung dia pun tak nampak. Ajak makan tengah hari sama-sama. Ni dah dekat pukul satu dah ni, tak fasal-fasal aku kena dengan bos sebab balik lewat karang. Hisy...nak tunggu ke tak? Nak tunggu, tak nak, nak tunggu, tak nak..." "Assalamualaikum." Rungutan demi rungutan terhenti bila ditegur oleh bisikan lembut itu. "Sapa pulak mamat yang bagi salam ni?" Afifah menoleh. Bulat sepasang mata terpandangkan bekas gurunya yang sedang tersengih melihat dia. "Dah tak boleh nak cakap apa lah tu! Macam dulu, bila saya tegur aje, awak mesti panik. Apa khabar, Fifi?" Kamal tidak menunggu jawapan. Dia terus sahaja duduk di hadapan gadis itu. Wajah manis itu ditatapi untuk meleraikan rindu yang terpendam sejak lima tahun dahulu. "Awak tunggu siapa? Suami?" Kamal Amir bertanya. "Ha, ah." Ringkas jawapan yang terlahir. Kamal menyandarkan tubuh ke belakang. "Pelik awak ni. Kan awak masih dalam pantang? Kenapa ada kat tempat ni? Bukan awak sepatutnya duduk di rumah ke? Berurut? Berbengkung? Apa lagi ya?" Soalnya galak. "Bertungku, tidur, jaga baby...." Afifah menyambung. "Betullah tu! Tapi...tak kan baru 5 hari dah dating dengan suami? Mana boleh? Awak kena sabo, tau!" Kamal terus sahaja mengusik. Pipi Afifah sudah merah padam. Menyampah benar dia diusik bekas gurunya itu. Seperti dulu, Kamal tidak akan boleh mengawal kata. Mulut laser itu pasti akan mengeluarkan bicara yang menyakitkan hatinya. "Suka hati sayalah! Itu suami saya, cikgu peduli apa?" Hah, kan dah kena? Ingat aku ni, Fifi yang dulu ke? Lembik aje. Kuat nangis? marah Afifah dalam hati. Kamal ketawa besar membuatkan Afifah bangun dan menutup mulutnya.

Menyedari perbuatannya, Afifah malu sendiri. Bertambah malu bila Kamal mengusik lagi, "Hai, Fifi. Kalau Husin nampak apa yang Fifi buat tadi, mesti dia marah, tau." "Cikgu le! Ngada-ngada gelak besar macam tadi tu, buat apa? Apa yang lucu sangat?" Afifah menyoal. "Hmm...telatah awak ni boleh buat saya jatuh cinta pada awak, awak tahu tak, Fifi?" Soal Kamal. Matanya tajam memerhati Afifah. Kali ini senyumannya mati. Serius riak wajahnya. Afifah berpura-pura ketawa. Terasa pedih hatinya. "Cikgu kan dah kahwin. Isteri cikgu ari tu cikgu nak letak kat mana?" "Kalau saya belum kahwin?" "Ala.. kenapa sekarang? Dulu, cikgu tinggalkan saya macam tu aje. Konon cintakan saya tapi cikgu pergi sampai saya tak boleh nak cari cikgu. Tanpa pesan. Tanpa alasan." Lemah Afifah mengungkit cerita lama. "Tapi sekarang, saya dah balik, kan? Saya dah jumpa awak semula. Dulu saya pergi, sebab saya nak cari diri saya. Berat nak tinggalkan awak tapi saya nekad. Sepanjang masa berjauhan dengan awak, saya berdoa agar hati awak kekal pada saya. Agar cinta yang tak pernah saya lafazkan pada awak, dapat saya luahkan satu hari nanti. Bukan saya tak risau awak jatuh cinta pada orang lain. Tapi, saya yakin, kalau ada jodoh kita, tak akan ke mana. Betul, kan? sampai masuk hospital." Dan Kamal leka bercerita kejadian yang berlaku 5 Afifah sudah tidak tahu untuk membuat apa lagi. Pelbagai alasan sudah diberi namun Kamal Amir bin Osman masih terus-terusan mengganggu. Siang, malam, pagi atau petang, telefon bimbitnya pasti menjadi mangsa. Sekejap-sekejap, missed call. Sekejap-sekejap, sms. Curahan rasa rindu, ungkapan cinta yang meresahkan jiwa mudanya, mengharu-birukan hidupnya yang aman makmur dan tenteram selama ini. "Cikgu kan dah kahwin?" Soalnya bila Kamal mengajaknya berkahwin. "Laa....kan kuota saya ada lagi tiga?" Kamal membalas sambil ketawa. "Kalau macam tu, cikgu kena ingat yang saya ni masih isteri orang." Balasnya garang. "Ya tak ya juga. Macam mana ni? Tapi, please.... saya tak boleh hidup kalau tak dengan awak, Fi. Tolonglah kahwin dengan saya. Saya sayang awak. Fifi, saya cintakan awak. Setulus hati!" Alahai, lelaki. Lembut gigi dari lidah. Tak boleh hidup tanpa Fifi, konon? Abis tu, Azita tu siapa? Fifi menyoal diri. "Along, along buat apa sorang-sorang dalam bilik ni? Jom turun. Kita ada tamu kat bawah." Nora memerintah.

"Malaslah...." "Ek eleh, jangan nak cari fasal. Oh ya, tukar baju tu. Pakai baju kurung. Biar nampak manis sikit! Dan jangan lambat! Takut ada yang cari sampai kat sini karang. Satu kes pulak nanti!" Afifah menjuihkan bibirnya. Bimbang dimarahi siibu, dia segera menukar baju. Baju kurung warna hijau lumut berbunga halus diserikan dengan tudung warna sedondon. Bibir dicalitkan sedikit gincu agar wajah yang agak pucat kelihatan sedikit bermaya. Suara ketawa ketawa kedengaran di telinga. Riang berbual sehingga tidak menyedari kehadirannya. Hati tertanya-tanya siapakah tetamu istimewa ibunya itu. Sepanjang pagi Ahad itu, begitu sibuk bertungkus lumus di dapur namun yang menghairankan Afifah, ibunya tidak mempedulikan dirinya. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Dirinya tidak diendahkan. Soalannya tidak berjawab. Kata ibunya, nanti dia akan tahu juga! Ya, dia sudah tahu. Di hadapannya, yang sedang duduk di atas sofa itu ialah cikgu Kamal. Santai dengan kemeja berwarna hijau lumut. Hijau lumut? Eh, macam berjanji pulak, bisik di hati. Tapi, siapakah yang lainlain itu? "Hah, dah turun pun dia. Fifi, mari sini." Panggil ibunya. Pandangan sepuluh pasang mata terhadapnya menyebabkan langkah yang diatur terasa kekok. Melihat bibir masing-masing yang tersenyum menambahkan lagi kegugupan. Debaran jantung, alahai, bagai nak roboh dada. "Mari sini, mak kenalkan tetamu mak pada kamu." Lengannya ditarik lembut. "Ini puan Halimah. Yang ini pula, puan Rahmah dan yang ni, Azita." Afifah menyalami tangan ketiga-tiga perempuan itu. Terasa sayu pula rasa hati bila bersalam dengan Azita. Entah mengapa rasa kasihan kepada perempuan itu hadir. Kasihan kerana mendapat seorang suami yang seperti cikgu Kamal? Wajah lelaki itu dijeling. Pandangan bertembung. Aduyai, berani betul cikgu nih? Tengok aku macam tu depan isteri dia? Nak kena? "Hah, main mata pulak budak dua orang ni!" Berubah air muka Afifah ditegur oleh puan Rahmah. Malunya tetapi...kenapa cikgu Kamal ketawa besar? "Zita, you kena selesaikan masalah I ni. Tengok tu, dah terbeliak mata dia tengok I. Garang bakal isteri I ni." Eeiii, rasa hendak sahaja Afifah menjerit. Rasa hendak sahaja dia menampar mulut jahat itu. Benci! Geram! "Kami datang ni, nak pinang awak untuk Kamal, Fifi." Azita memulakan

mukaddimah. "Awak ni, sedar ke tidak? Relaksnya? Awak sanggup bermadu ngan saya?" Soal Afifah. "Kalau Kamarul yang nak kahwin ngan awak, dah lama saya tarik rambut awak tu. Tapi, yang gilakan awak, Kamal, adik ipar saya! Jadi, rasanya tak ada masalah, kut!" "Apa?" Bulat sepasang mata Afifah merenung wajah Azita. "Jadi....." "Saya belum kahwin lagi lah, Cik Afifah oi. Saya nak kahwin ngan awak aje!" Masing-masing tergelak mendengar kata-kata Kamal. Adus! Selama ini Kamal tidak berpura-pura sebenarnya. Memang lelaki itu ikhlas dengannya. Hanya dia...'arghh...geramnya!' "Cikgu!!!" "Isk, isk,isk...dah nak kahwin pun, panggil cikgu lagi. Nasib kamu le, Kamal!" usik puan Halimah kepada cucunya. 6. "Kahwin juga kita, kan cikgu?" Afifah mendakap mesra tubuh sasa suaminya. "Ada orang tu, nak kena plaster mulut dia!" Balas Kamal dengan wajah yang merah. Mahu dia tak marah. Usia perkahwinan mereka sudah hampir dua minggu namun bibir Afifah belum boleh lagi memanggilnya selain cikgu. Afifah ketawa riang melihat riak wajah Kamal yang kelat. "Oopps....sori. Abis tu, nak panggil apa, ek? Darling? Ayang? Hubby? Mana satu yang abang suka?" Soalnya manja. Kamal segera mendakap tubuh isterinya. Mengucupi dahi. Turun ke pipi. Hinggap di hidung dan sebelum bibir bertemu, bisikan lunak kedengaran, "Macam tadi.....sedapnya! Ya, Fi panggil abang aje! Abang suka sangat."