P. 1
gerko peringkat 3

gerko peringkat 3

|Views: 555|Likes:
Dipublikasikan oleh Rahim Amy

More info:

Published by: Rahim Amy on Nov 24, 2012
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/30/2013

pdf

text

original

LAPORAN
AKTIVITI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KALI KE 17/2012
SK TEBRAU BAKAR BATU JOHOR BAHRU
.

Aktiviti

: Program Perkhemahan Unit Beruniform Kali ke 12

Anjuran

: Badan Kokurikulum SK Tebrau Bakar Batu

Tarikh

: 13 -15 julai 2012

Tempoh masa

: 3 hari 2 malam

Tempat

: Dataran Ilmu SKTBB

Sasaran

: Murid Tahun 4,5 & 6

Penglibatan

: Semua guru

Sumber Kewangan : Peruntukan Kokurikulum sekolah. (Rujuk Lampiran )

Objektif

: 1. Memberi pendedahan situasi perkhemahan kepada murid.

2. Melatih murid mengurus diri sendiri.

3. Membentuk sikap kerjasama antara murid.

4. Merapatkan hubungan silaturrahim antara murid.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KALI KE 17
SK TEBRAU BAKAR BATU
2012

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi

: Tn. Haji Mohd Kamilan bin Haji Elias

Naib Pengerusi

: En. Zulkifli bin Ismail

Timb. Pengerusi : Pn. Hjh. Fodziah binti Abdul Rahman

: Pn. Salamah binti Yunos

Penyelaras

: En. Shamsuddin b Ibrahim

Kem Komandan : En. Mohd Nizam bin Mohd Tahir

Pen. Kem Komandan: En. Wan Hafizi bin Wan Hazit

Setiausaha

: En Ahmad Ridzuan b Abdul Rahaman

Pen. Setiausaha : En. Jauhari bin Djowahir

Bendahari

: Pn. Puan Farah Hana binti Ahmad

AJK

: Pemimpin Pengakap
: Pemimpin Tunas Puteri
: Pemimpin PBSM
: Pemimpin Puteri Islam
: Pemimpin TKRS

“ Perkhemahan adalah satu cara bagi menjalani kehidupan ketika seseorang itu atau

kumpulan berada di persekitaran luar supaya kehidupan akan menjadi lebih selesa

dan selamat walaupun dengan alatan dan bekalan yang terhad.”

Salah satu aktiviti tahunan di dalam kalendar ko-kurikulum Sekolah

Kebangsaan Tebrau Bakar Batu adalah aktiviti perkhemahan yang melibatkan

semua unit beruniform yang terdiri daripada Pandu Tunas Puteri, Persatuan Puteri

Islam, Persatuan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Bulan

Sabit Merah. Aktiviti yang dijalankan setiap 1 tahun sekali ini bertujuan untuk

menanam sikap positif serta disiplin yang tinggi di samping memupuk semangat

kerjasama dan setiakawan di kalangan murid. Setiap pengisian aktiviti di dalam

program ini telah dirangka dengan kerjasama pengurusan ko-kurikulum sekolah

dengan pihak pentadbir bertujuan untuk memastikan kelicinan semasa program

berjalan. Perancangan daripada peringkat awal bermula dengan perlantikan

jawatankuasa induk dan ahli-ahli jawatankuasa kecil. Seterusya, ia disusuli dengan

laporan kewangan dan program perkhemahan.

Perkhemahan Unit Beruniform 2012 pada kali ini bertempat di Dataran Ilmu,

Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu. Ia diadakan selama 3 hari 2 malam

bermula pada 13 Julai hingga 15 Julai 2012. Perkhemahan ini di sertai oleh murid

tahun 4, 5 dan 6 dan semua guru-guru terlibat dalam menjayakan perkhemahan

beruniform ini.

Program ini telah dirancang dengan penuh teliti oleh jawatankuasa-

jawatankuasa yang telah dipertanggungjawabkan. Selepas mesyuarat pertama

diadakan, semua bersepakat untuk mengadakan perkhemahan ini di Dataran Ilmu,

Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu pada 13 Julai hingga 15 Julai 2012 iaitu

jatuh pada hari Jumaat hingga hari Ahad. Dengan penuh keprihatinan, kerjasama

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
SEKOLAH KEBANGSAAN TEBRAU BAKAR BATU

dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh ahli jawatankuasa perancangan, program

ini berjalan dengan lancar. Guru-guru dibahagikan tugas sama rata dan penuh

keadilan. Guru-guru dibahagikan tugas kepada beberapa biro antaranya Kem

Komander, Urusetia, dan lain-lain. Saya telah dipertanggungjawabkan sebagai guru

pembimbing Persatuan Bulan Sabit Merah dan selaku hakim bagi pertandingan

Ikatan dan Simpulan.

Selaku guru pembimbing Persatuan Bulan Sabit Merah dan urusetia, apa

yang dapat saya simpulkan ialah program ini telah mendapat galakan yang amat

memberangsangkan. Ini dapat dilihat daripada aktiviti yang telah dijalankan, peserta

perkhemahan dan guru-guru yang bertugas telah memberikan komitmen yang tidak

berbelah bahagi. Ini dapat dibuktikan melalui kerjasama dan penyertaan yang telah

ditunjukkan sepanjang program diadakan. Saya sendiri dapat melihat hasilnya, di

mana peserta-peserta ini yang pada mulanya kurang berkeyakinan telah dapat

menyemai sikap berdikari dan sifat bertanggungjawab dalam diri masing-masing.

Selain itu, melalui pertandingan masakan saya dapati peserta-peserta dapat

menambahkan ilmu pengetahuan tentang kemahiran memasak. Ini kerana,

kebanyakan peserta terlalu muda iaitu berusia dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun.

Oleh sebab itu, mereka tidak mahir dalam menguasai ilmu masakan dan seterusnya

menyebabkan mereka tidak mampu memasak dengan sendirinya. Kesimpulannya,

saya bersetuju program seperti ini dijalankan kerana ia dapat memberi pendedahan

awal kepada murid-murid tentang perkhemahan seterusnya dapat membiasakan diri

dengan situasi yang serba kekurangan.

RUMUSAN PROGRAM

Pada 13 ( Jumaat) ~ 15 Julai 2012 (Ahad) Sekolah Kebangsaan Tebrau

Bakar Batu dibawah unit ko –kurikulum telah menganjurkan satu perkhemahan bagi

lima buah badan beruniform iaitu, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Pengakap,

Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Puteri Islam Malaysia dan Tunas Puteri.

Program perkhemahan ini juga adalah salah satu program kerja kursus kokurikulum

peringkat 3 yang perlu dilaksanakan oleh pelajar KPLI j-QAF yang sedang

mengikuti pengajian di IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan. Seramai 97 orang

peserta telah menyertai perkhemahan tersebut. Program ini berlangsung selama 3

hari 2 malam. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang program telah berjalan

dengan lancar.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->