Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbilalamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan projek kerja khusus berkumpulan ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada PROFESOR MADYA DR. AHMAD TAJUDDIN OTHMAN, Pensyarah Matapelajaran Pengurusan Ko-Kurikulum (UKT 0131 ), di atas kesudian dan keprihatinan beliau memberi tugasan ini kepada kami. Tidak dapat dinafikan bahawa Prof sememangnya adalah seorang pensyarah yang banyak membantu bukan sahaja kumpulan kami malahan kumpulan-kumpulan lain dalam memberi panduan , maklumat , dan bimbingan sepanjang proses melaksana dan menyelesaikan tugasan ini hingga ke akhirnya. Setiap permasalahan yang timbul dalam tugasan ini akan dapat diselesaikan apabila tuan Prof memberi garis panduan dan penerangan terperinci mengenai permasalahan tersebut . Terima kasih Prof Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung aatau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan pendidik khususnya yang berkhidmat di sekolah-sekolah yang bertindak merungkai pelbagai ilmu pendidikan sama ada berbentuk akademik ataupun ko-kurikulum di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah jugaa pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah kita sebagai pendidik ini , tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan dan selamat beramal. "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

Anda mungkin juga menyukai