Anda di halaman 1dari 21

Kumpulan 3

 Mohd Arif ( ketua )


 Ahmad Aiman

 Khairul Basri

 Wan Muhd. Aizat


PUISI TRADISIONAL
SYAIR DANDAN SETIA DAN INTAN
TERPILIH

Maksud rangkap
Tema dan Persoalan
Gaya bahasa
Bentuk dan Unsur bunyi
Nilai-nilai murni
Pengajaran
Maksud rangkap
 Rangkap pertama

Dendam Berahi namanya desa,


Mendam Perasat Raja Perkasa
Rakyatnya banyak berketi laksa
Bersuka-suka setiap masa.

Maksudnya :
Menceritakan tentang sebuah negeri yang bernama Dendam
Berahi yang diperintah oleh Raja Mendam Perasat iaitu
seorang raja yang gagah perkasa, serta penduduknya
hidup aman dan damai.
 Rangkap kedua

Riuh-rendah nobat nafiri,


semuanya konon berbunyi sendiri,
Hairan tercengan isi negeri,
Apakah ada demikian peri.

Maksudnya :
Menceritakan bahawa pada suatu hari rakyat negeri
Dendam Berahi terkejut apabila nobat nafiri berbunyi.
 Rangkap ketiga

Air pasang penuh rata,


Melambak sampai di kakinya kota,
Bunyi-bunyian gegak gempita,
Segala bunga kembanglah rata.

Maksudnya :
Menceritakan keadaan alam di negeri Dendam Berahi tiba-
tiba berubah seperti berlaku air pasang, bunyi gegak
gempita, dan semua bunga berkembang.
 Rangkap keempat

berbunyilah genta di Gunung Dendam,


Di tempat padang berbunyi meriam,
Bahananya gunung sangat menderam,
Isi negerinya tercenganglah diam.

Maksudnya :
Menceritakan tentang kehairanan rakyat negeri apabila
bergema genta di Gunung Dendam dan meriam meletup di
padang.
 Rangkap kelima

Adapun akan di dalam istana,


Permaisuri Lela Mengerna,
Di dalam kecoh terlalu kena,
Ia pun bersalin dengan sempurna.

Maksudnya :
Mengisahkan tentang perubahan suasana alam apabila
Permaisuri Lela Mengerna melahirkan seorang putera.
 Rangkap terakhir

Seorang laki-laki konon khabarnya,


Terlalu sekali baik parasnya,
Gilang-gemilang nur wajahnya,
Tak sempat disambut oleh bidannya.

Maksudnya :
Menceritakan tentang putera yang dilahirkan merupakan
seorang putera yang cantik dan gilang-gemilang wajahnya.
Tema dan Persoalan

Tema

Kelebihan, keluarbiasaan, dan


keistimewaan putera Permaisuri Lela
Mengerna ketika dilahirkan.
Persoalan 1

Membincangkan tentang
persoalan kekuasaan Allah yang
tiada tandingannya.
Persoalan 2

Persoalan tentang keajaiban


bunyi-bunyian dalam
masyarakat silam.
Persoalan 3

Persoalan tentang peristiwa


luar biasa yang berlaku di
negeri Dendam Berahi
Persoalan 4

Persoalan tentang gambaran


kehebatan putera sejak lahir.
Gaya bahasa
 Singkop
sahaja menjadi saja
mahu menjadi mau

 Perlambangan
penggunaan imej bagi melamangkan sesuatu perkara.
imej desa bagi negeri.

 Inversi
Dendam Berahi namanya desa
 Hairan tercengan isi negeri
 Epifora
…… khabarnya
…… parasnya
…… wajahnya
…… bidannya

 Hiperbola
riuh-rendah nobat nafiri,
Semuanya konon berbunyi sendiri,
Bentuk dan Unsur
BUnyi
 Bentuk syair
bentuk terikat bentuk tidak bebas.
 Jumlah perkataan
tiga hingga lima patah perkataan sebaris.
 Rima akhir
a / a / a / a

 Jumlah suku kata


sembilan hingga 12 suku kata sebaris.
Nilai-nilai Murni
 Keadilan
Pemerintahan seharusnya mempunyai nilai keadilan ketika
memerintah negara.

 Kemurahan hati
Perasaan kemurahan hati menggambarkan perilaku dan identiti
seseorang.

 Berdikari
Nilai berdikari adalah penting kerana kita dapat belajar dengan
lebih gigih.
 Kasih sayang
Nilai kasih sayang Permaisuri Lela Mengerna ke atas puteranya.

 Kesabaran
Kesabaran Lela Mengerna menanti saat kelahiran puteranya.

 Kebersihan Fizikal
Kebersihan fizikal dan mental menjamin kehidupan yang
sejahtera.
Pengajaran
1. kita hendaklah mempunyai bersikap adil khususnya
pemerintah.
 Sikap ini penting agi sesorang pemerintah agar rakyat jelata akan
lebih taat dan menghormati pemerintahnya.

4. Kita hendaklah mempunyai nilai kemurahan hati.


kita mestilah bersifat murah hati untuk mengelakkan daripada dibenci
orang.

7. Kita semestinya mempunyai sifat berdikari dan jangan sekali-


kali kita hanya mahu mengharapkan orang lain.
 kita hendaklah mempunyai sifat berdikari kerana kita tidak seharusnya
mengharapkan bantuan orang semata-mata.

10. Kita seharusnya mempunyai nilai kasih sayang agar kita juga
akan disayangi oleh orang lain.
 Nilai ini amat penting agar kita juga akan disayangi oleh orang lain.
Sekian…
Terima
Kasih
Al - Fatihah