Anda di halaman 1dari 33

KEPENTINGAN DIMENSI MORAL DALAM KEPIMPINAN PENGETUA

AHLI-AHLI KUMPULAN: FARAH FARHANA ABD RAZAK NUR SHAKILA KIBAN NORIZAN NORDIN MOHD KHALIL AZEERA RAMLEE MOHAMAD RAHIM ABDULLAH

DIMENSI MORAL
3 aspek penting A.penaakulan moral yang melibatkan pemikiran dan pertimbangan secara rasional dan bebas. B.perlakuan moral dikaitkan dengan tingkah laku dan tindakan individu terhadap sesuatu keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan. C.perasaan moral berkaitan dengan emosi dan kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentimen,empati,simpati,prihatin,belas kasihan,bermotivasi altruistik dan murah hati.

Menurut (Peters 1978), ada juga perasaan malu, takut dan mudah menyesal atau rasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Perasaan ini akan menyebabkan individu itu tidak melaksanakan sesuatu yang bersifat antisosial atau tidak bermoral. Menurut (Spiecker 1988) keupayaan dan kesanggupan mengalami emosi moral ialah suatu syarat perlu dan penting bagi insan bermoral. Contoh penaakulan moral penting untuk keadilan dan perasaan moral pula penting untuk kepedulian.

Tanpa penaakulan moral(yang rasional dan bebas), perlakuan individu bukan merupakan tindakan moral kerana perlakuan itu tidak rasional dan keputusan yang dibuat adalah secara membuta tuli dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan autonomi seseorang itu lemah dan meninggalkan tanggungjawab moralnya. Penaakulan moral tanpa perlakuan yang sewajarnya pula menyebabkan seseorang itu hanya bercakap kosong atau kata yang tidak dikotakan, cakap tidak serupa bikin atau berilmu tetapi tidak beramal.

Menurut (Black 1972), individu boleh berfikir dan terus berfikir, bertaakul dan terus bertaakul tetapi menjadi orang jahat atau tidak bermoral. Perasaan moral dengan penaakulan dan perlakuan moral, boleh dikatakan walaupun individu itu bijak dan tepat membezakan yang salah berbanding dengan apa yang benar serta mengamalkan sesuatu yang baik, dia tetap seorang yang kurang mesra dan tidak personal dalam perlakuannya jika tidak seberapa perasaan moralnya.

KEPIMPINAN PENGETUA
Kepimpinan merupakan satu indikator utama dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi Pemimpin yang berwibawa adalah satu faktor yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi (Bass 1990).

Dalam institusi sekolah,pengetua merupakan pemimpin,pentadbir dan pengurus yang melaksanakan pelbagai fungsi dan perlu cekap dan bijak untuk melaksanakan tugas kepimpinan tersebut. Kualiti kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan mentadbir sekolah bagi melahirkan

generasi yang berkualiti (Musa 2002).

Sekolah-sekolah yang mencapai kejayaan yang tinggi dalam bidang akademik dipimpin oleh pengetua yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang berkesan (Atan Long et al 1990,Dunford et al.2000;Shahril 2000)

Definisi kepimpinan menurut sebilangan besar pengkaji-pengkaji bidang kepimpinan dalam maksud yang sama seperti Stogdill (1974) iaitu kepimpinan sebagai proses mempengaruhi aktiviti kumpulan yang terancang ke arah penetapan matlamat dan pencapaian matlamat (Gordon 1995;Gribbens 1972;Koontz & ODonnel 1980;Locke et al.1991)

FUNGSI-FUNGSI PENGETUA

Menurut Hallinger & Murphy (1985),terdapat 11 fungsi pengetua dalam bidang pentadbiran sesebuah sekolah.Kesemua fungsi ini akan dikaitkan satu demi satu dengan kepentingan dimensi moral bagi menjelaskan bahawa kepimpinan pengetua berasaskan dimensi moral penting dalam menentukan keberkesanan pentadbiran.

1.Penentuan matlamat sekolah

Dalam hal ini,matlamat sekolah ditentukan oleh pengetua walaupun dasar pendidikan di negara kita matlamat sekolah telah ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,namun matlamat yang ingin dilahirkan berdasarkan apa yang pencapaian yang diingini sekolah boleh ditentukan oleh pengetua.

Seseorang pengetua harus bijak untuk menentukan secara kreatif dan inovatif matlamat sekolah.Matlamat sekolah yang jelas akan memberikan impak yang positif kepada imej sekolah yang ingin dibentuk. Pengetua bertanggungjawab menyediakan senarai tanggungjawab staf.Pengetua perlu memastikan prestasi kakitangan tidak terkeluar daripada garis-garis perancangan atau tidak.

2.Penjelasan matlamat sekolah

Pengetua perlu menjelaskan matlamat kepada semua warga sekolah. Pengetua perlu mengambil tindakan menyeluruh dengan menggerakkan organisasi pimpinannya. Warga sekolah akan lebih mudah memberikan kerjasama untuk menjayakan matlamat yang telah dinyatakan

Pengetua juga berperanan untuk membincangkan matlamat akademik sekolah dengan guru-guru dalam mesyuarat staf Pengetua perlu memberi teguran dengan baik kepada guru yang mengambil sikap sambil lewa dalam menyampaikan pengajarannya.Hal ini bertujuan untuk mengingatkan kepada guruguru dari semasa ke semasa tentang matlamat yang telah dibentuk. Teguran secara baik akan diterima oleh guru tanpa wujud rasa tidak puas hati dan berusaha memperbaiki pengajarannya

3.Fungsi pencerapan dan penilaian pengajaran

Pengetua perlu mengadakan perjumpaan dengan guru-guru untuk memastikan mereka bekerja untuk mencapai matlamat sekolah. Pengetua yang berkesan akan memberikan maklum balas secara perbincangan tentang kelemahan guru selepas berlangsungnya pencerapan pengajaran.

Komunikasi antara pengetua dan guru amat penting.Segala bentuk arahan yang dikeluarkan oleh pengetua bertujuan untuk membimbing guru menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Komunikasi dua hala antara pengetua dan guru perlu berjalan dengan baik kerana ini membantu meningkatkan produktiviti guru untuk melaksanakan tugas dengan sempurna.

4.Penyelarasan kurikulum
Pengetua perlu terlibat secara aktif dalam kajian semula atau pemilihan bahan-bahan kurikulum mahupun alat bantu mengajar. Pemilihan yang terbaik dengan memastikan kedua-dua perkara ini cukup dan memuaskan akan membantu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kesannya,pelajar akan mudah memahami mata pelajaran yang disampaikan oleh guru dan ini akan meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik.

5.Fungsi pengawasan kemajuan murid


Kemajuan murid dalam lapangan pelajaran merupakan perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru dan pengetua terutamanya Setelah murid-murid menjalani peperiksaan,keputusan yang diperoleh digunakan untuk menilai kemajuan pencapaian sekolah Pengetua juga perlu membincangkan dengan guru-guru secara individu mengenai perkembangan murid-murid.

6.Penjagaan masa pengajaran

Terdapat murid yang kerap ponteng kelas mahupun sekolah.Perlu disiasat terlebih dahulu mengapa dan siapa yang terlibat dalam gejala terbabit dan seterusnya pengetua perlu bersikap rasional dalam memberikan hukuman yang setimpal kepada murid-murid yang berkenaan dan juga memastikan muri-murid lembab atau ponteng memperoleh masa tambahan untuk belajar

Pengetua juga perlu mementingkan perasaan moral yang melibatkan emosi dan perasaan dalam menjatuhkan hukuman dengan tidak memberikan hukuman yang sewenangwenangnya ke atas pelajar sehingga boleh memberikan kesan yang negatif dalam perkembangan sosialnya. Dalam melaksanakan tindakan,pengetua perlu menanamkan rasa kasih sayang terhadap murid bukannya menjatuhkan hukuman dengan tujuan membalas dendam mahupun sakit hati sebaliknya dengan tujuan mendidik supaya mereka tidak mengulangi perbuatan yang sama pada masa akan datang

7.Sokongan dalam aktiviti pengajaran


Pengetua perlu bertanggungjawab dengan menghadiri atau mengambil tindakan dalam mana-mana aktiviti kokurikulum dalam menjayakan sokongan dalam aktiviti pembelajaran Penglibatan pengetua secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan pembelajaran membuktikan pengetua menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi.Hal ini secara tidak langsung pengetua menjadi role model kepada guru-guru yang lain agar dicontohi sikap positif yang telah ditunjukkan seperti mana yang terkandung dalam pepatah kepimpinan melalui tauladan

8.Pemberian insentif untuk guru.


Guru merupakan barisan kedua terpenting dalam pentadbiran sesebuah organisasi sekolah.Guru menjalankan tugas pengajaran di dalam kelas bagi bersama-sama menjayakan matlamat sekolah. Justeru,pengetua perlu prihatin dengan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh guruguru dengan menghargai khidmat cemerlang guru dengan memberi peluang ke arah pengiktirafan profesional Guru-guru yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam lapangan kerjanya perlu dihargai

Pengetua perlu mengiktiraf prestasi cemerlang guru-guru melalui memo dan menyimpan dalam fail peribadi guru tersebut.Tindakan pengetua yang mengiktiraf guru-gurunya merupakan perlakuan moral yang menunjukkan bahawa pengetua prihatin dengan kebolehan guru yang sanggup berkorban untuk menjayakan matlamat sekolah.

9.Penggalakan perkembangan profesional


Peranan guru bukan sahaja mengajar sebaliknya turut membantu dalam menjayakan organisasi dalam sesebuah sekolah. Mereka merupakan kakitangan pengajaran yang profesional dalam kumpulan sosial yang kompleks dan memerlukan pakar untuk memenuhi keperluan dan keinginan mereka dalam mengembangkan lagi ilmu yang ada.

Justeru,pengetua perlu menimbang dan berfikiran rasional dan positif dengan menyokong permintaan guru-guru yang hendak menghadiri latihan dalam perkhidmatan,melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,atau menghadiri kursus atau seminar yang selari dengan matlamat sekolah. Penglibatan guru dengan menghadiri latihan dalam perkhidmatan membantu pihak sekolah menjalankan pentadbiran dengan lebih lancar kerana guru-guru dapat mengembangkan ilmu atau maklumat yang diperoleh untuk dipraktikkan dalam pembelajaran bersama murid di dalam kelas atau di dalam mesyuarat guru mahupun kursus dalaman.

10.Penguatkuasaan dasar akademik


Waktu pembelajaran yang tepat membantu murid mendapatkan ilmu yang berkesan. Pengetua perlu mengutarakan kepada guru-guru untuk memulakan dan menamatkan kelas tepat pada waktu pembelajaran Pengetua sendiri perlu mengambil tindakan dengan menjalankan pemantauan supaya guruguru yang mengajar tidak mengambil kesempatan dalam waktu pengajaran.

Pengetua perlu tegas memberi amaran kepada guru yang tidak bertanggungjawab dalam pengajarannya dan mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas guru berkenaan. .Sebelum mengambil tindakan ke atas guru yang terbabit,pengetua perlu rasional dalam membuat pertimbangan dengan menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut Setelah itu,mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut garis panduan dalam etika perkhidmatan yang telah termaktub.

11.Pemberian insentif untuk pembelajaran


Tahap prestasi murid-murid dalam lapangan pelajaran berbeza mengikut kemampuan dan usaha. Justeru,adalah amat penting pencapaian yang memberangsangkan itu diberikan pengiktirafan.Pengetua yang menitikberatkan kasih sayang terhadap pelajarnya iaitu dengan mementingkan perasaan moral yang melibatkan emosi dan perasaan akan mengiktiraf muridmuridnya yang berjaya. Maka mereka cenderung untuk belajar dan berusaha dengan lebih gigih dalam pelajaran .

IMPLIKASI PELAKSANAAN DIMENSI MORAL OLEH PENGETUA TERHADAP ORGANISASI

Pelajar

Pengetua yang menunjukkan kasih sayang terhadap pelajarnya dengan mengambil berat terhadap pembelajaran mereka dan bersamasama menyelami masalah dan keperluan pelajar akan membuatkan pelajar merasakan mereka disayangi dan diberikan perhatian Mereka akan menunjukkan minat terhadap pelajaran dan merasa tidak jemu untuk hadir ke sekolah

Aktiviti sekolah seperti aktiviti kokurikulum contohnya akan dihadiri oleh mereka tanpa berasa terbeban mahupun tertekan kerana beranggapan bahawa sekolah merupakan tempat yang menarik untuk menimba ilmu. Pelajar akan lebih berusaha dalam lapangan pelajaran dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pencapaian akademik.Prestasi sekolah akan meningkat naik selari dengan matlamat sekolah yang ditetapkan.

Guru Kepuasan kerja dalam menjalankan tugas mendidik akan lebih bermakna sekiranya pengetua memberi kerjasama dengan guru dan mempunyai hubungan yang baik terhadap golongan ini. Menurut Lunch dan Ronan (dalam Martin 1977,1981) secara amnya menyokong bahawa kepuasan bekerja dapat dipertingkatkan dengan gaji yang tinggi,hubungan sesama rakan sekerja yang lebih rapat dan peluang kenaikan pangkat yang lebih adil. Justeru,pengetua perlu lebih prihatin dengan perkaraperkara tersebut dan adil dalam menentukan siapa yang benar-benar layak untuk menerima pengiktirafan mahupun kenaikan gaji supaya guru mempunyai semangat dan menunjukkan prestasi yang baik sepanjang perkhidmatannya

Ibu bapa Pengetua yang mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa akan membantu melancarkan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Ibu bapa tidak akan ragu-ragu untuk berkerjasama dan memberikan sumbangan kepada pihak sekolah dalam bentuk wang mahupun tenaga. Pengetua yang sering menerima pandangan daripada ibu bapa dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya terhadap cadangan-cadangan yang diluahkan daripada ibu bapa akan membuatkan ibu bapa pelajar merasakan mereka dihormati dan diperlukan bersamasama untuk membangunkan sekolah.

KESIMPULAN
Pengetua memainkan peranan yang penting untuk menggerakkan jentera di bawah pentadbirannya. Di bawah satu bumbung yang sama,pengetua perlu bekerjasama dengan semua kakitangan dan juga masyarakat. Pemerintahan yang berkesan akan melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran seharian. Pengetua yang prihatin akan memastikan bahawa pentadbiran yang diuruskannya menyenangi hati kesemua pihak.

Perhubungan yang baik antara pengetua dengan pihak yang lain akan menjamin kearah pencapaian matlamat sekolah yang telah dibentuk. Mereka akan mudah memberikan kerjasama untuk turut serta mengembeling tenaga menjayakan matlamat sekolah. Dimensi moral perlu dititikberatkan dalam pentadbiran pengetua bagi mengelakkan sebarang keputusan yang dibuat secara membuta tuli yang pasti akan tidak disenangi oleh banyak pihak. Dimensi moral juga bertujuan memberikan panduan kepada pengetua supaya tidak terburu-buru dan tersalah mengambil tindakan dalam membuat keputusan bagi hal-hal pentadbiran. Justeru,segala tindakan yang ingin dibuat oleh pengetua perlu dinilai dari aspek dimensi moral.

Anda mungkin juga menyukai