Anda di halaman 1dari 4

Negeri Sabah sememangnya amat terkenal dengan pemandangan di tepi pantai dan juga masyhur dengan kecantikan alam

semula jadinya. Saya amat bersyukur oleh sebab saya dapat dilahirkan di negeri yang seindah ini. Marilah saya memperkenalkan diri sendiri saya. Nama saya ialah Wong Chian Vui. Saya telah ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Chi Vun Tenom sejak dari bulan Mei tahun 2008 lagi. Justeru, saya merupakan seorang guru sekolah rendah. Sememangnya pengalaman mengajar saya sememangnya masih belum mencukupi berbanding dengan guru-guru yang berpengalaman. Walaupun saya ialah seorang guru novis, namun saya berpendapat bahawa saya telah menjadi seorang guru yang matang dalam beberapa tahun ini. Sekolah ini sememangnya amat mementingkan kebersihan alam sekitar supaya pelajar-pelajar boleh belajar dalam keadaan yang kondusif dan selesa. Di samping itu, sekolah ini juga memberi kepentingan kepada penjagaan alam sekitar di mana pelajar-pelajar disemai dengan nilai menghargai dan mencintai alam sekitar. Pelajar-pelajar didedahkan dengan cara-cara mengitar semula dan membuang sampah mengikut kategori yang telahpun diajarkan kepada mereka. Seterusnya, saya menimba pengalaman di mana mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah sememangnya lebih mencabar berbanding dengan guru yang mengajar pelajar-pelajar sekolah menengah di mana pelajar-pelajar di sini masih belum cukup berdikari dan memerlukan bimbingan saya yang secukupnya. Saya amat gemar mengajar di sekolah ini oleh sebab pelajar-pelajar saya sememangnya masih kebudak-budakan dan mereka sememangnya lebih comel dan amat senang untuk saya memahami sikap mereka di mana mereka masih tidak pandai untuk menyembunyikan perasaan mereka dan mereka akan melepaskan apa-apa masalah di paras muka. Isu pertama yang saya hadapi ialah tekanan dari pihak sekolah dan juga ibu bapa. Saya rasa tiada seorang di dunia ini yang boleh melarikan dari isu tekanan ataupun stres. Hal ini adalah kerana dengan adanya stres dalam kalangan pekerja, barulah ada inisiatif untuk memajukan diri dan mara ke lebih hadapan lagi. Pihak sekolah sememangnya memberikan

saya banyak tekanan di mana pencapaian akademik pelajar amat diterutamakan. Ini sememangnya patut oleh sebab pelajar di sekolah rendah adalah seperti satu kain putih yang amat suci di mana saya berperanan untuk mencorakkan mereka. Saya sememangnya mempunyai motivasi tinggi untuk mengajar mereka, walau bagaimanapun, tahap kefahaman setiap orang pelajar adalah berbeza dan pelajar yang pandai serta lemah mempunyai jurang perbezaan yang amat besar di mana pelajar yang lemah sememangnya tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan dan jumlah peratusan kelulusan semua subjek amat dipentingkan di sekolah ini. Selain itu, ibu bapa juga adalah satu elemen yang penting dalam perjalanan pekerjaan saya di mana mereka amat mengharapkan pihak guru, bukan saya sahaja untuk mengajar mereka dengan sepenuh hati. Kami sememangnya berkhidmat dengan sepenuh hati tetapi saya berpendapat bahawa ibu bapa terlalu mengharapkan guru sahaja untuk mengajar dan meningkat pretasi mereka. Ibu bapa yang sibuk dalam zaman pasca globalisasi ini hanya mementingkan pekerjaan mereka dan sibuk mengejar kemewahan di mana mereka tidak mempunyai masa yang berlebihan untuk memeriksa kerja rumah anak-anak dan sebagainya. Tugas seorang guru amat terhad di mana kami tidak ada masa untuk memeriksa satu beg dari satu beg sama ada mereka ada menyiapkan kerja rumah ataupun pandai membuat kerja rumah yang diberikan. Seorang guru juga tidak ingin membazirkan masa untuk memeriksa semua pelajar di mana dia akan membuang masa yang banyak untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Isu kedua yang saya hadapi ialah sikap pelajar yang lebih nakal ataupun lebih bersikap sambil lewa dalam proses pembelajaran mereka. Terdapat segelintir pelajar yang sememangnya akan menganggu proses pembelajaran dan pengajaran di mana mereka suka berbual di dalam kelas. Saya telah menggunakan cara untuk memisahkan mereka daripada duduk bersama, walau bagaimanapun, mereka masih mempunyai cara yang tersendiri untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Selain itu, sesetengah pelajar juga bersikap lebih nakal di mana mereka suka meminta kebenaran untuk pergi ke tandas dan sebenarnya ada

saksi yang memberitahu saya bahawa sebenarnya dia telah pergi ke kantin untuk membeli gula-gula dan sebagainya. Saya ada memberi hukuman kepada mereka yang berbuat demikian, namun demikian, mereka merasakan bahawa saya adalah seorang guru yang terlalu tegas dan hal ini telah menyebabkan mereka amat takut kepada saya dan bukannya menghormati saya. Seorang guru yang baik adalah seorang guru yang dihormati oleh semua orang pelajar dan bukannya seorang guru yang digeruni oleh semua orang pelajar. Di samping itu, pelajar-pelajar ada yang juga suka meniru jawapan antara satu sama lain semasa mereka diarahkan untuk membuat aktiviti dalam buku kerja. Isu yang ketiga dan isu yang terakhir yang saya hadapi ialah sesetengah pelajar terlalu aktif dan sesetengah pelajar bersikap terlalu diam di dalam kelas. Pelajar yang terlalu aktif gemar melontar soalan ke arah saya di mana sesetengah soalan yang ditanyakan olehnya sebenarnya tidak berkaitan rapat dengan topik yang diajarkan. Pelajar yang terlalu aktif ini sebenarnya merupakan pelajar yang amat cemerlang di dalam kelas, walau bagaimanapun, jika mereka mendominasi di dalam sebuah kelas, pelajar yang terlalu diam akan menjadi diam selama-lamanya di mana mereka tidak berani untuk mengeluarkan soalan ataupun membuka mulut untuk bertanyakan sesuatu. Pelajar yang terlalu diam ada yang amat lemah dan saya telah cuba untuk bercakap dengan mereka, walau bagaimanapun, mereka hanyalah senyum dan memberitahu saya bahawa mereka faham dan tiada apa yang mereka tidak faham tentang topik yang saya ajar. Selain itu, pelajar yang amat diam selalunya duduk di belakang kelas di mana saya berpendapat bahawa kurang guru yang akan memberikan perhatian kepada mereka oleh sebab pelajar yang pandai selalunya mempunyai hubungan yang rapat dengan guru-guru. Justeru, untuk menjadi seorang guru yang baik sebenarnya amat susah, tetapi saya sanggup untuk mengharungi jalan yang berliku-liku untuk memastikan semua pelajar saya mendapat saluran pendidikan yang terbaik. Mengajar bukannya satu hobi tetapi mengajar

merupakan satu profesion yang saya suka dan saya sanggup mengorbankan masa dan tenaga saya untuknya.