Anda di halaman 1dari 51

PENGAPLIKASIAN MORFOLOGI BAHASA MELAYU

1. KONSEP
MORFEM PERKATAAN

BEBAS

TERIKAT

AKAR

DASAR

2. BENTUK KATA

TUNGGAL

TERBITAN

MAJMUK

GANDA

3. PROSES PEMBENTUKAN KATA

PENGIMBUHAN

PEMAJMUKAN

PENGGANDAAN

4.GOLONGAN KATA

KATA NAMA

KATA KERJA

KATA ADJEKTIF

KATA TUGAS

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata.

Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Akronim Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata atau gabungan kombinasi awal dan suku kata daripada satu rangkai kata. Ditulis serta dilafazkan sebagai satu kesatuan yang wajar. Akronim tergolong ke dalam kata tunggal, seperti dalam contoh-contoh di bawah:

LUTH cerpen Intan

MARA purata

ABIM Tabika Bernama Pernas

Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir secara bersendirian dalam ayat. Ia harus diimbuhkan pada bentuk yang lain, iaitu dengan kata dasar. Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis.

Imbuhan Awalan
Hadir sebelum kata dasar.

1. Menunjukkan perbuatan - Shita berjalan di tepi tasik bagi diri sendiri untuk melapangkan fikirannya 2. Menunjukkan perbuatan bagi - Soalan Ani belum berjawab ayat pasif 3. Menunjukkan mempunyai - Setiap pelajar berhasrat untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Ph.D. 4. Menunjukkan mengeluarkan - Pokok rambutan itu telah berputik 5. Menunjukkan bilangan yang - Mereka berdua berkelah di sedia ada Pantai Cherating

Imbuhan Akhiran Hadir sesudah kata dasar.


1. Hasil perbuatan
2. Besar

3. Alat / perkakas
4. Keadaan / rupa sesuatu

5. Tempat
6. Tempoh / waktu

- Pukulan Razif telah menumpaskan lawannya - Angin itu bertiup dari daratan ke lautan - Acuan agar-agar itu terlalu kecil - Perompak itu dalam lingkungan umur 20-an - Sebuah empangan baru akan dibina di kawasan itu - Majalah mingguan itu sangat laris dijual

Imbuhan Sisipan Hadir di celah kata dasar.

-el1. telapak 2. telunjuk 3. gelanggang

-erkeruping seruling gerigi

-emkemuning gemuruh kemuncup

Imbuhan Apitan Hadir secara mengapit kata dasar secara serentak.


Maksud Contoh 1. Kena oleh perbuatan asalnya - Pelantikan Zahir sebagai ketua pengarah syarikat itu telah mendapat sokongan ramai. 2. Menamai zat perbuatan - Pertandingan Menulis Cerpen itu medapat sambutan hangat daripada para remaja. 3. Tempat perbuatan - Banyak bot yang berlabuh di pelabuhan itu. 4. Hasil perbuatan - Ayah tidak berpuas hati dengan penjelasan adik. 5. Alat - Barang-barang perhiasan di kedai itu sangat cantik.

Imbuhan Pinjaman
Imbuhan mahatatapraswatunaekadwitripanca -man -wati Maksud teragung suatu susunan sebelum sendiri tiada satu dua tiga lima pelaku lelaki pelaku wanita Contoh maharaja tatacara praperakaunan swatenaga tunakarya ekafungsi dwibahasa tribulan pancasila seniman peragawati

..sambungan

-nita bii-wi -iah -in -at


pro-

tidak mencirikan sifat yang terkandung dalam kata dasar sifat kata nama lelaki dan perempuan
setuju

pranita biadab abadi sejarawi alamiah mukminin muslimat hadirat probarat

..sambungan

antipoliautosubsupra

tanda melawan banyak secara bersendirian sebahagian melebihi

antisosial poliklinik automatik subsistem suprasegmen

-isme -ik -si -al -is

ajaran kajian proses / keadaan keadaan ahli

komunisme linguistik klasifikasi kritikal cerpenis

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata atau lebih, dan bentuk baru yang terhasil akan membawa makna yang tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Bentuk kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis.

Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas Contohnya: alat tulis nasi minyak kerusi malas

KATA MAJMUK

Kata Majmuk Istilah Khusus Contohnya: batu kapur carta pai kanta tangan

Kata Majmuk Maksud Kiasan Contohnya: kaki ayam duit kopi berat tangan

Terdapat juga sebilangan bentuk kata majmuk yang disebut sebagai kata majmuk mantap iaitu dieja secara serangkai, seperti dalam contoh berikut: antarabangsa apabila padahal Olahraga warganegara

Proses penggandaaan dalam Bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan bunyi tertentu. Terdapat tiga jenis penggandaan dalam Bahasa Melayu.

KATA GANDA
PENGGANDAAN PENUH
contoh:
pulau-pulau buku-buku cantik-cantik

PENGGANDAAN SEPARA
contoh:
jejari sesisir lelangit

PENGGANDAAN BERENTAK
contoh:
sayur-mayur lauk-pauk gunung-ganang

Kata nama ialah perkataan yang menyatakan nama bagi sesuatu seperti orang, benda, binatang, tempat, konsep, dan sebagainya. Kata nama dapat diikuti dengan frasa yang atau yang sangat. Penanda bagi kata nama ialah setiap kata nama dapat didahului oleh kata bilangan, penjodoh bilangan dan kata penentu ini / itu.

JENIS KATA NAMA

KATA NAMA AM
Contoh: adik sayur sekolah lorong Keindahan

KATA NAMA KHAS


Contoh: Ahmad Faizal Amerika Syarikat Malaysia Proton Saga Jalan Abdul Aziz

KATA NAMA GANTI


Contoh: saya awak dia baginda Patik

FUNGSI KATA NAMA

1. Subjek ayat: Amir tiba. 2. Pelengkap kata kerja: Abang menjadi guru. 3. Objek langsung kata kerja: Bapa menulis surat. 4. Objek tak langsung: Abang membacakan ibu surat itu. 5. Objek kata depan: Surat daripada Kamal. 6. Kata nama juga dapat berada pada kedudukan kepunyaan: Itu beg Aishah.

KATA GANTI NAMA Kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan bagi menggantikan nama benda atau orang yang tidak disebutkan secara khusus. Ganti Nama

Ganti Nama Tunjuk

Ganti Nama Diri

Ganti Nama Diri Tanya

Ganti Nama Diri Orang

Kata ganti nama tunjuk Kata ganti nama tunjuk terdiri daripada perkataan ini dan itu, bagi merujuk perkara-perkara atau benda-benda yang dekat dan jauh.

Kata ganti nama diri tanya Kata ganti nama diri tanya digunakan bagi merujuk benda atau orang dalam bentuk pertanyaan, dan biasanya menggunakan perkataan apa, siapa, dan mana.

Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama diri orang digunakan bagi menggantikan nama orang dan terbahagi kepada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua, dan ganti nama diri orang ketiga, seperti yang berikut:

Kata ganti diri orang pertama saya aku beta kami kita

Kata ganti diri orang kedua saudara awak kamu engkau anda

Kata ganti diri orang ketiga dia beliau mereka ia baginda

Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.

Jenis Kata Kerja

Kata kerja transitif

Kata kerja tak transitif

Setiap kata kerja dapat disertai oleh kata bantu (sudah, telah, belum) atau diperluas dengan perkataan dengan (berjalan dengan cepat, menendang dengan kuat).

Kata Kerja Transitif Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti objek. Kata kerja transitif tidak boleh berdiri sendiri tanpa objek. Kata kerja transitif seperti menendang bola, menelefon kawan, memukul anjing, dan memakan nasi.

Penggunaan kata kerja transitif dapat diperlihat seperti dalam contoh ayat:

Subjek
1. Ammar 2. Ibu 3. Penjaja 4. Bapa

Kata Kerja Transitif membaca menanak menjual membasuh

Objek
buku setiap pagi nasi ikan kereta semalam

Oleh sebab itu, setiap ayat yang mempunyai kata kerja transitif perlu mempunyai objek untuk menerangkan dengan lengkap tentang perbuatan yang dilakukan.

Kata Kerja Tak Transitif Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat dengan tidak memerlukan objek. Kata kerja tak transitif seperti menangis, berenang, berdering, dan mendarat. Kesemua contoh kata kerja tersebut tidak perlu diikuti objek kerana maknanya sudah sempurna. Contoh: Jam loceng itu berdering (pagi tadi). Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggal dunia). Air sungai itu mengalir (deras). Pesawat itu mendarat (di landasan).

Golongan Kata Adjektif Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat.

Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti berikut: Ahmad Abas sangat pandai bermain muzik. Lelaki itu baik sungguh. Buah durian itu enak sekali.

Jenis-jenis Kata Adjektif Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, tetapi berdasar kriteria makna, kata adjektif dapat dibahagikan sekurang-kurangnya sembilan kriteria.

1.Kata adjektif sifat / keadaan Kata adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut: Contoh perkataan: kuat keras bijak

pintar lemah cergas

nakal sihat jahat

Contoh ayat: 1.

Budak nakal selalu kena marah.

2. Kata adjektif warna Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut: Contoh perkataan: jingga putih perang biru hitam kelabu

Contoh ayat: 1. Adik suka pakai baju hijau.

3. Kata adjektif ukuran

Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut: Contoh perkataan: tebal panjang pendek tinggi kecil gemuk nipis kurus rendah

Contoh ayat: 1.

Buku tebal itu sudah saya baca.

4. Kata adjektif bentuk Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut: Contoh perkataan: lurus bengkok lonjong Contoh ayat: 1. bulat leper buncit bujur bundar tajam

Jalan lurus mudah dilalui.

5. Kata adjektif waktu

Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut: Contoh perkataan: kerap jarang baharu Contoh ayat: 1. awal lewat dahulu sering silam lampau

Kedatangannya lewat hari ini.

6. Kata adjektif jarak Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut: Contoh perkataan: nyaris hampir dekat jauh

Contoh ayat: 1. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.

7. Kata adjektif cara


Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut: Contoh perkataan: pantas lambat laju Contoh ayat: 1. deras gopoh cermat ligat perlahan cepat

Kereta itu dipandu dengan laju.

8. Kata adjektif perasaan


Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan, seperti contoh yang berikut: Contoh perkataan: kasih sayang cinta Contoh ayat: 1. takut hendak rindu malu geram marah

Dia masih marah kepada saya.

9. Kata adjektif pancaindera Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa.

Indera pandang Contoh perkataan: comel hodoh molek

Indera dengar Contoh perkataan: nyaring lembu mersik

Contoh kata adjektif pancaindera

Indera bau Contoh perkataan: wangi hanyir harum

Indera rasa Contoh perkataan: manis kelat masam

Golongan Kata Tugas Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan) yakni terkandung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza tetapi mempunyai satu sifat yang sama iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu.

FUNGSI KATA TUGAS

kata hubung kata seru kata tanya kata perintah kata pangkal ayat kata bantu kata penguat kata penegas kata nafi kata pemeri kata sendi nama kata pembenar kata bilangan kata arah

: : : : : : : : : : : : : :

dan, atau, tetapi wah,amboi, ci apa, berapa, siapa sila, tolong, harap hatta, maka, syahadan akan, sudah, pernah sangat, amat, paling juga, lah, tah, kah, pun tidak, bukan ialah, adalah di, dari, dalam, daripada ya, betul, benar dua, segala, banyak atas, bawah, tepi

ZURAIDA BINTI OTHMAN PGSR/BM/2008

Anda mungkin juga menyukai