Anda di halaman 1dari 3

TAJUK 3 MASA

: Mari Berkenalan : 30 Minit

OBJEKTIF :

1. Memupuk kemesraan. 2.Menanam rasa penting dan dihargai 3.Membina sikap kerjasama dalam satu pasukan

AKTIVITI

Mentor mengedarkan lirik lagu kepada mentee (setiap satu lagu untuk 4-6 orang

mentee) Mentee perlu merahsiakan senikata yang diterima Setiap mentee akan menghafal nada lagu tersebut secara senyap. Mentee akan diminta menyanyikan lagu tersebut secara humming (dengungan

suara) dan mencari rakan yang menyanyikan nada yang sama untuk berkumpul di satu tempat. secara bergilir-gilir. Kumpulan diminta memilih ketua dan memimpin kumpulan untuk aktiviti berkenalan sesama ahli kumpulan. Mentee terus menyanyikan lagu masing-masing secara humming dalam kumpulan

mereka. Setiap kumpulan akan diminta menyanyikan senikata lagu sebenar masing-masing

ALATAN

Kertas nota senikata lagu

Lagu pilihan: - Lompat Si Katak Lompat - Rasa Sayang Hey - Fikirkan Boleh RUMUSAN : Mengaitkan aktiviti yang dijalankan dengan kehidupan harian, misalnya mesti

mengenali orang di sekeliling.

Berkongsi pengalaman semasa menjalankan aktiviti.

LIRIK LAGU LOMPAT SI KATAK LOMPAT Lompat Si Katak Lompat, Lompatlah tinggi-tinggi, Cepatlah adik cepat, Cepatlah bangun pagi-pagi. Kalau adik malas lagi, Malas bangun pagi, La la la la la la la(2X) Nanti kita rugi

LIRIK LAGU RASA SAYANG HEY Rasa sayang hey, Rasa sayang sayang hey, Hey lihat nona jauh, Rasa sayang sayang hey. Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. LIRIK LAGU FIKIRKAN BOLEH Jika kau fikikrkan kau boleh, Kau hampir boleh melakukan, Jika kau fikirkan ragu-ragu, Usahamu tidak menentu. Jika kau fikirkan kekalahan, Kau hampiri kegagalan, Jika kau fikirkan kemenangan, Kau hampiri kejayaan, Enkaulah apa kau fikirkan, Terkandung dalam pemikiran, Berfikir boleh melakukan, Fikirkan boleh.. Percaya apa kau lakukan, Tabah apa kau usahakan,

Bertindak atas kemampuan, Kau boleh..

Anda mungkin juga menyukai