tokoh telah menghuraikan maksud bagi teori tersebut antaranya ialah:1 David G. Lazear telah mempermudahkan Teori Pelbagai Kecerdasan dengan memeprkenalkannya sebagai Seven Ways of Knowing. Beliau juga memperkembangkan teori itu sebagai Seven Ways of Teaching dan seterusnya sebagai Seven Pathways of Learning. Thomas Armstrong memberi tumpuan kepada jenis kecerdasan pelbagai berdasarkan inventori linguistik, logik-matematik, ruang, kinestetik-badan, muzik, interpersonal. Armstrong juga kreatif menyesuaikan istilah kecerdasan pelbagai sebagai Armstrongs Multiple Intelligences Pizza iaitu pizza kata, logik, gambar, badan, muzik, orang dan diri. Elaine Winter pula menggunakan asas Teori Kecerdasan Pelbagai dalam konteks gaya atau cara pembelajaran dengan memberikan tumpuan kepada indera bermain seperti bermain dengan kata, bermain dengan soalan atau perkaitan, bermain dengan gambar, bermain dengan muzik, bermain dengan pergerakan, bermain dengan kegiatan sosial, dan bermain sendirian.
An intelligence is the ability to solve problems, or to create products, that are valued within one or more cultural setting. [Horward Gardner FRAMES OF MIND 1983]
Mengikut pandangan tradisional pula, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan dan ia meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan visual/spatial. Dr. Howard Gardner yang membuat kajian tentang teori kognitif di Universiti Harvard telah memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai jenis. Mengikut model Gardner, kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan. Kecerdasan ini dibahagikan kepada 9 jenis, iaitu, Verbal/Linguistic, Logical-Mathematical, Musical/Rhythmic, Visual/Spatial, Bodily-Kinesthetic, Interpersonal, Intrapersonal, Naturalistic, Ethical/Spiritual.
1
Setiap individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan. Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai. Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja. Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk
JENIS-JENIS KECERDASAN
Jenis Kecerdasan
Penerangan Dapat menikmati, membuat persembahan atau mencipta karya seni muzik dan peka kepada pitch, ritma melodi atau bunyi-bunyi persekitaraan. Berupaya menggunakan angka secara berkesan, menaakul secara deduktif atau induktif. Mengenal pasti serta memanipulasi pola-pola abstrak dan hubungan corak. Boleh memahami orang lain, menyedari tentang objektif, motivasi, tujuan dan dapat berkerjasama dengan orang lain secara berkesan. Berupaya memahami emosi, matlamat, tujuan, kekuatan dan kelemahan secara kendiri Peka tentang pola dan corak persekitaran dan alam semula jadi, serta mampu menyerap, menjelas dan mengingati ciri-ciri alam semula jadi secara terperinci. Sedar terhadap nilai-nilai moral kerohanian. Dapat mengenal pasti masalah berkaitan serta merancang penyelesaiannya Berkemampuan mengguna seluruh anggota badan untuk melahirkan idea dan meluahkan perasaan dan menggunakan tangan untuk menggubah sesuatu.
Musical/Rhythmic LogicalMathematical
Interpersonal
Visual/Spatial
sesuatu yang digubah secara mental. Verbal/Linguistic Intrapersonal Boleh menggunakan bahasa dengan berkesan secara lisan dan penulisan. Boleh memahami perasaan, matlamat, kekuatan dan kelemahan kendiri Jadual 1 : Jenis-Jenis Kecerdasan
Ciri-ciri Pelbagai kecerdasan itu ditunjukkan dengan lebih jelas lagi melalui jadual di bawah.
Cerdas dalam karangan, sajak, pnatun dan memberi ucapan Menaakul, kiraan, membuat analisis Mencorak, melukis, mengukir muzik, memain alat muzik
Pekerjaan puisi, Penulis, penyajak, penceramah Saintis, jurutera, akauntan Pelukis, pengukur lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik sukan, Atlit, pemain bola sepak,
Gerakan,
tarian,
lakonan,
memain permainan Perhubungan manusia Nilai murni, pendirian, falsafah Mengecam sifat semula
peninju, penari, pelakon Diplomat, ahli politik, peniaga Pengarang, falsafah jadi, Pemburu, petani, ahli sains penyajak, ahli
memburu dan pertanian semulajadi Jadual 2: Ciri-ciri Lapan Kecerdasan Berdasarkan teori-teori kecerdasan pelbagai yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh di atas, dapatlah saya rumuskan bahawa: Kecerdasan pelbagai, merujuk kepada kebolehan semulajadi dan kecenderungan minat seorang individu atau pelajar. Kecerdasan yang dimaksudkan meliputi 8 jenis kecerdasan yang berbeza, iaitu kecerdasan Bahasa, Logik-matematik, Ruang (spatial), Muzik, Kinestetik, Interpersonal, Intrapersonal, dan Kecerdasan Naturalistik.
APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI (TKP) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Faktor Pelaksanaan Terdapat beberapa faktor pelaksanaan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran: 1. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid. 2. Mempelbagaikan cara penilaian. 3. Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah. 4. Menggalakkan inovasi dan penyeledikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran. 5. Menerima persamaan dan perbezaan di antara individu dengan mengakui bahawa unik dan belajar dengan cara yang berlainan. 6. Meningkatkan kecerdasan seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. 7. Meningkatkan harga diri dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Proses Pelaksanaan Proses pelaksanaan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran adalah melalui beberapa peringkat, iaitu: Peringkat 1: Padanan Guru harus menyedari bahawa adalah amat perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran dengan kecerdasan pelbagai murid. Dalam proses mencari padanan antara kedua aspek tersebut, guru perlu mengenal pasti kekuatan-kekuatan diri mereka dan kekuatan pelajar itu sendiri. Langkah berikut boleh diambil bagi mengenal pasti kekuatan-kekuatan tersebut.
Kekuatan Guru 1. Mengisi borang senarai semak MICA (Multiple Intelligences Checklist for Adults). 2. Mengetahui kekuatan guru di antara kecerdasan pelbagai berdasarkan senarai semak yang disediakan. 3. Memilih pelbagai aktiviti berdasarkan kecenderungan minat atau kecerdasan dominan guru. 4. Merujuk kepada Jadual Kecerdasan Pelbagai untuk memperluaskan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kecerdasan lain. Kekuatan Murid/Pelajar 1. Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar. 2. Mengenal pasti aktiviti yang digemari murid pada masa lapang. 3. Merujuk kepada laporan prestasi murid. 4. Mendapatkan maklumat melalui profil kecerdasan murid. Peringkat II: Percubaan Pada peringkat ini, guru perlu melakukan percubaan terhadap strategi pengajaran berteraskan kecerdasan pelbagai yang telah dirancang. Semasa proses itu, guru harus mencuba beberapa aktiviti tertentu dalam kecerdasan yang belum pernah dicuba dalam pengajaran dan pembelajaran. Selepas mencuba beberapa aktiviti yang dicadangkan, guru sekarang lebih bersedia dan berkeyakinan serta dapat menjana idea baru bagi membina aktiviti pembelajaran yang merangkumi Teori Kecerdasan Pelbagai. Empat langkah boleh diambil bagi melaksanakan peringkat percubaan ini, iaitu: 1. Perancangan Guru memikirkan bagaimana Teori Kecerdasan Pelbagai boleh diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Untuk tujuan ini, beberapa soalan boleh digunakan sebagai panduan dalam rancangan pelajaran. Soalan tersebut memastikan
guru perihatin terhadap memperluaskan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. 2. Persekitaran Guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Keadaan fizikal bilik darjah boleh diubah suai untuk menyesuaikan persekitaran dengan kecerdasan pelbagai murid. Berikut adalah beberapa fokus yang boleh digunakan; 3. Proses Guru mempunyai beberapa opsyen menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai merentasi kurikulum. Opsyen tersebut melibatkan lima model yang dicadangkan dan guru boleh memilih mengikut kesesuaian murid, bilik darjah, mata pelajaran dan topik yang diajar, iaitu; Sisipan. Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan dalam pengajaran secara tidak langsung. Jaringan. Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran tematik. Jalinan. Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran. Perkongsian. Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan dalam dua mata pelajaran. Kesepaduan. Beberapa kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi mata pelajaran yang berlainan. 4. Penilaian Guru boleh menggunakan cara yang berbeza dalam pengendalian penilaian dengan cara yang dicadangkan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai, iaitu Verbal-Linguistik dan LogikMatematik. Dalam proses penilaian tersebut, guru harus memastikan agar penilaian yang dibuat itu bermakna, berkonteks, mencerminkan kepakaran murid dalam sesuatu 6 Stesen Kecerdasan Perhiasan bilik darjah Lawatan luar Sumber bilik darjah
bidang, berpadanan dengan kecerdasan murid, digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan membenarkan perkembangan kesemua kecerdasan. Peringkat III: Peningkatan Pada peringkat ini, guru boleh merancang dan menjalankan pelajaran dengan menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir murid, terutamanya dalam penyelesaian masalah dan untuk memperluaskan pemikiran murid. Selain itu, perancangan juga boleh dijalankan untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir bagi murid yang berkebolehan tinggi. (Untuk aktiviti peningkatan, sila rujuk lampiran)
Contoh Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam mata pelajaran Kajian Tempatan) Tahun Masa Topik : : : 4 60 minit 1. RUMAH DAN KELUARGA 1.2 Perihal Rumah d) Ruang dan Kegunaan i. Ruang-ruang dalam rumah seperti ruang tamu, bilik tidur, 7
bilik mandi dan dapur. ii. Kegunaan ruang-ruang dalam rumah. HASIL PEMBELAJARAN: 1. Menamakan ruang-ruang dalam rumah. 2. Menyatakan kesan dan akibat sekiranya sebuah rumah mempunyai satu ruang sahaja. UNSUR PATRIOTISME: 1. Bersyukur atas kemudahan dan keselesaan yang dinikmati di dalam rumah. SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: 1. Majalah 2. kepingan model rumah 3. gambar ruang rumah 4. kertas sebak 5. maker pen
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti 1 1. Guru menunjukkan sebuah majalah seperti Anjung Seri Motivasi dan bersoal jawab dengan murid tentang kandungan majalah tersebut. 2. Guru mengaitkan isi kandungan majalah dengan tajuk pelajaran. Aktiviti 2
Catatan
1. Setiap murid diminta melakar pelan dan melabelkan Kecerdasan Visual/ruang ruang di dalam rumah masing-masing. 2. Murid diminta mempamer dan menceritakan berkenaan Kecerdasan ruang di dalam rumah masing-masing. Linguistik Verbal
Berbangga dengan rumah sendiri Aktiviti 3 1. Guru mempamerkan gambar-gambar setiap ruang yang Kecerdasan Interpersonal perlu ada dalam sebuah rumah. 2. Murid menamakan setiap ruang berdasarkan gambar Aktiviti 4 1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan bagi
menjalankan aktiviti. Kumpulan 1 Melakar dan melabel ruang-ruang yang terdapat Kumpulan 2 dalam sebuah rumah dengan kedudukan yang sesuai. Membuat model dengan mencantumkan kepingan Kumpulan 3 Kumpulan 4 model rumah yang telah Kecerdasan Kinestetik disediakan oleh guru. Menyenaraikan kegunaan setiap ruang dalam rumah. Mencipta dan menyanyikan sebuah lagu bertemakan Rumah Kecerdasan Muzik Aktiviti 5 1. Murid membentangkan hasil kerja kumpulan. 2. Guru membimbing murid bagi melengkapkan maklumat yang disampaikan. 3. Guru menyoal murid bagaimana keadaan sebuah rumah sekiranya rumah tersebut mempunyai satu ruang sahaja. Penilaian 1. Murid merumuskan isi pelajaran dan bersyukur dengan Kecerdasan verbal-linguistik keselesaan di rumah masing-masing. 9 Kecerdasan kinestetik Kecerdasan verbal-linguistik Kecerdasan verbal-linguistik Kecerdasan visual-ruang
MASTERY LEARNING (PEMBELAJARAN MASTERI) KONSEP Beberapa tokoh turut mengemukakan pendapat mengenai Pembelajaran Masteri: ..merupakan satu pendekatan pengajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. [Bloom, 1968] . Berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya. 10
[Bloom, 1968] .. ialah satu idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsistenidea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas. [Anderson & Block, 1975] Berdasarkan pendapat di atas, Pembelajaran Masteri boleh dirumuskan sebagai: Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN MASTERI Pembelajaran Masteri mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 1. Hasil pembelajaran perlu ditentukan. 2. Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran. 3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan. 4. Penilaian berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria (URK). 5. Bahan pengajaran dan pembelajaran berkesan. 6. Murid perlu menguasai 80 peratus aras masteri yang ditetapkan sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. 7. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri. 8. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri. 11
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN MASTERI Prinsip asas dalam Pembelajaran Masteri ialah: 1. Murid normal boleh mempelajari apa yang diajar oleh guru. 2. Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai. 3. Murid memerlukan masa mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan. 4. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.
KEPENTINGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Langkah dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang pendek. 2. Untuk memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira perkara berikut dalam pengajaran dan pembelajaran: a. Ciri-ciri guru b. Gaya pembelajaran pelajar c. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran d. Bahan pengajaran dan pembelajaran e. Nilai-nilai murni f. Pengurusan bilik darjah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 3. Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam pengajaran dan pembelajaran seperti lapan kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar, pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran keibubapaan dalam kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam laman lain. 12
Ciri-Ciri Guru Dalam pengajaran dan pembelajaran ke arah pembelajaran masteri, guru harus: 1. Menyayangi semua pelajar. 2. Yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti. 3. Mencintai mata pelajaran yang diajar. 4. Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran. 5. Merangsang dan mendorong pelajar anda untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran. 6. Bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah. 7. Guru boleh menambah senarai dengan ciri-ciri yang lain, tetapi yang penting ialah guru harus mengamalkannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Gaya Pembelajaran Pelajar 1. Guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar. 2. Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran. 3. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu: a. Pelajar visual: Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat; i. ii. iii. huruf atau perkataan benda, gambar atau gambar rajah demostrasi, tindakan atau lakonan
a. Pelajar audio: 13
Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap seperti; i. ii. mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain menerangkan, menghuraikan c. Pelajar kinestetik: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti: i. ii. menulis atau melukis sesuatu membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau
4. Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus menggunakan kaedah-kadah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan kinestetik. 5. Beberapa penyelidik pendidikan telah mencadangkan pelbagai model gaya pembelajaran.
MODEL PEMBELAJARAN MASTERI Model Sistem 4 MAT 1. Dalam model Sistem 4 MAT yang dicipta oleh Dr. Bernice McCarthy, terdapat empat jenis pelajar berikut: a. Pelajar Imaginatif b. Pelajar Analitik c. Pelajar Praktik d. Pelajar Dinamik 2. Ciri-ciri setiap jenis pelajar itu diringkaskan dalam Jadual berikut: Ciri Imaginatif Matlamat Jenis Pelajar Analitik Praktik Dinamik Mencari sesuatu 14 Mencari makna dan Mencari fakta yang Mencari
sebab mempelajari menjelaskan konsep kegunaan maklumat Cara belajar Suka Menggunakan semua deria berkongsi idea Berinterasksi dan berkongsi idea dengan orang lain menganalisis sesuatu maklumat sesuatu berfungsi Berfikir dan idea maklumat
yang baru
tentang Menguji teori dan Cuba jaya dan menaakul penemuan secara sendiri atau itu orang dan
Kekuatan
Membina konsep
Suka menyoal
Mengapa?
Apa dia?
atau dicipta
Cara mengajar
(guru Beri latihan, kuiz, Beri amali, tugasan, pelajar eksperimen untuk masalah analisis pelajar dengan sendiri berkongsi hasilnya.
pengeluaran idea
Model Dunn dan Dunn 1. Di dalam model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang dicipta oleh Dr. Rita Dunn dan Dr. Kenneth Dunn, gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsurunsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
15
2. Seboleh-bolehnya, anda harus memberi peluang kepada pelajar belajar dengan unsurunsur yang disukainya. Stimulus Alam Sekitar Unsur Bunyi Cahaya Suhu Pola belakang seperti muzik Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya Suka belajar di tempat yang sejuk atau di tempat yang panas Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di lantai Emosi Motivasi Ketabahan Tanggungjawab Struktur Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar dalam masa yang pendek Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guru Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara Sosiologi Sendiri Pasangan Rakan sebaya Pasukan Guru Pelbagai cara Fizikal Persepsi Makan Waktu Suka belajar dengan sendiri Suka berlajar secara pasangan Suka belajar dengan rakan sebaya Suka belajar dalam pasukan Suka belajar dengan guru di sebelahnya Boleh belajar dengan mana cara tersebut di atas Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau dengan perkara abstrak Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa 16 Ciri Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar
Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar atau Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis
Otak Kiri atau Pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kiri Otak Kanan suka belajar bahagian-bahagian, bahasa, dan membuat pengiraan dan analisis; pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu Impulsif Reflektif atau Pelajar yang bertindak impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK PEMBELAJARAN MASTERI 1. Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan. 2. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan. 3. Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda. 4. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berikut merupakan contoh pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada guru, iaitu syarahan, penerangan, penjelasan, huraian, demontrasi, bercerita, pembacaan dan memberi nota. 5. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang melakukannya adalah seperti soal jawab, latih tubi, bercerita, 17
membuat latihan, penerangan, penjelasan, huraian, perbincangan, inkuiri, penemuan dan bacaan. 6. Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan.
BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK PEMBELAJARAN MASTERI 1. Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk pembelajaran masteri kerana: a. Pelajaran akan lebih menarik dan menyeronokkan. b. Pelajar dapat memahami dan mengingat apa yang diajar. 2. Beberapa contoh bahan pengajaran dan pembelajaran diberi dalam Jadual berikut: Hasil Pembelajaran Pelajar dapat : 1. Mengenal pasti "huruf". 2. Menambah nombor 1-10. cara betul. 4. Menerangkan penghadaman. 5. Menguji dalam daun. 3. Bahan pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada: a. Bahan bercetak b. Alat pandang dengar 4. Bahan bercetak meliputi: a. Buku teks dan buku rujukan b. Dokumen kurikulum 18 kehadirian kanji sebarang Cadangan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Kad imbasan huruf, carta huruf, bongkah huruf. Biji, batu atau abakus. dua Kayu hoki, bola hoki. Carta organ penghadaman atau video
3. Memukul bola hoki dengan penghadaman. Daun hijau, radas (bikar, penunu Bunsen, tripod), proses bahan kimia (iodin).
c. Majalah d. Risalah e. Akhbar 5. Alat pandang dengar terdiri daripada: a. "Hardware": seperti TV, radio kaset, perakam video, projektor, komputer, printer. b. "Software": adalah bahan yang digunakan dengan "hardware" seperti pita video, pita kaset, filem slaid, transparensi, disket. Ia juga termasuk bahan visual seperti carta, gambar, pita dan kad imbasan. c. Bahan 3-Dimensi: seperti glob, model, bongkah, spesimen dan bahan permainan. 6. Sesetengah bahan pengajaran dan pembelajaran itu: a. Dibekalkan oleh Kementerian pendidikan. b. Boleh dibeli dalam pasaran. c. Boleh dibuat oleh guru dan pelajar. d. Bolah didapati dengan percuma. 7. Bahan pengajaran dan pembelajaran itu perlu diurus dengan baik dengan: a. Menggredkan bahan itu mengikut tahun dan kebolehan pelajar. b. Menyusun dan menyimpan bahan itu di tempat yang sesuai. c. Mengadakan sistem klasifikasi, sistem katalog, sistem pinjaman dan sistem merekod yang baik.
NILAI-NILAI MURNI YANG PERLU DISERAP DALAM PEMBELAJARAN MASTERI 1. Nilai-nilai murni sarwajagat berikut harus diserap merentasi kurikulum: Baik hati, Berdikari, Hemah tinggi, Hormat, Kasih sayAng, Keadilan, Kebebasan, Keberanian, Kebersihan fizikal dan mental, Kejujuran, Kerajinan, Kerjasama, Kesedaran, Kesederhanaan, Kesyukuran, Rasional, Semangat bermasyarakat
19
1. Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bijak. 2. Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam perkara berikut: a. Tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar. b. Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri. c. Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran. d. Menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubungkait dengan isi kandungan dan pelajar dapat diransang sepanjang waktu pelajaran. e. Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran. f. Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang dikehendaki. g. Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai mengikut kebolehan pelajar dalam kelas itu. h. Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif. i. Menjalankan ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif pada masa yang sesuai. j. Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan. k. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan menggunakan kaedah yang berkesan. l. Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran. m. Menyimpan rekod secara sisitematik tentang sifat peribadi dan pencapaian pelajar.
20
Contoh Pengajaran Berdasarkan Pembelajaran Masteri (Kajian Tempatan Tahun 4) 1. Hasil Pembelajaran: Pelajar dapat menerangkan kedudukan rumah dan ciri-ciri fizikal sekelilingnya. 2. Cadangan Langkah Pengajaran: a. Pengenalan atau Set Induksi: Untuk merangsang atau mengulang kaji. Tanya pelajar: Di manakah anda tinggal? Di manakah manusia tinggal pada zaman sekarang? b. Penyampaian: Untuk mengajar bagi mencapai hasil pembelajaran: Adakan perbincangan dengan pelajar dengan menggunakan satu gambar atau lukisan yang menunjukkan sebuah rumah dengan ciri-ciri fizikal di sekelilingnya. Tanya pelajar: Apakah jenis rumah dalam gambar ini? Apakah kegunaan rumah? Apakah yang terdapat di sekeliling rumah itu? Adakah kawasan di rumah itu cantik/ Bersih? c. Latihan: Untuk memperkukuhkan pembelajaran. Pelajar melukis peta lakar yang menunjukkan kedudukan rumah sendiri dengan menggunakan lambang dan arah. Pelajar menerangkan kedudukan rumahnya dan ciri-ciri fizikal di sekelilingnya dalam 50 perkataan. 21
d. Aplikasi atau Ciptaan: Untuk mengaplikasi atau mereka cipta sesuatu. Beri satu gambar yang menunjukkan sebuah rumah dan sekelilingnya kepada setiap kumpulan. Pelajar dalam setiap kumpulan berbincang bagaimana ciri fizikal di sekeliling rumah itu dapat diperbaiki. Hasil kumpulan ditulis di kertas besar dan dipamerkan. RUMUSAN 1. Penggunaan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai adalah penting dalam pembelajaran masteri. 2. Untuk menjayakan pembelajaran masteri, guru harus menyayangi pelajar, mencintai mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan pelajar, selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah. 3. Pelajar berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik. 4. Guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang terdapat dalam pelbagai model gaya pembelajaran seperti Sistem 4 MAT dan Model Dunn dan Dunn. 5. Terdapat banyak kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada guru dan berpusatkan kepada pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan. 6. Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berbaik tetapi yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar. 7. Guru harus juga menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan memberi tugasan, projek atau masalah untuk pelajar belajar secara pasangan, kumpulan atau kelas. 8. Anda harus menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai supaya pembelajaran lebih berkesan. 9. Dalam pengajaran dan pembelajaran guru harus menyerapkan nilai-nilai murni walaupun penguasaanya mengambil masa yang panjang.
22
Dalam pembelajaran masteri guru digalakkan mencuba pelbagai kaedah mengajar, langkah-langkah pengajaran dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang akan membantu pelajar menguasai apa yang mereka belajar.
INKUIRI PENEMUAN
KONSEP Kaedah Inkuiri Kaedah Inkuiri ini diperkenalkan oleh Richard Suchman.2 Kaedah ini membuat andaian bahawa strategi-strategi intelek yang digunakan oleh ahli-ahli sains untuk menyelesaikan masalahmasalah boleh diajar kepada para pelajar. Naluri ingin tahu pelajar dapat dilatih dalam prosedur-prosedur inkuiri.
Inkuiri Penemuan Kaedah ini adalah hasil gabungan kaedah inkiri dan kaedah penemuan. Ia merangkumi aktivitiaktiviti seperti mengenal pasti masalah, merancang penyelesaian, mengumpul maklumat, mendapatkan keputusan dan membuat rumusan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Mengenal pasti masalah
Mengumpul maklumat
2
Ee Ah Meng (1997:18)
23
TUJUAN KAEDAH INKUIRI-PENEMUAN 1. 2. masalah yang dihadapi. 3. 4. 5. 6. dan membuat rumusan. 7. 8. Mendatangkan perasaan kejayaan kepada murid-murid apabila Memupuk kemahiran penyelesaian masalah bagi murid yang mereka memperolehi jawapan kepada satu-satu masalah. akan membawa kepada sifat berdikari. Menggalakkan pemikiran yang kritis, analitis dan rasional. Meningkatkan kefahaman serta ingatan murid satu-satu konsep. Membentuk sifat-sifat sosial yang positif seperti bekerjasama, Meningkatkan kebolehan murid untuk merancang, mengolah isi Menggalakkan penglibatan murid. Mencabar murid-murid untuk mencari jawapan kepada masalah-
LANGKAH-LANGKAH MODEL INKUIRI SUCHMAN 1. Guru memilih masalah atau situasi yang bermasalah. 2. Guru menerangkan proses kepada kelas dan mengemukakan masalah. 3. Pelajar mengemukakan soalan-soalan dengan tujuan mengumpul data dan membuat hipotesis. 4. Pelajar-pelajar menguji hipotesis dan membentuk teori. 24
5. Pelajar-pelajar berbincang mengenai peraturan-peraturan yang berkaitan dengan teori itu. 6. Guru dan pelajar berbincang tentang proses inkuiri yang dilalui. Mereka meneliti bagaimana mereka mencapai satu teori atau rumusan yang boleh diterima.
Memilih masalah
Menerangkan proses
Mengumpul data dan membuat hipotesis Menguji hipotesis dan membentuk teori
Menganalisis proses
Membincangkan peraturan-peraturan
KELEBIHAN KAEDAH INKUIRI PENEMUAN 1. pembelajaran. 2. dan mendalam. 3. 4. 5. 6. situasi sebenar. 7. Murid-murid berasa bangga dan puas hati ketika mencapai hasil pembelajaran yang diingini. Ini akan meningkatkan motivasi mereka. Ia dapat memenuhi kehendak naluri ingin tahu murid-murid. Menggalakkan pemikiran yang kritis dan kreatif. Meningkatkan dan mengekalkan ingatan murid-murid. Pengetahuan sedia ada murid-murid dapat digunakan dalam Murid-murid dapat memahami suatu konsep dengan lebih jelas Murid dilibatkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan
KELEMAHAN-KELEMAHAN INKUIRI PENEMUAN 1. Memerlukan masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah tunjuk cara. 2. Ia mungkin menimbulkan kesulitan kepada murid-murid yang kurang pengalaman atau lemah. 3. Kepakaran guru adalah diperlukan dalam perancangan dan pelaksanaan kaedah ini.
25
4. Kemungkinan murid-murid tidak mahir menggunakan radas yang diperlukan dalam satu-satu kajian itu. 5. Dapatan-dapatan yang diperolehi mungkin kurang tepat. Ini boleh melemahkan semangat murid-murid.
Contoh Pendekatan Kaedah Inkuiri Penemuan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kajian Tempatan Tahun 4 Tahun Masa Topik : : : 4 60 minit 3. SEKOLAH KITA 3.1 (d) Jawatan dan Tanggungjawab HASIL PEMBELAJARAN: 1. 2. Menyenaraikan jawatan pentadbiran di sekolah dan menamakan Menyatakan tugas utama pentadbir-pentadbir sekolah. penyandangnya. 3. Membandingkan dan membezakan tanggungjawab Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum. UNSUR PATRIOTISME: 1. Menghormati dan taat kepada pentadbir sekolah.
26
SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: 1. kad tugaan 2. borang temubual murid dengan guru besar 3. borang temubual murid dengan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 4. Lembaran Kerja 5. Pita Rakaman Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti 1 1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang tanggungjawab ayah, ibu dan anak terhadap keluarga. a. Apakah tanggungjawab seorang ayah? b. Apakah tanggungjawab seorang ibu? c. Apakah tanggungjawab seorang anak? 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang jawatan pentadbiran di sekolah. a. Siapakah yang bertanggungjawab mentadbir pengurusan sekolah? Aktiviti 2 1. Guru memberi tugasan kepada murid mengikut Mengenal pasti masalah Catatan
kumpulan dengan mengemukakan beberapa masalah (yang hampir sama) Kumpulan 1 Melukis carta organisasi pentadbiran sekolah Kumpulan 2 Menyenaraikan tugas utama guru besar Kumpulan 3 Menyatakan tugas utama guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Kumpulan 4 - Menyatakan tugas utama guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Aktiviti 3 1. Murid berbincang secara kumpulan tentang masalah Merancang yang dikemukakan dan menentukan cara penyelesaian penyelesaian 27 cara Kad tugasan
masalah tersebut dengan bimbingan guru. Kumpulan 1 Menyalin carta organisasi sekolah di papan kenyataan. Kumpulan 2 Menemu bual guru besar Kumpulan 3 Menemu bual guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Kumpulan 4 Merujuk bahan yang dipinjam daripada guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Aktiviti 4 1. Murid mengumpul maklumat dan melengkapkan
Teknik maklumat
menyalin
kad tugasan mengikut kumpulan. Kumpulan 1 Menyalin carta organisasi pentadbiran sekolah di papan kenyataan. Kumpulan 2 Merakam temu bual dengan guru besar Kumpulan 3 Merakam temu bual guru dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Kumpulan 4 Merujuk bahan yang dipinjam daripada guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Aktiviti 4 1. Murid berbincang dalam kumpulan tentang hasil Mengenal pasti masalah dapatan dan menentukan maklumat yang sesuai serta menyusun maklumat mengikut keutamaan. 2. Wakil setiap murid mengikut kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka. Kumpulan 1 Mempamerkan carta organisasi sekolah Kumpulan 2 Memperdengarkan pita rakaman temu bual 28 Membuat rumusan
dengan guru besar Kumpulan 3 Bercerita Kumpulan 4 Bercerita Penilaian 1. Murid melengkapkan lembaran kerja yang disediakan oleh guru.
Artikel Lain
29