Anda di halaman 1dari 3

rahsia di sebalik bulan Muharram

Oktober 22, 2007 oleh khairole

Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram? Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud diharamkan atau dipantang iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut. Peristiwa-peristiwa penting: 1. 1 Muharram Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 2. 10 Muharram Dinamakan juga hari Asyura pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran. Pada 10 Muharram juga telah berlaku: 1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah 2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan 4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud 5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa 6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara 7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah 8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya 9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam 10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun 11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah 12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar 13. Hari pertama Allah menciptakan alam 14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat 15. Hari pertama Allah menurnkan hujan 16. Allah menjadikan Arasy 17. Allah menjadikan Luh Mahfuz

18. Allah menjadikan alam 19. Allah menjadikan Malaikat Jibril 20. Nabi Isa diangkat ke langit Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu: 1. Berpuasa. Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun. Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun. 2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. 3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X 4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram ) 1. Melapangkan masa / belanja anak isteri fadhilat Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 2. Memuliakan fakir miskin fadhilat Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti 3. Menahan marah fadhilat Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha 4. Menunjukkan orang sesat fadhilat Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya 5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 6. Bersedekah fadhilat Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 7. Memelihara kehormatan diri fadhilat Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 8. Mandi Sunat fadhilat Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak fadhilat tidak akan sakit mata pada tahun itu 10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti 11 Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 12 Membaca has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer fadhilat Tidak mati pada tahun ini 13.Menjamu orang berbuka puasa fadhilat Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 14.Puasa Niat Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. fadhilat Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai