Anda di halaman 1dari 18

PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

UNIT: KEUSAHAWANAN

SUBUNIT: SISWANIAGA 111 (B) (VKWA2031)

NAMA PROJEK: PROGRAM LAWATAN KEUSAHAWANAN INDUSTRI TAHUN 2012 (SISWANIAGA 3B)

TEMPAT: JITRA, ALOR SETAR & SIK KEDAH

TARIKH: 10/11/2012

PENYELARAS: MUHAMMAD ISKANDAR ZULLKARNAIN

JURULATIH: EN. MOHD KHAIRI BIN JAAFAR

1.0

PENDAHULUAN Terlebih dahulu, syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya

saya dapat menyiapkan laporan ini dalam masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia kerana pihak tuan telah memberi kebenaran kepada kami selaku pelajar siswaniaga 3B mengadakan lawatan keusahawan industri pada 10 November 2012. Selain itu, saya juga berterima kasih kepada En. Muhammad Iskandar Zullkarnain selaku penyelaras siswaniaga kerana turut menyokong program yang dilaksanakan. Terima kasih tidak terhingga juga saya tujukan kepada jurulatih siswaniaga 3B kami iaitu En. Mohd Khairi bin Jaafar kerana telah membimbing dan menjaga kami sepanjang program lawatan keusahawan tersebut dijalankan. Tidak dilupakan juga ucapan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan Ko.k siswaniaga 3B yang turut terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan laporan lawatan keusahawan ini. Program lawatan keusahawanan industri adalah satu program yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Ko.k siswaniaga 3B mengenai aspek keusahawanan di Industri Kecil dan Sederhana. Program ini melibatkan Industri Kecil dan Sederhana di kawasan Kedah iaitu Seleraku Trading Sdn. Bhd., Ladang Anggur di Tasik Beris dan Co-op Festival di perkarangan Pekan Rabu. Seramai 22 orang pelajar siswaniaga 3B yang telah mengikuti kegiatan luar kampus tersebut. Objektif atau matlamat utama kegiatan luar kampus tersebut adalah memberi peluang kepada para pelajar siswaniaga 3B mengenali industri IKS di kawasan Kedah dengan lebih rapat dan berkongsi pengalaman dengan para pengusaha IKS tersebut dari segi sejarah penubuhan, perancangan pemasaran dan juga perancangan operasi yang dilaksanakan. Akhir kata, segala budi dan jasa baik dari pihak tuan dan juga rakanrakan amat saya hargai. Sekian, terima kasih.

2.0

Objektif Program Memberi peluang kepada para pelajar siswaniaga 3B mengenali

industri Ladang

IKS

di

kawasan dan

Kedah

dengan

lebih segi

rapat

dan

berkongsi

pengalaman dengan para pengusaha IKS Seleraku Trading Sdn. Bhd. , Anggur Co-op Festival juga dari sejarah penubuhan, yang perancangan dilaksanakan. pemasaran dan perancangan operasi

3.0

Pelaksanaan KLK : PROGRAM LAWATAN KEUSAHAWANAN INDUSTRI TAHUN 2012(SISWANIAGA3B)

Nama program

Tarikh Tempat Penceramah/jemputan Jurulatih

: 10/11/2012 : Jitra, Alor Setar & Sik Kedah : Tiada : En. Mohd Khairi bin Jaafar

4.0

Aturcara KLK

10 November 2012 Sabtu 08.00pg 09.00pg 10.00pg 10.50pg 12.45tgh 1.30ptg 2.30ptg 3.30ptg 4.15ptg 4.45ptg 6.00ptg peserta berkumpul di pusat ko.k bas bertolak ke Jitra tiba ke destinasi bas bertolak ke Sik tiba ke destinasi bertolak dari Sik berhenti rehat di Gurun bas bertolak ke Alor Setar tiba di destinasi bertolak pulang ke UUM tiba di UUM

5.0

Jawatankuasa Pelaksana KLK : En. Mohd Khairi bin Jaafar : Chen Wei Jiang : Izzah Farahiyah binti Mustataffa : Wan Aslinda binti Wan Ismail : Lee Phaik Yeen : Nurul Izzatie binti Rohani @ Adnan : Hong Wei Kien

Penasihat Pengarah Projek Timbalan Pengarah Setiausaha Bendahari Biro Aktiviti Biro Logistik & Teknikal

Biro Jamuan & Makanan : Syuhaida binti Othman Biro Protokol Biro Publisiti : Muhammad Azhar bin Abu Bakar : Wong Ai Loon

6.0

Laporan Perjalanan KLK peserta berkumpul di Pusat ko.k makan pagi peserta menaiki bus taklimat akhir perjalanan KLK kepada semua peserta bas bergerak ke Jitra oblong bas tiba di destinasi ketibaan kami di sambut oleh pihak oblong bas bergerak ke Sik ladang anggur tiba di ladang anggur taklimat daripada pegawai yang bertugas sesi bergambar, peserta turut membeli buah-buahan, cenderamata yang terdapat di ladang anggur bertolak dari ladang anggur berhenti rehat di Gurun - solat zohor dan makan petang hujan lebat di Gurun perjalanan terpaksa ditangguhkan bas bertolak ke Alor Setar Co-op festival bertolak pulang ke UUM tiba di UUM

08.00pg 08.45pg 09.00pg 09.15pg 09.30pg 10.00pg 10.10pg 10.50pg 12.45tgh 1.00ptg 1.15ptg 1.30ptg 2.30ptg 3.00ptg 3.30ptg 4.45ptg 6.00ptg

7.0

Hasil / Dapatan KLK

KLK yang telah diikuti oleh pelajar-pelajar siswaniaga 3B telah menyumbang kepada pembangunan sahsiah pelajar. Melalui KLK, dari segi pengurusan masa misalnya, pelajar-pelajar siswaniaga 3B telah bijak dan cekap dalam menggunakan masa yang singkat dan terhad sepanjang program tersebut dilaksanakan. Selain itu, pelajar-pelajar siswaniaga 3B juga bijak menggunakan kepandaian mereka untuk berkomunikasi dengan usahawan-usahawan yang terdapat dalam IKS tersebut. Mereka juga dapat mendisiplinkan diri dengan baik apabila berada di tempattempat yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, contohnya di ladang anggur. Selain itu, program KLK yang diikuti juga turut menyumbang kepada peningkatan pengetahuan pelajar. Di dalam lawatan tersebut, para pelajar didedahkan tentang selok belok perancangan perniagaan dari segi pemasaran dan operasi yang dilaksanakan di samping sejarah penubuhan IKS tersebut. KLK yang diikuti juga telah memberi nilai tambah kepada pelajarpelajar siswaniaga dari segi peluang dan ruang kerjaya di masa hadapan. Justeru itu, kemahiran insaniah yang telah mereka perolehi sepanjang pembelajaran siswaniaga dapat mereka terapkan dan gunakan dengan mudah, bijak dan terancang di alam pekerjaan pada masa hadapan nanti. Objektif KLK yang telah dilaksanakan telah berjaya dicapai oleh pelajar-pelajar siswaniaga 3B untuk mengenali Industri Kecil dan Sederhana di kawasan Kedah dengan lebih rapat dan turut berkongsi pengalaman dengan para pengusaha IKS tersebut terutamanya Seleraku Trading Sdn. Bhd., Ladang Anggur dan Co-op festival.

8.0

Analisis kekuatan, kelemahan dan peluang KLK.

Kekuatan 1. Ahli kumpulan kami menunjukkan kerjasama yang baik.

Kerjasama dan bimbingan yang baik dari jurulatih siswaniaga 3B. 2. Pengangkutan bas yang disediakan sangat memuaskan. 3. Dapat menambahkan pengetahuan tambahan kepada para pelajar tentang proses dan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat @ perusahaan yang telah dilawati. 4. Dapat meningkatkan keyakinan @ soft skill para pelajar. 5. Memberikan pengalaman baru kepada para pelajar.

Kelemahan 1. Penetapan tarikh KLK dari bahagian Pusat Kokurikulum yang tidak sesuai - ramai peserta siswaniaga 3B yang tidak dapat mengikuti KLK kerana terlibat dengan peperiksaan pertengahan semester. 2. Masa lawatan ke tempat destinasi sangat singkat.

Peluang 1. Mendapat kenalan baru yang dapat membuka peluang dan ruang kerjaya di masa hadapan. 2. Ahli kumpulan kami di beri peluang dan kesempatan melawat ladang anggur yang di kawal rapi oleh petugas- petugas di ladang tersebut. 3. Dapat mengetahui dengan terperinci tentang latar belakang industriindustri tersebut yang terdapat di Kedah. 4. Dapat memberi idea baru kepada para pelajar yang ingin mewujudkan sesuatu perniagaan

9.0

Cadangan di masa hadapan. Program lawatan keusahawanan ini sememangnya memberi banyak

manfaat dan kebaikan kepada para pelajar siswaniaga. Program yang telah dijalankan ini sememangnya harus di pertingkatkan dan diteruskan lagi pada masa hadapan. Melalui program ini, pelbagai manfaat dan peluang yang telah dapat diwujudkan, bukan hanya kepada para pelajar malahan pihak universiti sendiri. Program KLK ini perlulah diperbanyakkan dan dimantapkan lagi dengan aktiviti-aktiviti keusahawanan supaya program seperti ini bidang memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang kurang meminati

perniagaan mendekati dan menerokai dunia keusahawanan dengan mendalam dan lebih terbuka tanpa paksa rela. Kebanyakan ahli-ahli jutawan terdiri daripada ahli-ahli perniagaan serta usahawan yang berjaya. Nabi pernah bersabda 90% kekayaan terdiri daripada perniagaan. Oleh itu, program KLK ini seharusnya diteruskan dan dipertingkatkan kualiti dari segi masa pelancaran sesuatu program tersebut dijalankan agar ia dapat melicinkan perlaksanaan KLK pada masa hadapan. Justeru itu, kerajaan seharusnya menggalakkan lebih ramai penyertaan pelajar-pelajar universiti dalam bidang keusahawan agar dapat mewujudkan pelajar yang bukan hanya cemerlang dalam kemahiran insaniah tetapi juga berkaliber dan berkualiti serta mempunyai disiplin yang tinggi dalam pengurusan masa.

10.0

Laporan Biro/ Jawatankuasa

Pengarah Projek I. II. III. Mengendali dan mengawal mesyuarat. Mengetuai biro-biro lain dengan nasihat penyelia. Memastikan rancangan program berjalan lancar.

Timbalan Pengarah I. II. III. Membantu dalam memikul peranan pengarah projek. Merancang dan menilai aktiviti kumpulan. Membantu mengetuai kumpulan semasa ketiadaan pengarah projek.

Setiausaha I. II. Merekodkan minit mesyuarat. Memberi nasihat kepada pengarah projek.

Bendahari I. II. Mengendalikan pendapatan dan perbelanjaan. Sebagai pengutip yuran untuk membuat bayaran.

Biro Aktiviti I. II. Merancang aktiviti yang akan dijalankan. Memastikan ahli-ahli kumpulan terlibat dalam aktiviti.

Biro Logistik & Teknikal I. II. Memastikan pengangkutan disediakan untuk perjalanan program. Memastikan peralatan dan perlengkapan disediakan untuk perjalanan program. Biro Jamuan & Makanan I. Menyediakan sarapan dan makanan tengah hari untuk ahli-ahli kumpulan.

Biro Protokol I. II. Memastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi oleh ahli-ahli kumpulan. Sentiasa memastikan ketepatan bilangan ahli kumpulan sebelum bertolak ke destinasi lain. Biro Publisiti I. II. III. Menyediakan cenderahati. Mengambil dan menangkap gambar semasa program dijalankan. Memuatnaik laporan dan gambar ke laman sosial web.

11.0

Penyata Pendapatan

Pendapatan Sarapan pagi (RM 4 x 22 peserta) Makanan tengah hari (RM 6 x 22 peserta) Cenderahati (RM 19 x 3 unit) Jumlah = RM 88.00 = RM 132.00 = RM 57.00 RM 277.00

Perbelanjaan Sarapan pagi (RM 4 x 22 peserta) Makanan tengah hari (RM 6 x 22 peserta) Cenderahati (RM 19 x 3 unit) Jumlah Baki = RM 88.00 = RM 132.00 = RM 57.00 RM 277.00 RM 0.00

12.0

Lampiran

1. Lampiran A Bil dan Resit.

Sarapan pagi (RM 4 x 22 peserta) Makanan tengah hari (RM 6 x 22 peserta) Cenderahati (RM 19 x 3 unit) Jumlah

= RM 88.00 = RM 132.00 = RM 57.00 RM 277.00

2. Lampiran B Lawatan KLK kumpulan Siswaniaga 3B tidak menghadiri KLK berbentuk seminar, taklimat, konvesyen atau persidangan, maka kami tidak melampirkan bahan-bahan persembahan, kertas kerja, prosiding dan lain-lain.

3. Lampiran C Gambar

Anda mungkin juga menyukai