Anda di halaman 1dari 18

KERTAS KERJA AKTIVITI PERSEMBAHAN MENDEKLAMASI SAJAK SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-55 PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012

1. PENGENALAN
Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Mereka perlu dididik untuk membina generasi muda yang mempunyai rasa cinta kepada negara, sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan negarawan-negarawan ulung terdahulu dan mempunyai jati diri yang jitu. Di samping itu, mereka juga perlu mempunyai semangat patriotisme yang tinggi yang dapat dizahirkan dengan menghormati Lagu Kebangsaan dan Jalur Gemilang. Mereka hendaklah menjadi bangsa yang berani, tegas, dihormati dan berkeyakinan serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk sedia berkorban demi kedaulatan agama, bangsa dan negara

2. TEMA
Tema sambutan Hari Malaysia pada tahun 2011 ialah: 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. Pada tahun ini tema sambutan Hari Malaysia belum lagi dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

3. TAJUK AKTIVITI
Tajuk aktiviti ialah ialah Persembahan Mendeklasmi Sajak 1Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan 2012.

4. RASIONAL AKTIVITI
Rasional aktiviti ini ialah seperti berikut:

a. Memberi peluang kepada hadirin untuk menghayati erti kemerdekaan dalam konteks penduduk Malaysia yang berbilang kaum. b. Memupuk nilai perpaduan di kalangan hadiri yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya di Malaysia. c. Mencetuskan konsep kemerdekaan dari segi minda dan budaya di kalangan peserta persembahan dan pendengar.

5. BILANGAN MURID/PELAJAR YANG TERLIBAT


Persembahan ini dibuat secara berkumpulan. Kumpulan pendeklamasi ini hendaklah terdiri daripada 7 orang pelajar. Tugas setiap pelajar tersebut ialah seperti berikut:

a. Pendeklamasi: 3 orang pelajar. (1) b. Pelakon latar: 4 orang pelajar c. Persembahan multimedia 1Malaysia: 1 orang pelajar.

6. DURASI PERSEMBAHAN
Durasi bagi persembahan ini ialah 10 minit sahaja.

7. PERALATAN/BAHAN-BAHAN/SKRIP/KOSTUM/SETPROPS/MUZIK/LIRIK DAN LAIN-LAIN YANG PERLU DISEDIAKAN

Semua keperluan untuk persembahan ini hendaklah disediakan seawal yang mungkin. Kostum dan set-prop hendaklah disediakan dua minggu sebelum persembahan untuk membolehkan para peserta persembahan menyesuaikan diri dengan peralatan tersebut seterusnya menangani masalah-masalah yang berkaitan.

7.1. Kostum Memandangkan persembahan ini menggunakan konsep 1Malaysia dan kepelbagaian etnik di Malaysia maka pendeklamasi sajak dan pelakon latar akan menggunakan kostum daripada pakaian tradisi suku kaum utama di Malaysia. Berikut dalah senarai kostum yang akan digunakan oleh pendeklamasi sajak di dalam persembahan tersebut: a. Baju melayu Selangor yang lengkap bagi mewakili bangsa Melayu. b. Baju badu dan sigal dari bangsa Rungus mewakili etnik majoriti di daerah Kudat. c. Pakaian dari bangsa Bajau Kota Belud Pendeklamasian sajak ini akan diiringi oleh pelakon latar yang mengunakan kostum berikut: a. Pakaian daripada bangsa Kadazandusun. b. Pakaian Cheongsam dari bangsa Cina c. Pakaian Sari dari bangsa India.

7.2. LCD Projektor dan laptop Persembahan ini juga akan menggunakan peralatan-peralatan berikut untuk persembahan multimedia yang akan mengiringi pendeklamasian sajak tersebut.

a. LCD Projektor lengkap dengan skrin putih. b. Laptop dengan sambungan ke LCD projector dan mixer P.A. system yang digunakan di dalam majlis tersebut.

7.3. Bendera Malaysia Persembahan ini tidak dianggap lengkap jika tidak dihiasi dengan kibaran bendera Malaysia. Oleh itu setiap peserta persembahan akan dibekalkan dengan sebuah bendera bersaiz kecil yang akan dipegang sepanjang persembahan tersebut. Selain bendera kecil tersebut, sebuah bendera bersaiz sederhana akan dipasang di atas sebatang tiang bendera berukuran 10 kaki tinggi di bahagian kanan pentas. Bendera dengan tiang bendera ini akan digunakan sebagai (2) prop semasa persembahan tersebut. Sebuah lagi bendera bersaiz besar akan digunakan sebagai prop iaitu sebagai selimut kepada wira yang tumbang di dalam perjuangan.

7.4. Muzik Muzik yang akan digunakan untuk mengiringi pendeklamasian sajak ini ialah muzik kitaro tanpa lagu. Muzik ini dipilih kerana alunan melodinya yang sesuai untuk pendeklamasian sajak dan mampu menyentuh perasaan pendengar.

7.5. Anggaran Kos Keperluan Persembahan Berikut adalah anggaran kos untuk setiap peralatan yang disewa atau dibeli untuk kegunaan semasa aktiviti ini dijalankan.

Keperluan Pakaian Kebangsaan

Sumber Dipinjam daripada Kelab Kebudayaan SK Tun Mustapha Kudat

Kos Tiada

Pakaian Tradisi Rungus

Dipinjam daripada ibu bapa pelajar yang menyertai deklamasi sajak.

Tiada

Pakaian Tradisi Cina

Dipinjam daripada ibu bapa pelajar yang menyertai deklamasi sajak.

Tiada

Pakaian Tradisi India

Disewa daripada Kelab Kebudayaan Kudat.

RM50

Pakaian Tradisi Kadazan

Disewa daripada Kelab Kebudayaan Kudat.

RM50

Pakaian Tradisi Bajau

Disewa daripada Kelab Kebudayaan Kudat.

RM50

Bendera Malaysia (Saiz Dibeli di Pustaka Perdana, kecil) Kudat.

RM60

Bendera Malaysia (Saiz Dibeli di Pustaka Perdana, sederhana) dengan tiang Kudat. bendera

RM25

Bendera Malaysia (Saiz Dibeli di Pustaka Perdana, besar) Kudat.

RM50

JUMLAH KOS

RM275

7.6. Skrip Persembahan pendeklamasian sajak ini akan menggunakan tiga buah sajak yang bertajuk Untuk Bangsa Merdeka, Cinta Waja Warga Merdeka dan 55 Tahun Merdeka. Berikut adalah skrip sajak tersebut. Setiap pendeklamasi sajak akan mendeklamasi sebuah sajak.

8. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

Persembahan pendeklamasian sajak ini akan dimasukkan ke dalam aturcara induk Sambutan Hari Kemerdekaan SK Tun Mustapha dan akan diselaraskan pelaksanaannya oleh setiausaha pengelola Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan 2012 SK Tun Mustapha. Apabila sahaja pengumuman dilaungkan oleh pengacara majlis bahawa sudah tiba giliran acara Persembahan Mendeklasmi Sajak 1Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan 2012 maka bendera Malaysia (saiz sederhana) bertiang akan dibawa berlari dari pintu utama dewan melalui laluan di tengah dewan sehingga ke atas pentas dan dipacak di atas pemegang tiang bendera yang telah disediakan di bahagian kanan di atas pentas utama. Larian ini akan diringi music 1Malaysia.

Setelah bendera dikibarkan, muzik kitaro dibunyikan dan pendeklamasi sajak yang pertama akan muncul dari bahagian belakang pentas. Pendeklamasi ini akan disusuri oleh enam orang lagi ahli kumpulan pendeklamasi sajak tersebut. Pendeklamasi sajak yang kedua terus mengambil tempat apabila pendeklamasi sajak pertama seleasi menjalankan tugasnya. Kemudian diikuti oleh pendeklamasi sajak yang ketiga. Pada ketika pendeklamasi sajak tidak memainkan peranan untuk mendeklamasi sajak, ia akan berperanan sebagai pelakon latar bagi pendeklamasi yang sedang memainkan peranan.

Satu set gerak lakon tanpa suara akan direka untuk menghiasi pementasan deklamasi sajak tersebut. Gerak lakon tersebut akan memanfaatkan bendera kecil yang dipegang oleh setiap peserta. Para pelakonnya ialah ahli-ahli kumpulan pendeklamasi sajak tersebut. Di sepanjang persembahan ini, gambar-gambar sejarah perjuangan kemerdekaan Malaysia dipaparkan melalui LCD projector di skrin putih untuk memberi lebih penghayatan kepada hadirin tentang sajak yang sedang dideklamasikan. Persembahan ini akan diakhiri dengan teriakan merdeka sebanyak

(7) tiga kali oleh pendeklamasi sajak yang terakhir dan dikuti oleh semua ahli kumpulan dan hadirin. Bendera Malaysia yang bertiang akan dijulang tinggi semasa teriakan merdeka dilakukan.

9. UNSUR-UNSUR KREATIVITI DAN NILAI-NILAI MURNI

Unsur-unsur kreativiti yang terdapat di dalam persembahan ini ialah wujudnya pengabungan konsep 1Malaysia dengan Sambutan Hari Kemerdekaan itu sendiri. Penggabungan dua konsep ini akan memberi kesedaran kepada hadirin tentang betapa pentingnya kemerdekaan kepada bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. Seterusnya ia juga memberi kesedaran betapa pentingnya kemerdekaan negara Malaysia ini dikekalkan selamanya.

Larian pembawa bendera di awal persembahan dengan kombinasi teriakan merdeka sebanyak tiga kali oleh pendeklamasi terakhir sambil menjulang bendera Malayais akan menaikan semangat cintakan negara Malaysia. Pakaian tradisi yang dipakai oleh semua peserta akan memupuk nilai perpaduan di kalangan hadirin yang berbilang bangsa.

Gabungan ungkapan kata dari setiap baris sajak dan unsur kebudayaan dapat mencetuskan idea kemerdekaan dari segi minda dan kebudayaan. Ini dapat mengurangkan kesan budaya negatif daripada barat yang semakin menular di dalam masyarakat kita.

10. PENUTUP

Kemerdekaan dari segi minda dan budaya juga amat perlukan oleh masyarakat Malaysia, Pengaruh budaya barat yang semakin

menular melalui Internet dan media hiburan akan menjadikan bangsa kita terjajah dari segi budaya dan minda. Akan hilanglah budaya kita yang mempunyai nilai estetika yang tinggi dan diganti oleh budaya barat yang boleh merosakan akhlak dan mengikis rasa hormat menghormati. Kesedaran mengenai perkara ini dapat dicetus melalui pelaksanaan aktiviti ini.

Pelaksanaan aktiviti ini akan mampu memupuk nilai-nilai perpaduan di kalangan bangsa Malaysia yang berasal dari pelbagai keturunan dan budaya. Kesedaran tentang peritnya perjuangan yang telah dilalui oleh pejuang-pejunag kemerdekaan akan menjadi bangsa Malaysia lebih bertanggungjawab untuk mengekalkan kemerdekaan negara Malaysia. Kemerdekaan ini bukanlah milik sesuatu bangsa tertentu sahaja di Malaysia tetapi milik kita semua bangsa Malaysia.

(8)

Bibliografi

Mummynemo. Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54 Tahun 2011: Sambutan hari Kemerdekaan Pada 16 September. Retrieved April 22, 2012, from the World Wide Web: http://www.mummynemo.com/2011/07/tema-hari-kemerdekaanmalaysia-ke-54-tahun-

KERTAS KERJA AKTIVITI PAMERAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-55

PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012

1.0 PENGENALAN

Kertas kerja aktiviti pameran ini disediakan untuk pengisian program Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 yang akan diadakan di SK Tun Mustapha, Kudat, Sabah yang akan diadakan pada 31 Ogos 2012.

2.0 TEMA

Tema sambutan Hari Malaysia pada tahun 2011 ialah: 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. (Mummynemo, 2012). Pada tahun ini tema sambutan Hari Malaysia belum lagi dikeluarkan oleh mana-mana pihak. Bagaimanapun bagi aktiviti pameran ini tema yang telah ditetapkan ialah Kepelbagaian Budaya Tunjang Kemerdekaan Malaysia.

3.0 TAJUK AKTIVITI

Tajuk aktiviti ialah ialah Pameran Kemerdekaan. (9)

4.0 RASIONAL AKTIVITI

Rasional aktiviti ini ialah: 10.1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang sejarah perjuangan pemimimpin-pemimpin dahulu sebelum sehingga Malaysia mendapat kemerdekaan daripada British. 10.2. Memberi pengalaman kepada mengurus aktiviti pameran. pelajar untuk

5.0 BILANGAN MURID/PELAJAR YANG TERLIBAT

Bagi menjalankan aktiviti ini satu jawatankuasa pameran yang terdiri daripada pelajar akan dibentuk. Berikut adalah jawatankuasa tersebut:

Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari AJK Tapak Pameran

: Edward John : Chin Kun Mai : Ahmad Jamal : Roslin Tikis : Pamela Markus : Alexson Duas : Koh Jin Tee

AJK Bahan Pameran

: Suzila Karim

: Prisila Konte AJK Kuiz Kemerdekaan : Mark Jonathan : Sazali Ibrahim

Jumlah pelajar yang terlibat di dalam aktiviti pameran ini ialah seramai 11 orang.

6.0 DURASI

Pameran ini akan dijalankan sepanjang aktiviti sambutan Hari Kemerdekaan di suatu sudut di dalam dewan serbaguna di mana sambutan tersebut dilaksanakan. Dijangka sembutan Hari Kemerdekaan tersebut akan dijalankan 31 Ogos 2012, jam 8.00am 1.00pm. Oleh itu pameran akan dijalankan selama 5 jam.

( 10 ) 7.0 PERALATAN/BAHANBAHAN/SKRIP/KOSTUM/SETPROPS/MUZIK/LIRIK DAN LAIN-LAIN YANG PERLU DISEDIAKAN

7.1 Keperluan Pameran Peralatan-peralatan yang diperlukan semasa aktiviti pameran tersebut ialah seperti berikut:
Peralatan

Kegunaan

Bilanga

i. Mounting board

Untuk melekatkan bergambar.

pameran

10 uni

ii. Meja

Untuk meletak bahan-bahan sejarah yang berbentuk model atau gambar yang mempunyai bingkai.

5 unit

iii. TV dan pemain VCD

Untuk memainkan video yang berkaitan dengan kemerdekaan.

1 set

iv. Kerusi

Tempat duduk AJK yang bertugas.

5 unit

Bahan-bahan yang diperlukan semasa aktiviti pameran tersebut ialah seperti berikut:
Bahan Pameran

Bilangan pejuang kemerdekaan yang 10 unit

i.

Gambar-gambar berbingkai.

ii. Bendera Malaysia. iii. Bahan bercetak sejarah kemerdekaan.

3 buah 20 keping

Keperluan kuiz kemerdekaan yang dijalankan semasa

pameran.
Keperluan

Bilangan 20 unit

i. Hadiah kuiz kemerdekaan berupa hamper bernilai RM10.00. ii. Kotak bersaiz 24cm x 24cm x24cm untuk mengisi kertas soalan kuiz kemerdekaan. iii. Kertas soalan kuiz bercetak. Soalan kuiz ditulis di atas sekeping kertas berukuran 4cm x 12cm. Satu soalan untuk setiap eeping kertas. ( 11 )

1 unit

200 keping kertas

7.2 Anggaran Kos Pameran Kebanyakan peralatan dan bahan-bahan pameran diperolehi daripada Kelab Sejarah dan stor pusat SK Tun Mustapha. Oleh itu kos penyediaannya adalah percuma. Bagaimanapun terdapat beberapa peralatan, bahan pameran dan keperluan semasa pelaksanaan aktiviti pameran ini yang perlu dibeli. Berikut adalah anggaran kos bagi melaksanakan aktiviti pameran ini.

Perkara Mounting board Bingkai gambar Bendera Malaysia

Bilangan 10 unit 10 unit 3 buah

Anggaran Kos (RM) 70.00 100.00 30.00

Hadiah bernilai RM10 Alat tulis Jumlah Kos

20 unit

200.00 50.00 450.00

8.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

Berikut adalah jadual pelaksanaan aktiviti tersebut: Mei 2012

: Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pameran. Peranan mesy ini ialah: Menubuhkan Jawatankuasa dan melantik AJK Pameran. Mengagihkan tugas di kalangan AJK yang telah dilantik.

Jun 2012

: Mesyuarat kedua Jawatankuasa Pameran. Fungsi mesyuar ialah:

Menerima laporan perkembangan daripada AJK yang telah di Menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh setiap A yang telah menjalankan tugas masing-masing. Julai 2012

: Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Pameran. Fungsi mesyuar ialah:

Menerima bahan-bahan pameran dan mounting board yang te diusahakan oleh AJK yang berkenaan. Menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh setiap A yang telah menjalankan tugas masing-masing. 15 Ogos 2012

: Mesyuarat keempat (terakhir) Jawatankuasa Pameran. Fun mesyuarat ini ialah:

Mempastikan semua peralatan, bahan-bahan pameran dan kep pameran telah disediakan. Menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh setiap A yang telah menjalankan tugas masing-masing. 30 Ogos 2012 : Taklimat Jawatankuasa Pameran. Pemeriksaan akhir persediaan. Menangani isu-isu terkini yang berbangkit di saat-saat akhir. 31 Ogos 2012

: Aktiviti pameran dilaksanakan pada jam 8.00am hingga 1. di dewan atau lokasi yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan kuiz pameran Kuiz pameran akan dilaksanakan di sepanjang tempoh pameran tersebut. Setiap pengunjung pameran tersebut akan diberikan peluang untuk mencabut 5 soalan kuiz dari dalam kotak yang mengandungi 200 soalan kuiz bercetak. Pelajar yang yang dapat menjawab semua kuiz tersebut akan mendapat hadiah berupa hamper berharga RM10.00.

9.0 UNSUR-UNSUR KREATIVITI DAN NILAI-NILAI MURNI

Unsur-unsur kreativiti yang terdapat di dalam penganjuran program ini ialah penggabungan konsep pameran dan kuiz. Penggabungan dua konsep ini lebih menggalakkan pelajar untuk mengunjungi tapak pameran tersebut. Lebih daripada itu, pelajar akan membaca sejarah kemerdekaan

dahulu sebelum mengunjungi tapak pameran tersebut kerana berusaha untuk memenangi hadiah kuiz kemerdekaan.

Melalui aktiviti ini, nilai-nilai murni seperti semangat patriotism dan cintakan negara Malaysia dapat dipupuk. Pemikiran untuk menghargai perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan dapat dicetuskan melalui penghayatan sejarah kemerdekaan. Pemikiran ini akan mewujudkan sikap yang lebih bertanggungjawab di dalam usaha mengekalkan kemerdekaan negara Malaysia.

( 13 ) 10.0 PENUTUP

Menurut R.G. Collingwood, sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang hal-hal hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau.(Carapedia, 2012). Oleh itu memahami sejarah boleh mengelak kesilapan lampau daripada berulang. Ini seterusnya mampu mengekalkan kemakmuran yang sedang dinikmati sekarang. Melalui pelaksanaan aktiviti pameran ini, para pengunjung pameran dapat mengimbas kembali sejarah kemerdekaan Malaysia dan seterusnya menyelami keperitan perjuangan yang telah ditempuhi oleh pejuang-pejuang kemerdekaan. Lantaran itu, cetusan semangat dan rasa tanggungjawab untuk mengekalkan kemerdekan Malaysia dapat dipupuk melalui penganjuran program ini.

Anda mungkin juga menyukai