Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN

Pengajian kerja paip domestik merupakan salah satu mata pelajaran vokasional yang akan diperkenalkan disekolah sebagai salah satu aliran baru dalam sesi pengajian sekolah harian biasa pada tahun 2005. Mata pelajaran ini secara umumnya diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang sistem perpaipan domestik dan kerja-kerja yang bersangkutan dengan sistem ini yang lebih menjurus kepada aspek kemahiran asas dan amali. Salah satu komponen mata pelajaran yang perlu difahami dan dikuasai dalam bidang ini ialah mengetahui dan mengenali pelbagai jenis dan fungsi peralatan serta kelengkapan utama bagi kerja-kerja paip asas. Kerja kursus ini disediakan sebagai panduan dan pengenalan kepada alatan tersebut yang disertakan bersama gambar bagi memberikan lebih pemahaman serta penerangan mengenai alatan tersebut. Kerja kursus ini juga disediakan sebagai salah nota bantuan bagi kemudahan guru dan pelajar yang sedikit sebanyak diharap dapat dijadikan panduan kepada bakal guru dan pelajar.

KERJA PAIP ASAS

ALATAN TANGAN KERJA PAIP ASAS

PITA UKUR Pita ukur terdiri daripada perumah dan pembilah. Pita ukur digunakan untuk membuat kerja-kerja mengukur sebelum sesuatu paip itu dipotong.

Pita pengukur yang biasa digunakan diperbuat daripada jenis kain atau jenis zink. Ia mempunyai dua bentuk senggatan metrik. Saiz pita pengukur yang biasa digunakan ialah 1 meter, 3 meter dan juga 6 meter. Pita pengukur hendaklah dijaga kebersihanya daripada habuk, debu atau pasir. Tujuanya adalah mengelakkan angka-angka pada pita pengukur itu tanggal dan kerjakerja pengukuran akan terjejas.

KIKIR Kikir digunakan untuk mengikis dan menggegas benda kerja. Berus kikir digunakan untuk membersihkan gigi-gigi kikir yang telah tersumbat dengan serbuk logam. Kikir tidak boleh dikenakan minyak atau diletakkan tindih-menindih antara satu dengan yang lain. Dua jenis kikir yang biasa digunakan dalam kerja paip iaitu kikir bulat ( kikir ekor tikus ) dan kikir rata.

KIKIR BULAT ( KIKIR EKOR TIKUS )

Kikir bulat berfungsi untuk membuang gerigis dan tepi tajam pada lubang paip besi bergalvani yang baru dipotong samada dengan gergaji besi atau pemotong paip beroda. Hulu kikir biasanya diperbuat daripada kayu keras atau plastik. Saiz kikir ditentukan oleh jarak diantara hujung dengan pangkal. Saiz panjang kikir yang biasa ialah 100mm hingga 300mm

Kikir bulat hendaklah sentiasa dijaga kebersihanya. Pastikan kikir bulat dibersihkan selepas digunakan iaitu dengan memberusnya dengan menggunakan berus dawai atau berus kikir. Simpan kikir di tempat khas selepas digunakan.

KIKIR RATA

Kikir rata digunakan untuk membuat kerja-kerja menggegas logam. Di dalam kerja perpaipan, ia digunakan untuk membuang gerigis dan tepi tajam pada bahagian luar paip yang sudah dipotong.

Kikir rata diperbuat daripada keluli yang mempunyai permukaan yang rata dan hulunya pula kebiasanya diperbuat daripada kayu. Saiz yang biasa digunakan dalam kerja perpaipan ialah diantara 100mm hingga 350mm. Saiz kikir rata ditentukan oleh jarak antara hujung dengan pangkal.

SEPANA BOLEH LARAS

Sepana boleh laras mempunyai dua rahang iaitu satu rahang tetap dan satu rahang lagi boleh dilaras dengan memusing pelarasnya. Saiz sepanar boleh laras ditentukan oleh panjang keseluruhanya.

Kegunaan sepanar boleh laras dalam kerja paip ialah : i. ii. Mengetat dan melonggarkan bolt atau nat Mengetat dan melonggarkan kepala paip

Cara menggunakan sepanar boleh laras dengan betul ialah dengan rahang tetap berada di sebelah atas manakala rahang boleh laras di sebelah bawah. Sepanar boleh laras dipusing menghala ke arah hujung boleh laras dan menghala ke arah pengguna.

SEPANAR HUJUNG TERBUKA

Sepanar hujung terbuka mempunyai dua rahang yang tetap. Saiznya ditentukan oleh jarak antara dua rahangnya dan dikira dalam unit mm. Kegunaan sepanar hujung terbuka dalam kerja paip ialah : i. ii. Mengetat dan melonggarkan bolt dan nat Menanggalkan dan mengikatkan kelengkapan di tempat yang lapang

Cara menggunakan sepanar hujung terbuka pula ialah ; i. ii. iii. Memastikan spanar hujung terbuka yang digunakan betul saiznya iaitu muat dengan nat Sepanar hujung terbuka hendaklah ditarik ke arah pengguna Sepanar hujung terbuka tidak sesuai digunakan sebagai penukul kerana boleh membuatkan rahangya patah

PERENGKUH PAIP

Perengkuh Paip adalah alat yang paling utama dalam kerja paip. Ia digunakan untuk kerja paip yang batang paipnya jenis besi galvani (G.I). Saiz perengkuh paip ditentukan oleh panjang keseluruhanya. Perengkuh paip mempunyai dua rahang bergerigi dan satu daripadanya boleh dilaraskan dengan nat pelaras. Kegunaan perengkuh paip dalam kerja paip ialah : i. ii. Mencengkam dan memutar batang paip ketika membuat kerja-kerja penyambungan dan pemasangan paip Memegang objek-objek logam yang berbentuk bulat

Namun begitu perangkuh paip tidak sesuai digunakan untuk mengetatkan atau melonggarkan bolt dan nat. Ini kerana ia boleh menyebabkan bolt atau nat itu haus. Ia juga tidak sesuai digunakan untuk memegang peralatan perpaipan jenis PVC.

PLAYAR Playar merupakan alatan tangan yang digunakan untuk mencengkam dan memegang. Ia dikenali mengikut jenis, saiz dan kegunaannya. Playar tidak boleh sama sekali digunakan untuk menggantikan perengkuh paip dan membuka bolt kerana cengkamannya tidak kuat dan dikhuatiri akan merosakkan bahan tersebut.

PLAYAR GABUNG

Playar gabung mempunyai dua pemegang dan rahang cekup. Saiz playar gabung juga ditentukan oleh panjang keseluruhannya. Kegunaan playar gabung dalam kerja paip ialah : i. ii. iii. Memegang dan mencengkam benda kerja yang bulat, leper dan kecil Memotong dawai halus Digunakan apabila mengikat dengan dawai Cara menggunakan playar gabung dengan betul ialah : i. ii. Playar tidak seharusnya digunakan untuk mengetatkan bolt atau nat Playar gabung tidak boleh digunakan sebagai penukul

PLAYAR MUNCUNG TIRUS

Playar muncung tirus merupakan alat tangan untuk kerja-kerja memegang dan mencengkam. Playar muncung tirus juga digunakan untuk kerja yang sukar pada ruangan yang sempit contohnya semasa kerja mengeluarkan pelompat dari sesendal dalam kerja baik pulih pili.

PLAYAR CENGKAM RAGUM

Playar ini biasanya digunakan untuk mencengkam batang besi paip galvani kerana ia kuat mencengkam dan kukuh. Playar ini mempunyai rahang yang bergigi dan boleh dilaraskan mengikut saiz yang dikehendaki.

PLAYAR CENGKAM SERIBU

Playar cengkam ragum pula biasanya digunakan untuk membuka paip simbah dibawah tangki. Rahang atas dan bawahnya boleh dilaraskan. Ia digunakan untuk membuka bahagian tersebut kerana cengkamannya besar dan agak kukuh tetapi tidak sekuat cengkaman playar gabung. Bahagian cengkamannya boleh mengurangkan kerosakan pada kelengkapan perpaipan.

PEMUTAR SKRU

Pemutar skru digunakan untuk memasang dan mengetatkan skru. Saiz pemutar skru ditentukan oleh panjang batang pemutar skru. Gunakan pemutar skru yang bermata sesuai dengan skru bagi mengelakkan kerosakan.

PEMUTAR SKRU MATA RATA

Pemutar

skru

mata

rata

digunakan

untuk

mengetatkan

dan

melonggarkan skru kepala berlurah ( skru biasa ). Pemutar skru mata rata juga dikenali sebagai pemutar skru biasa. Bahagian-bahagian utama pemutar skru mata rata ialah mata rata, batang dan hulu.

PEMUTAR SKRU MATA PHILIPS

Pemutar skru philip juga digunakan untuk membuka dan melonggarkan skru. Perbezaan antara kedua-dua pemutar skru hanyalah pada matanya yang bersilang. Langkah Langkah Keselamatan Menggunakan Pemutar Skru ; i. ii. iii. Jangan ketuk pemutar skru dengan tukul besi Gunakan pemutar skru yang sesuai saiznya dengan alur skru Sabun atau lilin boleh digunakan untuk memudahkan skru

GERGAJI BESI

Gergaji besi digunakan untuk memotong logam. Walau bagaimanapun, ia boleh dianggap pemotong serbaguna kerana ia juga boleh digunakan untuk memotong paip pvc selain paip besi bergalvani. Ia terdiri dari 2 bahagian yang penting iaitu bingkai yang memegang mata gergaji dan mata gergaji.

Saiz panjang mata gergaji besi biasanya ialah 250 mm dan 300 mm . Lebar mata pula biasanya 13 mm dan tebalnya ialah 0.65 mm. Ia mempunyai jumlah gigi yang berlainan bergantung kepada jenis bahan yang ingin dipotong. Terdapat 2 jenis gergaji besi iaitu gergaji besi berbingkai tetap dan gergaji besi bingkai boleh laras.

PELOCOK

Pelocok digunakan untuk mengepam keluar kotoran yang terdapat pada perangkap sink, besen cuci tangan dan mangkuk tandas. Pelocok mempunyai satu hulu dan satu diafragma. Diafragma ini biasanya dibuat dari getah dan berbentuk bulat. Cara menggunakan pelocok pada sinki ialah dengan menadah air dalam sinki hingga separa penuh kemudianya diafragma diletakkan pada permukaan air keluar sinki dan diafragma dipam dengan menekan hulu.

Pelocok beroperasi menggunakan prinsip tekanan. Pada masa sekarang, terdapat alat yang mempunyai fungsi yang sama dengan pelocok yang hanya menggunakan kaedah pam. Alat ini masih belum digunakan secara meluas.

PEMOTONG PAIP BERODA

Pemotong paip beroda digunakan untuk memotong besi paip bergalvani, paip plastik dan objek-objek yang bulat dengan tepat dan cepat. Ia mempunyai lima bahagian utama iaitu satu mata pemotong, dua roda pandu atau penggolek, skru pelaras, bingkai dan pemegang yang juga dikenali sebagai tangkai pemulas.

Matanya boleh ditukar jika telah haus. Ia juga boleh ditukar jika bahan yang ingin dipotong memerlukan mata pemotong yang lebih sesuai contohnya penggunaan mata yang berbeza diperlukan bagi pemotongan paip besi tuang, paip palstik dan kuprum atau paip besi bergalvani.

ALAT PEMBENANG LUAR

Alat ini digunakan untuk membenang luar paip besi bergalvani. Ia terdiri daripada mata pembenang (die) dan pasung (die stock). Mata berfungsi untuk membuat benang pada paip dengan tepat untuk setiap saiz paip yang lazim.

Saiz mata pembenang adalah dari 3 mm ke 102 mm. Semasa proses membenang dijalankan, minyak pelincir diperlukan bagi mengurangkan geseran untuk mengurangkan kepanasan mata dan memudahkan kerja membenang dibuat. Pasung pula berfungsi untuk memusingkan mata pembenang. Pasung jenis berengkol dan gear sala biasa digunakan kerana ia memerlukan berat badan untuk memusingkan pembenang.

KALENG / PEMANCUT MINYAK

Berfungsi untuk memancutkan minyak kebahagian-bahagian yang bergerak, berputar dan bergeser supaya kerja dapat dibuat dengan lancar dan tidak merosakkan alat. Contoh terdekat ia digunakan ialah semasa kerja membenang dan memotong paip besi bergalvani dibuat.

Pemancut terdiri daripada dua bahagian yang penting iaitu takungan dan pemancut. Saiz takungan yang biasa digunakan ialah antara 250 ml dan 500 ml.

BERUS Berus digunakan sama ada untuk menyapu bahan perpaipan semasa kerja penyelenggaraan dan pemasangan ataupun untuk membersihkan bahagian-bahagian tertentu paip selepas pemotongan atau ulir dibuat. Terdapat beberapa jenis berus yang digunakan dalam saiz-saiz tertentu seperti berus kikir atau berus dawai dan berus cat.

BERUS KIKIR / BESI

Berus kikir mempunyai hujung yang kasar, keras dan tajam. Ia digunakan untuk mengeluarkan gerigis-gerigis yang biasanya terdapat pada kikir selepas digunakan.

Ia juga boleh digunakan untuk membersih mata gergaji dan alat-alat yang terlekat sisa selepas digunakan.

BERUS CAT

Fungsi utamanya ialah untuk mengecat tetapi ia boleh digunakan untuk pelbnagai tujuan didalam kerja perpaipan. Kegunaan utamanya ialah untuk membersih bahagian celahan alat dan kelengkapan sepertui mengeluarkan gerigis pada celahan alat semasa membenang.

Anda mungkin juga menyukai