Anda di halaman 1dari 11

1

Pendahuluan Maksud tamadun boleh diertikan dalam pelbagai konteks. Perkataan tamadun digunakan bagi menggambarkan taraf pencapaian kemajuan rohani dan jasmani sesebuah masyarakat khususnya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif semasa, perkataan tamadun merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi. Perkataan tamadun itu sendiri adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu. Dari sudut etimologinya ia berasal daripada kalimah maddana,yakni kata kerja merujuk kepada perbuatan membuka Bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti.Perkataan madani juga terbit daripada perkataan ini. Madani pula merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan cara hidup yang menzahirkan kehalusan budi pekerti yang terpuji. Jurji Zaydan (m.1914) dan Farid Wajdi (m.1954), di samping beberapa tokoh lain seperti Muhammad Abduh (m.1905) dan Malik Bennabi (m.1973) dianggap sebagai pelopor dalam bidang pengajian tamadun.Istilah tamadun diperkenalkan secara khusus oleh Jurji Zaydan dalam karya terbitannya Tarikh al-Tamaddun al-Islami. Selain beliau, Muhammad Abduh menggunakan istilah madaniyyah bagi mendefinisikan tamadun. Ibn Khaldun merupakan penulis yang terawal mengupas dan

mengetengahkan pengajian ketamadunan. Istilah umran digunakan bagi menjelaskan makna tamadun yang merangkumi organisasi social dan budaya.Bagi menjelaskan masyarakat yang telah mencapai tahap kemajuan dalam pelbagai segi kehidupan,

beliau menggunakan istilah umran hadhari yang membezakan dengan masyarakat yang masih berada pada tahap yang belum maju iaitu umran badawi. Selain mereka, Abu Bakar Hamzah menyatakan bahawa sesuatu yang lahir dan berkembang bersama sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang berupa niskala (abstrak) atau

sekala(material) merupakan tamadun. Manakala Dr.Muhammad Baki pula menyatakan bahawa tamadun merupakan segala usaha dan daya cipta yang membayangkan secara khusus daripada daripada manusia dengan menggunakan akal, fikiran dan tingkah laku. Selain itu, tamadun juga dikenali sebagai civilization dalam Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga.Civilizatian berasal dari perkataan civitas dalam bahasa Greek.Hal ini merujuk kepada pembukaan bandar. Dalam aspek bahasa Melayu, tamadun dianggap sebagai kehidupan manusia yang dicirikan melalui kemajuan berunsurkan kebendaan dan aspek pemikiran yang tinggi. Menurut sarjana Barat Arnold J. Toynbee dalam bukunya yang bertajuk A Study Of History, beliau telah menyatakan bahawa punca utama kejatuhan tamadun adalah disebabkan oleh keruntuhan moral dan agama yang lebih berpengaruh jika dibandingkan dengan kejatuhan sektor ekonomi. Kewujudan dan kejatuhan tamadun adalah selari dengan peredaran masa dan corak pemerintahan sesebuah negara. Beliau telah menyenaraikan sebanyak 21 buah tamadun yang mengalami perkembangan dan kemerosotan tamadun.

Menurut Collinwood seorang sarjana Barat,tamadun bererti proses bagi mencapai tahap kehidupan civil atau untuk menjadi civil ( sopan) yang menghasilkan ciri-ciri masyarakat bandar yang memiliki kehalusan budi.Ianya berbeza dengan definisi yang diberikan oleh Gordon Childe yang memberi penekanan terhadap material dan kewujudan bandar dijadikan sebagai pengukuran bagi tamadun. Terdapat juga ahli sosiologi yang berpendapat pertumbuhan bandar bukan pengukuran utama mendefinisikan istilah tamadun atau civilization kerana terdapat tamadun tinggi yang muncul tanpa kewujudan sebuah bandar seperti Tamadun Mesir. Walaupun berbeza tafsiran bagi istilah tamadun tetapi kita dapat melihat dengan jelas bahawa ianya saling memperkuat dan memperkukuhkan diantara satu sama lain. Berdasarkan kepada pengertian-pengertian yang dikemukakan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari prespektif yang luas meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna. Sebenarnya, kemuncak sesebuah tamadun bukanlah digambarkan dengan limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umran yang digunakan oleh Ibn Khaldun. Oleh yang demikian, bolehlah kita ringkaskan maksud tamadun sebagai kecemerlangan dan kemajuan dalam semua aspek kehidupan sama ada berbentuk material mahupun spiritual.

Soalan b) Ibnu Khaldun merupakan seorang falsafah Islam yang terkenal . Beliau telah menghasilkan Teori Kitaran berdasarkan kajian yang telah dijalankan dalam kitab berjudul Al-Muqadimmah. Menurut tokoh sarjana Islam ini konsep assabiyah atau perasaan kelompok mempunyai kaitan dalam pembentukan sesebuah negara sekali gus menentukan kejayaan dan keruntuhannya. Menurut beliau semangat assabiyah merupakan satu sifat yang melahirkan semangat saling mendukung, bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain. Mereka akan berasa malu dan tidak rela jika terdapat diantara mereka yang memiliki ikatan darah mendapat perlakuan tidak adil atau hendak dijatuhkan sehingga muncul hasrat untuk melindungi bangsa sendiri dan membalas dendam. Negara dan bangsa perlu dipertahankan dan berpandukan kepada pegangan jati diri dan idealisme semangat cintakan negara. Perkembangan dan evolusi sesebuah negara adalah berdasarkan kepada tiga tahap yang mesti di lalui dalam proses naik turun tamadun dalam teori kitaran tamadun. Tahap pertama dalam teori kitaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun ialah tahap permulaan dan kemunculan tamadun. Tahap tersebut merujuk kepada kewujudan negara yang dibina dengan prinsip assabiyah iaitu masyarakat akan bersatu padu untuk mencapai satu matlamat dan cita-cita bersama bagi mewujudkan sesebuah negara.

Jika Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dijadikan sebagai contoh, maka kita dapat melihat dengan jelas bahawa Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara, seorang putera dari Srivijaya yang beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Semasa Parameswara dan pengikutnya berburu di muara Sungai Bertam, Semasa Parameswara sedang duduk dan berehat sambil bersandar pada sebatang pokok , Parameswara ternampak seekor pelanduk telah menendang salah seekor daripada anjing-anjing buruanya yang cuba mengejarnya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan untuk membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, lalu Parameswara merasakan tempat tersebut sesuai dijadikan sebuah negeri dan menamakan tempat itu sebagai "Melaka". Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan yang beragama Islam. Hal ini berubah pada tahun 1414 apabila Parameswara telah berkahwin dengan puteri dari negeri Pasai. Agama Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Shah. Tahap kedua dalam Teori Kitaran Ibn Khaldun pula merupakan tahap kemuncak sesuatu tamadun iaitu era pemusatan kekuasaan dan kemuncak pencapaian tamadun dalam semua aspek termasuk ekonomi, sosial dan politik. Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka telah mencapai zaman kemuncak kuasanya ketika dibawah pemerintahan Sultan Mansur Shah. Pada masa itu, empayar Melaka meliputi Semenanjung Melayu, Singapura dan Sumatera. Tun Perak sebagai bendahara pada ketika itu menjadi tulang belakang dan pencetus wawasan empayar Melaka. Kerajaan

Kesultanan Melayu Melaka telah berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah ratus dengan berfungsi sebagai pintu masuk kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah ratus mereka. Situasi ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.) Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan Kerajaan Melayu. Kerajaan Melayu Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang berpandanga jauh. Empayar Melaka merupakan sebuah tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia sehingga digelar The Venice Of The East. Pelabuhannya begitu sibuk dengan ribuan kapal kapal berulang alik

melalui Selat Melaka. Pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka telah dijalankan dengan sikap penuh diplomasi dan terbuka. Para pegawai istana bukan sahaja terdiri daripada kalangan orang Melayu tempatan. Malah, terdapat juga beberapa orang India yang telah dilantik menjawat jawatan dalam istana sultan Melaka. Perkahwinan campur telah berlaku antara pemerintah Melaka dengan anak perempuan pemerintahan Negara China. Secara ringkasnya, pemerintah pada ketika itu telah mengambil kira keharmonian antara kaum. Perdagangan di Melaka berjalan dengan begitu lancar. Semua ini adalah hasil daripada sistem pemerintahan terbuka di samping pelabuhan ditadbir dengan cekap. Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun telah dapat dikawal oleh laksamana Melaka yang proaktif. Situasi

ini telah menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagang datang berdagang di pelabuahan Melaka. Keadaan ini disokong kuat oleh Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam. Zaman empayar Melaka merupakan zaman plurality kerana proses

penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa ada sebarang paksaan. Keadaan ini membolehkan para pedagang dari Arab, China, India dan negara-negara lain berdagang secara sukarela. Akomodasi antara pedagang dari China dan India dengan masyarakat tempatan telah mewujudkan kategori masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya seperti masyarakat Baba. Faktor-faktor yang menyumbang kepada Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya yang terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain Negara dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan dengan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu. Dalam Teori Kitaran , tahap ketiga pula merupakan tahap kemerosotan ataupun tahap kehancuran sesebuah tamadun. Ibn Khaldun menegaskan bahawa kemerosotan sesebuah tamadun itu adalah putaran sejarah. Pada peringkat permulaan sesebuah tamadun akan berjaya kerana nila-nilai baik, tetapi selepas mencapai sesebuah

kejayaan, nilai-nilai tersebut akan merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan. Seterusnya antara faktor-faktor utama yang mendorong kepada kemerosotan sesebuah tamadun adalah kerana ketidak adilan yang berlaku. Oleh sebab ketidak adilan tersebutla maka ianya telah mewujudkan jurang perbezaan yang begitu ketara antara golongan kaya dengan golongan yang miskin. Selain itu, penindasan dan kezaliman serta keruntuhan moral dan juga nilai-nilai dalam masyarakat terutamanya di kalangan pemimpin juga merupakan punca utama kejatuhan sesebuah tamadun. Malah, sikap tamak dan tidak adil terutamanya dari segi perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik , ekonomi, dan sosial telah menyumbang kepada kemusnahan tamadun. Oleh kerana pemerintah telah menjadi alpa dan sekadar berpuas hati dengan pencapaian terdahulu dan pada tahap yang terakhir ini sesebuah tamadun akan mencapai zaman kejatuhannya apabila watak pemerintah bertukar

menjadi jahat, rasuah, menyeleweng dengan sewenang-wenangnya dan menghadapi pelbagai jenis penyakit sosial. Keadaan yang kronik ini hanya menanti waktu

kehancuran.Pada akhirnya tamadun dan peradaban telah menjadi hancur dan digantikan oleh bentuk pemerintahan yang baru bagi melengkapi pusingan kitaran yang terkandung dalam teori peradaban Ibnu Khaldun. Selain daripada serangan yang dilancarkan oleh Portugis pada tahun 1511 dibawah kepimpinan Alfonso de Albuquerque, antara faktor lain yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka juga adalah rasuah, iri hati, cemburu dan fitnah. Ditambah pula dengan kekalutan serta bencana fitnah yang berlaku ke atas

Tun Mutahir hingga membawanya ke peringkat beliau dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah. Sehubungan dengan itu, kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka bermula semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah kerana beliau bukanlah seorang pemerintah yang baik. Ini adalah kerana, beliau telah menaiki takhta sebagai sultan setelah ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah telah mangkat pada usia yang muda. Pada ketika itu, Hang Tuah dan juga Tun Perak sudah pun tua. Tatkala itu,tidak ada lagi orang lain yang berkelayakan memegang jawatan Bendahara. Selepas itu,Tun Perpatih Putih yang sudah pun uzur dilantik menjadi Bendahara. Rentetan itu, kelemahan pentadbiran Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka telah dapat dikesan oleh Portugis yang sudah pun bersiap sedia untuk menyerang Kerajaan Melaka. Ditambah lagi dengan sikap Sultan Mahmud Shah yang tidak elok, sedikit sebanyak telah pun menyumbang kepada kemerosotan pemerintahan Kerajaan Melaka pada ketika itu. Kedatangan Portugis ke Melaka pada pada tahun 1509 tidak disenangi oleh banyak pihak termasuklah pedagang - pedagang Arab dan India Muslim. Ini ditambah lagi dengan sikap buruk orang-orang Portugis yang suka membuat kacau. Akibat kezaliman, menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa, berat sebelah, iri hati, cemburu, adu domba, rasuah dan fitnah, maka dengan sedihnya kegemilangan Tamadun Kesultanan Melayu Melaka itu hancur berkecai di tangan penjajah. Seluruh Melaka, yang merupakan pusat dagangan dan pelabuhan yang terkenal, hasil cukai serta kekayaan kerajaan Melaka telah pun ditawan oleh penjajah. Riwayat sebuah tamadun Melayu di Melaka telah pun tamat pada 24 Ogos 1511.

10

Oleh yang demikian, maka Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan yang menunjukkan tiga tahap utama sesebuah tamadun dalam teori yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun seperti tahap awal, kemuncak dan juga tahap kemerosotan.

Kesimpulan Setelah meneliti huraian dan kenyataan yang dijelaskan diatas, maka telah jelaslah tidak aka nada tamadun jika masyarakat atau sesuatu kaum itu tidak berubah. Sarjana-sarjana Islam dan barat bersetuju bahawa sesebuah tamadun itu ada hayatnya. Samuel Huntington bersetuju dengan pendapat-pendapat lain-lain sarjana bahawa tamadun juga boleh diibaratkan sebagai benda bernyawa, iaitu lahir,remaja,dewasa, tua dan mati.

11

BIBLIOGRAFI.

Jacquetta Hawkes (1980). The first great civilizations. New York: Alfreda A. Knopf. John K Fairbank, Edwin O Reischamer dan Albert M. Craig (1989) East Asia tradition and transformation. Boston: Houghton Mifflin company. Jayaudin Jamaudin (2001). Tamadun dunia hingga tahun 1800. Seri Kembangan: eastview Publication Sdn. Bhd. Mahdi Shuid dan Mohamad Fauzi Yunus (2001). JIT SPM sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. R. Rajakkrishnan dan M. Rajantheran (1994). Pengantara Tamadun India. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Wikipedia bahasa Melayu (2010). Abdul Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun. Diperoleh pada Feb 19, 2010 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_AlRahman_Ibn_Muhammad_Ibn_Khaldun

Wikipedia (2009). Tamadun. Diperoleh daripada laman web dunia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun, pada Februari 20, 2010. Zainal Abidin Borhan dan Ahmad Hakimi Khairuddin. Tamadun Melayu teras tamadun Malaysia. Diperoleh pada Feb 21, 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/25338646/Bab-3-Tamadun-Melayu

Anda mungkin juga menyukai