Anda di halaman 1dari 17

KOD ETIKA KEGURUAN MALAYSIA

Definisi Etika

Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris ethic Ethos (Bahasa Greek) membawa maksud; Sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan

Abdul Rahman Md. Aroff Teori Etika dan Amalan Moral 1999

Etika merupakan disiplin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang menawarkan kelakuan perseorangan serta antara individu

Satu sistem dasar akhlak, adat, tingkah laku atau akhlak

Dewan Bahasa dan Pustaka,1995

Kamus Oxford, 1994

Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang terhadap masyarakat

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberu penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peraturan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat
Satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar

Etika perguruan

Aspek etika

Profesionalisme Integriti Kejujuran

intelektual dalam Intelectual Property Neutraliti Akauntabiliti

KOD ETIKA KEGURUAN


MALAYSIA

KOD ETIKA KEGURUAN


Tanggungjawab terhadap Allah (Etika guru Muslim) Tanggungjawab Terhadap Diri Tanggungjawab Terhadap Ilmu Tanggungjawab Terhadap Profesion Tanggungjawab Terhadap Pelajar Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara Pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning)

Diri

Memastikan keselamatan diri (fizikal, emosional, mental, moral) Prihatin Memahami kekuatan dan kelemahan Melibatkan diri dalam agenda dan program

llmu

Penguasaan ilmu mantap Amal dan mengembangkan ilmu Memanfaatkan ilmu

profesion

Menjaga imej keguruan Amanah / jujur Memperkembangkan potensi pelajar (jasmani, intelek, daya cipta dan rohani) Bertingkah laku baik

Pelajar

Mendahulukan kepentingan pelajar Adil dalam tindakan Tidak meminta bayaran tambahan Hormat maklumat sulit pelajar

Rakan
sejawat

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan kurang baik Tunai tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh Sentiasa sedia bantu rakan sejawat

Ibu bapa

Hormat tanggungjawab ibu bapa Wujud hubungan mesra dan kerjasama Amanah dengan pemerolehan maklumat pelajar Beri maklumat kepada ibu bapa

Masyarakat/ negara

Mengelakkan diri daripada menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan pelajar, masyarakat atau negara yang bertentangan dengan Rukun Negara Memupuk nilai taat setia,bertanggungjawab, menghormati orang tua, perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama Ambil bahagian dalam kegiatan masyarakat Galak kerjasama dan persefahaman

Pembelajaran sepanjang hayat

Proses pembelajaran secara berterusan Pendidik perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang dinamik Berfikiran rasional, inovatif, kreatif dan mempunyai daya tahan fizikal dan mental

ETIKA PERGURUAN MALAYSIA

22

Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.

Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lainlain. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.

Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.

Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Beri Nilai