Anda di halaman 1dari 20

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2012


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SMP KHAS JAN 2011)

KOD KURSUS TAJUK KURSUS

: HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK: KANAK

NAMA PELAJAR NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : : :

MOHD SHARIFUL IBRAHIM 810924035663001 810924-03-5663 01628112134 Ise_6321@yahoo.com

HISHAM

BIN

EN HAMDAN BIN ABDULLAH PETALING JAYA

KANDUNGAN

HALAMAN 1 2 3

Pengenalan Pengertian kreativiti dan kreatif Perkembangan Kreativiti Fisher (1943) Kepentingan pemikiran kreatif terhadap Perkembangan diri Kanak-kanak. Aktiviti Pembelajaran yang Berkesan Menjana

10

Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak. Kesimpulan Rujukan

14 17 ii

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM

1.0

Pengenalan. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa

maksud membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Pelbagai persoalan ini sering melanda kita apabila diminta menghasilkan sesuatu karya atau tugasan yang memerlukan elemen kreatif sebagai salah satu nilai tambah dalam penilaian atau pemberian markah. Sebenarnya, kemahiran kreatif ada pada semua orang sebagai kemahiran semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan. Ini kerana semua orang yang sempurna akalnya dianugerahkan set otak dengan fungsi asas yang serupa cuma yang berbeza adalah darjah kreativiti antara satu sama lain. Perbezaan kreativiti seseorang boleh dipengaruhi oleh latar belakang, suasana persekitaran tempat dia dibesarkan, pendidikan yang diterima dan pengalaman yang dialaminya. Penyelidik mengesahkan bahawa kreativiti tidak memerlukan kepintaran luar biasa tetapi menggunakan kemahiran berfikir yang biasa dengan cara yang bijaksana (John,1998). Kajian yang pernah dibuat di Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa potensi kreatif kanak-kanak adalah tinggi, semakin menurun apabila umur semakin meningkat (Maimunah, 2005). Senario ini harus diambil serius oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Kementerian Pelajaran kerana kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup penduduk di sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi di mana perubahan, cabaran dan persaingan sedang dan akan terus berlaku. Untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa tenaga kerja bukan sahaja perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan yang tinggi tetapi perlu memiliki daya kreatif yang tinggi agar mereka dapat menyelesaikan masalah yang semakin kompleks dalam pekerjaan mereka (Lee. 2002).

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM

2.0

Pengertian kreatif dan kreativiti. Pendidikan seni visual di sekolah merupakan salah satu mata pelajaran yang

memberi peluang serta ruang kepada murid-murid meluahkan idea dan daya kreatif mereka seperti yang terkandung dalam Dokumen Standard Seni Visual sekolah rendah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual (KSSR Seni Visual, 2010). Kreativiti dalam penghasilan sesebuah karya seni mampu meletakkan nilai yang sangat tinggi pada karya tersebut. Dalam proses membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbanbsaran murid dapat menyalurkan idea yang diberikan dapat dilaksanakan dengan jayannya. pemilikan idea oleh kumpulan dan individu dapat mermberi idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya mengelak daripada berlaku perasaan ego wujud dan dapat mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut. Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.Guru juga menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja. Justeru, kreativiti boleh dibentuk dan dilatih seperti yang dinyatakan oleh Ikhsan dan Norila (2005), usaha bagi menggalakkan para pelajar ke arah berfikir secara kreatif dan kritis mestilah dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi kerana peringkat ini dianggap sebagai masa yang paling sesuai untuk meletakkan batu asas bagi pelaksanaan pendidikan seterusnya. Oleh itu, perkembangan kreativiti kanakkanak penting bagi guru-guru pendidikan seni visual untuk mengetahui peringkat dan tahapnya supaya pengetahuan tersebut boleh digunakan bagi merancang aktiviti yang sesuai serta lebih tersusun dan menjamin proses pembelajaran berjalan dengan baik dan berkesan. Salah satu perkembangan kreativiti kanak-kanak yang sering menjadi panduan adalah perkembangan kreativiti Fisher.

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM

3.0

Perkembangan Kreativiti Fisher.

Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat lima tahap dalam menjana pemikiran kreatif iaitu: a. Peringkat rangsangan. Setiap individu memiliki kemahiran kreatif secara semula jadi, bagi menyerlahkan kemahiran tersebut proses rangsangan perlu dilakukan supaya individu itu dapat mengaplikasikan kekreatifannya dalam penghasilan sesuatu karya atau produk berkualiti. Pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai bentuk dan aras soalan berdasarkan Taksonomi Bloom. Menyoal merupakan cara yang paling berkesan untuk menggalakkan pemikiran dan pembelajaran (Wan Zah, 2011). Guru perlu memastikan keadaan yang kondusif untuk murid mengikuti sesi pembelajaran, murid bersedia menerima pembelajaran. Bahan-bahan rangsangan lain seperti gambar, kad imbasan, poster dan sebagainya juga boleh disediakan bagi membantu murid menjana idea yang lebih kreatif. Guru harus membantu murid supaya berinteraksi dengan aktif dan memberi motivasi agar murid yakin serta berani mengeluarkan seberapa banyak idea atau pandangan. Setiap pendapat murid mesti diterima dan dicatat. Untuk peneguhan beri pujian kepada murid supaya mereka bersemangat meneruskan sesi perbincangan. Menurut Skinner (1938),sekiranya tingkah laku itu diikuti oleh pengukuhan yang positif atau perkara yang menyenangkan, maka tingkah laku itu akan dilakukan berulang-ulang. Peneguhan positif berupaya meningkatkan pemikiran kreatif murid dengan berterusan. Ask questions that force students not only to think but think critically, imaginatively and creatively. Do not interrupt while a student is still expressing himself. Do not put words into his mouth. Let him say what on his mind.Try not to criticize. Reinforce, encourage and push your student gently. Treat them as a young men and young ladies, not as boys and girls. Selfesteem is important for creativity bloom. (Leo, 2006) Untuk mencungkil pemikiran kreatif murid, peluang harus diberi kepada semua murid bagi meluahkan perasaan dan mengemukakan pendapat. Beri kata-kata semangat supaya murid yakin dan berani mencuba, hargai segala idea yang diberi.

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM

Peringkat merangsang pemikiran kreatif murid boleh menggunakan kaedah perbincangan murid memberi pendapat berdasarkan soalan-soalan yang dikemukan. Perkembangan aras soalan berlandaskan Taksonomi Bloom. Contohnya : Kegiatan Tajuk Peringkat Mengingat Memahami Aplikasi Analisis : Membentuk dan membuat binaan : Membuat Wau. Contoh tingkah laku Contoh soalan. Menjelaskan, menamakan, Pernahkah kamu melihat Wau? mengenal pasti. Membanding, mentafsir, Bandingkan wau yang pernah kamu meringkas. Melaksanakan, lihat dengan yang ditunjukkan? Bagaimana kamu hendak membuat langkah-langkah yang

menggunakan. wau? Menghuraikan, merangka, Terangkan menyusun, beza. Mengkritik, menilai. Merancang, membaharui

membanding akan kamu lakukan. menguji, Bagaiman kamu tahu wau itu tahan atau menarik? membangun, Apa yang akan kamu lakukan untuk menghasilkan wau yang lebih menarik dan tahan?

Menilai Mereka cipta

Taksonomi Bloom yang diperbaharui atau revisi oleh Lorin Anderson pada 1990 dan diperkenalkan pada 2001. ( Revisi Taksonomi Bloom atau Revised Bloom Taxonomy) Teknik penyoalan perlu bersesuaian dengan tahap kebolehan dan peringkat umur murid, guru perlu memainkan peranan yang penting agar peringkat rangsangan berjalan dengan berkesan. b. Peringkat penerokaan. Apabila murid telah dirangsang pemikiran kreatifnya dengan menjawab beberapa persoalan yang mudah hingga ke soalan yang kritikal, mereka akan berusaha meneroka untuk mencari jawapan dan jalan peneylesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik. Dalam pendidikan seni visual, penerokaan bermaksud menyelidik untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui lagi iaitu melaksanakannya dengan cara menjelajah (Zulkifli, 2010). 4

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM

Penerokaan alat, bahan dan keperluan-keperluan juga patut dilakukan sebelum menjalankan aktiviti seni visual untuk mengetahui tahap keselamatan serta cara penggunaan alat dengan betul. Peralatan yang tajam seperti gunting, pisau, buluh dan sebagainya hendaklah digunakan dengan berhati-hati supaya tidak mendatangkan kecederaan. Beberapa kaedah yang boleh dijalankan untuk tujuan penerokaan adalah seperti membuat eksperimen, inkuiri, mencipta, mengkaji dan sebagainya. Menerusi aktiviti penerokaan murid dapat meningkatkan daya imaginasi kerana murid berpeluang mengalami atau melihat sendiri apa yang telah dilakukan sekali gus akan dapat mengembangkan daya kreativiti murid. Semasa penerokaan dijalankan, guru berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing dan membimbing murid untuk menemukan sesuatu yang lebih spesifik. Contohnya aktiviti membuat wau, murid mungkin pernah melihat wau yang yang dijual dikedai berdasarkan pengalaman sedia mereka, tetapi melalui peringkat penerokaan murid dapat mengetahui pelbagai jenis wau, bahan untuk membuatnya, nilai wau sebagai permainan tradisional. Kaedah penerokaan yang paling murah, mudah dan cepat adalah dengan melayari internet. Lagi pun kebanyakkan murid mahir menggunakan internet dan kebanyakkan sekolah menyediakan kemudahan ini. c. Peringkat perancangan. Pada peringkat ini perancangan boleh dilakukan secara verbal melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya manakala perancangan secara visual pula melalui graf, imej lukisan, peta minda dan lain-lain. Peringkat ini menggalakkan secara amnya pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Perancangan yang teratur dan sistematik dengan mengambil kira segala kemungkinan yang akan berlaku bagi menjamin kelancaran pelaksaaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.Di peringkat ini, semua ahli yang terlibat perlu berbincang dan membuat keputusan setelah membuat pemerhatian daripada pelbagai sudut atau perspektif yang lebih luas. Selain itu, beberapa alternatif lain harus di rancang untuk mengatasi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Dengan penggunaan peta minda, graf, imej lukisan dan lain-lain boleh membantu memberi gambaran yang lebih jelas tentang aktiviti yang akan dilaksanakan.Jika di peringkat sekolah rendah penggunaan peta minda sebagai salah

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM

alat berfikir amatlah sesuai kerana ia mudah dan berkesan dan dapat memberi gambaran yang jelas kepada murid.. Wau

Bahan/alatan. Kertas warna, buluh, benang, gam dan gunting.

Langkah-langkah. Bina kerangka menggunakan buluh. Gunting kertas mengikut saiz. Tampal gam pada kertas yang digunting. Membuat teraju wau

Alternatif. Boleh menggunakan lidi sebagai kerangka untuk menggantikan buluh Buat wau dengan pelbai bentuk yang mudah dan sesuai Dimainkan semasa aktiviti kesengangan.

Sumber : perkembangan seni dan kraf kanak-kanak. (Loy, 2011)

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM

d. Peringkat aktiviti. Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan diaktifkan dengan melaksanakan apa yang telah dirancang. Tindakan-tindakan yang sewajarnya perlu diambil kira seperti: i. ii. iii. iv. Bagaimana hendak membuat wau dengan saiz yang sesuai? menggunakan kertas warna yang menarik mengikut motif atau corak pilihan sendiri? Cara mengikat kerangka dengan betul dan tepat dan memotong kertas warna yang ditekapkan supaya kemas? Bagaimana membuat teraju dengan betul agar wau dapat dinaikan? Pada peringkat aktiviti inilah pemikiran kreatif murid akan jelas kelihatan semasa murid ketika melakukan langkah-langkah penghasilan wau. Melalui peringkat inilah juga guru dapat membuat penilaian secara formatif dari segi tahap daya kreativiti muridnya. Seandainya aktiviti seni visual diadakan secara berkumpulan, guru perlu memastikan setiap ahli kumpulan ada peranan masing-masing (pembelajaran secara koperatif).

. Sumber : google images.

e. Kajian semula.

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM

Peringkat ini, murid-murid dibimbing untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. Murid mengemukakan cadangan yang bernas untuk mengelak perkara yang tidak dijangka atau diingini berlaku. Penilaian terhadap hasil kerja menggalakkan pemikiran kreatif merencana siri penambahbaikan pada masa akan datang Menerusi aktiviti kritikan dan apresiasi seni, murid akan menghargai hasil karya sendiri dan orang lain. Secara tidak langsung peringkat kajian semula akan memberi keazaman baharu kepada murid untuk meningkatkan mutu karyanya dengan menambah nilai-nilai estetika pada ciptaan yang akan datang. Daya kreativiti murid semakin bertambah dan diperkukuhkan setelah melakukan aktiviti seni melalui lima tahap perkembangan Fisher. Perlu diingatkan hasil karya murid hendaklah dibei penghargaan dan jangan memandang rendah kerana dengan cara sebegini akan memberi kesan negetif terhadap kreativiti seseorang murid sebaliknya kata-kata pujian dan semangat harus diberi untuk meningkatkan motivasi murid. Hasil kerja murid di dan

dipamerkan sesi kritikan

hadapan kelas untuk apresiasi seni. Karya-karya ini perlu dipamerkan di sudut hasil kerja murid atau sudut kreatif sebagai bahan rujukan dan penghargaan kepada murid.

Wau seperti berikut mungkin akan dihasilkan oleh murid-murid di sekolah kita setelah pemikiran reatifnya dilatih dan dikembang dengan mengaplikasi lima tahap perkembangan kreativiti Fisher (1943). 8

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM

Wau Bulan.

Wau K1.

Bermacam-macam jenis wau. Sumber : google images.

Wau kenyalang.

4.0

Kepentingan pemikiran kreatif terhadap Perkembangan diri Kanakkanak.

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM

Menurut Atan (1982), perkembangan individu merupakan perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan telah berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat terlebih dahulu. Merujuk kepada lima tahap perkembangan kreativiti Fisher amat nyata dan jelas kepentingan pemikiran kreatif terhadap perkembangan diri kanakkanak dari segi sosial, emosi dan fizikal kerana pendekatan yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran adalah pendekatan yang berpusatkan murid. Dalam suasana pembelajarannya akan wujud banyak interaksi antara guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan. Perkembangan sosial kanak-kanak akan mula berkembang dengan pesat setelah dia menjejak kaki ke alam persekolahan sama ada di taman asuhan, tadika mahu pun sekolah rendah. Semasa pengajaran pembelajaran kanak-kanak akan menjalinkan hubungan social dengan rakan-rakan dan guru. Perkembangan kreativiti Fisher banyak membantu proses perkembangan social kanak-kanak terutama sekali pada peringkat rangsangan iaitu guru menyoal murid untuk mendapatkan maklumat, mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid serta membina kesediaan murid untuk mengikuti pembelajaran seterusnya. Sesi perbincangan memberi peluang kepada murid meluahkan pendapat dengan yakin dan berani. Selain itu, murid akan bertambah yakin serta bersemangat untuk melibatkan diri setelah pendapatnya dihargai oleh guru dan rakan. Sikap bertolak ansur juga akan dipupuk ketika murid memberi kesempatan kepada rakan bertanya atau bercakap, interaksi positif yang wujud akan memudahkan kerjasama antara ahli kumpulan ketika menjalankan aktiviti dan membuat penerokaan. Pada peringkat perancangan, murid akan lebih berhati-hati dan teliti merancang aktiviti yang akan dijalankan, yakin dalam membuat keputusan serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Aktiviti seni memberi peluang kepada kanak-kanak menggunakan kemahiran sosial dalam interaksi seperti berkongsi bahan dan peralatan seni serta menunjukkan kepekaan terhadap keperluan kanak-kanak yang lain. Manakala di peringkat kajian semula, murid yakin dan bangga menerangkan hasil karya kepada rakan. Murid akan lebih bersikap terbuka apabila hasil karyanya dikritik oleh rakan, murid juga berpeluang memberi pendapat tentang karya rakan. Hasil daripada kritikan dan apresiasi seni ini, murid boleh memperbaiki dan meningkatkan daya kreativitinya pada masa akan datang supaya penghasilan karyanya lebih bermutu serta mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.Menurut Newman 10

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM

(1990), kemahiran berfikir secara kreatif dapat menghasilkan masyarakat yang bertanggungjawab dan pekerja yang produktif dalam dunia pekerjaan. Kemahiran berfikir kritis dan kreatif dapat membantu menangani masalah yang rumit dengan mudah dan cepat, membuatkan kita lebih yakin menjana keputusan dalam keadaan yang sukar dan lebih berani serta bersedia mengambil risiko menerima dan mencuba idea-idea baru sebaliknya mengenepikan perkara-perkara yang remeh dan tidak penting. Emosi kanak-kanak sangat sensitif, apabila dipuji mereka akan rasa gembira sebaliknya jika ditegur atau dimarah pasti mereka akan menangis atau merajuk. Menerusi lima peringkat perkembangan kreativiti Fisher, perkembangan emosi kanakkanak dapat ditingkatkan ketika kanak-kanak berbincang, membuat penerokaan, merancang, melakukan aktiviti dan membuat kajian semula. Semasa perbincangan, kanak-kanak akan menunjukkan sikap menghormati rakan ketika rakan memberi pandangan begitu juga apabila rakan bertanyakan soalan. Di sini peranan guru amat mustahak bagi mengawal keadaan agar tidak berlaku perselisihan faham atau ketidakadilan semasa memberi peluang kepada murid menjawab soalan. Murid akan merasa terasing seandainya guru berkelakuan demikian, kesannya emosi murid akan terganggu kerana rasa dipinggirkan. Tetapi seorang guru yang berkesan pasti akan mengelak insiden seperti ini daripada berlaku, beliau pasti akan membuat perancangan yang rapi sebelum melaksanakan pengajarannya. Peringkat kajian semula merupakan peringkat yang agak mencabar emosi kanak-kanak terutama sekali ketika mereka menunjukkan hasil karya dan menceritakan elemen-elemen seni yang terkandung di dalam karyanya menjadi platform untuk kanak-kanak membina keyakinan diri dan bangga dengan kebolehan sendiri kerana kanak-kanak berkesempatan mengekspresi perasaannya dalam bentuk seni tampak serta mengaplikasi kemahiran-kemahiran seni yang telah dipelajarinya. Kanak-kanak akan merasa puas apabila hasil karyanya dihargai, jadi perkembangan emosi kanak-kanak mampu mempengaruhi daya kreativitinya. Emosi positif meningkatkan kreativiti tetapi jika emosi kanak-kanak terganggu ia boleh membantutkan daya kreativiti. Perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikuasai menerusi aktiviti seni, penggunaan bahan dan peralatan dalam aktiviti seni memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan serta mata. Secara tidak langsung kemahiran motor kanak-kanak dapat dipertingkatkan dengan berkesan. Kegiatan 11

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM

membentuk dan membuat binaan sebagai satu contoh di mana perkembangan fizikal kanak-kanak teruji semasa mereka menggunakan alat dan bahan untuk membina arca atau model. Dalam pendidikan seni, kanak-kanak didedahkan dengan penggunaan pelbagai jenis alat seperti berus lukisan, pensel warna, pembaris, alatan tangan dan sebagainya untuk menghasilkan sesuatu karya. Pada peringkat aktiviti, kemahiran fizikal kanak-kanak banyak berkembang ketika mereka menggunakan bahan dan alat. Contohnya kemahiran memegang gunting. Kanak-kanak perlu menguasai kemahiran tersebut untuk membolehkannya menggunting mengikut garis lurus atau bentuk dengan kemas. Sebelum kanak-kanak melakukan aktiviti seni, guru perlu mendedahkan kanak-kanak dengan bahan dan alat supaya mereka biasa dan mahir menggunakan bahan dan alat tersebut. Ini boleh dibuat semasa peringkat perancangan. Kanak-kanak berbincang serta mengenal pasti bahan dan alat yang diperlukan. Semasa penerokaan pula, perkembangan fizikal yang akan berlaku adalah kanakkanak akan bergerak ke tempat-tempat tertentu untuk mengumpul maklumat dalam masa yang ditetapkan, kanak-kanak perlu bergerak pantas membuat. Kanak-kanak yang kreatif mampu menggunakan kemahiran fizikalnya dengan lebih optima.

Perkembangan Sosial Kerjasama Semangat kekitaan Hormat-menghormati Menghargai Bertolak ansur

Perkembangan kreatif

Perkembangan Fizikal Koordinasi tangan dan mata. Penggunaan alat dan bahan. Ketangkasan. Kecekapan.

5.0

Perkembangan Emosi Seronok. Aktiviti Pembelajaran yang Berkesan Menjana Perkembangan Kreativiti Puas hati. Yakin diri. Kanak-kanak. Berani. Kewujudan pemikiran kreatif adalah seusia dengan kewujudan

manusia.Manusia telah mengaplikasikan bentuk pemikiran ini dalam kehidupan tanpa mereka sedari. Banyak penyelesaian masalah dan keputusan yang dibuat oleh manusia 12

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM

menggunakan idea kreatif. Buktinya menerusi apa yang berlaku di sekeliling mereka, (Mohd.Azhar,2004). Oleh itu Edward de Bono berpendapat mengapa pemikiram kreatif harus dimiliki oleh semua? Menurut beliau, terdapat lima premis yang menyebabkan kreativiti sebagai kebolehan yang perlu dimikili oleh individu, organisasi dan masyarakat iaitu: a. untuk perubahan dan pembaikan, b. untuk menyelesaikan masalah, c. untuk memberi nilai dan peluang baru, d. untuk masa depan, e. untuk motivasi. . Keaslian merupakan kebolehan mengemukakan idea baru dan gagasan yang asli (Leo, 2006).Seseorang yang kreatif sering mengutarakan idea-idea yang asli, unik dan menarik bukannya dicekup dari mana-mana sumber kemudian menjadikannya sebagai idea sendiri. Hasil karya mereka lain daripada yang lain dengan memasukkan elemen-elemen yang melambangkan makna tersendiri. Melalui penerokaan, kanakkanak berupaya mengenal pasti kewujudan sesuatu atau benda-benda yang sedia ada. Jadi kanak-kanak yang kreatif akan cuba menghasilkan karya atau sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dilihatnya atau mencipta sesuatu yang belum ada. Di situlah keaslian karya kanak-kanak dapat dinilai. Kelancaran adalah kebolehan meluahkan banyak idea berkaitan sesuatu perkara. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Sikap yang berhati-hati serta bijak membuat keputusan menjadi prinsip mereka (Abdul Shukor, 2011) Secara lahiriahnya keaslian sesebuah karya banyak dipengaruhi oleh kepekaan atau sifat sensitif individu terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan penggunaan deria (telinga, hidung, mata, kulit dan lidah). Hasil daripada sifat kepekaan maka terciptalah pelbagai jenis peralatan dan kemudahan yang kita nikmati pada hari ini. Segala kekurangan hari ini akan dicipta oleh mereka yang kreatif untuk kegunaan masyarakat pada masa akan datang. Keanjalan atau fleksibel adalah kebolehan mengeluarkan idea-idea yang berlainan atau lebih kreatif (Leo, 2006). Seseorang yang kreatif juga berupaya menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan situasi, tahap keyakinan mereka 13

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM

tinggi. Tindakan-tindakan yang diambil lebih praktikal dengan mengambil kira semua faktor, mereka tidak bersikap pilih kasih serta bersedia menghadapi sebarang perubahan. Guru mengalas tugas penting bagi melahirkan insan kreatif yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat. Perkara penting yang patut ada dalam persediaan mengajar guru seperti objektif, kemahiran, tajuk, langkahlangkah pengajaran, bahan atau alatan akan menjadi panduan kepada guru semasa melaksanakan sesi pengajaran. Set induksi merupakan proses terawal dalam memulakan proses pengajaran pembelajaran. Set induksi yang baik dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk belajar. Selain daripada itu, tujuan set induksi adalah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid supaya memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang akan diajar. Apabila pelajar telah berminat secara tidak langsung perasaan ingin tahu akan timbul dan pelajar akan melibatkan diri dalam pengajaran pembelajaran dengan lebih aktif. Antara kaedah-kaedah yang sering digunakan dalam set induksi adalah seperti nyanyian, permainan, kuiz, soal jawab dan sebagainya. Sesi perbincangan contohnya mampu merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak agar mereka dapat memahami intipati pembelajaran seterusnya merangka tindakan yang wajar supaya apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Sebelum pelajar melakukan aktiviti, tunjuk cara akan dibuat supaya pelajar mendapat pengalaman dan gambaran yang jelas tentang aktiviti yang akan dibuat. seni. Kepekaan pelajar ditambah dengan minat ingin tahu membantu pelajar mengembangkan kreativitinya, guru pula harus peka dengan keperluan pelajar dari segi kesediaannya membuat aktiviti kerana jika pelajar belum cukup bersedia kesannya karya yang dihasilkan nanti tidak menggambarkan kreativiti sebenar pelajar. Guru perlu membimbing pelajar meneroka dan merancang langkah-langkah yang sistematik serta bersiap sedia dengan langkah alternatif jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Setelah pelajar selesai menjalankan aktiviti murid menunjukkan hasil kerja atau karya.. Guru dan pelajar-pelajar lain boleh mengemukakan soalan untuk menguji kefahaman intipati pelajaran yang telah dipelajari. Pelajar yang kreatif akan mampu menunjukkan hasil karya yang lain daripada yang lain serta memberi idea unik atau pendapat yang bernas ketika disoal. Penghargaan patut diberi kepada pelajar agar 14

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM

mereka lebih bersemangat bagi menghasilkan karya yang lebih bermutu.. Teguran membina harus diberi kepada pelajar yang belum mencapai tahap yang dikehendaki. Pelajar ini perlu bersikap terbuka menerima kritikan dan menyimpan semangat dan azam meningkatkan karya mereka. Itulah yang dimaksudkan oleh De Bono mengapa kreativiti perlu dimiliki oleh semua. Peringkat penutupan, guru akan menjelaskan tentang isi pelajaran untuk hari tersebut serta sentiasa memberi motivasi kepada murid supaya berusaha meningkatkan daya kreativiti bagi penghasilan karya yang baik.

Aktiviti pembelajaran

Set induksi. Rangsang pemikiran kreatif

Demonstrasi. Menjana pemahaman.

Kenal bahan dan alat. Penerokaan.

15

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM

Aktiviti Siapkan tugasan. Sesi kritikan dan apresiasi seni. Penambahbaikkan

Kelancaran

Keaslian

Ciri-ciri Kreativiti

Fleksibel

Kepekaa n

Kesimpulan

16

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM

Perkembangan kreativiti Fisher (1943) menerusi lima tahap menjadi panduan kepada guru bagi mencapai matlamat mata pelajaran seni visual sekolah rendah iaitu melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif sejajar dengan kehendak dalam Falsafah Pendidikan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Penerapan nilai-nilai murni semasa aktiviti seni sangat perlu dilakukan agar murid-murid menggunakan daya kreativiti ke arah kebaikan sejagat.. Pemikiran kreatif dapat merangsang penghasilan karya yang asli serta bermutu tinggi penuh dengan nilai-nilai seni. Bukan setakat itu, daya kreativiti mampu mengatasi pelbagai permasalahan secara bijak serta mengambil tindakan secara yang rasional ketika berhadapan dengan pelbagai situasi. Kesimpulannya yang dibuat, perkembangan kreativiti Fisher menyumbang kepada perkembangan diri secara individu baik dari segi emosi, sosial dan fizikal secara menyeluruh. Pemikiran yang kreatif dapat meningkatkan ciri-ciri kreativiti seseorang melalui keaslian, kelancaran, kepekaan dan keanjalan. Semogat hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing di peringkat global akan tercapai.

17

Hbaqe1203 perkembangan seni kanak-kanak

Rujukan
Abdul Shukor Hashim dkk. (2011). HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak. Seri Kembangan, Selangor: Meteor Doc. Sdn.Bhd. Atan Long. (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. De Bono, E. (1996). Serious Creativity. London: Penguin Books. Torrence, E.P. (1979). The Search of Satori and Creativity. Buffalo, New York: Creative Education Foundation. Ikhsan, O. & Norila, M. S. (2005). Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah, Aspekaspek yang Berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Seni Visual Tahun Satu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Lee, M. N. N. (2002). Educational Change in Malaysia. Pulau Pinang: Sekolah Kajian Pendidikan Universiti Sains Malaysia. Leo Ann Mean. (2006). On Creativity Awakening The Creative Mind. Subang Jaya: Pelanduk Publication Sdn.Bhd. Loy C. L. dkk. (2011). Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-kanak. Shah Alam: Gerak Ilmu Sdn.Bhd. Maimunah Osman. (2005). Pemikiran Kreatifi. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. Mohd. Azhar Abd.Hamid. (2004). Kreativiti Konsep & Teori Praktis. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Rousliluddin Ambia dkk. (2011). HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Seri Kembangan, Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bhd. Wan Zah Wan Ali, Ramlah Hamzah & Rosini Abu. (2011). HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Seri Kembangan, Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bhd. Zulkifli Yaakob & Mohd.Jamel Ismail. (2010). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Seri Kembangan, Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bhd. Muat turun 14 Jun 2012 Revisi Taksonomi Bloom atau Revised Bloom Taxonomy:http://imamahmadi.wordpress.com/2010/04/23/taksonomi-bloomyang-baru/ ii