Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS ILMU KHAS

KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN

PROGRAM KURSUS KAYAK ‘STAR ONE’

ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN JASMANI

DENGAN KERJASAMA PERSATUAN KAYAK MALAYSIA

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI

INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS

7 - 8 FEBRUARI 2009
KERTAS CADANGAN

PROGRAM KURSUS KAYAK ‘STAR ONE’

UNTUK KSPK PJ DAN KPLI PJ

TAHUN 2009

1. TUJUAN

Kertas ini bertujuan untuk memohon ahli Majlis Profesional, Pentadbiran dan
Perguruan, Institut Pendidikan Ilmu Khas mempertimbang dan meluluskan
cadangan bagi Program Kursus Kayak ‘Star One’ Anjuran Jabatan Pendidikan
Jasmani dengan kerjasama Persatuan Kayak Malaysia.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Program Kayak ‘Star One’ bagi peserta kursus KSPK PJ ambilan 2009 dan
KPLI PJ akan dijalankan pada 7 dan 8 Februari 2009. Program tersebut
akan diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

2.2 Seramai 37 orang peserta akan mengikuti program ini.

2.3 Program tersebut akan memberi peluang kepada peserta untuk


mendapatkan ilmu dan kemahiran baru serta pengalaman yang mana
diperlukan oleh peserta KSPK PJ dan KPLI PJ.
3. ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Program Kayak ‘Star One’ ini merupakan persediaan asas sebelum
mengikuti aktiviti Pendidikan Luar. Program ini merupakan kehendak
Kurikulum Pendidikan Jasmani dalam KSPK dan KPLI.

3.2 Diantara matlamat pembelajaran adalah seperti berikut:


• Supaya peserta didedahkan kepada aktiviti kayak
• Supaya peserta dapat merancang, mengimplimentasi dan
mengurus sukan rekreasi di luar bilik darjah

4. IMPLIKASI KEWANGAN

4.1 Memandangkan Program Kayak ‘Star One’ ini akan dijalankan di luar
Kampus Ilmu Khas, ianya memerlukan kos yang banyak.
Walaubagaimanapun program ini tidak melibatkan kewangan Institut
Perguruan Ilmu Khas kerana peserta kursus bersedia membayar dengan
rela hati.

• Dari Peserta – RM 70 x 37 = RM 2590

1. Sijil RM 5 x 37 peserta RM 185


2. Makan RM 15 x 37 peserta x 2 hari RM 1110
3. InstruKtor RM 20 x 37 peserta RM 740
4. Bahan / Nota RM 15 x 37 peserta RM 555
JUMLAH KESELURUHAN RM 2590
5. KESIMPULAN / SYOR

5.1 Ahli mesyuarat Profesional, Pentadbiran Dan Pengurusan Institut Perguruan


Ilmu Khas adalah dipohon mempertimbangkan dan meluluskan cadangan
bagi Kurusus Kayak ‘Star One’ anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani dengan
kerjasama Persatuan Kayak Malaysia.

5.2 Peserta kursus berbesar hati sekiranya pihak Institut Perguruan Ilmu Khas
dapat menyediakan kenderaan untuk ke tempat kursus dan air minuman
semasa program dijalankan.

Disediakan oleh,

…………………………………………..
( EDLYNA BINTI MOHAMED AKHIR )
Setiausaha,
Program Kursus Kayak ‘Star One’
KSPK PJ 2009
IPIK

AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM KAYAK STAR ONE
KSPK PJ
2009

PENASIHAT : ENCIK ABDUL MUTALLIP BIN GHANI


PENGERUSI : HASRUL HAFFIZ BIN HARITH
N. PENGERUSI : NADIA BT MUSTAFA
SETIAUSAHA : EDLYNA BT MOHAMED AKHIR
BENDAHARI : NOR BISMI YAMNUN BT ABD RASHID
AJK
KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN
- MOHD IZZUDIN B MOHD ZAIN
- RABITAH BT ABDUL RAZAK
MAKANAN
- SUZANA RITA BT BASAR
- RUSLINA BT HASSAN
- WAN SHAHIBUL BARIAH BT WAN ISMAIL
PENGANGKUTAN
- SURIANI BT ISHAK
- MALISA BT MOHAMMAD ARIF
BUKU PROGRAM
- SITI NORFAZURA BT MUSTAFFA
- WHITNEY GUN SIAO HUEY
JURUGAMBAR
- ONG KEE SUN
- MOHD FAIZAL B YUSUF
PERALATAN
- KHAIRUL RIZUAN B YACOB @ YAAKUB
- MOHD KHUSHAIRI B ABD WAHAB