Anda di halaman 1dari 2

Mesej Akhir Zaman....

mari sebarkan Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah saw. Assalamualaikum pengerusi surau dan AJK yang dihormati. Semua maklum bahawa kita sekarang dalam peringkat Akhir Zaman. Boleh dikatakan semua orang tahu dan maklum bahawa Islam akan gemilang kembali. Tentu kita semua tidak mahu terkecuali dari menjadi orang yang akan menjadi tentera Allah dalam usaha kegemilangan itu. Tentera yang Allah akan pilih perlulah dari golongan yang mempunyai mata hati yang tajam dan berkemampuan untuk menangkis senjata dajal. Bukan semua orang layak menjadi tentera Allah. Ada yang Allah takdirkan matanya tertutup dari melihat kebenaran walaupun orang itu seorang ustaz sekalipun. Namun kita berdoa kepada Allah agar tidak dimasukkan ke dalam golongan demikian. Mahukan tuan pengerusi dan AJK sekelian termasuk dalam golongan tentera tersebut? Sebagai tentera kita kena tahu apa senjata dajjal sebenarnya. Dalam akhir zaman ini sekarang Allah telah mendatangkan seorang ulamak antarabangsa yang telah berjaya membuka rahsia yang selama ini ditutup oleh dajjal. Rahsia di mana kita sendiri tidak sedar yang kita telah terjebak di dalamnya. Sila ikuti ceramah ini:1. http://www.youtube.com/watch?v=u_U_CYRWPeY 2. http://www.youtube.com/watch?v=rSBT9IzgmvE&feature=related 3. http://www.youtube.com/watch?v=wfdbzi8RLcc&feature=related Terdapat banyak lagi siri ceramah beliau dalam youtube yang amat berguna bagai kita untuk memahami situasi akhir zaman sekarang. Jarang ada ulamak yang mendapat ilmu sebagaimana beliau. Setelah saudara mendengar ceramah2 Syeikh Imran Hosein, sekarang baru dapat gambaran sebenar bagaimana dajal mempengaruhi kita. Ilmu yang kita dapati kita sebar-sebarkan kepada sahabat2 kita agar mereka berhati2 dalam hidup di akhir zaman ini. Jika kita sedar kita telah terperangkap, cepat2 kita betulkan kembali haluan hidup kita. Ditakdirkan oleh Allah telah berlaku satu pertemuan antara seorang pemuda Melayu yang berada di luar negeri dengan seorang paderi. http://www.dinar-emas.com/misc.php?page=vatican#axzz21j66zkXr Paderi itu sebenarnya seorang pengikut dan pembantu dajjal yang menyamar. Dalam perbualan itu, paderi itu jelas membongkar rahsia

bagaimana dia telah bersengkongkol menjatuhkan umat Islam dalam semua segi termasuk politik, pendidikanm, hiburan, ekonomi dan apa sahaja yang berkaitan orang Islam dia cuba rosakkan. Geram betul bila membaca bagaimana reaksi paderi itu menghina dan merendah2kan umat Islam. Pada pendapat dia kita amat lemah sekali. Bangkitlah saudara seIslam sekelian.

Jomlah kita bangun dan lawan balik mereka. Kita buktikan bahawa kita bukan muslim yang boleh dipersendakan. Mari kita perbetulkan kembali apa yang telah mereka rosakkan. InsyaAllah, kita mampu mengubahnya kerana Allah telah memberi jaminan bahawa Islam akan gemilang kembali dan orang Melayulah yang bakal membawa perubahan itu. Marilah kita sama-sama usahakan. Apa sahaja usaha yang kita buat itulah yang membuktikan kitalah tentera akhir zaman yang Allah pilih itu. Ikhlaskan niat kita... biar Allah yang menjadi saksinya. Berjuang kerana Allah.. ALLAHU AKHBAR... ALLAHUAKHBAR.... ALLAHUAKHBAR. Muslimah yang berjihad, Wan Sarina

Anda mungkin juga menyukai