Anda di halaman 1dari 4

KEPENTINGAN BERWUDUK

Menurut bahasa, kalimah wuduk apabila dibaca denganiaitu dengan didhammahkan huruf wawnya, ia bermaksud perbuatanberwuduk. Dan apabila difathahkan wawnya, maka ia bermaksud airwuduk.Wuduk menurut syarak ialah: Menggunakan air bersih (suci lagimensucikan) untuk membasuh anggota-anggota tertentu yang telahditetapkan oleh syarak.Berwuduk untuk solat adalah merupakan perintah dari Allah Azza wa-Jalla sebagaimana firmanNya: "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki! Tidak sah solat seseorang jika tidak bersuci atau berwuduk terlebih dahulu, sebagaimana perintah dan penjelasan dari hadis-hadis sahih:

Al-Maidah. 5:6

i. "Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwuduk". ii. "Allah tidak menerima solat tanpa bersuci (berwuduk)" iii. "Tidak diterima solat seseorang berhadas sehinggalah dia berwuduk". antara kamu jika

iv. "Kunci solat itu ialah bersuci, diharamkan (melakukan sesuatu kecuali pekerjaan solat) setelah bertakbir dan penghalalannya ialah setelah memberi salam" v. "Sesungguhnya aku diperintah agar berwuduk apabila aku ingin mendirikan solat".

Hukum berwuduk
Hukum berwuduk adalah: Wajib Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat. Menunaikan Solat

Memegang, menyentuh dan membawa Al Quran Tawaf di Baitullah Sunat


Ketika hendak mandi wajib Hendak membaca al Quran, hadis dan buku Ketika hendak tidur Ketika marah

Rukun Wuduk dan Yang Membatalkan Wuduk

Ada 6 Perkara (4 Kering 2 basah)


1- Mula2 haruslah berniat didalam hati yang berbunyi (sahaja aku megankat hadas kecil kerana allah taala)

2- lalu kita haruslah membasuh muka yakni keseluruh wajah,membasuh muka ini hendaklah dalam keadaan niat . 3- Selepas itu kita membasuh kedua2 belah tangan hingga ke dua2 belah siku ,(atas pada siku sikit) 4- Menyapu sedikit air di kepala (atas dahi) 5- Membasuh kedua2 belah kaki hingga ke buku lali(seluruh permukaan kaki termasuk semua ibu kaki dan anak ) 6- Tertib (yang dahulu anokcucu didahulukan yang kemudian kemudiankan)

Sunat-sunat Wuduk 1-Berkumur-kumur (mula2 sekali selepas niat) 2-Menbersihkan hidung yakni memasukkan air ke dalam hidung( selepas berkumur) 3- Menbasuh kedua2 belah telinga (selepas menyapuh air di kepala) 4- Lafaz niat wuduk


(Nawaitu rafil hadasil asrharil lillahi taala) Ertinya : sahaja aku mengankat hadas yang kecil kerana allah taala Sudah berwuduk barulah kerjakan sembahyang , dengan sekali berwuduk boleh lah mengejakan sembahyang banyak2 kali pun kecuali jika telah terjadi perkara yang membatalkan air sembahyang pada masa itu kenalah mengambil air sembahyang semula.

Perkara2 yang membatalkan wuduk


1- Telah keluar sesuatu dari dubur dan kubul walupun angin 2- Tertidur kecuali jika tidur itu duduk dengan tetap (tidak beralih pungung) 3- Jika telah hilang ingatan disebabkan mabuk,gila,pengsan dan sebagainya 4- Jika telah bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan yang sudah cukup umur dan yang halal nikah 5-Bersentuh tapak tangan atau perut jari dengan kubul atau dubur