Anda di halaman 1dari 18

KEBIMBANGAN DI KALANGAN KANAK-KANAK

1. Pendahuluan
Kebimbangan adalah perasaan takut yang kronik dan komplek yang wujud dalam pelbagai jenis
kecelaruan mental dan saraf (Drever, 1952). Altrocchi (1980) pula menyebut bahawa ahli psikologi
mentakrifkan kebimbangan sebagai perasaan yang dirasai seseorang semasa ketiadaan sebarang
bahaya luaran yang dikenalpasti dan ia hanya sebagai tindak balas terhadap bahaya dalaman yang
tidak realistik.
Oleh itu, kebimbangan dapat dianggap sebagai masalah psikologi yang kronik dan
memerlukan rawatan yang tepat supaya sebarang bahaya dapat dihindarkan. Bukan sahaja saraf dan
fizikal perlu dipulihkan malahan perawat juga memerlukan kemahiran psikologi untuk memulihkan
perasaan dan mental pesakit.
Wolpe (1958) menyatakan, perkataan kebimbangan digunakan seerti dengan perkataan
ketakutan. Namun begitu, sememangnya kebimbangan dan ketakutan itu merupakan suatu perasaan
yang sinonim dan seiring di alami oleh pesakit. Walaubagaimana pun, ketakutan dan kebimbangan
seseorang merupakan suatu yang subjektif. Ada kemungkinan tidak perlu dibimbangkan bagi diri
orang lain tetapi sesuatu yang amat menakutkan bagi diri pesakit.

2. Latar Belakang Masalah


Bagi pesakit yang kronik sudah tentu kebimbangan memerlukan terapi yang serius. Malahan ia
lebih berbentuk pendidikan yang dapat membantu pesakit agar lali menerima sebarang cabaran
sebagaimana orang kebanyakan.
Permainan, muzik, rakan-rakan, sosial dan apa sahaja yang mengukirkan senyuman di bibir
mereka dianggap sesuatu yang menceriakan hidup. Oleh itu anak yang reaktif, mendengar kata dan
berperlakuan baik itulah harapan ibu bapa untuk mengisi ruang rumah sebagai penyejuk mata. Tetapi,
kanak-kanak radioaktif terdapatkah persediaan ibubapa menghadapinya dan apakah punca kecelaruan
ini wujud. Banyak faktor dan penyebab yang boleh diterangkan dan dihuraikan dari sudut psikologi.
Di sini penulis ingin melihat apakah jenis-jenis kebimbangan yang sering dialami oleh individu
dan apakah tahap tertinggi dan terendah mengenai kebimbangan yang sering dialami oleh mereka.
Penulis juga ingin melihat apakah punca dan faktor yang menyebabkan terjadinya kecelaruan
kebimbangan ini serta kaedah yang biasa diambil oleh pakar terapi dan psikiatri bagi merawat pesakit.
Spielberger (1979) menyatakan, Freud melihat bahawa memahami kebimbangan adalah tugas
yang paling sukar dan bagi menyelesaikan masalah ini, ia memerlukan pengenalan ringkasan idea

1
tentang kebimbangan secara tepat dan aplikasi kaedah pemerhatian yang sesuai supaya ia dapat
difahami secara jelas.
Oleh itu, bagaimanakah mengatasi kesukaran memahami kebimbangan ini bergantung kepada
pengetahuan individu mendapatkan idea dan mengaplikasikan kaedah yang bersesuaian ke atas
individu yang bermasalah. Apakah jenis kebimbangan yang dialami oleh kanak-kanak, sudah tentu
ramai ibubapa atau pendidik masih belum mengerti terdapatnya pelbagai istilah malahan ada yang
belum pernah didengari oleh mereka tentang cabang dan pengkhususan kebimbangan. Untuk
mengenal pasti kebimbangan yang wujud di kalangan mereka juga agak sukar kecuali remaja tersebut
mempunyai komunikasi yang baik dan penerimaan kendiri yang tinggi untuk menyatakan masalahnya.
Soal selidik, diari dan tulisan pada sehelai kertas juga membantu sikap remaja untuk berterus terang
dan sedikit sebanyak memupuk rasa berani di kalangan remaja. Seterusnya remaja tersebut boleh
dikategorikan tahap kebimbangannya dan dari kumpulan mana mereka boleh diistilahkan.
Persoalannya, adakah ibubapa atau guru-guru membantu atau membantut. Siapakah yang layak
menyelami jiwa remaja ini jika bukan ibubapa, keluarga dan guru-guru dan adakah rakan sebaya
sendirian mampu menyelesaikan masalah mereka. Kajian demi kajian, kemahiran mengenal pasti
masalah dan menyelesaikan masalah amat diperlukan sebagai usaha memulihkan keadaan pesakit.

3. Teori-Teori Kebimbangan (Psikoanalitik)


Menurut Freud (1977) apabila tenaga libido dipendamkan, ia bertukar menjadi kebimbangan
dan akan muncul sebagai kebimbangan bebas atau sebagai satu simptom kebimbangan. Misalnya
kanak-kanak menjadi bimbang apabila ibunya tidak ada bersamanya kerana kanak-kanak itu tidak
dapat menyalurkan libido (perasaan) kepada ibunya dan libido itu wujud sebagai satu kebimbangan.
Jika kebimbangan objektif adalah tindak balas dari ancaman luar, maka kebimbangan neurotik adalah
pelarian daripada desakan libido itu sendiri (Azizi et. al, 2006). Menurutnya lagi pengalaman
kebimbangan neurotik membuatkan ego yang berperanan memproses ancaman ini akan cuba lari
daripada desakan libido ini, dan menjadikan ancaman dalaman ini sebagai yang datang dari luar, dan
dengan sendirinya tidak melibatkan ego untuk berbuat sesuatu.
Teori kebimbangan yang berpusatkan kepada peranan libido, tidak dapat menghuraikan
kebimbangan jenis fobia (Azizi et. al, 2006). Freud (1977) mendapati bagi jenis-jenis kebimbangan
yang lain, ego lebih berperanan jika dibandingkan dengan id yang bertukar menjadi libido. Ego
mengamati bahaya dan dengan sendirinya akan meninggalkan kesan kebimbangan. Azizi et. al (2006)
mengulas lagi, ini bererti, bukan pemendaman libido yang menjadi punca kebimbangan tetapi

2
kebimbangan telah wujud sedia ada apabila telah diamati oleh ego tadi dan ini bermakna kebimbangan
adalah punca pemendaman.
Freud (1977) menjelaskan, fenomena kebimbangan adalah ciri semula jadi suatu organisma itu.
Ia adalah sebahagian daripada naluri semula jadi untuk keselamatan kendiri dan diwarisi secara
genetik. Kebimbangan objektif dialami secara semula jadi tetapi kebimbangan yang spesifik adalah
dipelajari. Beliau menyatakan kebimbangan adalah punca daripada renjatan emosi dan takutkan
kembiri (fear of castration).
Hakikatnya, superego merupakan identiti sebenar individu normal kerana superego beroperasi
mengikut prinsip kesempurnaan dan berfungsi menghalang kehendak-kehendak id dan menyebabkan
seseorang akan merasa tidak patut apabila takutkan sesuatu yang tidak perlu ditakutkan. Oleh itu,
egolah yang patut menyeimbangkan kehendak-kehendak id supaya perasaan takut itu tidak terlalu
diikutkan.

3.1 Teori Pembelajaran


Watson yang merupakan bapa behaviorisme dapat menunjukkan, kebimbangan atau ketakutan
dapat dipelajari banyak perkara lain dalam hidup (Azizi et al, 2006). Menurutnya lagi, ini bermakna
tiada apa-apa yang misteri berkaitan kebimbangan atau ketakutan. Penyelidikan mereka juga banyak
tertumpu pada tingkah laku kebimbangan ini. Mereka tidak mementingkan struktur mental yang
melibatkan pemikiran, idea, impian dan imej mental. Sebaliknya, tindakan dan pola perlakuan individu
diberi penekanan. Menurut ahli behaviorisme ini lagi, jika hendak mengekalkan tingkah laku itu maka
ia perlu diberi pengukuhan. Sebaliknya jika hendak mengurangkan tingkah laku itu maka hukukan
harus dikenakan (Arkes, 1982).
Maka, secara semula jadinya manusia amat terdidik dengan latih tubi atau pengulangan untuk
mengukuhkan atau memahirkan perlakuan diri. Hukuman pula memberi kesan pengelakan diri dan
kebiasaannya membuatkan seseorang yang normal serik untuk melakukan sesuatu hal jika mereka
mendapat akibat yang menyakitkan.
Bagaimana pun, terdapat dua isu yang saling berkaitan apabila kita membincangkan tentang
penyebab kepada kecelaruan kebimbangan. Iaitu, apakah kesan awal kepada kebimbangan yang
dipelajari dan mengapa pula kebimbangan itu berkekalan sesudah dipelajari (Azizi et al., 2006).

3
3.2 Model Pelaziman Klasik
Ketakutan yang amat sangat dipelajari melalui ’pelaziman traumatik atau yang mengejutkan’
(Wolpe, 1958). Menurutnya lagi, ini bermakna seseorang belajar semula jadi dapat mencetuskan
kebimbangan.
Terdapat empat definisi telah dinyatakan oleh beliau iaitu terdapatnya Ransangan Tidak
Bersyarat, Respons Tidak Bersyarat akibat Ransangan Tidak Bersyarat, Ransangan Bersyarat dan
Respos Bersyarat akibat Ransangan Bersyarat
Beliau menyatakan, jika Ransangan Tidak Bersyarat berganding dengan Ransangan Bersyarat
dalam tempoh masa yang yang mencukupi, lama-kelamaan Ransangan Bersyarat akan dapat menarik
respons yang pada asalnya hanya berlaku dengan Ransangan Tidak Bersyarat.
Sebagai contoh, sebelum pembelajaran berlaku, seseorang merasa sakit apabila terdapat
sesuatu yang menyakitkan dirinya. Maka ini dinamakan Ransangan Tidak Bersyarat. Apabila
kesakitan tersebut timbul, perasaan kebimbangan mula wujud dan ia dinamakan sebagai Respons
Tidak Bersyarat akibat Ransangan Tidak Bersyarat.
Di peringkat pembelajaran berlaku pula Ransangan Tidak Bersyarat akan bergandingan dengan
Ransangan Bersyarat dan terjadinya Respons Tidak Bersyarat akibat Ransangan Tidak Bersyarat.
Iaitu, apabila anjing menggigit seseorang, maka sakit bergandingan dengan melihat anjing.
Di peringkat pembelajaran telah berjaya, akhirnya apabila seseorang hanya melihat anjing,
mereka akan terus akan mengalami kebimbangan. Iaitu, Ransangan Bersyarat akan membawa kepada
Respons Bersyarat akibat Ransangan bersyarat tersebut.
Mengikut model ini, ketakutan tidak boleh dipelajari dengan hanya membalikkan proses itu.
Ini bermakna dengan mendedahkan Ransangan Bersyarat berulang kali tanpa Ransangan Tidak
Bersyarat (ancaman), lama kelamaan perasaan takut tidak akan ditarik oleh Ransangan Bersyarat. Ini
dikenali sebagai proses penghapusan atau pemusnahan.

3.3. Model Penghindaran Atau Pengekalan


Azizi et. al (2006) mengulas, model behaviorisme mengenai perolehan ketakutan
menitikberatkan gabungan dua ransangan iaitu Ransangan Bersyarat dan Ransangan Tidak Bersyarat.
Ini bermakna jika gabungan ini dapat dipisahkan, ketakutan akan dapat dihapuskan. Walau
bagaimanapun bagi kebanyakan orang, sekali ketakutan itu sudah dipelajari, maka ia amat sukar
dihapuskan.

4
Contoh yang diberi oleh beliau, sekali individu belajar takut pada anjing, ia akan kekal
bertahun-tahun lamanya. Bagi menjelaskan keadaan ini, kita perlu melihat lebih dari satu faktor
pembelajaran. Faktor pertama, pada awalnya ketakutan dipelajari daripada pelaziman klasik.
Faktor kedua, kemudian dikekalkan melalui pengelakan iaitu sebab individu itu mengelak
daripada sesuatu yang ditakuti makan tiada peluang untuk menguji realiti dan pembelajaran. Akibatnya
ketakutan itu tidak dapat dihapuskan. Contonya, individu tersebut tidak mempunyai peluang untuk
mengetahui bahawa kebanyakan anjing tidak menggigit.

3.5 Teori Pembelajaran Sosial


Menurut Azizi et al., (2006) memperoleh dan mengekalkan perasaan takut sebenarnya lebih
kompleks daripada mengalami perasaan traumatik. Manusia memperoleh sesuatu proses pembelajaran
kebanyakannya daripada apa yang mereka perhatikan daripada orang lain. Mereka tidak semestinya
mengalami sesuatu itu untuk dijadikan proses pembelajaran. Oleh itu, Rita et al., (2006) menyatakan
ketakutan juga diperoleh melalui pemerhatian daripada orang lain. Jika kita dibesarkan oleh seorang
bapa yang takut kepada anjing dan berulang kali memerhati reaksi ketakutannya apabila berhadapan
dengan anjing, maka kemungkinan besar anaknya mewarisi sifatnya itu. Menurutnya lagi, ini dikenali
sebagai ketakutan melalui teladan. Di dalam Rita et al., (2006) begitu juga dengan sifat kecelaruan
kebimbangan yang kebanyakannya kita warisi daripada ibubapa yang membesarkan kita (Wood et al.,
2003).
Terdapat satu kajian menarik berkenaan perkara ini yang dilakukan pada binatang di dalam
Azizi et al., (2006) (Argas, 1995). Dalam kajian itu, sekumpulan anak monyet dibesarkan dalam
makmal yang tidak takut kepada ular. Mereka dibenarkan memerhati tingkah laku monyet dewasa liar
yang amat takut kepada ular dan jga replika ular. Selepas memerhati tingkah laku itu selama 8 minit,
didapati anak monyet tadi sudah menyemai perasaan takut pada ular.

4. Ciri-Ciri Kebimbangan
Berdasarkan DSM-III (APA, 1979) ciri-ciri kebimbangan adalah:
1. Ketegangan motor seperti tidak dapat bertenang, menggigil dan mengalami ketegangan.
2. Mengalami hiperaktiviti autonomik seperti pening, degupan jantung yang kencang dan
berpeluh.
3. Sentiasa berasa cemas, gelisah, memperlihatkan dan memikirkan perkara yang menyebabkan
ketegangan.

5
4. Terlalu memberi perhatian terperinci dengan cara mengawasi segala gerak laku di
sekelilingnya.
Nevid, et al. (2000) membahagikan ciri-ciri kebimbangan kepada tiga bahagian iaitu ciri-ciri
fizikal, tingkah laku dan kognitif. Ciri-ciri fizikal menurutnya adalah degupan jantung yang deras,
tekak atau mulut menjadi kering, sukar berkata-kata, otot-otot menjadi tegang dan kadangkala
penghidap mendapat cirit-birit. Manakala ciri-ciri tingkah laku kebimbangan pula adalah tingkah laku
menghindar, bergantung pada orang lain dan mengganggu orang lain. Kognitif adalah risau pada
sesuatu, terlalu sensitif pada sesuatu, sukar memberi tumpuan, fikiran berkecamuk dan berasa sentiasa
terancam oleh individu atau suasana yang dihadapi.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan penghidap akan mengalami simptom-
simptom kebimbangan melalui fizikal, tingkah laku dan kognitif dalam keadaan yang serentak atau
kesan daripada kecelaruan atau ketakutan menyebabkan tindak balas terhadap fizikal, tingkah laku dan
kognitif segera terjadi.

5. Jenis-Jenis Kebimbangan
DSM-IV mengkategorikan kebimbangan kepada sembilan kategori iaitu:
1. Agorafobia
2. Kecelaruan panik tanpa agorafobia
3. Kecelaruan panik dengan agorafobia
4. Kecelaruan kebimbangan am
5. Fobia khusus
6. Fobia sosial
7. Kecelaruan obsesif-kompulsif
8. Kecelaruan tekanan post-trauma
9. Kecelaruan tekanan akut
5.1 Agorafobia
Nevid et al., (2000) menyatakan perkataan agorafobia berasal daripada perkataan Greek yang
bermaksud ’takut pada kawasan pasar’ iaitu ketakutan berada di tempat terbuka atau di kawasan yang
sibuk. Kecelaruan jenis ini melibatkan ketakutan pada suasana atau tempat yang mungkin
memalukannya bagi melepaskan diri apabila memerlukan pertolongan semasa berlakunya serangan
panik.
Sebagai contoh individu yang menghidap kecelaruan ini selalunya berasa takut berada di
tempat awam, kawasan kota yang sesak dengan orang ramai, melintasi jambatan atau makan di
restoran. Kecelaruan ini umum di kalangan wanita daripada lelaki (Nazar, 2001). Menurutnya lagi
6
kecelaruan ini selalu bermula lewat kanak-kanak ataupun awal remaja dan boleh disertai ataupun tidak
disertai oleh kecelaruan panik. Kecelaruan agorafobia yang disertai dengan kecelaruan panik akan
menyebabkan individu itu hidup dalam ketakutan dan berulangnya serangan panik yang membuatnya
takut untuk keluar ke majlis keramaian.
Oleh sebab itu, ramai orang yang menghidap kecelaruan ini menghadkan aktiviti mereka
kerana bimbangkan ketakutan terjadi semula (Amering et al. 1997).

5.2 Panik
Menurut Azizi et al., (2006) ciri-ciri utama kecelaruan panik adalah berulang-ulangnya serangan panik
atau kedatangan serangan panik tidak dapat dijangka. Terdapat komponen fizikal yang kuat pada
kecelaruan panik ini jika dibandingkan dengan kecelaruan jenis-jenis lain. Kecelaruan panik biasanya
melibatkan reaksi yang disertai oleh simptomfizikal seperti jantung berdebar-debar, pernafasan
menjadi cepat, kesukaran bernafas, tubuh badan lemah atau pening.serangan panik biasanya disertai
dengan perasaan mahu melepaskan diri daripada suasana yang dianggap bahaya. Ia juga disertai
dengan fikiran hilang kawalan atau berasa akan mati. Individu yang mengalami pengalaman panik
selalunya berwaspada pada perubahan kadar denyutan jantungnya. Seseorang yang diserang
kecelaruan ini juga selalunya percaya dia mendapat serangan jantung walaupun sebenarnya tiada apa
yang salah dengan jantungnya.

5.3 Kebimbangan Umum


Kebimbangan umum merupakan kebimbangan normal yang dihadapi oleh orang awam dalam
kehidupan seharian mereka. Rapee (1991) di dalam Azizi et al., (2006) menyatakan kecelaruan jenis
ini dikaitkan dengan ciri-ciri seperti bimbang pada suasana kehidupan kewangan, anak-anak dan
hubungan sosial. Penghidap juga berasa seolah-olah terapung-apung sebagaimana yang dijelaskan oleh
Freud, kanak-kanak yang menghidap kecelaruan ini selalunya bimbang pada prestasi akademik, sukan
dan aspek-aspek sosial persekolahan yang lain.
Salah satu ciri yang berkait dengan kebimbangan adalah mudah letih, sukar menumpukan
perhatian, fikiran menjadi buntu, otot-otot menjadi tegang dan mengalami gangguan tidur (APA,
1994). Dan lagi, selalunya kebimbangan umum ini melibatkan perasaan resah, bimbang dan gangguan
fizikal yang kemudiannya menyebabkan gangguan emosi seperti ketegangan.
5.4 Fobia Khusus
DSM-IV (APA, 1994) menjelaska fobia khusus kepada 5 kumpulan iaitu:
1. Jenis fobia binatang iaitu takut pada serangga atau binatang.

7
2. Jenis fobia persekitaran yang tabi iaitu takut pada ketinggian, kilat ataupun laut.
3. Jenis fobia darah seperti suntikan dan kecederaan. Ia adalah ketakutan yang mempunya
hubungan kekeluargaan yang kuat merujuk kepada fobia yang dicetuskan akibat melihat darah,
menerima suntikan atau prosedur perubatan lain.
4. Jenis fobia suasana iaitu ketakutan yang disebabkan pendedahan pada suasana yang khusus
seperti takut memandu di atas jambatan ataupun melalui terowong, takut menaiki kapal terbang
ataupun takut berada di kawasan yang tertutup.
5. Jenis ketakutan lain. Kategori ini melibatkan ketakutan seperti takut tersekik, muntah ataupun
takut pada kebisingan yang kuat. Fobia khusus ini adalah kecelaruan psikologi yang lumrah,
yang dihidapi oleh 1 orang daripada 10 orang di Amerika Syarikat.

5.5 Fobia Sosial


Individu yang mengalami fobia sosial selalunya mempunyai ketakutan yang tinggi pada
suasana sosial yang menyebabkan dia menjauhi orang ramai ataupun bersama dengan mereka dalam
keadaan tertekan. Oleh itu, menurut Woody (1996), individu itu akan memiliki perasaan sentiasa takut
melakukan sesuatu perdebatan yang mungkin memalukannya. Dia juga berasa ada beribu-ribu mata
memberikan tumpuan kepadanya dan selalu sensetif pada perawakan diri melalui cara berinteraksinya
dengan orang lain serta bimbang orang lain memberi penilaian negatif pada dirinya.
Menurut Stemberrger et al., (1995) pula, individu yang mempunyai fobia sosial selalunya
memberi alasan menolak jemputan sosial. Fobia sosial boleh bermula daripada zaman kanak-kanak.
Menurutnya lagi, kanak-kanak yang mempunyai fobia sosial dilaporkan sebagai seorang yang pemalu.

5.6 Kecelaruan Obsesif-Kompulsif


Menurut Nevid et al., (2000) obsesif ialah pemikiran atau idea yang kelihatan melampaui
kemampuan individu bagi mengawanya. Ini bermakna bahawa ia adalah perasaan takut yang berkait
rapat dengan kepercayaan, bayangan dan fikiran yang tidak logik dan rasional. Obsesif boleh
menyebabkan gangguan hidup dalam bentuk keraguan dan imej mental yang kurang menyenangkan.
Individu yang obsesif menurutnya lagi boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain atau
pasangannya.
Kompulsif pula adalah tingkah laku yang berulang seperti berulang kali membasuh tangan atau
sentiasa memeriksa pintu berkunci. Kompulsif terbahagi kepada dua kategori iaitu ritual memeriksa
dan ritual membersih. Kompulsif sentiasa diiringi oleh obsesif apabila ia muncul sebagai melepaskan
kebimbangan yang ditimbulkan oleh pemkiran obsesif.

8
5.7 Kecelaruan Tekanan Akut Dan Tekanan Post-Trauma
Kecelaruan tekanan akut adalah perasaan takut yang tinggi selepas mengalami suasana ataupun
peristiwa yang mengejutkan dan menakutkan bagi satu jangka masa yang pendek manakala kecelaruan
post-trauma adalah perasaan takut yang tinggi selepas mengalami suasana ataupun peristiwa yang
mengejutkan dan menakutkan bagi satu jangka masa yang panjang.
Kecelaruan jenis ini selalu berlaku dalam konteks pertempuran senjata atau akibat bencana
yang disebabkan oleh fenomena alam atau penggunaan teknologi. Pesakit akan mengalami gangguan
ingatan, mimpi yang mengerikan dan kerap berasa seolah-olah sedang berada dalam suasan yang
menyebabkan trauma itu. Pendedahan pada pengalaman yang menyerupai trauma boleh menyebabkan
ketegangan psikolgi. Orang yang menghidap kecelaruan ini akan cuba mengelak daripada terlibat
dengan ransangan yang membangkitkan trauma itu. Penghidap juga menunjukkan rasa kurang
bertanggungjawab pada dunia luar selepas peristiwa trauma itu dan hilang minat menikmati aktiviti
yang disukai (Rita et al., 2006).

6. Faktor-Faktor Yang Menimbulkan Kecelaruan Kebimbangan


Azizi et al., (2006) menyatakan, dari segi faktor tingkah laku, pengalaman yang dipelajari
adalah akibat ransangan lepas. Objek-objek dan persekitaran yang biasa dapat membangkitkan
perasaan takut jika digabungkan dengan ransangan yang tidak disukai. Seorang kanak-kanak yang
ditakutkan dengan salakan anjing boleh mengalami fobia pada anjing. Bukti-bukti menunjukkan,
banyak kes acrophobia, claustrophobia dan fobia pada suntikan membabitkan pengalaman awal yang
tidak disukai dengan objek yang mendatangkan ketakutan.
Menurutnya lagi, selain faktor ransangan tingkah laku, kurangnya peluang bagi menghilangkan
ketakutan juga menyebabkan kebimbangan akan berkekalan. Individu yang mengalami fobia menaiki
tangga elektrik bergerak belajar menjauhi kebimbangan dengan mengambil alternatif menaiki tangga
biasa.
Faktor persekitaran sebagai contoh mengalami peristiwa traumatik. Menurut pelaziman klasik,
pengalaman traumatik berfungsi sebagai ransangan tidak terlazim yang kemudiannya berpasangan
dengan ransangan neutral seperti bunyi, bau dan penglihatan yang digandingkan dengan pemandangan
traumatik. Contohnya suasana di medan perang yang pernah di alami oleh pesakit. Pendedahan kepada
rakaman bunyi pertempuran atau melawat tempat pertempuran akan memberikan ransangan tindak
balas kepadanya.

9
Pemerhatian pada perasaan takut orang lain juga menimbulkan ketakutan pada diri individu.
Menerima maklumat negatif sama ada melalui pendengaran atau pembacaan juga boleh menimbulkan
fobia (Rita et al., 2006).
Selain itu, kekurangan sokongan sosial juga meningkatkan lagi kebimbangan individu.
Individu yang mengalami kebimbangan umum melihat dunia sebagai suatu tempat yang mengancam
keselamatannya. Sebagai contoh pasangan yang sentiasa membantu menyelesaikan masalah tanpa
pesakit menyelesaikan masalah sendiri akan menyebabkan keredaan yang sementara dan mengundang
sikap terlalu bergantung pada orang lain (Stemberrger et al., 1995).
Efikasi kendiri yang rendah merupakan faktor emosi yang meningkatkan lagi kecelaruan
kebimbangan. Dari segi kognitif pula pemikiran yang tidak rasional menjadi penyebab untuk
memperbesarkan lagi risiko negatif yang disangkanya dan membuat jangkaan yang melampau pada
ketakutan.

7. Kajian Kebimbangan Dan Ketakutan Murid Tahun 6 SKTMI (1) Mengikut Jenis dan Jantina
7.1 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting untuk murid mengenalpasti emosi mereka dan bertindak untuk mengatasi
agar mereka hidup dengan lebih sejahtera. Sebagai contoh apabila seorang murid mengenalpasti
kebimbangan dan ketakutan dalam emosinya kerana sering berperasaan takut dan gugup dia haruslah
membimbing dirinya sendiri agar lebih bersedia dan yakin untuk bercakap dikhalayak ramai atau
berhadapan dengan perkara yang ditakuti.
Selain itu hasil kajian ini boleh digunakan oleh untuk mengenalpasti tahap kebimbangan murid
mengikut jenis kecelaruan serta jantina. Hal ini boleh menjadi rujukan kepada pihak sekolah agar
dapat membantu murid ini mengatasi setiap gangguan emosi yang melanda. Program-program
kaunseling pencegahan dan pemulihan boleh disasarkan kepada murid yang dikenalpasti. Hasil kajian
juga dapat mengenalpasti kelompok kelompok yang harus dibantu dan diberi perhatian jika perlu.

7.2 Objektif
Kajian ini bertujuan untuk:
1. Mengenalpasti peratusan simptom kebimbangan mengikut kategori yang dialami oleh murid
tahun 6 di sebuah sekolah daerah pontian.
2. Mengenalpasti peratusan simptom kebimbangan mengikut jantina yang dialami oleh murid
tahun 6 di sebuah sekolah daerah pontian.

10
7.3 Sampel
Populasi kajian terdiri daripada murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmood
Iskandar (1), Pontian. Bilangan murid yang terlibat seramai 77 orang.

7.4 Instrumen Dan Pengutipan Data


Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data terdiri daripada 13 soalan yang menjurus
kepada simptom-simptom kecelaruan kebimbangan. Murid juga disediakan ruang kosong bagi yang
berminat untuk menyatakan secara terperinci perkara yang dibimbangkan atau ditakutkan.

7.5 Kaedah Analisis Data


Data yang dianalisis dikumpulkan dengan menggunakan perisian excel dan statistik yang
digunakan ialah bilangan peratus. Skala yang digunakan ialah ”ya” dan ”tidak”.

7.6 Metodologi Kajian


Kajian yang dilaksanakan menggunakan borang soal selidik dan melibatkan kajian kuantitatif.
Borang soal selidik yang dibina adalah untuk mendapatkan data mengenal pasti bilangan peratus
tertinggi dan terendah mengikut jenis simptom kecelaruan kebimbangan dan ketakutan pada sesuatu
serta peratusan mengikut jantina. Dalam konteks kajian, pengkaji akan membuat pentaksiran secara
menyeluruh berasaskan data yang diperolehi.

Peratusan Kebimbangan Dan Ketakutan Murid Tahun 6 SKTMI (1) Mengikut Jenis
100 94.8 93.5
90
80 70.1
75.3
66.2
70 61.1 59.7 61.1 62.3
55.8 57.1
60 51.8
Ya
50 48.2
38.9 40.3 44.2 42.9
38.9
40 32.8
37.7 Tidak
29.9
30 24.7

20
5.2 6.5
10
0
ia

ik

ut

a
a

if
ia

h
k

ng
um

si

m
ni

ob

ls
ra

ek

ak
b

ob

se
ta

u
pa
fo

pu
da
um

rc
of
f

tra
na

n
ob
ra

ro

m
te

na
r

bi
st
o

-
ac

ko

st
ka
ag

au

po
te
cl

Graf peratusan kebimbangan dan ketakutan mengikut jenis di atas, menunjukkan kebimbangan
umum merupakan peratusan tertinggi. Ia merupakan kebimbangan yang normal dalam kehidupan
seharian individu dan menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi sama dengan kajian-kajian sebelum
ini. Hanya 5.2% menyatakan tidak mengalami kebimbangan umum dan menjadi tanda tanya mengapa
11
mereka tidak rasa bimbang. Mungkin bilangan yang sedikit ini tidak terlalu mengambil berat tentang
apa yang difikirkan oleh murid lain atau tidak mengendahkan apa yang dibimbangkan di dalam emosi.
Peratusan simptom post-trauma pula merupakan peratusan paling sedikit menyatakan ”ya”
iaitu 24.7%. kebanyakan murid tidak mengalami simptom ini kerana tiada peristiwa hitam yang terjadi
pada mereka. Kajian menunjukkan 24.7% murid ini mengalami kehilangan orang tersayang seperti
perceraian dan kematian. Dan selebihnya tidak dinyatakan sebab peristiwa hitam yang dialami.
Graf di atas menunjukkan 66.7 peratus jumlah murid menyatakan ”ya” daripada ”tidak”
terhadap soalan berkenaan simptom-simptom kebimbangan dan ketakutan di atas dan ia menyatakan
bahawa kanak-kanak banyak mengalami kecelaruan kebimbangan sebagaimana Rita et al., (2006)
menyatakan bahawa kanak-kanak banyak mengalami kebimbangan dari sudut tingkah laku, kognitif
serta psikologi.
Menurut kajian Prof. Robert Priest, (1983) di dalam Alfian et al., (2006) pula, sekitar tahun
1960-an gejala kebimbangan dan kemurungan menjadi bertambah serius sehingga boleh mengancam
nyawa manusia dari masa ke masa. Menurut beliau juga penyakit emosi ini boleh dirawat dan individu
itu masih boleh dibantu. Menurut beliau lagi, hampir 10 peratus daripada populasi di negara Barat
menghadapi masalah serius berkaitan gangguan emosi yang memerlukan bantuan. Pakar berpendapat
masalah ini boleh meningkat dan menjangkau kepada 30 peratus. Kajiannya menunjukkan hampir 2
juta penduduk negara Barat pada masa itu hidup di dalam kesunyian. Selain itu, turut menyatakan
bahawa semasa beliau sedang membuat kajian tentang sebab dan cara mengubati gangguan emosi ini,
keadaan jumlah pesakit bertambah pada setiap tahun, di mana 80 peratus individu ini mengalami
kebimbangan atau kemurungan.

Peratusan Kebimbangan Dan Ketakutan Murid Tahun 6 SKTMI (1) Mengikut Jantina
95.8
100 89.7 89.7
85.4
90
75.9
80 70.8
70 62.5
58.3 56.3
60 55.2
Le laki
48.3
50 39.6 44.8
41.7 39.6 41.7 39.6
40 34.5 34.5
31.03
Pe re mpuan
27.6
30 24.1
20.7
16.7
20
10
0
ah
k

a
um

sif
ng
ia

ia

if

ut
ni

bi

um
ki
r

as
ob

ob

se
ta

ak
pa

da
fo
um

l
ob
af

na

ra
of

rc

pu
ro

n
or

st

te

-t
bi
ac

na
m

st
au
ag

ko

ka

po
cl

te

12
Graf menunjukkan 75% lebih tinggi dari bilangan 12 jenis kebimbangan dan ketakutan yang
dialami adalah perempuan. Ia menerangkan bahawa kebimbangan dan ketakutan lebih banyak dialami
oleh mereka berbanding lelaki yang hanya 3 kategori lebih tinggi iaitu pada binatang, kompulsif dan
post-trauma.
Bagaimana pun, perbezaan antara lelaki dan perempuan pada peratusan ketakutan binatang
hanya 4.3% dan merupaka perbezaan yang sedikit. Manakala kecelaruan kompulsif pula banyak
dipengaruhi pada pengulangan semakan kertas jawapan peperiksaan. Memandangkan murid tahun 6
baru sahaja selesai menjalani peperiksaan UPSR, oleh itu kebanyakan mereka menyatakan bahawa
mereka mengulang-ngulang membuat penyemakan kertas jawapan.
Post-trauma pula, terdapat kemungkinan murid perempuan lebih baik nasib kehidupan mereka
berbanding lelaki di SKTMI (1), Pontian ini kerana dikenal pasti lebih ramai murid lelaki kematian ibu
atau bapa berbanding perempuan.
Graf ini secara keseluruhannya juga mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi menyatakan
bahawa perempuan lebih ramai mengalami kecelaruan kebimbangan atau ketakutan berbanding lelaki.
Ia disokong dengan pernyataan Rita et al., (2006) bahawa kebanyakan kajian menyatakan bahawa
perempuan lebih ramai bimbangkan sesuatu berbanding lelaki.
Golongan wanita dipercayai lemah dan bergantung pada orang lain bagi mendorong mereka
mengatasi perasaan itu. Manakala golongan lelaki, walaupun mereka mempunyai perasaan takut tetapi
mereka mesti mengatasi perasaan itu supaya menjadi lelaki sejati.

8. Merawat Kecelaruan Kebimbangan


Nevid et al., (2000) menyenaraikan beberapa jenis rawatan kecelaruan kebimbangan yang
dapat digunakan bagi merawat masalah ini mengikut setiap perspektif kerangka teori kebimbangan.
Mengikut perspektif psikodinamik, ego boleh dilepaskan daripada terus menekan tenaga
psikologi iaitu kebimbangan. Ego boleh diarahkan kepada tugasan yang lebih kreatif dan menarik.
Menurut pendekatan humanistic-existential bahawa kebimbangan berpunca daripada tekanan
sosial diri sendiri. Kebimbangan berlaku apabila ketidakselarian dalaman seseorang dengan kehendak
sosialnya. Ahli terapi boleh membantu pesakit dengan meluahkan perasaan dan bakatnya yang
sebenarnya. Hasilnya pesakit rasa bebas meneroka dan menerima dirinya serta mengendalikan diri
tatkala timbulnya perasaan bimbang.
Pendekatan biologi pula menekankan penggunaan ubat-ubatan yang terkenal seperti
Benzodiazepine Valium, Tranxene, Librium dan Xanax. Namun begitu ia terbukti tidak berkesan bagi

13
merawat pesakit kerana simptom kecelaruan akan muncul sebaik sahaja pesakit berhenti mengambil
ubat-ubat tersebut.
Menurut pendekatan pembelajaran pula, kecelaruan ini dapat dirawat dengan teknik
desensitization secara sistematik iaitu bersemuka dengan objek ataupun suasana yang mendatangkan
ketakutan (Wolpe, 1958). Ia adalah prosedur merangsang pesakit secara beransur-ansur supaya pesakit
membiasakan diri dengan perkara yang ditakutkan. Ia banyak digunakan untuk merawat fobia khusus.
Berdasarkan pendekatan kognitif, teknik rasional-emotif digunakan untuk merawat pesakit
fobia sosial. Terapi kognitif ini akan mengenalpasti pemikiran pesakit bagi membetulkan kepercayaan
yang salah dan membantu pesakit mempelajari aliran pemikiran logik di dalam mindanya.
Terapi secara virtual juga digunakan bagi menangani penyakit ini. Rawatan ini menggunakan
simulasi yang dijana oleh komputer. Dengan menggunakan topi keledar khusus dan sarung tangan,
pesakit akan merasai suasana yang menakutkannya seolah-olah ia adalah ransangan yang sebenar.
Teknik EMDR iaitu eye movement desensitization and reprocessing pula bagi merawat pasca-
traumatik. Teknik ini meminta pesakit membayangkan imej yang dikaitkan dengan trauma sementara
ahli terapi menggerakkan jari ke belakang dan hadapan mata pesakit.
Bagi membantu kebimbangan diri sendiri, Azizi et al., (2006) menyatakan individu sentiasa
perlu bersedia menghadapi keadaan yang mungkin mewujudkan rasa cemas. Perasaan begini akan
akan mengurangkan risiko mengurangkan risoko kecemasan sekali gus menghindari kejutan.
Tarik nafas dalam-dalam, tahan dan kawal nafas dari diafragma serta fokuskan fikiran pada
proses menarik dan mengeluarkan nafas. Selain itu, hindari kafein, alkohol dan rokok. Ketawa dan
bersukan juga boleh mengatasi rasa cemas dan disertai dengan tidur yang cukup. Individu juga perlu
mengusir kebimbangan yang berlebihan dengan cara meluahkannya atau menulisnya di atas sekeping
kertas.
Individu yang kuat untuk mengubah keadaan diri juga tidak mengabaikan peluang berehat
walaupun banyak tugasan yang perlu dilaksanakan. Mendengar muzik juga merupakan terapi untuk
menjalani situasi kehidupan yang menyenangkan. Selain itu sabar merupakan suatu perkara yang
menyihatkan badan.

9. Kajian Kes
Kes 1
Saya ada masalah fobia dengan tikus. Saya tak boleh tengok tikus sama ada tikus hidup, mati,
plastik, gambar dan sebagainya .Gambar tikus di dalam buku sekalipun akan buat saya terkejut dan
berpeluh-peluh. Apa saja yang berkaitan dengan tikus akan buat saya ketakutan teramat sangat. Tak

14
boleh nak digambarkan betapa takutnya saya dengan tikus. Selain takut, saya rasa jijik yang teramat.
Kalau boleh, saya tak nak lihat tikus seumur hidup saya. Pagi tadi, saya keluar mencari kotak sebab
dah janji dengan kawan ,dia nak pindah rumah. Jadi, sampai kat pasaraya, saya minta kebenaran
mengambil kotak yang ada di bahagian belakang. Tak semena-mena saya ternampak beberapa ekor
tikus yang terkena jerat . Pekedai memasang gam di atak kotak, maka tikus-tikus bergelimpangan di
atas kotak tersebut. masih hidup. ...eeee...saya terkejut dan rasa geli sgt. Terus saya masuk kereta dan
pergi dengan cepat dari situ. Tapi, perasaan saya terngiang-ngiang teringat kejadian tadi.
Disebabkan kucing ada berkaitan dengan tikus, saya juga jadi takut bersentuhan dengan kucing
malah saya juga tak boleh memegang kucing kerana rasa geli.

Kenyataan di atas menunjukkan individu mengalami simptom fobia khusus iaitu pada
binatang. Mengikut kenyataan ahli terapi, teknik desensitization secara sistematik boleh digunakan
untuk menghilangkan rasa fobia tersebut. Iaitu memberi ransangan perkara yang ditakutkan olehnya
secara beransur-ansur.
Bagaimana pun, tikus merupakan binatang yang membawa wabak dan penyakit. Oleh itu, fobia
pada seekor tikus merupakan masalah ringan dan tidak menjadi kesalahan untuk menjauhkan diri jika
berhadapan dengan organisma tersebut kecuali ia melibatkan perkara yang melampau dan kronik
terjadi pada diri individu seperti membunuh diri atau pengsan berkali-kali.
Namun begitu, rawatan yang ringan harus diberikan kepada individu yang takutkan tikus
tersebut secara pendekatan kognitif. Penghidap perlu dibantu untuk merasionalkan fikirannya lebih-
lebih lagi apabila dia juga takutkan seekor kucing yang dianggap ada kaitan dengan tikus. Banyak
faedah untuk menyayangi seekor kucing kerana ia membantu mengurangkan stress dan terdapat kajian
mengatakan pembela haiwan peliharaan akan memanjangkan umur tuannya.
Menurut Freud dalam teori psikoanalitiknya mengatakan bahawa pengalaman kebimbangan
neurotik membuatkan ego yang berperanan memproses ancaman ini akan cuba lari daripada desakan
libido, dan menjadikan ancaman dalaman ini sebagai yang datang dari luar, dan dengan sendirinya
tidak melibatkan ego untuk berbuat sesuatu.
Teori kebimbangan yang berpusatkan kepada peranan libido, tidak dapat menghuraikan
kebimbangan jenis fobia (Azizi et. al, 2006). Freud (1977) mendapati bagi jenis-jenis kebimbangan
yang lain, ego lebih berperanan jika dibandingkan dengan id yang bertukar menjadi libido. Ego
mengamati bahaya dan dengan sendirinya akan meninggalkan kesan kebimbangan. Menurutnya, ini
bererti, bukan pemendaman libido yang menjadi punca kebimbangan tetapi kebimbangan telah wujud
sedia ada apabila telah diamati oleh ego tadi dan ini bermakna kebimbangan adalah punca

15
pemendaman. Freud (1977) menjelaskan lagi, fenomena kebimbangan adalah ciri semula jadi suatu
organisma itu. Ia adalah sebahagian daripada naluri semula jadi untuk keselamatan kendiri dan
diwarisi secara genetik.
Oleh itu, terpulang kepada kesedaran atau keupayaan individu tersebut untuk memulihkan
dirinya. Individu lain tidak boleh memaksa penghidap untuk memperbaiki dirinya kerana tidak faham
pengalaman dan tahap perasaan takut yang dialami kecuali diminta untuk memberikan bantuan.

Kes 2
Saya menghadapi masalah was-was yang saya kira serius. Masalah ini saya alami sejak kecil
lagi dan semakin serius. Walaupun saya mengetahui apa yang saya lakukan tidak masuk akal dan
tidak berlandaskan Sunnah Nabi dan Al-Quran, tetapi saya selalu gagal mengawal fikiran saya. Saya
telah bertemu pakar sakit jiwa dan dia telah mengklasifikasikan penyakit saya ini sebagai OCD
(Obsessive-Compulsive Disorder) tetapi dia juga tidak mampu merawat saya. Selain angkara syaitan
ia juga mungkin disebabkan kerana saya kerap jatuh di bahagian kepala semasa kecil (menurut pakar
tersebut). Masalah saya :
1) Amat susah sekali untuk berniat untuk sebarang ibadah termasuk sembahyang, wudhuk walaupun
saya sedar yang perbuatan saya itu tidak masuk akal. Saya sedar ini semua perbuatan syaitan tetapi
saya gagal mengawal fikiran saya.
2) Berulang-ulang kali mencuci ketika mandi junub atau mengambil wudhuk walaupun saya tahu
bahawa sunnah Nabi tidak sedemikian iaitu cukup dengan 3 kali basuhan. Tetapi masalahnya ialah
saya tidak dapat mengawal fikiran saya.
3) Mengulang bacaan atau ayat dalam sembahyang dan ibadah yang lain.
4) Selalu bersamak kerana was-was yang bukan-bukan.

Menurut perspektif Islam yang dipetik daripada laman web www.virtualfriends.net , Rasulullah
SAW setiap kali mengambil wudhuk sentiasa menggunakan air yang sedikit supaya tidak termasuk
dalam golongan orang-orang yang membazir. Syaitan yang bernama "WALHAN" sentiasa mengganggu
seorang yang mengambil wudhuk supaya hati mereka sentiasa merasa was-was. Oleh itu, perlu
saudara mengawasi semasa mengambil wudhuk atau mandi junub dengan membaca doa yang
diamalkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Aku berlindung dengan engkau daripada gangguan syaitan dan aku berlindung daripada engkau
Ya Tuhanku daripada kedatangan syaitan itu kepadaku"

16
Syaitan yang bernama "KHINZIB" yang sentiasa ganggu ketika sembahyang menjadikan hati tidak
tenteram kerana khusyuk telah hilang. Oleh itu, untuk mendatangkan khusyuk hendaklah :
i) Memahami apa yang dibaca dalam sembahyang
ii) Ketika bertakbir jangan di mulut sahaja tetapi hendaklah sampai ke hati.
iii) Membaca Al-Fatihah dengan tertib dan fahaminya dengan baik. Dan hendaklah difahami
dengan bacaan Fatihah itu adalah dialog antara hamba dengan Allah SWT sebagaimana sabda
Rasulullah SAW :
"Telah berfirman Allah bahawa Aku bahagikan solat (maksudnya Fatihah) antara aku dan
hambaKu menjadi dua bahagian (separuh untukKu dan separuh lagi untuk hambaKu) dan bagi
hambaKu apa yang mereka minta"

10. Kesimpulan
Dengan mengamati kehidupan masyarakat di sekeliling, kita akan dapati begitu banyak orang
yang berasa takut dan cemas dalam menghadapi masalah hidup ini. Ia bukan sahaja berlaku kepada
perempuan mahupun lelaki, golongan miskin, malah turut menyerang orang kaya. Ia juga berlaku
kepada si pintar atau yang kurang bijak, orang terhormat apatah lagi yang tersingkir dan sebagainya.
Ringkasnya, perasaan takut atau cemas memang mudah menyerang sesiapa saja. Ia tidak pilih kasih,
hampir semua manusia merasakannya.
Kecelaruan kebimbangan ini tidak datang dengan tiba-tiba. Ada beberapa faktor yang dapat
dikaitkan dengan kewujudannya. Perasaan takut yang normal berguna bagi menimbulkan motivasi
dalam hidup manusia. Walau bagaimanapun takut yang berlebihan boleh menjadi sesuatu yang tidak
normal apabila ia menimbulkan gangguan kepada kehidupan seseorang. Pesakit perlu mendapatkan
rawatan bagi masalah ini daripada pihak yang berkelayakan seperti kaunselor, ahli agama, ahli
psikologi atau ahli psikiatri.

17
Rujukan

Altrocchi, J. 1980. Abnormal Behaviour. United State Of America, Harcourt Brace Jovanovich Inc.

America Psychiatric Association. 1994. DSM-III: Diagnostic And Statistical Manual Of Mental
Disorders (4th Ed.). Usa, Washington Dc.

Arkes, H.A. 1982. Psychological Theories Of Motivation. Belmont, California: Wadworth.

Azizi Yahya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, Sharifuddin Ismail. 2006. Kecelaruan Tingkah
Laku. Pts Professional Publishing Sdn. Bhd. Bentong, Pahang.

Bambers, J. H.1979. The Fear Of Adolescents. Academic Press. London

Drever, J. 1982. Dictionary Of Psychology. Harmondsworth, Penguin Books. Middlesex.

Freud, S. 1977. Case Histories I: ‘ Dora’ And ‘Little Hans’. Penguin Books London.

Mohamed Alfian Harris B. Omar Mohamed Sharif Mustaffa Phd.2006. Tahap Kestabilan Emosi
Pelajar. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
http://eprints.utm.my/158/3/mohamedalfianharris2006_tahapkestabilanemosipelajardi.pdf

Mahmood Nazar Mohamed. 2001. Pengantar Psikologi: Pengenalan Jiwa Dan Tingkah Laku
Manusia. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Nevid, J. S., Rathus, S.A. Dan Greene, B. 2000. Abnormal Psychology. 4th Edition.. Prentice Hall.
New Jersey.

Rita Wicks – Nelson, Allen C. Israel. 2006. Behaviour Disorders of Childhood. 6th Edition. Pearson
Education International. New Jersey.

Spielberger, C. 1979. Understanding Stress & Anxiety. London. Harper & Row Publishers.

Wolpe, J. 1958. Psychotherapy By Reciprocal Inhibition. Stanford, Ca, Stanford University Press.

Woody, S.R. 1996. Effect Of Focus Of Attention On Anxiety Levels And Social Performance Of
Individuals With Social Phobia. Journal Of Abnormal Psychology, 105, 61-69. Utm

Stemberrger, R. R. 1995. Social Phobia: An Analysis Of Possible Developmental Factors. Journal Of


Abnormal Psychology, 194, 526-531. Utm

18